You are on page 1of 34

ASAS PENDAWAIAN SATU FASA

JPTV
Pendawaian suis dua hala biasa digunakan di tangga rumah dan bangunan atau di
mana-mana yang memerlukan 2 suis yg boleh di ON/OFF di kedua-dua tempat
Pendawaian soket alir keluar 13A litar jejari atau radial adalah litar yang paling biasa
digunakan untuk mendawai soket alir keluar di rumah dan di bangunan-bangunan. Selain
litar jejari soket juga boleh mengunakan litar gelang. Saiz minimum wayar untuk litar ini
adalah 2.5mm² bertebat PVC dan ia disambung pada MCB bersaiz 16A/20A
BEZA ANTARA LITAR JEJARI DAN LITAR GELANG
PENDAWAIAN LITAR JEJARI
•Pendawaian litar jejari hendaklah meliputi jumlah kawasan bersaiz 50m².
•Tiada had bilangan soket alir keluar 13A (soket plug) untuk litar ini, tetapi mengikut
pengalaman jurutera elektrik dan juruelektrik 6unit soket plug adalah bilangan yang ideal
untuk kawasan seluas 50 m².
•Biasanya litar jejari digunakan untuk pendawaian soket plug di dalam bilik . Saiz minimum
wayar untuk litar ini adalah 2.5mm² bertebat PVC dan ia disambung pada MCB bersaiz 16A.
PENDAWAIAN LITAR GELANG
•Pendawaian litar jejari hendaklah meliputi jumlah kawasan bersaiz 100m² .
•Tiada had bilangan soket alir keluar 13A (soket plug) untuk litar ini, tetapi mengikut
pengalaman jurutera elektrik dan juruelektrik,10 unit soket plug adalah bilangan yang ideal
untuk kawasan seluas 100 m² .
•Biasanya litar gelang digunakan untuk pendawaian soket plug di luar bilik seperti ruang
tamu, ruang berehat dan dapur. Saiz minimum wayar untuk litar ini adalah 2.5mm²
bertebat PVC dan ia disambung pada MCB bersaiz 32A
ELEKTRIK BOLEH MEMBAWA MAUT SEKIRANYA…..

1. Semasa membeli peralatan elektrik


Terdapat beberapa pekara yang penting untuk diambil kira semasa anda membeli peralatan elektrik.
•Peralatan tersebut mestilah sesuai untuk operasi tempatan yg mempunyai 240 volt ac dan frekuensi 50hz
•Peralatan tersebut mestilah diuji dan disahkan oleh pihak yang bertauliah contohnya : SIRIM
•Cari plug wayar fleksibel (extension wire) yang terhubung kepada alatan yang disahkan oleh SIRIM
•Dapatkan kad jaminan yg telah disahkan oleh cop rasmi pengedar/penjual dan maklumat-maklumat
peralatan tersebut contohnya : nombor siri dan sebagainya

2. Sebab sebab kecelakaan elektrik berlaku dirumah


PENDAWAIAN RUMAH YG SALAH 

: ini selalunya berlaku apabila penyambung dan pendawaian semula yang dilakukan oleh orang tidak
berkelayakan. Antara kesalahan yang selalunya terjadi adalah pengabaian wayar bumi dan penukaran
wayar hidup dan wayar neutral. Tanpa wayar bumi, sebarang perukaan logam boleh membawa renjatan
kepada pengguna sekiranya sebarang kesilapan
.
3. MENGELAKAN KEMALANGAN ELEKTRIK
Semua pendawaian atau pendawaian seula atau penyabungan wayar elektrik perlu dilakukan oleh
kontraktor elektrik yang berlesen
Pembaikan alatan elektrik perlu dilakukan oleh mereka yang kompeten sahaja
JANGAN baiki peralatan elektrik anda sekiranya anda tidak kompeten. Dapatkan perkhidmatan juruteknik
yang kompeten
Jangan biarkan kanak2 daripada bermain dengan soket elektrik
Jauhkan peralatan elektrik daripada punca air
Jangan sentuh alatan elektrik apabila tangan basah
Mengunakan adaptor melebihi beban yg ditetapkan dan ini mungkin menyebabkan kebakaran
JANGAN memaku dinding secara sebarangan ke dinding. Mungkin terdapat wayar yang tersembunyi.
ANGGOTA bomba mengeluarkan mangsa yang terperangkap di dalam lubang di kediamannya di
Taman Pandan Prima dekat sini petang tadi

You might also like