You are on page 1of 18

See discussions, stats, and author profiles for this publication at: https://www.researchgate.

net/publication/322883508

Dakwah terhadap Bukan Muslim di Malaysia : Realiti dan Cabaran

Conference Paper · November 2013

CITATIONS READS
0 6,706

2 authors, including:

Khairul Azhar Meerangani


Kolej Universiti Islam Melaka
27 PUBLICATIONS   2 CITATIONS   

SEE PROFILE

All content following this page was uploaded by Khairul Azhar Meerangani on 02 February 2018.

The user has requested enhancement of the downloaded file.


E-Prosiding Seminar Antarabangsa Dakwah dan Pembangunan Insan 2013

Dakwah terhadap Bukan Muslim di Malaysia : Realiti dan Cabaran


Khairul Azhar Bin Meerangani

Muhammad Asyraf Ahmad Termimi

Rushdi Bin Ramli

Islam merupakan agama yang mencakupi seluruh aspek kehidupan sehingga turut
membincang dan mengiktiraf segala persoalan berkaitan bukan Muslim. Tugas
menyeru bukan Muslim kepada ajaran Islam ini telah dimulakan oleh Rasulullah
s.a.w selaku perintis utama dan diteruskan oleh umat Islam sehingga kini.
Malaysia merupakan negara yang menghimpunkan golongan bukan Muslim yang
terdiri daripada pelbagai kaum dalam satu komuniti. Maka, strategi dakwah
terhadap golongan ini perlu dipelbagaikan supaya seiring dengan perkembangan
dunia pada masa kini. Hal ini kerana elemen yang perlu diberi perhatian bukan
sahaja berkaitan perbezaan agama bahkan perbezaan kaum itu sendiri. Maka,
kajian ini dilakukan bagi meneliti realiti semasa perkembangan dakwah bukan
Muslim di Malaysia serta cabaran-cabaran yang perlu diatasi oleh para
pendakwah dalam usaha menyeru mereka kembali kepada Islam.

Pengenalan

Perjalanan gerakan dakwah di Malaysia semakin berkembang terutamanya dengan muncul


pelbagai institusi dan persatuan dakwah yang aktif dalam menyebarkan ajaran Islam. Institusi
seperti YADIM, PERKIM, JAKIM, ILIM dan sebagainya dilihat konsisten dalam meneruskan
perjuangan dakwah kepada Islam di muka bumi ini. Hal ini sebenarnya selaras dengan pemilihan
umat Islam sebagai umat pilihan Allah dan bukannya bangsa Yahudi sebagaimana yang didakwa
oleh mereka dengan syarat mereka harus menyebarkan dan menyampaikan seruan dakwah Islam
kepada seluruh umat manusia tanpa mengira bangsa, keturunan dan agama. Hal ini dijelaskan
oleh Allah melalui firmannya:

487
E-Prosiding Seminar Antarabangsa Dakwah dan Pembangunan Insan 2013

             


  
  

Dan hendaklah ada di antara kamu satu golongan yang menyeru (berdakwah)
kepada kebajikan (mengembangkan Islam) dan menyuruh berbuat segala perkara
yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). dan
mereka itulah orang-orang yang berjaya.

Surah Ali Imraan (3) : 104

Menurut Dr. Wahbah al-Zuhayli, perkataan (‫ )الخير‬dalam ayat tersebut merujuk kepada segala
manfaat dan kebaikan kepada manusia samada dalam urusan agama mahupun dunia.1 Maka,
menyeru manusia kembali kepada Islam juga merupakan salah satu usaha memperbaiki manusia
bagi membimbing mereka menuju kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat.2 Seruan ini tidak
terhad hanya kepada mereka yang beragama Islam sahaja malah ia perlu juga dipanjangkan
kepada mereka yang bukan Islam dalam usaha kita memastikan agar nikmat Islam itu berjaya
dirasai oleh sekalian manusia tanpa mengira apa jua latarbelakang mereka.

Namun jika kita meninjau realiti Malaysia sebagai negara yang berbilang bangsa dan
agama, keunggulan instrumen dakwah yang dimiliki oleh umat Islam ternyata belum sebanding
dengan keberhasilan sasaran dakwah tersebut. Umat Islam di Malaysia secara umumnya dilihat
lebih selesa menyebarkan dakwah Islam hanya dalam kalangan mereka sahaja serta kurang
mencuba untuk memperkenalkan Islam kepada mereka yang bukan beragama Islam. Mungkin
mereka terlupa bahawa tugas utama yang dilakukan Rasulullah s.a.w terutamanya semasa di
Makkah ialah seruan dakwah kepada mereka yang belum beragama Islam supaya sama-sama
mengesakan Allah. Namun masih wujud umat Islam yang memandang remeh dengan
kepentingan menyampaikan mesej dakwah kepada bukan Muslim walaupun sebenarnya
golongan ini merupakan sasaran yang lebih penting untuk dakwah kerana tuntutan dakwah yang

1
Wahbah al-Zuhayli (2009) al-Tafsir al-Munir fi al-‘Aqidah wa al-Syariah wa al-Manhaj, j.2, Damsyik: Dar al-
Fikr, h.354.
2
Adnan Muhammad Umamah (2001) al-Tajdid fi al-Fikr al-Islami, Beirut: Dar Ibn al-Jawzi, h.33.

488
E-Prosiding Seminar Antarabangsa Dakwah dan Pembangunan Insan 2013

paling utama ialah menyeru mereka mentauhidkan Allah serta melepaskan diri daripada sebarang
belenggu syirik dan kufur kepada-Nya.3 Hal ini kerana kemungkaran dan kezaliman yang paling
besar menurut Islam adalah kufur dan syirik kepada Allah walaupun mereka melakukan pelbagai
amal kebaikan kerana dosa kufur telah menenggelamkan segala kebaikan tersebut.4 Maka, suatu
langkah yang proaktif seharusnya diambil bagi memastikan golongan bukan Islam lebih
cenderung untuk memahami Islam dengan kefahaman yang sebenar walaupun belum bersedia
untuk menganutinya.

Konsep Dakwah Bukan Muslim

Berdakwah kepada bukan Muslim bukanlah persoalan baru yang hanya muncul sejak akhir-akhir
ini bahkan seruan untuk berdakwah kepada bukan Muslim ini telahpun bermula sejak zaman
Rasulullah s.a.w di Makkah hinggalah baginda berhijrah ke Madinah. Seruan di Makkah lebih
menekankan persoalan aqidah sebagai tunjang jati diri seorang Muslim. Setelah aqidah mereka
berjaya dikukuhkan, barulah persoalan hukum-hakam seperti solat, puasa, zakat dan sebagainya
pula dibincangkan. Hal ini sebagaimana yang dijelaskankan oleh Aisyah r.a :-

‫إمنا نزل أول ما نزل منه سورة من ادلفصل فيها ذكر اجلنة و النار حىت إذا تاب الناس إىل اإلسالم‬

‫ ولو نزل ال تزنوا‬,‫ ولو نزل أول شيء ال تشربوا اخلمر لقالوا ال ندع اخلمر أبدا‬,‫نزل احلالل و احلرم‬

‫لقالوا ال ندع الزنا أبدا‬

Maksudnya : Sesungguhnya perkara yang mula-mula sekali yang diturunkan


daripadanya (al-Quran) ialah surah dalam Mufassal yang terdapat di dalamnya
persoalan syurga dan neraka. Selepas seseorang itu teguh dengan Islam, turunlah
ayat-ayat yang menerangkan persoalan halal dan haram. Sekiranya ayat awal
berkaitan tegahan meminum arak, nescaya mereka berkata : Kami tidak akan

3
Abd al-Karim Zaydan (1976) Usul al-Da’wah, Baghdad: Matba‟ah al-Azim, h.299
4
Mohammad Nidzam Abd. Kadir (2009) Fiqah Berinteraksi dengan Non Muslim, Kuala Lumpur: Telaga Biru Sdn
Bhd, h.161

489
E-Prosiding Seminar Antarabangsa Dakwah dan Pembangunan Insan 2013

meninggalkan arak selamanya. Sekiranya ayat awal berkaitan larangan berzina,


nescaya mereka berkata : Kami tidak akan meninggalkan zina selamanya.5

Menurut Ibnu Manzur, dakwah bermaksud seruan atau tuntutan untuk merealisasikan matlamat
atau objektif tertentu.6 Dalam konteks semasa, seruan ini bermaksud merealisasikan matlamat
utama penciptaan manusia iaitu kembali mengesakan Allah, menjauhi perbuatan menyekutukan-
Nya serta mengamalkan prinsip-prinsip utama yang terkandung dalam ajaran Islam. Seruan
dakwah penting dalam membina asas-asas Islam serta menghapuskan segala pengaruh jahiliah
yang bertapak dalam diri manusia.7 Tugas dakwah ini sebenarnya ditaklifkan kepada semua
muslimin mengikut kadar kemampuan mereka dan bukannya dikhususkan kepada golongan
tertentu sahaja. Hal ini kerana walaupun mereka berbeza aqidah dengan kita namun mereka tetap
merupakan saudara kita dalam sudut kemanusian kerana kita berasal daripada keturunan yang
satu iaitu melalui Adam dan Hawa. Hanya mereka kurang beruntung berbanding kita kerana
masih belum berpeluang untuk kembali kepada fitrah sebenar insan iaitu beragama Islam
disebabkan kejahilan mereka mengenai agama ini. Maka, menjadi tugas kita untuk
berkomunikasi dan berbincang dengan mereka mengenai Islam agar mereka mampu memahami
hakikat agama ini melalui jalan yang benar. Hal ini kerana mereka juga sebenarnya dahagakan
mesej kebenaran mengenai Islam daripada kita. Namun, perlu difahami bahawa tugas memberi
hidayah hanyalah hak mutlak Allah semata-mata sebagaimana firmannya:-


          
     

Sesungguhnya Engkau (Wahai Muhammad) tidak berkuasa memberi hidayah


petunjuk kepada sesiapa yang engkau kasihi (supaya ia menerima Islam), tetapi
Allah jualah yang berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang
dikehendakiNya dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang
(ada persediaan untuk) mendapat hidayah petunjuk (kepada memeluk Islam).

Surah al-Qasas (28) : 56

5
Muhammad bin Isma‟il al-Bukhari (2002), Sahih al-Bukhari, Kitab Fadail al-Qur’an, Bab Ta’lif al-Quran, no.
hadith 4993, j.2. Beirut : Dar Ibnu Kathir, h.1277
6
Muhammad bin Mukarram bin Manzur (2003), Lisan al-‘Arab, j.14. Beirut : Dar Ṣadr, h.257. Lihat kalimah (‫)دعو‬
7
Mohd Zambry Mohd Zainuldin (2012), Manhaj Fiqah Wasathiyy, Kuala Lumpur: Telaga Biru Sdn Bhd., h.39.

490
E-Prosiding Seminar Antarabangsa Dakwah dan Pembangunan Insan 2013

Oleh kerana tugas dakwah ini merupakan salah satu unsur yang penting dalam ajaran Islam,
maka ia tidak boleh dilaksanakan secara terburu-buru bahkan memerlukan sokongan dan
perancangan yang rapi bagi memastikan objektifnya terlaksana. Antaranya kaedah yang
digariskan dalam al-Quran iaitu berdakwah dengan cara yang berhikmah dan melalui nasihat
yang baik.8 Menurut Sayyid Qutb, berdakwah secara berhikmah ialah memerhati situasi dan
realiti sasaran dakwah serta mempelbagaikan teknik berdakwah ke atas mereka, kemampuan
memberi penjelasan kepada mereka tanpa memberatkan mereka dengan pelbagai tanggungjawab
yang masih belum mampu dipikul serta tidak dilakukan atas semangat dan keghairahan yang
melampau sehingga terkeluar daripada ruang lingkup hikmah itu sendiri. 9 Nasihat yang baik pula
melalui seruan secara lemah-lembut yang mampu meresap ke dalam hati manusia bukannya
melalui ancaman, tegahan mahupun mengaibkan mereka atas kesalahan yang dilakukan
disebabkan oleh kejahilan mereka.10 Seorang pendakwah perlu sentiasa sabar dalam menghadapi
cabaran dakwah kerana Rasulullah s.a.w sendiri pernah menghadapi cabaran dan dugaan yang
jauh lebih berat sewaktu memperkenalkan Islam kepada penduduk Makkah. Sifat sabar ini
sangat diperlukan dalam berdakwah bagi meneguhkan pendirian dan tekad mereka serta mampu
mengikis rasa kecewa sekiranya objektif dakwah itu tidak berhasil.

Realiti Dakwah

Dalam menelusuri perkembangan Malaysia pada hari ini, kita sebenarnya masih mampu
berbangga kerana berjaya menyatukan pelbagai bangsa dan agama untuk sama-sama bernaung
dalam satu negara. Namun, suasana harmoni ini sahaja tidak memadai sekiranya kita hanya
mampu memerhatikan sahaja sahabat-sahabat kita yang bukan Muslim terus hidup dalam
kejahilan dan salah faham mereka terhadap Islam tanpa kita sendiri berusaha mengambil langkah
untuk sekurang-kurang membuatkan mereka mempunyai kefahaman yang jelas mengenai Islam.
Walaupun kita disokong oleh Perlembagaan Persekutuan yang menyebelahi kita di samping
kewujudan pelbagai institusi dan organisasi bagi memartabatkanIslam, namun masih terdapat

8
Surah an-Nahl (16) : 125
9
Sayyid Qutb (1996) Fi Zilalil Quran. J.4, Beirut: Dar al-Syuruq, h.2202
10
Ibid. h.2202-2203

491
E-Prosiding Seminar Antarabangsa Dakwah dan Pembangunan Insan 2013

beberapa reality yang perlu diambil perhatian terutamanya membabitkan persoalan dakwah
terhadap bukan Muslim di negara ini. Antaranya :-

1. Salahfaham terhadap ajaran Islam dan budaya Melayu.

Kebanyakan golongan bukan Muslim sebenarnya masih keliru terhadap agama Islam dan bangsa
Melayu. Doktrin Melayu itu Islam dan Islam itu Melayu masih kuat bertapak dalam pemikiran
sebahagian besar golongan bukan Islam di Negara ini sehingga mereka yang masuk Islam
dikatakan sebagai ‘masuk Melayu’.11 Isu seperti menukar nama dan bin, amalan berpakaian, cara
hidup dan terputus hubungan dengan keluarga asal masih menghantui mereka yang bukan
Muslim walaupun telah dijelaskan oleh sarjana Muslim di negara ini. Selain itu, imej bangsa
Melayu di mata mereka juga kurang baik di mana sifat pemalas, perasuah, gila kuasa dan tidak
pandai berdikari sering dikaitkan dengan bangsa tersebut. Maka segala kekurangan dan
kelemahan yang ditonjolkan oleh bangsa Melayu akan dikaitkan dengan Islam. Mereka khuatir
terpaksa diasimilasikan ke dalam budaya Melayu sehingga menyebabkan mereka bakal
kehilangan identiti asal bangsa mereka.12 Malah, kekurangan rujukan agama dalam bahasa lain
selain bahasa Melayu dan Arab juga seakan-akan membantutkan usaha mereka untuk mendekati
ajaran Islam13 di samping beberapa perkembangan semasa yang berlaku di Malaysia juga sedikit
sebanyak dilihat menyebelahi kebimbangan mereka ini.

2. Persepsi negatif terhadap ajaran Islam.

Perkembangan semasa dunia hari ini memperlihatkan Islam ditohmah dan dilabel dengan
pelbagai tuduhan yang negatif dan tidak masuk akal. Walaupun di Malaysia situasi hubungan
antara agama masih lagi boleh dikira harmoni, namun sedikit sebanyak persepsi negatif ini
dilihat telah berjaya menembusi kotak pemikiran sebahagian kecil penganut agama lain sehingga

11
Ahmad Faisal Abdul Hamid dan Hamidah Jalani (2010) Beberapa Pandangan mengenai Islam dari Perspektif
Parti Politik Melayu, Jurnal Tamadun, 5, h. 118.
12
Hajarah Muharam (2003), Metodologi Dakwah terhadap Masyarakat Cina: Kajian Penggunaan Logik tentang
Pencipta , Latihan Ilmiah, Universiti Malaya, h.60
13
Osman Chuah. (2002). Non-Muslim Chinese Fear of Islam in Malaysia : An Analysis. Jurnal Usuluddin, 15, h.
102-105

492
E-Prosiding Seminar Antarabangsa Dakwah dan Pembangunan Insan 2013

mereka juga sanggup menuduh dan mempertikaikan ajaran Islam itu sendiri. Antaranya seperti
Islam agama yang mengongkong, terlalu banyak peraturan,14 menindas wanita,15 cerewet
terhadap makanan, bersifat memaksa16, mundur dan kolot serta hanya sesuai bagi bangsa Arab
dan Melayu sahaja.17 Hal ini diburukkan lagi dengan pengaruh beberapa media massa yang
seakan-akan „menangguk di air yang keruh‟ apabila sewenang-wenangnya memutarbelitkan
sebahagian isu untuk memanaskan lagi situasi semasa. Selain itu, gejala murtad yang semakin
berleluasa juga memperlihatkan situasi yang tidak normal kepada mereka. Mereka juga menilai
perlakuan serta layanan buruk yang diberikan oleh sebahagian umat Islam terhadap mereka
sehingga mereka menganggap Islam sebagai agama yang menindas dan meremehkan kedudukan
bukan Muslim. Sebagaimana kita hanya menilai agama lain berdasarkan tindak-tanduk
penganutnya, begitu jugalah kaedah yang digunakan oleh mereka dalam menilai ajaran Islam.
Maka, kita perlu mengorak langkah yang lebih efektif dalam rangka mempromosi dan
menjernihkan pandangan Islam menurut kacamata mereka.

3. Kebimbangan melampau terhadap pengaruh agama lain.

Sikap ini tidak lain dan tidak bukan biasanya terbit daripada jiwa yang kurang keyakinan diri
terhadap agama Islam. Mereka mananamkan kerisauan dan kebimbangan secara keterlaluan
terhadap pengaruh ajaran agama lain tanpa cuba menonjolkan nilai istimewa dalam ajaran Islam
itu sendiri sebagai satu usaha untuk menyaingi perkembangan pengaruh agama lain. Walaupun
telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan bahawa kerajaan negeri dan Wilayah
Persekutuan boleh menyekat pengembangan agama dan kepercayaan lain terhadap penganut
Islam,18 namun masih wujud pihak-pihak yang berterusan memainkan isu ini sehingga terdapat
usaha-usaha untuk meruntuhkan lambang salib, membakar injil bahkan ada yang mendakwa
bahawa dengan mendengar Injil sahaja boleh mengakibatkan seseorang Muslim itu murtad19 di
samping misteri ‘holy water’ yang masih belum terungkai hingga ke hari ini. Tindakan dan
14
Faridah binti Ali (2003) Pandangan Non-Muslim di Bandar Teluk Intan terhadap Islam, Latihan Ilmiah,
Universiti Malaya, h.8-9
15
Osman Chuah (2002) Op.Cit.
16
Ibid.
17
Fatimah Sham bt. Arifin. (2000). Pandangan Pelajar Non Muslim terhadap Islam : Kajian Khusus di Fakulti
Perubatan UM. Latihan Ilmiah, Universiti Malaya, h.38
18
Lihat Perkara 11, Fasal 4 Perlembagaan Persekutuan.
19
http://www.malaysiakini.com/news/185971, Injil Tenaga Solar dalam Simpanan JAIS, kata Hasan. 7 Mac 2012.

493
E-Prosiding Seminar Antarabangsa Dakwah dan Pembangunan Insan 2013

prasangka sebegini dilihat hanya memburuk dan merendahkan lagi imej Islam di mata mereka.
Mereka seharusnya memanfaatkan sepenuhnya peruntukan perlembagaan persekutuan ini untuk
memperkenalkan ajaran Islam kepada penganut lain dengan mengemukakan fakta dan hujah
yang relevan dan bersifat ilmiah. Kita perlu berhenti menyalahkan pendakwah bukan Islam
kerana mereka sedang melakukan kerja untuk memartabatkan agama mereka. Sebaliknya kita
perlu menilai diri kita sendiri sejauhmana usaha yang telah diambil bagi membantu dan
memantapkan usaha dakwah terhadap Islam.

4. Kecelaruan memahami budaya dan ritual agama.

Budaya merupakan elemen yang sangat berkait rapat dengan entiti sesuatu bangsa kerana
merangkumi konsep yang luas termasuk cara hidup, cara berfikir, kepercayaan, adat resam,
bahasa, teknologi dan tradisi.20 Pelecehan terhadap peranan budaya dalam sesuatu bangsa
biasanya boleh mendatangkan implikasi yang negatif terhadap seseorang. Namun malangnya
terdapat pendakwah yang masih belum mampu membezakan antara budaya sesuatu bangsa
dengan ritual dan kepercayaan agama mereka. Mereka menilai semua budaya selain daripada
budaya warisan turun-temurun masyarakat Melayu Muslim sebagai bercanggah dan tidak selaras
dengan ajaran Islam sedangkan adat dan kebudayaan bangsa lain juga boleh terus diamalkan
sekiranya mematuhi prinsip-prinsip Islam. Kedangkalan untuk memahami budaya sesuatu kaum
sebenarnya boleh memberikan persepsi yang negatif terhadap Islam21 walhal Allah sendiri telah
mengiktiraf perbezaan kaum dan etnik ini22 supaya manusia boleh saling mengenali dan
mempelajari elemen positif dalam budaya masing-masing. Tidak wajar seseorang itu dipaksa
untuk meninggalkan budaya bangsanya hanya kerana telah memeluk Islam tanpa dinilai terlebih
dahulu aspek-aspek dalam kebudayaan tersebut menurut Islam. Ini dapat kita perhatikan apabila
masih wujud pendakwah yang melarang sambutan Tahun Baru Cina secara mutlak tanpa

20
Mahmood Zuhdi Ab. Majid (2006), Pengaruh Timbal Balik antara Hukum dan Budaya dalam Syariat Islam, Dlm.
Md. Saleh Ahmad (et.al), Hukum Islam dan Budaya Tempatan, Kuala Lumpur : Jabatan Fiqh dan Usul, Universiti
Malaya, h.13.
21
Mohd Nor Manuty (2011), Islam dan Toleransi Budaya dalam Masyarakat Majmuk di Malaysia : Beberapa
catatan. Dlm. Abdul Karim Ali & Rumaizi Ahmad al-Mustapha(Ed.), Fiqh Masyarakat Bukan Islam di Malaysia
Shah Alam: Imtiyaz Multimedia & Publications. h.80
22
Surah al-Hujurat (49) :13

494
E-Prosiding Seminar Antarabangsa Dakwah dan Pembangunan Insan 2013

memberikan sebarang ruang untuk bertoleransi23 sedangkan Tahun Baru Cina bukanlah termasuk
dalam kategori perayaan keagamaan24 walaupun terdapat beberapa unsur kecil yang bercanggah
dengan Islam. Maka menjadi tanggungjawab para pendakwah untuk memahami kebudayaan
sesebuah bangsa sebagai langkah awal untuk membuka hati mereka terhadap ajaran Islam

5. Sikap ekslusif terhadap golongan bukan Islam.

Umat Islam dilihat lebih selesa berada dalam zon yang selesa serta kurang inisiatif untuk terjun
dalam lapangan dakwah yang melibatkan golongan bukan Muslim.25 Hal ini dapat dibuktikan di
mana bilangan graduan lepasan agama semakin meningkat setiap tahun samada daripada dalam
mahupun luar negara namun sangat sedikit daripada mereka yang berani mengambil
tanggungjawab untuk sama-sama turun mengambil cabaran bergelumang dengan masyarakat
bukan Islam. Mereka berasa lebih selamat untuk menyampaikan kuliah-kuliah agama di tempat-
tempat yang tidak mendatangkan tindakbalas yang negatif bagi menjamin status mereka sebagai
golongan agamawan yang dihormati masyarakat. Begitu juga pendekatan yang diambil oleh
kebanyakan umat Islam di Malaysia di mana mereka merasakan diri mereka sebagai golongan
yang lebih mulia berbanding saudara mereka yang tidak beragama Islam sehingga berasa tidak
perlu menyampaikan dakwah kepada mereka serta membiarkan sahaja mereka terjerumus ke
dalam neraka. Malah masih wujud juga umat Islam yang mempamerkan reaksi jijik yang
keterlaluan terhadap bukan Islam sehingga untuk berjabat tangan dengan mereka juga seolah-
olah dianggap seperti kesalahan yang besar. Sikap-sikap sebegini hanya menambahkan lagi rasa
meluat dan tidak puas hati masyarakat bukan Islam terhadapa umat Islam dan ajaran Islam itu
sendiri. Masih kurang individu Muslim yang benar-benar teruja untuk menyelamatkan saudara
bukan Islam mereka daripada terjerumus ke dalam neraka.

23
Op.Cit, h.84.
24
Basri Bin Ibrahim (2011) Perayaan Bukan Islam dalam Sebuah Negara Islam, Dlm. Abdul Karim Ali & Rumaizi
Ahmad al-Mustapha(Ed.), Fiqh Masyarakat Bukan Islam di Malaysia Shah Alam: Imtiyaz Multimedia &
Publications, h.114-115.
25
Yusri Mohamad Ramli (2010), Dakwah kepada non-Muslim : Pemerkasaan strategi menghadapi tantangan
kontemporari, Seminar Antarabangsa Agama dan Pembangunan Malaysia-Indonesia, Alauddin Makassar,
Indonesia, 10-11 Jun 2010, h.591.

496
E-Prosiding Seminar Antarabangsa Dakwah dan Pembangunan Insan 2013

6. Mentaliti „Lepas Tangan’.

Kebanyakan masyarakat Muslim di Malaysia kurang memberi perhatian terhadap usaha dakwah
ini terutamanya kepada saudara mereka yang bukan beragama Islam. Bagi mereka tugas dakwah
ini memerlukan masa dan pengorbanan yang tinggi dimana ia hanya layak dilakukan oleh
golongan agama semata-mata sahaja. Namun, sebenarnya setiap daripada umat Islam itu
sebenarnya dipertanggungjawabkan untuk menyampaikan seruan Islam kepada manusia lain
sesuai dengan kadar kemampuan mereka walaupun sedikit. Jika tidak mampu berdakwah kepada
bukan Muslim sekalipun kita masih boleh menyokong dan membantu mereka yang terlibat
samada melalui sokongan moral, bantuan kewangan, sumbangan tenaga dan sebagainya. Hal ini
kerana semua mereka akan dinilai di hadapan Allah berkaitan usaha yang mereka lakukan dalam
menyebarkan agama Allah sebagaimana sabda Nabi s.a.w :-

‫فو هللا ألن يهدى بك رجل واحد خري لك من محر النعم‬

“Demi Allah, sungguh satu orang saja diberi petunjuk (oleh Allah) melalui
perantaraanmu, maka itu lebih baik dari unta merah.”26

Menurut Imam al-Nawawi, unta merupakan antara harta paling bernilai yang dimiliki oleh
bangsa Arab ketika itu. Rasulullah s.a.w menjadikan unta merah sebagai perumpamaan bagi
menggambarkan betapa mulianya perbuatan tersebut di samping memudahkan pemahaman
berkaitan perkara tersebut. Namun, pastinya balasan di akhirat itu lebih besar dari kenikmatan
dunia yang ada.27

7. Organisasi Dakwah yang tidak tersusun.

Banyak organisasi dakwah yang wujud di Malaysia kini namun jaringan kerjasama antara
organisasi-organisasi ini kurang memuaskan terutamnya melibatkan usaha dakwah terhadap
bukan Islam. Mereka lebih selesa bergerak secara sendirian dalam menyampaikan dakwah.
26
Muslim bin Ḥajjaj al-Qushairi (1991) Sahih Muslim, Kitab Fadail al-Sahabah, Bab min Fadail ‘Ali bin Abi Talib
r.a, no hadith 2406, Qahirah : Dar al-Hadith, h.1872.
27
Yahya bin Syarf al-Nawawi (1994), al-Minhaj fi Syarh Sohih Muslim, Qahirah: Mu‟assasah Qurtubah, h.256

497
E-Prosiding Seminar Antarabangsa Dakwah dan Pembangunan Insan 2013

Malah, wujud juga tanggapan bahawa persoalan dakwah kepada bukan Muslim ini hanya
tanggungjawab organisasi dakwah semata-mata walhal ia juga perlu diambil perhatian oleh
organisasi lain seperti politik, kewangan, aqidah, fiqh dan sebagainya. Perlu ada kesepakatan
antara organisasi ini samada melalui perkongsian kemahiran, tenaga kerja dan dana kewangan
bagi menyokong usaha dakwah tersebut. Sebarang perselisihan perlu diketepikan bagi menjamin
keberkesanan usaha dakwah tersebut sebagaimana kata-kata Syeikh Rasyid Redha :-

‫نتعاون فيما اتفقنا عليه و يعذر بعضنا بعضا فيما اختلفا فيه‬

Kita saling membantu dalam perkara yang dipersetujui dan berlapang dada
dalam perkara yang diperselisihi.28

Malah, institusi masjid juga perlu mengubah paradigma serta pendekatan keras dan lapuk yang
selama ini mereka paparkan kepada golongan bukan Muslim sebaliknya mereka juga perlu sama-
sama menyertai usaha dakwah dalam masyarakat serta menjadikan masjid sebagai institusi yang
mesra bukan sahaja dengan umat Islam semata-mata bahkan turut mesra dengan golongan bukan
Muslim. Begitu juga institusi zakat yang perlu sama-sama turun membantu usaha dakwah ini
bukannya hanya berbangga dengan hasil kutipan zakat yang memberansangkan setiap tahun
tanpa ada usaha untuk menarik hati masyarakat bukan Islam terhadap ajaran Islam. Kita tidak
boleh selamanya mengharapkan peruntukan perlembagaan semata-mata untuk mendokong usaha
kita sebaliknya kita perlu mengambil inisiatif sendiri dalam memasarkan Islam terhadap
golongan bukan Muslim.

Cabaran Dakwah

Dalam menelusuri perkembangan semasa hari ini, kita melihat proses dakwah begitu mencabar
terutamanya membabitkan sasaran yang bukan Muslim. Cabaran yang muncul ini samada
bersifat luaran mahupun dalaman yang membabitkan umat Islam itu sendiri. Rintangan dan
cabaran ini hanya mampu diatasi oleh mereka yang benar-benar ikhlas dan cekal dalam
menjalankan tugas dakwah ini. Cabaran-cabaran ini sekiranya tidak ditangani dengan berhemah

28
Kata-kata Rasyid Redha yang dipopularkan oleh Hasan al-Banna

498
E-Prosiding Seminar Antarabangsa Dakwah dan Pembangunan Insan 2013

boleh menyumbang kepada salah faham dan prejudis yang berterusan terhadap Islam. Antara
cabaran yang melanda para pendakwah dalam menghadapi dan mendekati golongan bukan
Muslim di Malaysia ialah :-

1. Pendakwah selain bangsa Melayu.

Golongan bukan Melayu yang beragama Islam sangat kurang ditonjolkan dalam usaha-usaha
dakwah. Nama-nama seperti Kamarudin Abdullah, Ann Wan Seng, Shah Kirit dan Mohd Hafiz
Ng masih kelihatan janggal dalam kalangan masyarakat sebagai pendakwah Muslim walhal
mereka juga turut memainkan peranan dalam menyeru dan membetulkan salahfaham terhadap
ajaran Islam. Golongan ini dilihat lebih memahami selok-belok kaum masing-masing serta
mampu menarik minat mereka disebabkan persamaan kaum dan bahasa. Hal ini juga bagi
mengurangkan persepsi bahawa agam Islam di Malaysia hanya dimonopoli oleh bangsa Melayu
sahaja. Pendakwah bukan Melayu ini seharusnya diberikan ruang yang lebih utama dan meluas
dalam media massa samada media cetak mahupun media elektronik bagi menarik minat
golongan Islam untuk melihat Islam sebagai agama yang merentasi sempadan perkauman.

2. Budaya Hedonisme.

Masalah utama yang melanda negara masa kini ialah kegilaaan melampau generasi kini
terutamanya remaja terhadap hiburan samada yang beragama Islam mahupun yang bukan Islam.
Buktinya program yang berunsurkan hiburan pasti akan mendapat sambutan yang tinggi dalam
kalangan rakyat. Hedonisme merupakan satu doktrin yang menjadikan kegembiraan dan
keseronokan sebagai suatu kebaikan29 dan matlamat utama dalam hidup. Sememangnya diakui
bahawa hiburan dan keseronokan itu merupakan fitrah yang wujud dalam diri setiap manusia.
Perbezaannya hanya pada kadar hiburan tersebut serta pengisiannya samada melanggar batasan
ataupun tidak.30 Hiburan yang melampau merupakan suatu penjajahan serta pelecehan terhadap
fungsi intelektual manusia yang sepatutnya berpotensi untuk dimanfaatkan dengan lebih meluas
lagi. Maka, menjadi cabaran buat para pendakwah untuk menyediakan alternatif yang sesuai bagi

29
Abd Ghaffar Don (2000), Budaya Hedonisme: Corak dan Kesannya terhadap Pembinaan Masyarakat Dinamik di
Malaysia, Dlm. Fariza Md. Sham, Sulaiman Ibrahim & Ideris Endot(Ed.), Dakwah dan Perubahan Sosial, Kuala
Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd, h.50
30
Ibid.

499
E-Prosiding Seminar Antarabangsa Dakwah dan Pembangunan Insan 2013

mengembalikan mereka dengan budaya keilmuan sebagai langkah permulaaan bagi


memudahkan usaha menarik mereka mendalami Islam.

3. Menangani pengaruh fahaman politik.

Pengaruh politik perkauman di Malaysia dilihat masih menebal dalam diri kebanyakan warga
Malaysia. Walaupun wujud parti politik yang berteraskan agama dan ideologi tertentu namun
sedikit sebanyak elemen kebangsaan tetap mempengaruhi mereka dan pengaruh ini biasanya
akan dijelmakan melalui tindakan yang dilaksanakan. Kebanyakan mereka lebih mengunggulkan
keperluan bangsa melebihi agama Islam itu sendiri hatta sehingga ingin menetapkan peraturan
atau iklan yang berunsurkan keislaman juga seakan-akan perlu meminta restu daripada golongan
bukan Muslim. Mereka terlalu leka berpolitik sehingga mengabaikan tuntutan dakwah terhadap
bukan Islam. Malah yang lebih bahaya apabila wujud individu Muslim yang memperlekehkan
agama Islam semata-mata untuk mengambil hati pengundi dan penyokong mereka. Tidak salah
untuk berselisih dalam perkara politik namun mereka sepatutnya boleh bersatu dalam usaha
memartabatkan Islam supaya tidak diperlekehkan dan disalahfahami oleh golongan bukan Islam.
Mereka tidak seharusnya terlalu dipengaruhi kebimbangan sensitiviti agama memandangkan
Malaysia merupakan antara negara dengan bilangan umat Islam yang terbesar di dunia selain
Indonesia. Maka tidak timbul soal dominasi terhadap agama lain sekiranya umat Islam bijak
menyampaikan maklumat yang betul terhadap penganut agama lain.

4. Pengaruh Media Massa yang tidak Beretika.

Tidak dapat dinafikan bahawa media massa samada media cetak mahupun elektronik turut
mempengaruhi perjalanan dakwah di Malaysia. Media yang tidak jujur dalam penyampaian
mereka seolah-olah menjadi alat propaganda yang membunuh daya intelektual serta
menyuburkan sindrom kejahilan di kalangan rakyat.31 Para pendakwah perlu mempunyai
kemahiran bagi menyeimbangi lambakan maklumat yang wujud di laman sosial yang ditulis oleh

31
Abdul Ghani Samsudin (2002, Jun) Dakwah Islamiah dan Cabaran Alaf Baru, Kertas kerja dibentangkan dalam
Ijtima‟ Ulama Negeri Pahang anjuran Persatuan Ulama Malaysia cawangan Pahang di Hotel Seri Malaysia,
Temerloh, Pahang, h.3

500
E-Prosiding Seminar Antarabangsa Dakwah dan Pembangunan Insan 2013

ramai penulis-penulis bertaraf amatur.32 Maklumat yang tidak ditapis akan mewujudkan pelbagai
persepsi yang negatif. Banyak sumber-sumber yang berat sebelah dan tidak jujur kepada Islam
samada dalam Negara mahupun luar Negara. Mungkin di Malaysia media yang memburukkan
Islam secara terbuka masih belum wujud disebabkan kekangan undang-undang di negara kita
namun mereka masih boleh mengakses maklumat daripada media luar seperti CNN, BBC dan
majalah Times yang dilihat konsisten memburukkan imej dan ajaran Islam. Maka, para
pendakwah perlu lebih tampil melengkapkan diri dengan pelbagai pengetahuan semasa bagi
membolehkan mereka menjadi benteng membetulkan segala salah faham yang dilontarkan
terhadap Islam.

5. Penguasaan Teknologi.

Dakwah yang berkesan memerlukan instrumen dan medium yang berkesan. Dakwah pada masa
kini tidak lagi terhad kepada faktor lisan semata-mata bahkan perlu mengambilkira faktor bahan
dakwah, suasana, dana, golongan sasaran, kemahiran berbahasa dan sebagainya. Semua aspek ini
perlu digerakkan secara seiringan bagi memastikan sasaran dakwah tersebut benar-benar dapat
dikuasai. Imej kolot, anti kemajuan teknologi dan „zuhud‟ yang sinonim dengan pendakwah
Muslim perlu diubah dengan menguasai dan melengkapkan diri dengan teknologi semasa agar
tidak kelihatan janggal dengan perkembangan semasa. Mereka perlu memanfaatkan
semaksimum mungkin teknologi ini untuk mempelbagaikan pendekatan dakwah mereka supaya
lebih praktikal dengan suasana semasa.33 Aplikasi seperti Facebook, Twitter dan YouTube perlu
dimanfaatkan sebaik mungkin dalam mevariasikan lagi teknik dakwah terhadap masyarakat.

6. Pengkhususan pengajian dakwah bukan Muslim.

Dakwah yang mantap dan berkesan memerlukan ilmu dan kepakaran yang tinggi. Di Malaysia,
pengajian dakwah sememangnya telah wujud namun dilihat masih lagi bersifat umum walah

32
Abdullah Muhammad Zin (2000) Dakwah dan Perubahan Sosial Menuju Alaf Baru, Dlm. Fariza Md. Sham,
Sulaiman Ibrahim & Ideris Endot(Ed.), Dakwah dan Perubahan Sosial Kuala Lumpur: Utusan Publications &
Distributors Sdn Bhd, h.6
33
Abdul Jalil Borhan (2000), Fiqh Malaysia dan Cabaran Era Siber. Dlm. Paizah Ismail dan Ridzwan Ahmad (Ed.),
Fiqh Malaysia, Kuala Lumpur: Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, h.299.

501
E-Prosiding Seminar Antarabangsa Dakwah dan Pembangunan Insan 2013

wujud pula pengasingan antara setiap cabang ilmu dalam bidang dakwah tersebut. Seharusnya
diwujudkan pengkhususan ijazah dakwah terhadap golongan bukan Muslim bagi melahirkan
lebih ramai pakar-pakar dalam bidang ini. Pakar-pakar ini pula diharapkan mampu melatih dan
melahirkan lebih ramai umat Islam yang mempunyai kesedaran dan pengetahuan mengenai
teknik dan strategi berdakwah yang betul kepada bukan Muslim. Kita seharusnya mampu untuk
melahirkan lebih ramai tokoh-tokoh dakwah seperti Syeikh Ahmad Deedat dan Dr. Zakir Naik
dalam negara ini. Pendedahan melalui kursus-kursus dan seminar-seminar sahaja dilihat tidak
cukup untuk memahirkan seseorang mendalami bidang ini kerana persoalan dakwah terhadap
bukan Islam merupakan persoalan yang besar dalam Islam dan perlu dilakukan secara tersusun.
Sebagaimana kata-kata Abdullah bin Mas‟ud r.a :-

‫ما انت مبحدث قوما حديثا ال تبلغه عقوذلم إال كان لبعضهم فتنة‬

Tidaklah kamu bercakap perkataan sesuatu kaum yang tidak mampu difahami
oleh akal mereka melainkan akan menimbulkan fitnah dalam kalangan
sebahagian mereka.34

Kesimpulan

Dakwah terhadap bukan Muslim merupakan tanggungjawab yang perlu dipikul oleh setiap
individu yang bergelar Muslim. Hal ini kerana masyarakat Islam di Malaysia terutamanya
bangsa Melayu juga terhutang budi dengan usaha yang dilakukan oleh para pendakwah daripada
Hadramaut yang gigih berusaha menyebarkan Islam di Alam Melayu. Maka, kita juga
sewajarnya mengambil langkah yang sama untuk mendepani segala cabaran dan rintangan demi
memastikan agama Islam terus tertegak dengan kukuhnya di dunia ini. Metodologi dakwah perlu
bersifat fleksibel kerana Rasulullah memberi kebebasan dalam sudut mempelbagaikan teknik
berdakwah35 tetapi tetap terikat dengan objektifnya yang utama iaitu menyeru manusia untuk
kembali mentauhidkan Allah serta mengamalkan prinsip-prinsip Islam.

34
Muslim bin Ḥajjaj al-Qushairi (1991), Op.Cit, h.11
35
Yahya bin Syarf al-Nawawi (1994), Op. Cit, h.171.

502
E-Prosiding Seminar Antarabangsa Dakwah dan Pembangunan Insan 2013

BIBLIOGRAFI

Abdullah Muhammad Zin (2000) Dakwah dan Perubahan Sosial Menuju Alaf Baru, Dlm. Fariza
Md. Sham, Sulaiman Ibrahim & Ideris Endot(Ed.), Dakwah dan Perubahan Sosial Kuala
Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd
Abd Ghaffar Don (2000), Budaya Hedonisme: Corak dan Kesannya terhadap Pembinaan
Masyarakat Dinamik di Malaysia, Dlm. Fariza Md. Sham, Sulaiman Ibrahim & Ideris
Endot(Ed.), Dakwah dan Perubahan Sosial, Kuala Lumpur: Utusan Publications &
Distributors Sdn Bhd
Abdul Ghani Samsudin (2002, Jun) Dakwah Islamiah dan Cabaran Alaf Baru, Kertas kerja
dibentangkan dalam Ijtima‟ Ulama Negeri Pahang anjuran Persatuan Ulama Malaysia
cawangan Pahang di Hotel Seri Malaysia, Temerloh, Pahang.
Abdul Jalil Borhan (2000), Fiqh Malaysia dan Cabaran Era Siber. Dlm. Paizah Ismail dan
Ridzwan Ahmad (Ed.), Fiqh Malaysia, Kuala Lumpur: Akademi Pengajian Islam,
Universiti Malaya
Ahmad Faisal Abdul Hamid dan Hamidah Jalani (2010) Beberapa Pandangan mengenai Islam
dari Perspektif Parti Politik Melayu, Jurnal Tamadun.
Basri Bin Ibrahim (2011) Perayaan Bukan Islam dalam Sebuah Negara Islam, Dlm. Abdul Karim
Ali & Rumaizi Ahmad al-Mustapha(Ed.), Fiqh Masyarakat Bukan Islam di Malaysia
Shah Alam: Imtiyaz Multimedia & Publications
Al-Bukhari, Muhammad bin Isma‟il (2002), Sahih al-Bukhari, Beirut : Dar Ibnu Kathir.
Faridah binti Ali (2003) Pandangan Non-Muslim di Bandar Teluk Intan terhadap Islam, Latihan
Ilmiah.
Fatimah Sham bt. Arifin. (2000). Pandangan Pelajar Non Muslim terhadap Islam : Kajian
Khusus di Fakulti Perubatan UM. Latihan Ilmiah, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
Hajarah Muharam (2003), Metodologi Dakwah terhadap Masyarakat Cina: Kajian Penggunaan
Logik tentang Pencipta , Latihan Ilmiah
Mahmood Zuhdi Ab. Majid (2006), Pengaruh Timbal Balik antara Hukum dan Budaya dalam
Syariat Islam, Dlm. Md. Saleh Ahmad (et.al), Hukum Islam dan Budaya Tempatan,
Kuala Lumpur : Jabatan Fiqh dan Usul, Universiti Malaya
Manzur, Muhammad bin Mukarram (2003), Lisan al-‘Arab, j.14. Beirut : Dar Ṣadr.

503
E-Prosiding Seminar Antarabangsa Dakwah dan Pembangunan Insan 2013

Mohammad Nidzam Abd. Kadir (2009) Fiqah Berinteraksi dengan Non Muslim, Kuala Lumpur:
Telaga Biru Sdn Bhd.
Mohd Nor Manuty (2011), Islam dan Toleransi Budaya dalam Masyarakat Majmuk di Malaysia :
Beberapa catatan. Dlm. Abdul Karim Ali & Rumaizi Ahmad al-Mustapha(Ed.), Fiqh
Masyarakat Bukan Islam di Malaysia Shah Alam: Imtiyaz Multimedia & Publications.
Mohd Zambry Mohd Zainuldin (2012), Manhaj Fiqah Wasathiyy, Kuala Lumpur: Telaga Biru
Sdn Bhd.
Al-Nawawi, Yahya bin Syarf (1994), al-Minhaj fi Syarh Sohih Muslim, Qahirah: Mu‟assasah
Qurtubah
Osman Chuah. (2002). Non-Muslim Chinese Fear of Islam in Malaysia : An Analysis. Jurnal
Usuluddin.
Al-Qushairi, Muslim bin Ḥajjaj (1991) Sahih Muslim,Qahirah : Dar al-Hadith
Sayyid Qutb (1996) Fi Zilalil Quran. J.4, Beirut: Dar al-Syuruq.
Umamah, Adnan Muhammad (2001) al-Tajdid fi al-Fikr al-Islami, Beirut: Dar Ibn al-Jawzi.
Wahbah Zuhayli (2009) al-Tafsir al-Munir fi al-‘Aqidah wa al-Syariah wa al-Manhaj, j.2,
Damsyik: Dar al-Fikr.
Yusri Mohamad Ramli (2010, Jun), Dakwah kepada non-Muslim : Pemerkasaan strategi
menghadapi tantangan kontemporari, Kertas kerja dibentangkan dalam Seminar
Antarabangsa Agama dan Pembangunan Malaysia-Indonesia, Alauddin Makassar,
Indonesia, 10-11 Jun 2010.
Zaydan, Abd al-Karim Zaydan (1976) Usul al-Da’wah, Baghdad: Matba‟ah al-Azim.

504

View publication stats

You might also like