You are on page 1of 14

KAWALAN SUIS LITAR LAMPU

1. Suis Satu hala. 2. Suis Dua Hala 3. Suis Perantaraan.

Struktur Binaan Suis


Badan dan penutup suis mestilah diperbuat daripada bahan penebat yang baik dan tahan daripada arus beban yang mengalir melaluinya .Biasanya bahan yang digunakan ialah dari jenis baklit. Terdapat dua terminal atau lebih terminal (bergantung kepada jenis suis ) bagi punca sambungan diantara pengalir fasa bekalan dan beban Kendalian pemutusan suis terdiri daripada dua jenis iaitu sambung dan putus cepat (quick make and brake) dan celah mikro Pemutusan jenis sambung dan putus cepat, tangkai togel suis dapat dikendalikan dengan cepat dan pantas.Tujuan ialah untuk mengelakan terbentuknya arka ketika pemutusan berlaku .Suis jenis ini biasanya ketika menutup dan membuka akan mengeluarkan bunyi yang kuat.

Pemutusan secara bukaan celah mikro , tangkai togel suis hanya membuka sesentuh dengan jarak yang kecil iaitu 6mm dan cara ini hanya sesuai untuk kawalan litar arus ulang alik .Suis jenis ini dikendalikan dengan tidak mengeluarkan bunyi yang kuat .

Jenis bentuk badan suis adalah seperti berikut i. jenis permukaan (tumbler dan flush ivory) ii. jenis semi tersembunyi iii. jenis tarik atau siling iv. jenis khusus untuk pemasangan dalam sistem konduit/metal clad.

Peraturan IEE bagi suis


Di pepasangan bekalan dua dawai satu daripada kutubnya berbumi , semua fius dan alat kawalan satu kutub mestilah disambung ke dawai hidup sahaja Setiap suis atau pemutus litar yang tidak diketahui tugasnya mestilah ditandakan. Suis yang digunakan untuk mengawal peralatan lampu dan peralatan elektrik mestilah diasingkan dariada peralatan tersebut kecuali pengalir hidup suis hendaklah sependek-pendek yang boleh dan dihadang disekelilingnya. Setiap suis yang digunakan untuk bilik mandi mestilah diletakan ditempat yang tidak mudah dicapai oleh pengguna.

Arus nominal bagi setiap suis yang mengawal litar lampu discas mestilah tidak boleh kurang daripada dua kaliganda jumlah arus tetap/ nominal yang mengalir di dalam litar. Sekiranya suis tersebut digunakan untuk mengawal lampu filamen dan discas , arus nominalnya mestilah tidak boleh kurang daripada jumlah arus lampu filamen dan dua kali ganda jumlah arus tetap bagi lampu discas.

Gambarajah,skematik & Simbol Suis

Litar skematik bagi satu suis satu hala mengawal satu lampu

Litar skematik bagi dua suis dua hala mengawal dua lampu

Gambarajah sebenar sambungan S1 dan S2

Litar skematik bagi dua suis dua hala dan satu suis pertengahan mengawal satu lampu

Gambarajah sebenar sambungan S1 ,S2 dan S3

Papan agihan/ Kotak Fius Agihan


Papan agihan adalah satu tempat pengagihan pengalir kabel litar akhir , ini termasuklah pengalir fasa , neutral dan bumi. Struktur binaan papan agihan Badan papan agihan diperbuat daripada kotak kayu atau kotak logam Didalamnya terkandung beberapa tapak dan penghubung fius , terminal neutral dan terminal bumi .Terminal-terminal ini hendaklah dibuat agar tidak tersentuh antara satu sama lain Kadar arus nominal fius dalam papan agihan bergantung kepada jumlah arus beban dalam litar akhir.

Gambarajah Kotak Fius Agihan

Gambarajah Dalaman Kotak Fius Agihan

Rajah Bentangan Kotak Fius Agihan.

You might also like