You are on page 1of 3

BORANG PROGRAM PEMERKASAAN BUDAYA AMALAN MEMBACA BUKU KALANGAN

GURU PELATIH IPG KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM, JOHOR

(a) NAMA : ...............GOY CHIA SHENG.....................................


(b) AMBILAN : .....JUN 2018...............................................................
(c) OPSYEN : .....3 PISMP RBT........................................................
(d) Maklumat Buku Yang Dibaca:

Bil. Perkara Catatan


Buat Duit Dengan Mudah.my
1. Tajuk Buku:
Umar Taib
2. Pengarang:
2016
3. Tahun diterbitkan:
Publishing House
4. Diterbitkan oleh:

5. Muka Depan Buku

6. Website Buku
Tiada
(Jika E-book)
Terdapat dua jenis keutuhan semantik, iaitu hubungan semantik
7. Sinopsis Buku
antara bahagian-bahagian wacana dan kesatuan latar belakang
Yang Dibaca:
semantik. Contoh keutuhan semantik yang terdapat dalam buku ini ialah
hubungan sebab dan akibat, iaitu satu bahagiannya menjawab
pertanyaan. Misalnya dalam bab 11, penulis menyatakan bahawa
“Telefon pintar terpakai menjadi pilihan mereka ini. Jadi permintaan
untuk telefon pintar terpakai agak tinggi.”

Seterusnya, keutuhan leksikal pula melibatkan pertautan antara


perkataan atau frasa secara semantik (makna) dalam sesebuah wacana
serta unsur pengulangan perkataan. Contohnya dalam bab 11, penulis
menyatakan bahawa “Permintaan untuk telefon pintar semakin tinggi.
Pelanggan sentiasa mahukan telefon pintar baru seiring dengan
perubahan teknologi.”

Keutuhan wacana yang ketiga ialah keutuhan gramatikal,


keutuhan gramatikal merupakan hubungan wacana yang berkaitan
dengan tatabahasa. Contohnya dalam pengenalan bab, penggantian
yang bersifat kata nama atau nominal telah ditunjukkan. Penulis
berkata bahawa “Mudah.my adalah laman jual beli paling popular di
Malaysia. Laman ini memberi peluang kepada ramai orang untuk berjual
beli secara online dengan langkah yang murah.”

Akhir sekali, keutuhan fonologi yang terdapat dalam sesuatu


wacana dapat dilihat dari segi hentian suara, nada suara dan intonasi
suara. Contohnya dalam bab 11, “Pelanggan sudah pun mendapatkan
kasut bola dan stoking yang kita jualkan kepadanya” merupakan ayat
penyata, manakala “Selesaikah kasut bola yang dibeli?” merupakan
ayat tanya.
Selepas membaca buku ini, saya mendapati bahawa
8. Manfaat/
kekuatannya ialah buku ini dapat membantu orang yang ingin berbisnes
pengajaran yang
diperoleh daripada dalam Mudah.my kerana penjelasan dan pengalaman yang dinyatakan
buku yang dibaca:
oleh penulis adalah amat jelas dan berguna. Selain itu, buku ini telah
menggunakan pelbagai grafik yang canggih untuk menarik perhatian
pembaca. Cara penulis menyampaikan maklumat juga sangat kreatif
dan menarik.
Dalam bab 2, penulis telah pun menyatakan kelebihan berbisnes
dengan Mudah.my. Antara kelebihan yang dapat pembaca perolehi
ialah laman web tidak diperlukan. Kita tidak perlu pening untuk
menghadap HTML (Hyper Text Markup Language) iaitu bahasa
program yang digunakan untuk membuat laman web atau belajar
menggunakan perisian membina laman web. Selain itu, kita tidak perlu
membeli nama domain, iaitu nama bisnes kita di Internet. Harganya
adalah dalam lingkungan RM50 sehingga RM150 dan perlu dibayar
setahun sekali.

Lebih-lebih lagi, Mudah.my ini telah menyediakan satu tapak


bisnes yang luas kepada peniaga kerana kita tidak perlu membuat
sebarang bayaran terhadap tapak bisnes kita. Seterusnya, kita tidak
perlu menyediakan modal. Bagi peniaga yang ingin membuat
perniagaan, sejumlah modal yang besar biasanya diperlukan untuk
membeli aset dan menyewa kedai. Jadi, modal ini tidak perlu
disediakan dalam Mudah.my.

Pendek kata, Mudah.my ini memang menyediakan banyak


kebaikan dan kemudahan kepada pengguna jika digunakan dengan
baik.

You might also like