You are on page 1of 9

Disediakan oleh: Adam Loh Tze Sheng

Chim Min Yew


Goy Chia Sheng
Wong Chie Siew
Tamadun Eropah

 Eropah dikenali juga sebagai zaman gelap (500-1000M) merupakan satu era yang tidak
menampakkan perkembangan tamadun kerana masa itu Eropah mengalami zaman kucar
kacir dan pencerobohan, hidup tanpa pelajaran, sistem kerajaan yang tidak teratur,
kebuntuan ekonomi dan tiada sistem perbandaran.
 Kesusasteraan Latin tiada pembacaan atau penghasilan karya-karya baru. Pada zaman ini
mula wujud satu seni baru iaitu ‘Gothic’ dan ‘Romanesque’ dan Gereja dan istana dibina.
Corak Gothic ini banyak terdapat di England, Jerman dan Itali dan sedikit di Rom.
 Perkembangan kesenian di Eropah menampakkan kemajuannya pada zaman
Renaisans/Rennaisanse (Rennaisanse merupakan zaman yang berlaku antara zaman
pertengahan dengan zaman moden. Renaisans adalah suatu gerakan intelektual yang
berkembang di selatan Eropah iaitu di Itali dari abad ke-14 hingga abad ke-16. Ia juga
dianggap sebagai ‘kelahiran semula’ yang bermaksud bahawa masyarakat Eropah ingin
kembali ke zaman kegemilangan Greek dan Rom.
 Renaisans kemudian berkembang ke utara Eropah iaitu ke negeri-negeri England, Belanda,
Jerman dan Perancis.
Tokoh dalam seni lukis, seni bina dan
seni ukir
 Brunelleschi dianggap sebagai pengasas pembinaan bangunan
zaman Renaisans. Bangunan tersebut dikenali sebagai ‘Innocent
Hospital’. Pengukir-pengukir Florence yang mengikut jejak langkah
beliau ialah Lorenzo Ghiberti dan Donatello. Pada kurun ke-16 Rom
telah muncul sebagai pusat kesenian dan pembinaan.
Tokoh dalam seni lukis

 Dalam bidang seni lukis, muncul pelukis-pelukis terkenal seperti


Leonardo da Vinci (1452-1519) dengan lukisannya yang sangat
terkenal iaitu Mona Lisa. Beliau juga menghasilkan lukisan lain yang
juga terkenal seperti The Madona And The Child, St.John dan
Madona and The St.Anne. Di samping melukis potret, beliau juga
banyak menghasilkan lukisan pemandangan atau keindahan
alam. Beliau telah memperkenalkan tulisan cermin yang masyhur
yang mengandungi huruf-huruf songsang.
Tokoh dalam kesusasteraan
 Petrach telah menghasilkan banyak jenis karya. Karyanya yang
paling masyhur ialah Swan Book yang merupakan syair percintaan.
Beliau banyak menghasilkan karya dalam bahasa Latin dan Itali.
Beliau juga mengkaji karya dan tulisan-tulisan Yunani dan Rom dan
menterjemahkannya. Beliau telah berjaya mengembalikan
kegemilangan karya-karya Yunani dan Rom.
 Boccaccio pula menghasilkan Decameron yang merupakan karya
yang pertama ditulis dalam bahasa Itali yang kemudian telah
diterjemahkan ke bahasa lain. Penyair Itali yang paling terkenal
ialah Dante Aligheri dengan karya yang berjodol The Divine
Comedy. Melalui karya ini beliau mempersendakan syurga dan
neraka.
Pembaharuan / Sumbangan

• Penyediaan modal oleh peladang kaya dalam bidang perindustrian.


• Petani yang kehilangan tanah akibat Akta Pemagaran Tanah telah
berpindah ke Bandar dan menjadki buruh kilang.
• Dana untuk makanan dijimatkan bagi membantu pertumbuhan industri.
• Britian perlu mengimport makanan daripada luar.
• Menyediakan bahan makanan untuk keperluan pekerja kilang.
• Perubahan sikap peladang yang sanggup mengambil risiko dalam
pelaburan bidang baru.
Interaksi Positif dan Negatif Tamudun
Eropah dengan Tamdun Lain
Interaksi Positif antara Tamadun Eropah dengan Tamdun Melayu
 British telah menaruh harapan kepada Tanah Melayu untuk
membina kembali ekonominya yang hamper muflis selepas
menghadapi Perang Dunia Kedua.
 British mahu memulihkan industry getah di Malaya secepat
mungkin.
 Mereka bercadang untuk mengembalikan ekonomi kapitalis
operatif praperang yang berlandaskan kepada eksploitasi buruh
murah
Interaksi Positif dan Negatif Tamudun
Eropah dengan Tamdun Lain
Interaksi Positif antara Tamadun Eropah dengan Tamdun Melayu
 Interaksi negatif ini berlaku antara British dengan India dan Rusia
 Portugis menawan Melaka pada 1511 yang menyaksikan
kedudukan Melaka sebagai pusat perdagangan runtuh. Sultan
Mahmud yang memegang takhta pada masa itu telah lari ke
Pahang.
 Beberapa kali Sultan Mahmud dan keturunannya berusaha
merebut kembali Melaka, namun gagal. Kekuasaan Portugal ke
atas Melaka berlangsung sehingga 1641 apabila Belanda berhasil
merebutnya daripada orang Portugis (Abdullah, 2002).
Rumusan

Interaksi yang dicatat telah berlaku pada tahun Sebelum Masihi lagi,
terutamanya interaksi yang melibatkan tamadun Eropah dengan
tamadun-tamadun lain. Catatan tersebut kebanyakannya berlaku secara
positif yang melibatkan hubungan diplomatik, perdagangan dan
penyebaran agama. Hanya terdapat sedikit catatan yang melibatkan
interaksi negatif seperti peperangan dan pergolakan. Terdapat banyak
kesan daripada interaksi-interaksi yang dinyatakan seperti pengaruh
bahasa, agama dan tradisi yang saling mempengaruhi antara sesebuah
tamadun dengan tamadun yang lain.

You might also like