You are on page 1of 4

ULASAN KRITIS

Nama Pelajar : NURULIZZAH HANI BINTI KAMARJAN


Angka Giliran : 2020302340214
Nombor Kad Pengenalan : 010329101288
Kumpulan/Unit : 1 PISMP PSV 1
Kod dan Nama Kursus : SJHK3023 MALAYSIA DAN HUBUNGAN

ANTARABANGSA
Nama Pensyarah : DR. HASHIMA BINTI SULAIMAN
Tarikh Hantar : 20 NOVEMBER 2020

Saya NURULIZZAH HANI BINTI KAMARJAN dengan ini mengaku telah menerima maklum
balas kerja kursus saya daripada pensyarah.

Tandatangan : Tarikh :

ISI KANDUNGAN

MUKA SURAT
1
Ulasan Kritis
(Isu Pelarian Rohingya Di Malaysia) 3

Rujukan 4

Isu Pelarian Rohingya Di Malaysia

Isu Pelarian Rohingya merupakan kesan daripada penindasan negara tersebut


terhadap rakyatnya yang menyebabkan penduduknya keluar menjadi pelarian untuk
mendapatkan pelindungan dan sebagainya. Walaubagaimanapun, Malaysia telah
2
menghadapi cabaran globalisasi melalui hubungan diplomasi dengan Myanmar apabila
negara kita mula menerima kemasukan Pelarian Rohingya. Malaysia telahpun acapkali
membuka pintu kepada pelarian Rohingya dengan menerima mereka di perairan contohnya
di Langkawi. Namun begitu, menurut Prof Dr Mohd Azizuddin dalam temu ramah Berita
Harian yang ditulis oleh En Adnan pada 29 April 2020 yang lalu, jumlah sedia ada Pelarian
Rohingya yang terdapat di Malaysia ketika ini adalah sekitar 200,000 yang meyebabkan
kerajaan perlu menetapkan had jumlah kemasukan Pelarian Rohingya di Malaysia
berdasarkan kemampuan Malaysia menguruskan etnik itu. Hal ini kerana, kerajaan bukan
sahaja perlu menanggung beban kewangan untuk menguruskan pelarian-pelarian ini, akan
tetapi kerajaan juga perlu menitik beratkan aspek lain seperti politik, sosial dan jenayah,
yang turut memberi kesan kepada rakyat tempatan. Isu ini juga telah memberikan kesan
terhadap hubungan diplomatik antara Malaysia dan Myanmar apabila Malaysia tidak boleh
tersalah langkah dalam memberi tindak balas terhadap sebarang tindakan yang dibuat oleh
Myanmar terhadap isu Pelarian Rohingya bagi mempengaruhi Myanmar agar berlaku adil
mengikut standard antara bangsa.

Malaysia telah melakukan beberapa langkah yang proaktif bagi menangani isu
Pelarian Rohingnya di Malaysia antaranya ialah, Kementerian Pertahanan telah mengenal
pasti dua Kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di Kedah untuk menempatkan
pelarian Rohingya. Menurut Berita Harian yang bertarikh 2015, Menterinya, Datuk Seri
Hishammuddin ada menyatakan bahawa, dua kem itu ialah Kem PLKN Rimba Taqwa di Sik
dan Kem PLKN Rekreasi Belia di Baling. Katanya lagi, setiap kem mampu menempatkan
kira-kira 400 orang pelarian. Menurut beliau juga, penempatan pelarian Rohingya di kem itu
hanyalah sebagai langkah yang diambil untuk jangka masa pendek bagi memberi
pelindungan dan penempatan sementara buat mereka. Langkah seterusnya yang telah
diambil oleh kerajaan Malaysia ialah dengan mendesak supaya akses misi kemanusiaan
dibenarkan oleh Kerajaan Junta Myanmar bagi membolehkan misi bantuan yang diberikan
Malaysia iaitu sumbangan sebanyak RM10 juta sebagai usaha yang menunjukkan nilai
kemanusiaan dan projek pemulihan sosial di Rakhine, dan misi kemanusiaan ‘Food Flotilla
for Myanmar’ pada Februari tahun 2017. Usaha ini telah menunjukkan reaksi postitif apabila
Myanmar mengambil keputusan bagi menghentikan serangan ke atas penduduk
Rohingya selama 4 bulan (Halim, 2020). Dapat disimpulkan bahawa, usaha Malaysia ini
sedikit sebanyak telah membantu Pelarian Rohingnya untuk mendapatkan pelindungan
dan hak-hak mereka. Ini juga bertujuan membendung kemasukan Pelarian Rohingya di
Malaysia.

(400 p.p)

Rujukan

3
Adnan, A. (2020, April 29). Tetapkan had jumlah etnik Rohingya di Malaysia.
Retrieved November 20, 2020, from
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/04/682966/tetapkan-had-
jumlah-etnik-rohingya-di-malaysia

Halim, I. (2020, April 25). Solusi Malaysia menangani kemelut Rohingya. Retrieved
November 20, 2020, from https://harakahdaily.net/index.php/2020/04/25/solusi-
malaysia-menangani-kemelut-rohingya/

Rohingya: 2 kem PLKN di Kedah untuk penempatan sementara. (2015, May 28).
Retrieved November 20, 2020, from
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2015/05/57731/rohingya-2-kem-
plkn-di-kedah-untuk-penempatan-sementara

YouTube. (2020). Menteri: Isu Rohingya Perlu Dibincangkan Secara Rasional Di


Asean. https://www.youtube.com/watch?v=CtFKz1EmApE&feature=youtu.be

You might also like