You are on page 1of 6

PSV 3101 PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

TAJUK 5 PENGERTIAN REKABENTUK DALAM PSV

Sinopsis

Tajuk dalam Pengertian Rekabentuk dalam PSV ini, secara ringkas adalah
untuk meningkatkan pengetahuan pelajar tentang pengertian Rekabentuk dalam PSV
dan secara berterusan akan dapat diaplikasikan di peringkat sekolah dan dalam
kehidupan seharian.Pengertian rekabentuk mempunyai kaitan yang rapat penciptaan
inovasi dan kreativiti. Untuk membolehkan anda mencapai hasil pembelajaran, tajuk
ini dibahagikan kepada 3 subtopik seperti berikut:

(i) Konsep Rekabentuk


(ii) Rekabentuk dan Industri
(iii) Rekabentuk Dalam Konteks Kehidupan.

Hasil Pembelajaran

Pada akhir tajuk ini anda seharusnya dapat;

1. Menerangkan konsep rekabentuk dalam konteks kehidupan harian.


2. Menganalisis kepentingan rekabentuk dalam konteks kehidupan seharian.
3. Memahami bahawa inovasi dan kreativiti memainkan peranan penting dalam
penciptaan rekabentuk.

Kerangka konsep Pengertian Rekabentuk dalam PSV


PSV 3101 PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

KANDUNGAN

Pengertian Rekabentuk

Reka bentuk ialah suatu cabaran mendapatkan idea baru dan menyatukan
benda dalam cara baru. Antara contohnya ialah corak baru, barangan pengguna,
pembungkusan dan pakaian. Pada tahap yang lain, rekabentuk boleh jadi suatu
perbuatan iaitu suatu kegiatan seni contohnya seorang artis yang sedang
menggambarkan iklan baru, seorang arkitek merekabentuk bangunan baru dan seorang
pereka sedang membuat atau menghasilkan bentuk tembikar.

Konsep Rekabentuk

Cuba anda perhatikan objek di bawah dan fahamkan perkaitannya dengan rekabentuk.

Rupa Asas Rupa “Fractal”


PSV 3101 PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

Rupa Mukataip Bentuk “Icosahedron”

Konsep rekabentuk amat penting dalam bidang seni, ini adalah idea utama dalam
penghasilan sesuatu produk . Daripada konsep ini ia akan mencetuskan pembinaan
idea yang pelbagai berdasarkan unsur-unsur nilai etika yang termaktub dalam prinsip
rekaan dan elemen rekaan.

Rekabentuk dan Industri

Rekabentuk Industri adalah bidang berkaitan dengan rekacipta dan


membangunkan konsep serta spesifikasi yang memenuhi fungsi, nilai, bentuk luaran
sesuatu produk untuk kebaikan pengguna dan pengeluar. Bidang ini adalah seni
gunaan yang menggabungkan penggunaan dan seni menghasilkan produk yang baik
sesuai untuk pengguna. Dengan kata lain, bidang ini bukan berkaitan dengan rekaan
gear, litar atau bagaimana produk berfungsi tetapi lebih kepada bentuk sesuatu produk
bagi memudahkan pengguna.

Perekabentuk industri adalah profesion yang berada di antara jurutera dan


seniman. Mereka bukan jurutera ataupun seniman tetapi seseorang yang dapat
mengimbangkan penggunaan seni dan fungsi menghasilkan sesuatu produk atau
barang yang sesuai untuk digunakan. Bagi perekabentuk, mereka perlu menghasilkan
produk yang cantik, ergonomik dan sesuai digunakan. Perekabentuk industri boleh
menjadi pencipta produk baru yang memenuhi keperluan manusia

Contoh Rekabentuk Industri:


PSV 3101 PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

Sumber: dunia reka.blogspot.com)

Rekabentuk Dalam Konteks Kehidupan

Baca petikan dibawah ini untuk memberi satu gambaran tentang kepentingan
rekabentuk dalam konteks kehidupan.

Petikan 1

Di antara aktiviti rekabentuk dalam konteks kehidupan adalah:

i. Merekabentuk semula atau mengubahsuai sesuatu


ii. Menghias van
iii. Merekabentuk kenderaan
iv. Merekabentuk dan membina rumah mainan
v. Merekabentuk dan membina bangunan
vi. Merekabentuk grafik
PSV 3101 PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

Latihan

1. Perhatikan sekeliling anda, sudah semestinya terdapat pelbagai rupa bentuk


alam semulajadi dan buatan manusia. Berdasarkan pada pemerhatian anda, cari
dan kumpulkan lima gambar berkaitan rekabentuk dari aspek :

PRODUK REKABENTUK ASAS SENI REKA

Contoh: Telefon bimbit

Latihan

(Sumber: dunia reka.blogspot.com)

2. Lihat tiga foto yang dipaparkan di atas. Ianya memperlihatkan reka bentuk
bangunan. Rekabentuk bangunan berubah-ubah mengikut masa, trend dan juga
PSV 3101 PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

teknologi yang semakin berkembang maju. Berdasarkan pada foto ini, anda
dikehendaki membuat analisa dari aspek:
i. Fungsi
ii. Rekabentuk
iii. Kebudayaan dan kepercayaan
iv. Persekitaran

You might also like