You are on page 1of 18

FAKULTI PERNIAGAAN

(PENGURUSAN SUMBER MANUSIA)

SEMESTER SEPTEMBER / 2016

ABPG2203

INTRODUCTION TO COUNSELLING

NO. MATRIKULASI : 870119-02-6005-001


NO. KAD PENGNEALAN : 870119-02-6005
NO. TELEFON : 019-7798015
E-MEL : rahmat.mahtar@gmail.com

PUSAT PEMBELAJARAN : Open University Malaysia, Batu Pahat.


ABPG2203
ISI KANDUNGAN

BIL. PERKARA MUKA SURAT


1.0 PENGENALAN 2

2.0
2.1 PERBINCANGAN TENTANG KEPERLUAN DAN RASIONAL 4
UNTUK MENGAMALKAN KAUNSELING PELBAGAI
BUDAYA DI MALAYSIA
2.2
3.0 PENERANGAN TENTANG CIRI-CIRI PADA SESEORANG 8
KAUNSELOR YANG MAHIR DALAM SOAL BUDAYA

4.0 PENJELASAN TENTANG PENGARUH BUDAYA MEMBERI 11


KESAN KEPADA PERSONALITI DAN PILIHAN KERJAYA
PENULIS (SAYA)

5.0
1.0 KESIMPULAN 14
2.0
3.0 APENDIKS 16

1
ABPG2203

1.0 PENGENALAN

Malaysia merupakan sebuah negara majmuk yang mempunyai pelbagai jenis bangsa,
budaya dan unsur-unsur budaya seperti etnik, jantina, pekerjaan, status, latar belakang
dan lain-lain. Ianya memberi erti bahawa setiap perkhidmatan yang ada dalam negara ini
perlu mengambilkira kepelbagaian yang wujud termasuklah perkhidmatan kaunseling.

Ivey, D’Andrea, Ivey & Simek-Morgan (2007) mendefinisikan kaunseling pelbagai


budaya sebagai pendekatan metateori yang mengambilkira semua kaedah dalam
hubungan menolong yang wujud atau terhasil dalam konteks budaya. Kaunseling
pelbagai budaya dikenali sebagai kuasa keempat dalam perkembangan teori kaunseling.
Teori-teori kaunseling sebelumnya seperti Psikoanalisis, Tingkahlaku dan Humanistik
adalah lebih fokus kepada satu budaya iaitu budaya orang barat (Kamal, 2000)

Kompetensi kaunseling pelbagai budaya adalah sangat perlu bagi kaunselor yang ingin
memberikan kaunseling kepada klien yang terdiri daripada pelbagai budaya dan latar
belakang. Kaunselor yang berkebolehan untuk memahami kepelbagaian budaya yang
wujud akan lebih mudah untuk berkomunikasi dan mencapai kesefahaman bagi
melancarkan lagi sesi kaunseling.

Situasi ini merupakan cabaran bagi kaunselor di Malaysia kerana mereka perlu
memahami budaya masyarakat yang ada. Mereka perlu berhati-hati dengan setiap
perkataan yang dituturkan kerana kepelbagaian budaya yang unik di Malaysia ini sangat
menarik dan perlu difamahi dengan teliti. Ianya dapat mengelak kaunselor dari memberi
tafsiran dan pandangan yang salah dan boleh menjejaskan padangan budaya klien.

Oleh itu, tugasan ini adalah bertujuan untuk meningkatkan pemahaman mengenai
kaunseling pelbagai budaya. Antara perkara yang akan dibincangkan adalah mengenai
keperluan dan rasional untuk mengamalkan kaunseling pebagai budaya di Malaysia.
Kemudian, ianya disusuli dengan penerangan tentang ciri-ciri kaunselor yang mahir

2
ABPG2203

dalam soal budaya. Pengaruh budaya yang memberi kesan kepada personaliti dan pilihan
kerjaya penulis juga akan dikupas bagi memahami lebih dalam lanjut tentang kesan
budaya yang wujud disekeliling.

3
ABPG2203

2.0 PERBINCANGAN TENTANG KEPERLUAN DAN RASIONAL UNTUK


MENGAMALKAN KAUNSELING PELBAGAI BUDAYA DI MALAYSIA

Kaunseling pelbagai budaya adalah perlu dan ianya rasional untuk diamalkan di Malaysia
atas beberapa faktor. Antara faktornya adalah kerana kepelbagaian yang wujud di
Malaysia. Kepelbagaian ini tidak hanya terikat kepada perbezaan bangsa atau agama
sahaja, malah ianya lebih daripada itu. Perbezaan jantina antara lelaki dan wanita,
perbezaan peringkat umur, taraf hidup dan struktur keluarga atau taraf pendidikan yang
dicapai juga turut menyumbang kepada kepelbagaian di Malaysia.

Berdasarkan Jabatan Perangkaan Malaysia (2016), jumlah penduduk di Malaysia terdiri


daripada 31.7 juta orang dimana 68.6% adalah bumiputera dah selebihnya terdiri dari
penduduk bukan bumiputera. Peratusan penduduk berbangsa Cina adalah sebanyak
23.4% diikuti dengan penduduk bangsa India sebanyak 7%. Statistik juga menunjukkan
bahawa majoriti rakyat Malaysia terdiri daripada penduduk yang berumur 15-64 tahun
iaitu sebanya 69.5% diikuti dengan penduduk dibawah 15 tahun (24.5%) dan yang
berusia lebih 65 tahun (6%).

Disamping diduduki oleh penduduk yang bewarganegara Malaysia, kebanjiran warga


asing turut menyumbang kepada kepelbagaian yang dimaksudkan. Peratusan warga asing
yang kian meningkat sedikit sebanyak mempengaruhi corak tingkah laku dan budaya di
Malaysia. Kepelbagaian yang wujud memberi cabaran kepada kaunselor-kaunselor di
Malaysia kerana setiap rakyat perlu diberi peluang untuk mendapat khidmat kaunseling
yang adil dan tidak berat sebelah bagi menyelesaikan pemasalahan yang timbul.
Tambahan pula, rakyat Malaysia kini berhadapan dengan perubahan dan cabaran yang
kian mencabar seperti peningkatan imigrasi ke bandar, populasi golongan berumur,
peningkatan kadar penceraian, perubahan struktur keluarga atau kos sara hidup yang
semakin meningkat menyebabkan keperluan untuk mendapatkan perkhidmatan
kaunseling turut meningkat dari semasa ke semasa.

4
ABPG2203

Persatuan Kaunseling Malaysia Antarabangsa (PERKAMA International) adalah satu


badan profesional kaunseling tempatan yang mengambil berat dalam perkhidmatan
menyampaikan kaunseling. Berdasarkan kod etika kaunselor persatuan ini, ahli-ahli
digalakkan untuk memahami, menghormati dan menghargai perbezaan nilai dan latar
belakang sosio-budaya pihak klien dengan cara memahami dengan jelas tentang
kaunseling pelbagai budaya. Begitu juga Lembaga Kaunselor Malaysia, iaitu satu badan
perundangan yang dibentuk untuk menyelia profesion kaunseling turut mengambil berat
terhadap kompetensi pelbagai budaya. Standard latihan dibawah lembaga ini menekankan
dimensi kepelbagaian sosial dan budaya dimana ianya terdiri daripada komponen seperti
sikap, kepercayaan dan pemahaman pelbagai budaya, teori kaunseling pelbagai budaya,
peranan kaunselor dalam memupuk keadilan sosial, advokasi dan penyelesaian konflik,
etika serta pertimbangan undang-undang.

Untuk memberi perkhidmatan kaunseling kepada populasi penduduk yang mengamalkan


pelbagai bangsa, budaya, bahasa dan sosioekonomi yang lain, kaunselor perlu
menampilkan kecekapan mereka dalam aspek pelbagai budaya menerusi perkhidmatan
mereka. Dengan menonjolkan kesedaran, kemahiran dan pengetahuan tentang
kepelbagaian budaya secara yakin kepada klien, kaunselor dapat memberi perkhidmatan
yang sesuai kepada klien yang terdiri daripada pelbagai jenis budaya.

Ada beberapa kajian mengenai kompetensi kaunseling pelbagai budaya telah dijalankan
di Malaysia. Salah satunya adalah kajian oleh Hilmi (2005), dimana pengkaji ingin
mengenal pasti hubungan antara kecekapan kaunseling pelbagai budaya dan efikasi
swadiri dengan ikatan kerjasama kaunselor-klien dalam kalangan kaunselor sekolah
menengah. Beliau menggunakan kaedah kajian tinjauan deskriptif dan ex-post facto
korelasi dengan melibatkan 200 pasangan kaunselor-klien. Hasil dapatan kajian tersebut
menunjukkan 69.5% kaunselor sekolah menengah berada pada tahap tinggi dan
sederhana untuk skor kecekapan kaunseling pelbagai budaya. Hanya 30.5% kaunselor
sahaja yang mendapat tahap rendah untuk skor kecekapan kaunseling pelbagai budaya.

5
ABPG2203

Kompetensi kaunseling pelbagai budaya perlu ada bagi setiap kaunselor tidak kira di
sektor mana sekalipun mereka ditempatkan atau bertugas memandangkan ianya
merupakan satu keperluan bagi klien yang memerlukukan bantuan mental, fizikal dan
emosi. Klien yang terdiri daripada pelbagai latar belakang semestinya memerlukan
khidmat kaunselor yang boleh memahami apa yang ingin disampaikan oleh mereka tanpa
sebarang prejudis. Selain aspek budaya, perbezaan agama juga perlu dititikberatkan
dalam penelitian kaunselor kerana ianya adalah satu isu yang sensitif di kalangan rakyat
Malaysia. Kaunselor perlu memahami perlembangaan Malaysia bahawa agama Islam
adalah agama rasmi Malaysia dan kaum-kaum lain boleh mengamalkan agama masing-
masing. Berlandaskan perlembagaan ini kaunselor boleh memahami nilai dan pegangan
sesuatu agama itu bagi memastikan mereka tidak meletakkan nilai pada klien. Dalam hal
ini, penekanan prinsip penerimaan tanpa syarat adalah sangat berguna.

Klien yang mempunyai taraf hidup yang agak tinggi kebiasaanyya mampu untuk
mendapatkan kaunselor berbayar yang mereka selesa dan memenuhi ciri-ciri yang
diinginkan. Perkhidmatan kaunseling yang berbayar ini mungkin kurang bermasalah
dalam berhadapan dengan klien kerana selalunya mereka terdiri daripada bangsa dan
agama yang sama. Klien yang berkemampuan semestinya akan mendapatkan kaunselor
dari bangsa atau agama yang sama terutama sekali apabila masalah yang dihadapi adalah
berkaitan isu-isu sensitif seperti isu agama. Persamaan bangsa atau agama antara klien
dan kaunselor dirasakan dapat meminimumkan salah faham atau salah tafsir apa yang
akan disampaikan oleh klien seterusnya memudahkan proses pemulihan dibuat.

Berlainan pula dengan perkhidmatan kaunseling yang disediakan di mana-mana


organisasi atau NGO dimana klien tidak mempunyai pilihan untuk memilih kaunselor
yang dirasakan selesa. Contohnya adalah seperti kaunselor yang ditempatkan di sekolah,
pusat pengajian tinggi, jabatan-jabatan kerajaan atau syarikat swasta. Kaunselor-
kaunselor ini yang selalunya perlu berhadapan dengan pelbagai jenis klien tidak kira
bangsa, budaya, agama atau etnik. Antara aspek penting dalam berhadapan dengan isu ini
adalah perbezaan bahasa yang mungkin akan menyukarkan kaunselor untuk memahami
apa yang ingin disampaikan oleh klien. Selain itu, budaya sesetengah bangsa contohnya

6
ABPG2203

seperti perempuan melayu yang selalunya akan mengelak daripada menatap mata dalam
tempoh yang lama terutama apabila berhadapan dengan kaunselor yang berbeza jantina
tidak memberi maksud yang mereka tidak memberi kerjasama atau tumpuan tetapi lebih
kepada beradab atau menghormati. Cabaran-cabaran ini yang menuntut para kaunselor
untuk memiliki kompetensi dan mengamalkan kaunseling pelbagai budaya.

7
ABPG2203

3.0 PENERANGAN TENTANG CIRI-CIRI PADA SESEORANG KAUNSELOR


YANG MAHIR DALAM SOAL BUDAYA

Antara ciri-ciri yang ada pada seorang kaunselor yang mahir dalam soal budaya adalah
seperti berikut:

3.1 Sikap kaunselor


 Gambaran perasaan empati
Perasaan empati merupakan satu cara untuk menunjukkan seorang kaunselor
mengambil berat dan memahami kliennya tanpa perlu bersetuju atau melibatkan
diri sepenuhnya dalam pemasalahan klien. Prasaan empati ini membuatkan
seseorang kaunselor itu memasuki dunia kliennya dan mula meneroka isu
sebenar klien dengan lebih terbuka walaupun masing-masing berlainan budaya.
Sekiranya perasaan empati ini tiada, klien mungkin akan menutup perasaannya
untuk berkongsi dan proses penerokoaan akan sukar dijalankan. Oleh itu,
kaunselor yang mahir akan memupuk perasaan ini tanpa ada sebarang prejudis
terhadap perbezaan yang wujud bagi menunjukkan bahawa masalah klien
didengari dan difahami dengan baik.

 Fleksibel dan boleh bertolak ansur


Apabila berhadapan dengan klien yang berbeza budaya, agama, kepercayaan
atau etnik, tidak mustahil akan wujudnya masalah seperti etnosentrisme,
sterotaip, prejudis, diskriminasi atau racism dikalangan kaunselor. Kaunselor
yang mahir dalam soal budaya seharusnya boleh bertolak ansur dengan
perbezaan fahaman atau kepercayaan klien dan fleksibel dengan keadaan
tersebut tanpa memberi sebarang tekanan kepada mereka. Tidak mustahil akan
berlakunya situasi dimana klien akan menyebut tentang isu yang agak sensitif
bagi kaunselor seperti melibatkan soal agama atau kepercayaan. Apabila
berhadapan dengan situasi tersebut, kaunselor perlu bersikap terbuka dengan
apa yang dikongsikan oleh klien mengenai budaya, agama atau apa sahaja.
Ianya dapat mengelak daripada berlakunya culturally encapsulated

8
ABPG2203

(mengabaikan / tidak faham latar belakang budaya lain) yang akan membawa
kesan negatif terhadap perhubungan diantara klien dan kaunselor (AJ, 2011).

3.2 Pengetahuan kaunseling


 Berpengetahuan tentang budaya kaunselor dan klien
Secara umum, kaunselor tidak terhad dalam hanya memahami teori-teori
tertentu atau ciri-ciri umum kaunseling sahaja. Mereka perlu
memperkembangkan lagi pengetahuan mengenai budaya-budaya lain yang
wujud disekitar mereka memandangkan klien-klien adalah terdiri daripada
pelbagai budaya dan latar belakang. Oleh itu, sebagai kaunselor yang terlibat
dengan klien pelbagai budaya, mereka perlu mengenali latar belakang diri
mereka terlebih dulu sebelum mengenali asal-usul klien. Perkara-perkara seperti
agama, etnik, tradisi dan pantang larang yang wujud disekeliling diri kaunselor
perlu disedari supaya ianya tidak menjejaskan sesi yang akan dijalankan kelak.
Setelah itu, barulah kaunselor tersebut perlu mengkaji dan memahami latar
belakang dan budaya klien supaya perbezaan atau persamaan antara budaya
kaunselor dan kliennya dapat dilihat dan dinilai dengan baik. Isu-isu yang
sensitif atau pantang-larang bagi mana-mana bangsa atau agama perlu diambil
tahu. Dengan cara itu, kaunselor tersebut akan lebih bijak menyesuaikan diri
dan membuatkan klien berasa selesa walaupun wujudnya perbezaan diantara
mereka.

3.3 Kemahiran kaunselor


 Mahir dalam host budaya bahasa
Sebagai seorang kaunselor yang mahir dalam soal budaya, mereka sepatutnya
mengetahui sebanyak mungkin laras bahasa atau dialek yang terdapat di
Malaysia. Walaupun negara ini mempunyai bahasa rasmi iaitu Bahasa
Kebangsaan, namun terdapat pelbagai dialek dan bahasa yang masih pekat
dibibir rakyat Malaysia. Sebagai contoh dialek negeri Kelantan atau Kedah yang
kedengaran agak berlainan dengan dialek Bahasa Melayu standard. Begitu juga
slang-slang mengikut bangsa seperti Cina atau India yang berbahasa Melayu

9
ABPG2203

atau Inggeris tetapi masih kekal dengan slang-slang mereka. Sesuatu perkataan
atau ayat yang diungkap oleh klien mungkin memberi maksud atau pemahaman
yang berbeza kepada kaunselor. Sekiranya terdapat istilah yang tidak difahami
atau diragui maknanya, kaunselor perlu terus bertanya kepada klien supaya
tidak berlakunya salah faham atau salah tafsir terhadap apa yang ingin
disampaikan klien. Oleh yang demikian, penggunaan bahasa yang standard
dapat memudahkan sesi kaunseling supaya dapat berlangsung dengan lancar.
Bagi memudahkan sesi, kaunselor sendiri perlu lebih terbuka dalam memahami
setiap dialek dan bahasa yang diamalkan oleh masyarakat di Malaysia.

 Kemahiran berkomunikasi yang baik


Kemahiran berkomunikasi bukan sahaja merujuk kepada komunikasi lisan iaitu
kemahiran berbahasa seperti yang dinyatakan diatas, malah ianya juga
merangkumi komunikasi bukan lisan yang selalunya akan berlaku secara
serentak dengan komunikasi lisan. Aspek-aspek seperti pandangan mata,
ekspresi wajah, gaya bercakap atau gaya tubuh serta isyarat dari perlakuan klien
boleh dijadikan input bagi lebih memahami apa yang ingin disampaikan
mereka. Gaya tubuh, gaya bercakap atau ekspresi wajah adalah berbeza bagi
setiap klien. Ianya bergantung kepada latar belakang mereka yang pelbagai dan
mengikut budaya yang telah diamalkan sejak sekian lama. Sebagai contoh, gaya
tubuh seseorang klien yang tidak banyak bergerak dan hanya tunduk serta
mengelak dari membuat pandangan mata yang lama dengan kaunselor
menujukkan beliau mempunyai latar belakang yang kurang memuaskan, berada
dalam keadaan emosi yang tidak stabil dan tidak selesa untuk berkongsi
masalah dengan kaunselor. Kaunselor yang tidak peka akan perkara ini mungkin
sukar untuk mengenal-pasti dan memahami apa yang dirasakan oleh klien. Oleh
itu, kemahiran memahami gerak tubuh dan aspek-aspek lain adalah penting
kerana ianya dapat menjadikan sesuatu komunikasi lebih berkesan terutama
apabila melibatkan komunikasi antara kaunselor dan klien yang datang dari
pelbagai latar belakang.

10
ABPG2203

4.0 PENJELASAN TENTANG PENGARUH BUDAYA MEMBERI KESAN KEPADA


PERSONALITI DAN PILIHAN KERJAYA PENULIS (SAYA)

Budaya adalah cara hidup sesebuah kelompok sosial yang dikategorikan sebagai
organisasi, kaum, bangsa malah negara. Setiap kaum mempunyai budaya atau cara hidup
yang tersendiri, yang diwarisi sejak berzaman, yang diwarnai oleh proses sejarah, yang
disesuaikan dengan tuntutan zaman dan keperluan-keperluan survival (Abd. Rahim Abd.
Rashid, 2006). Kamud Dewan (2007) pula mendefinisikan budaya sebagai kemajuan
fikiran, akal budi (cara berfikir), berkelakuan dan sebagainya. Tegasnya, budaya boleh
didefinisikan sebagai satu cara hidup yang diamalkan oleh kumpulan tertentu dan
meliputi sistem sosial, susunan organisasi ekonomi, politik, agama, kepercayaan adat
resam, sikap dan nilai.

Di Malaysia, amalan budaya kaum jelas memperlihatkan perbezaan menjalani kehidupan


harian, perbezaan aspirasi, perbezaan kehendak, perbezaan matlamat, perbezaan bentuk
hubungan soosial serta perbezaan-perbezaan yang lain. Tidak dinafikan, pengaruh budaya
ini memberi impak kepada personaliti dan pemilihan kerjaya seseorang individu
termasuklah penulis sendiri. Penulis yang berbangsa Melayu dan beragama Islam
mengakui bahawa budaya-budaya yang diamalkan oleh masyarakat melayu yang
beragama Islam, keluarga, rakan-rakan dan orang sekeliling banyak mempengaruhi
personaliti diri penulis. Ianya memberi kesan kepada kepercayaan, sikap, tingkah laku,
nilai dan cara berfikir penulis.

Personaliti merujuk kepada pembentukan psikologi seseorang individu secara


keseluruhan. Ianya merangkumi pelbagai aspek seperti perangai, kecerdasan, sentimen,
minat, nilai, cita-cita, kepecayaan, sikap dan lain-lain. Menurut Walter Mischel (1968),
personaliti adalah pola-pola atau tingkah laku seseorang individu yang dijelmakan dalam
kehidupan seharian masing-masing. Ianya bermaksud segala kerja atau kegiatan yang
dilakukan oleh seseorang dapat mengambarkan personaliti mereka yang sebenar. Antara
faktor-faktor yang mempengaruhi personaliti seseorang adalah keturunan, keadaan

11
ABPG2203

fizikal, emosi, pengaruh keluarga, pengaruh rakan serta pengaruh kebudayaan dan sosio
budaya.

Penulis akan menerangkan pengaruh budaya yang memberi kesan kepada personaliti
penulis. Sejak kecil, penulis telah diterapkan dengan nilai-nilai yang ada dalam budaya
masyarakat orang Melayu melalui ibu bapa dan guru-guru. Nilai-nilai murni seperti
hormat-menghormati, tolong-menolong, saling bertolak ansur dan pelbagai lagi telah
ditekankan. Penulis dibesarkan dengan keluarga yang mempunyai ramai adik-beradik dan
perkara itu sering membuatkan penulis perlu sering bertolak-ansur antara satu sama lain.
Disebabkan membesar dengan budaya-budaya seperti itu, penulis menjadi seorang yang
bertimbang-rasa dan tahu menghormati orang lain terutama orang yang lebih tua dari
penulis.

Selain daripada itu, penulis ketika kecil tidak banyak terdedah dengan media massa
terutama sekali media sosial seperti masa kini. Tidak dinafikan, media sosial memberi
bnyak faedah kepada masyarakat terutama dalam era globalisasi. Pelbagai informasi dan
ilmu dapat dikongsikan dengan mudah dan pantas tanpa sempadan. Namun begitu, ianya
tetap mempunyai keburukan jika disalahguna. Contohnya apabila menyebabkan manusia
semakin leka dan lebih tebuka untuk berkongsi kisah hidup dengan sesiapa walaupun
orang yang tidak dikenali. Kelekaan dan ketagihan orang ramai termasuk kanak-kanak
dalam melayari media sosial seolah-olah telah mewujudkan satu budaya baru yang tidak
dialami penulis ketika kecil. Tetapi tidak dinafikan, ianya turut mempengaruhi penulis
ketika ini apabila lebih banyak meluangkan masa dengan melayari media sosial
berbanding hal-hal lain. Ianya secara tidak langsung menjadikan penulis seorang yang
kurang bersosial dengan dunia luar dan tidak banyak bercakap.

Walaupun begitu, budaya media sosial memberi pengaruh yang positif kepada kerjaya
penulis apabila ianya banyak membantu dalam penyebaran maklumat dengan cepat.
Arahan diterima dengan lebih jelas dan sampai kepada semua orang yang ingin dituju.
Penulis merupakan seorang anggota polis. Pemilihan kerjaya sebagai seorang anggota
polis turut dipengaruhi oleh budaya-budaya yang telah lama diterapkan dalam diri

12
ABPG2203

penulis. Budaya yang sering diamalkan seperti berdisiplin dalam apa jua yang dilakukan
dan bantu-membantu sejak kecil lagi membuatkan penulis terbiasa untuk
mengaplikasikannya ke dalam kerjaya.

Selain itu, pengaruh budaya yang diterapkan oleh ibu bapa dan guru supaya sentiasa
berpakaian kemas, menjaga adab dalam pergaulan serta menepati masa turut
mempengaruhi penulis untuk memilih kerjaya sebagai seorang anggota polis. Bekerja
sebagai seorang anggota polis memerlukan sikap untuk sedia membantu rakan sekerja
terutama apabila terlibat dalam mana-mana operasi yang diarahkan. Kerja banyak
dilakukan secara berkumpulan dan perlunya kerjasama yang kuat antara satu sama lain.
Sikap bantu-membantu juga amat diperlukan oleh seorang anggota polis apabila
berhadapan dengan masyarat luar yang sentiasa memerlukan bantuan dan pengawasan
dari pihak berkuasa. Budaya seperti ini yang telah lama diterapkan dalam diri penulis
memudahkan setiap urusan yang penulis lakukan kerana tidak adanya istilah terpaksa
dalam berkhidmat.

Tambahan pula, budaya masyarakat Melayu yang berpendapat bahawa pekerjaan yang
dilakukan di dunia ini mempunyai pertalian dengan alam akhirat membuatkan penulis
memilih kerja yang mampu membawa peningkatan taraf hidup dan kesejahteraan dunia
dan dalam masa yang sama mampu juga menjadi bekalan di akhirat. Penulis berpendapat
rezeki yang diperoleh daripada pekerjaan yang dilakukan akan menjadi modal untuk
melaksanakan ibadat khusus seperti menunaikan solat, berpuasa, menunaikan zakat serta
mengerjakan haji. Oleh itu, bagi menyempurnakan ibadat-ibadat tersebut, pekerjaan yang
penulis lakukan mestilah halal, dilakukan secara baik tanpa ada sebarang penindasan,
benar dan ikhlas.

13
ABPG2203

5.0 KESIMPULAN

Kepelbagaian budaya dalam kaunseling merupakan perkara sejagat yang dialami bukan
sahaja dalam kalangan kaunselor di Malaysia, malah seluruh dunia. Hal ini timbul
disebabkan wujudnya kepelbagaian bangsa, agama, etnik, sosio-budaya serta sosio-
politik di kebanyakan tempat termasuk Malaysia.

Oleh itu, kaunseling pebagai budaya adalah perlu dan rasional untuk diamalkan di
Malaysia kerana ianya memberi kemudahan dan kelebihan kepada kedua-dua belah pihak
iaitu klien dan kaunselor. Kaunselor yang mahir dalam menguruskan kaunseling pelbagai
budaya dapat menjalankan sesi kaunseling dengan lebih lancar memandangkan adanya
sifat keterbukaan terhadap budaya lain dalam dirinya. Klien akan lebih selesa untuk
bercerita dan berkongsi apa-apa masalah dengan kaunselor walaupun mereka datang dari
budaya, bangsa atau agama yang berbeza. Masalah prejudis, sterotaip ataupun racism
dapat dielakkan sekiranya kaunselor mempunyai kompetensi dalam mengendalikan klien
dari pelbagai budaya.

Disebabkan itu, kaunselor yang mahir dalam mengendalikan kaunseling pelbagai budaya
perlu memastikan mereka mempunyai serta menepati ciri-ciri yang perlu ada. Ciri-ciri
yang merangkumi aspek kemahiran, pengetahuan serta sikap adalah perlu bagi seseorang
kaunselor yang mahir dalam soal budaya. Mereka harusla dapat memberi gambaran
empati kepada klien serta bertolak ansur dalam perbezaan yang wujud. Untuk
mewujudkan perasaan empati dan bertolak ansur, kaunselor perlu mengetahui serta
menyelidik latar belakang budayanya sendiri serta budaya klien dan memahami
perbezaan yang wujud. Disamping itu, mereka perlu menguasai pelbagai bahasa, laras,
dialek dan slang yang mungkin akan menjadi halangan ketika berkomunikasi dengan
klien berbeza budaya. Kaunselor bukan sahaja pandai membaca atau memahami
komunikasi lisan, malah komunikasi bukan lisan yang ditunjukkan oleh klien bagi
memudahkan lagi proses kaunseling.

14
ABPG2203

Aspek budaya yang pelbagai bukan sahaja mempengaruhi kompetensi yang perlu ada
pada seseorang kaunselor, malah ianya mempengaruhi personaliti dan pemilihan kerjaya
mana-mana individu di Malaysia. Penulis sendiri terkesan dengan pelbagai budaya yang
telah diterapkan dari kecil melalui orang sekeliling seperti ibu bapa, guru-guru serta
rakan kerja. Budaya baru yang wujud seperti media sosial turut memberi impak terhadap
personaliti penulis. Walaupun begitu, pemilihan kerjaya penulis banyak dipengaruhi oleh
budaya masyarakat Melayu beragama Islam yang memntingkan punca rezeki yang halal
bagi membolehkan penulis melaksanakan ibadat-ibadat yang telah diperintahkan.

(2,978 patah perkataan)

15
ABPG2203

APENDIKS

RUJUKAN / REFERENSI

Abd. Rahim Abd. Rashid. (2006). Hala Tuju Pengurusan Sumber Manusia dan Kerjaya.
Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

AJ. (2011, Mei). psikotube.blogspot.com. Retrieved from : Ciri-ciri Kaunselor Silang


Budaya (Cross-culture): http://psikotube.blogspot.my/2011/05/ciri-ciri-kaunselor-
silang-budaya-cross.html

Dewan Bahasa dan Pustaka, & Hajah Noresah bt Bahrom. (2010). Kamus Dewan (Edisi
ke empat). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ivey, A. E., D' Andrea, M., Ivey, M. B., & SimekMorgan, L. (2007). Theories of
Counseling and Psychotherapy: A Multicultural Perspective (6th ed.). USA: Pearson.

Jabatan Perangkaan Malaysia. (2016, July 22). Anggaran Penduduk Semasa, Malaysia,
2014-2016. Retrieved 2016, from
https://www.statistics.gov.my/index.php?r=column/cthemeByCat&cat=155&bul_
id=OWlxdEVoYlJCS0hUZzJyRUcvZEYxZz09&menu_id=L0pheU43NWJwRWVS
ZklWdzQ4TlhUUT09

Kamal Abd. Manaf. (2000). Kaunseling Islam Satu Alternatif Baru di Malaysia. Kuala
Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Shaghir, Hilmi Ahmad. (2005). Hubungan Antara Kecekapan dalam Kaunseling


Pelbagai Budaya dan Efikasi Swadiri dengan Ikatan Kerjasama Kaunselor-Klien di
Kalangan Kaunselor Sekolah Menengah di Malaysia. Universiti Putra Malaysia,
Serdang

16
ABPG2203

Walter Mischel, Personality and Assessment, New York: Wiley, 1968.

17

You might also like