You are on page 1of 14

Journal ofBusiness and Social Development

Volume 1 Number 2, September 2013: 66-79

ISSN: 2289-2915
Penerbit UMT

KOMPETENSI KAUNSELING PELBAGAI BUDAYA DAN KOMPETENSI


SPIRITUAL DALAM KALANGAN KAUNSELOR BERDAFTAR DI MALAYSIA
(MULTICULTURAL COUNSELLING COMPETENCE AND SPIRITUAL COMPETENCE
AMONG REGISTERED COUNSELORS IN MALAYSIA)
MAZIDAH MOHD DAGANG1*, RUSNANI ABDUL KADIR2, SIDEK MOHD NOAH2 DAN
MAZNAH BABA2
1
Fakulti Pembangunan Sosial, Universiti Malaysia Terengganu, 21030 Kuala Terengganu, Terengganu. 2Fakulti Pengajian
Pendidikan, Universiti Putra Malaysia, 43400 Serdang, Selangor, Malaysia.

*Corresponding author: mazidah@umt.edu.my

Abstrak: Kajian ini bertujuan untuk mengukur tahap kompetensi spiritual dan tahap kaunseling
pelbagai budaya dalam kalangan kaunselor berdaftar di Malaysia. Kajian ini juga ingin menguji
perbezaan tahap kompetensi spiritual dan tahap kompetensi kaunseling pelbagai budaya
berdasarkan faktor-faktor demografi seperti faktor jantina, umur, agama, keturunan, tahap kelulusan
pendidikan dan tempoh perkhidmatan. Di samping itu, hubungan antara kompetensi spiritual dan
kompetensi kaunseling pelbagai budayajuga akan ditentukan. Kajian berbentuk tinjauan deskriptif
ini dijalankan dengan mentadbir soal selidik Kompetensi Spiritual dalam Amalan Kaunseling
(KSdAK) yang diterjemah daripada soal selidik the Spiritual Competency Scale oleh Young,
Cashwell, Wiggins-Frame dan Belaire (2002) dan soal selidik Kompetensi Kaunseling Pelbagai
Budaya yang diterjemah daripada soal selidik Multicultural Competency Inventory oleh Sodowsky
(1993). Seramai 240 orang kaunselor berdaftar yang berkhidmat di seluruh negara terlibat dalam
kajian ini. Keputusan kajian mendapati kebanyakan kaunselor mempunyai tahap kompetensi
spiritual yang sederhana dengan nilai min 3.64 dan juga tahap kompetensi kaunseling pelbagai
budaya yang sederhana dengan nilai min 2.78. Dari segi perbezaan tahap kompetensi spiritual,
tidak terdapat perbezaan signifikan berdasarkan jantina, umur, tahap pendidikan dan tempoh
perkhidmatan. Hanya faktor agama dan keturunan sahaja yang mempunyai perbezaan signifikan
terhadap tahap kompetensi spiritual kaunselor. Manakala bagi kompetensi kaunseling pelbagai
budaya hanya terdapat perbezaan signifikan berdasarkan faktor umur sahaja. Wujud hubungan yang
signifikan antara kompetensi spiritual dan kompetensi kaunseling pelbagai budaya. Sehubungan
dengan keputusan kajian yang diperoleh, beberapa cadangan telah dikemukakan.
KATA KUNCI: Kompetensi spiritual, kompetensi kaunseling pelbagai budaya, kaunselor.
Abstract: This study aimed to examine the level of spiritual competence and multicultural
counselling competence among registered counselors in Malaysia. This study also would like
to identify the different levels of spiritual competence and multicultural counseling competence
based on demoghraphic factors such as gender, age, religion, ethnicity, educational level and tenure
approval. A survey was conducted by administering a set of questionnaire consisting "the spiritual
competency scale" by Young, Cashwell, Wiggins-Frame and Belaire (2002) and "Multicultural
Competency Inventory" by Sodowsky, (1993). Both scales have been translated to Malay language.
A total of 240 registered counselors participated in this study. The results showed that most
counselors have a moderate level of spiritual competence with a mean of 3.64 as well as moderate
level of multicultural competence with a mean of 2.78. In terms of differences in the level of
spiritual competence, there is no significant differences based on gender, age, education level and
years of service. Only the religious and ethnicity factor has a significant difference in the levels of
counselors' spiritual competence. As for multicultural competence, there is a significant difference
in age factor. Therefore, some suggestions have been made based on the findings of this study.
KEYWORDS: Spiritual competence, multicultural competence, counselor.

Journal ofBusiness and Social Development Volume I (2) 2013: 66-79

KOMPETENSI KAUNSELING PELBAGAI BUDAYA DAN KOMPETENSI SPIRITUAL

Latar Belakang Kajian


Kaunseling pelbagai budaya dikenali sebagai
kuasa keempat dalam perkembangan teori
kaunseling. Teori-teori kaunseling sebelumnya
seperti
Psikoanalisis,
Tingkahlaku
dan
Humanistik lebih memfokuskan kepada individu
dan tertumpu kepada satu budaya iaitu budaya
orang Barat (Kamal, 2000; Mardiana & Lily
Mastura, 2006). Kompetensi kaunseling pelbagai
budaya adalah sangat perlu bagi kaunselor yang
memberikan perkhidmatan kaunseling kepada
klien yang terdiri daripada pelbagai latar belakang
dan budaya. Malaysia merupakan sebuah negara
majmuk yang mempunyai pelbagai bangsa dan
agama. Oleh yang demikian, untuk memberikan
khidmat kaunseling yang profesional kaunselor
harus mempunyai kompetensi kaunseling
pelbagai budaya yang baik.
Kaunseling pelbagai budaya didiskripsikan
sebagai
pendekatan
metateori
yang
mengambilkira semua kaedah dalam hubungan
menolong yang wujud atau terhasil dalam
konteks budaya (Ivey, D' Andrea, Ivey &
Simek-Morgan, 2007). Pendekatan integratif ini
terdiri daripada pelbagai strategi terapeutik dan
teknik untuk membantu kaunselor memberikan
perkhidmatan yang efektif dan beretika kepada
klien yang terdiri daripada pelbagai kumpulan
dan latar belakang.
Donnell
(2008)
telah
menjalankan
kajian untuk mengenalpasti perkembangan
kompetensi kaunseling pelbagai budaya dalam
kalangan kaunselor pelatih di enam buah
universiti di Amerika Syarikat. Seramai 68
orang kaunselor pelatih terlibat dalam kajian
tersebut. Kajian tinjauan ini menggunakan soal
selidik "Multicultural Awareness-KnowledgeSkill Survey" dan "Marlowe- Crowne Social
Desirability Scale". Kaedah persampelan yang
digunakan ialah persampelan "non-probability
convenience sample". Dapatan kajian yang
diperoleh menunjukkan bahawa kaunselor
pelatih masih perlu melalui proses perkembangan
kompetensi kaunseling pelbagai budaya, kerana
skor min yang diperoleh 168. 75 adalah di bawah
skor min yang memerlukan latihan selanjutnya

67

(220 ke bawah = needs development). Dapatan


kajian ini juga menunjukkan etnik kaunselor
pelatih mempunyai hubungan yang signifikan
dengan dimensi kompetensi kaunseling pelbagai
budaya. Kaunselor pelatih berkulit hitam
mempunyai persepsi yang lebih tinggi terhadap
kesedaran dan kemahiran berbanding dengan
kaunselor berkulit putih. Waiau bagaimanapun,
tidak terdapat hubungan yang signifikan antara
faktor- faktor lain seperti jantina dan tempoh
pengajian dengan tahap kompetensi kaunseling
pelbagai budaya.
Rodgers (2004) pula telah membuat
kajian tentang hubungan antara kompetensi
kaunseling pelbagai budaya dengan pemboleh
ubah demografik terpilih dalam kalangan
kaunselor sekolah. Kajian ini melibatkan 92
orang kaunselor sekolah dan menggunakan soal
selidik Multicultural Counseling and Training
Survey (MCCTS). Berdasarkan kepada dapatan
kajian tersebut dapat dilihat bahawa faktorfaktor demografi seperti jantina, jenis sekolah
kaunselor bertugas, pengalaman, jumlah masa
mengendalikan kaunseling dengan pelajar
minoriti, status perkahwinan dan kawasan
kaunselor bertugas tidak mempunyai perbezaan
yang signifikan terhadap tahap penilaiankendiri kompetensi kaunseling pelbagai budaya.
Waiau bagaimanapun terdapat perbezaan yang
signifikan bagi faktor-faktor seperti umur, tahap
pendidikan dan jumlah kawan yang terdiri
daripada kumpulan minoriti terhadap penilaian
kendiri kompetensi kaunseling pelbagai budaya.
Kajian kompetensi kaunseling pelbagai
budaya di Malaysia telah dijalankan oleh
Hilmi (2005). Beliau menjalankan kajian untuk
mengenal pasti hubungan antara kecekapan
kaunseling pelbagai budaya dan efikasi swadiri
dengan ikatan kerjasama kaunselor-klien dalam
kalangan kaunselor sekolah menengah. Beliau
menggunakan kaedah kajian tinjauan deskriptif
dan ex-postfacto korelasi dengan melibatkan 200
pasangan kaunselor-klien. Hasil dapatan kajian
tersebut menunjukkan 69.5 peratus kaunselor
sekolah menengah berada pada tahap tinggi dan
sederhana untuk skor kecekapan kaunseling
pelbagai budaya. Hanya 30.5 peratus kaunselor

Journal ofBusiness and Social Development Volume 1 (2) 2013: 66-79

68

Mazidah Mohd Dagang et al.

sahaja yang mendapat tahap rendah untuk skor 4. Kaunselor berupaya untuk menerangkan
kecekapan kaunseling pelbagai budaya.
sistem kepercayaan agama dan spiritual
serta menerangkan pelbagai model
Agama pula adalah salah satu faktor penting
perkembangan
agama/spiritual.
dalam pembentukan dan perkembangan budaya
sesebuah masyarakat (Fukuyama, Siahpoush, &
Sevig, 2005). Kehidupan seharian dipengaruhi
oleh anutan agama seseorang individu kerana
setiap tingkah laku dan cara berfikir individu itu
dipengaruhi oleh kefahaman dan ajaran agama
yang dianuti. Waiau bagaimanapun, tahap
pengaruh agama dalam kehidupan individu itu
bergantung pada individu tersebut dan agama
yang dianuti. Ada individu yang berpegang
teguh kepada ajaran agama dan ada juga yang
menganggap agama hanya untuk upacara ritual
situasi-situasi tertentu sahaja seperti perayaan
dan kematian.
Spiritual dan agama telah diberi perhatian
yang serius sebagai salah satu komponen
penting dalam kaunseling pelbagai budaya
pada pertengahan 1990-an. Satu persidangan
mengenai isu-isu spiritual dan agama diadakan
pada tahun 1995 dan melalui persidangan
tersebut terhasilnya sembilan komponen
berkaitan dengan kompetensi kaunselor untuk
mengintegrasikan spiritual dan agama dalam sesi
kaunseling (Miller, 1999). Kompetensi spiritual
adalah tahap keupayaan kaunselor untuk
mengintegrasikan kefahaman beragama dalam
keseluruhan proses kaunseling yang dijalankan
dan ia adalah berdasarkan kepada kepercayaaan
kaunselor itu sendiri terhadap keupayaan atau
tahap kompetensi spiritual yang mereka miliki
(Lemkuil, 2007). Kompetensi spiritual yang
telah digariskan adalah seperti berikut;
1. Kaunselor berupaya untuk menerangkan
hubungan antara agama dengan spiritual
termasuk persamaan dan perbezaannya.
2. Kaunselor berupaya untuk menjelaskan
kepercayaan dan amalan agama serta
spiritual mengikut konteks budaya.
3. Kaunselor membuat penerokaan kendiri
mengenai
kepercayaan
agama
dan
spiritualnya sendiri untuk meningkatkan
sensitiviti, pemahaman dan penerimaan
kepercayaan yang dianutinya.

5. Kaunselor mempamerkan sensitiviti dan


penerimaan kepada agama dan spiritual
klien melalui komunikasi dengan kliennya.
6. Kaunselor perlu mengenalpasti batasan

keupayaannya
dalam
menangani
permasalahan spiritual dan agama klien
serta dapat membuat rujukan kepada pihak
yang lain sekiranya perlu.
7.

Kaunselor berupaya menilai keperluan


spiritual klien dalam isu atau permasalahan
yang dibawa oleh klien.

8. Kaunselor perlu sensitif dan menghormati


spiritual dan agama klien dalam proses
kaunseling bersesuaian dengan kehendak
klien.
9. Kaunselor perlu menggunakan kepercayaan
spiritual klien dalam mencapai matlamat
teraputik kaunseling yang bersesuaian
dengan kehendak klien.
Di Malaysia, isu-isu berkaitan agama
dalam kaunseling telah dibangkitkan semenjak
awal perkembangan kaunseling di Malaysia,
terutamanya berkaitan perspektif Islam terhadap
kaunseling. Wan Abdul Kader Wan Ahmad
(2006), telah mengemukakan konsep kaunseling
Islam, di mana menurut beliau kaunseling Islam
bukan sahaja meliputi perkhidmatan hubungan
antara seorang klien dengan kaunselor terlatih
meneroka emosi, nilai, persepsi dan penentuan
masa hadapan klien, tetapi lebih jauh lagi
kaunseling Islam membincangkan hubungan
diri dengan Allah apabila individu menghadapi
masalah dan proses mengatasinya. Othman
Mohamed (2005) pula menyatakan bahawa
kekurangan yang terdapat dalam klasifikasi
pendekatan teori kaunseling sebelum ini
memerlukan satu klasifikasi yang dapat
meletakkan unsur spiritualiti ke dalam corak
dimensi pendekatan teori kaunseling dan beliau
telah mengemukakan satu pendekatan teori
Psikologi Kognitif ad-Din untuk membantu
menghayati dimensi pendekatan secara

Journal ofBusiness and Social Development Volume I (2) 2013: 66-79

KOMPETENSI KAUNSELING PELBAGAI BUDAYA DAN KOMPETENSI SPIRITUAL

69

komprehensif untuk memahami fitrah perlakuan dalam kalangan kaunselor di Malaysia dan
manusia dari sudut perspektif Islam.
hubungannya dengan kompetensi kaunseling
pelbagai budaya adalah amat terhad.
Pernyataan Masalah
Kaunselor perlu memahami budaya, etnik
dan
agama klien kerana personaliti, sikap dan
Kompetensi kaunseling pelbagai budaya
tingkah
laku klien dibentuk daripada nilai budaya
sememangnya telah diakui kepentingannya
dan
agama
(Briggs & Rayle, 2005). Antara
dalam amalan kaunseling (Sue, Arredondo &
sebab
agama
perlu dimasukkan dalam proses
McDavis, 1992). Oleh yang demikian, setiap
kaunseling,
pertamanya,
agama menyediakan
IPTA yang menawarkan program kaunseling
panduan
untuk
memahami
nilai pegangan
mempunyai sekurang-kurangnya satu kursus
kehidupan
klien
(Miranti,
1998),
kedua, agama
kaunseling
pelbagai
budaya
(Lembaga
adalah
pengaruh
utama
identiti
budaya klien
Kaunselor, 2003). Walau bagaimanapun,
(Worthington,
1991),
ketiga,
agama
adalah salah
aspek agama dan spiritual tidak dilihat sebagai
satu
komponen
pelbagai
budaya
(Pedersen,
salah satu aspek penting dalam kepelbagaian
dan
keempatnya,
agama
membantu
1990)
budaya (Fukuyama, Siahpoush & Sevig, 2005).
Semakan yang telah dibuat menunjukkan penerokaan dan penyelesaian masalah dalam
hanya empat buah universiti yang menawarkan proses kaunseling (Burke, Chauvin & Miranti,
kursus berkaitan dengan agama dan ia juga 2005). Agama dan spiritual juga dilihat sebagai
tertumpu kepada agama Islam (Lembaga komponen utama yang mempengaruhi fizikal,
Kaunselor, 2010). Walaupun terdapat subjek- sosial, emosi dan intelektual klien (Witmer &
subjek seperti kaunseling pelbagai budaya dan Sweeney, 1992). Oleh yang demikian persoalan
hubungan etnik, namun persoalan yang timbul, kajian berikut dikemukakan:
adakah mereka kompeten dari aspek spiritual 1. Apakah tahap kompetensi kaunseling
dan agama, dan adakah ilmu serta latihan yang
pelbagai budaya dalam kalangan kaunselor
diperoleh ketika mengikuti program pengajian
berdaftar di Malaysia?
tersebut mencukupi untuk membolehkan mereka
mengintegrasikan kefahaman beragama dalam 2. Apakah tahap kompetensi spiritual dalam
kalangan kaunselor berdaftar di Malaysia?
sesi kaunseling yang mereka jalankan?
Seseorang kaunselor boleh dianggap tidak 3 Adakah wujud perbezaan tahap kompetensi
kaunseling pelbagai budaya dalam
beretika sekiranya mengamalkan perkhidmatan
kalangan
kaunselor berdaftar berdasarkan
kaunseling di luar bidang kompetensinya
faktor
umur,
jantina, agama, keturunan,
sebagaimana yang terkandung dalam kod etika
tahap
kelulusan
pendidikan dan tempoh
American Counseling Association (ACA, 2005)
perkhidmatan?
di bawah seksyen tanggungjawab professional
(c.2.a). Kod etika kaunselor Persatuan 4.
Kaunseling Malaysia (PERKAMA, 2008)
juga menyatakan bahawa kaunselor hendaklah
memberi perkhidmatan kaunseling mengikut
bidang kepakaran dengan tidak melangkaui
sempadan kepakaran berasaskan kepada 5.
pendidikan, latihan dan pengalaman diselia.

Adakah wujud perbezaan tahap kompetensi


spiritual dalam kalangan kaunselor
berdaftar berdasarkan faktor umur, jantina,
anutan agama, keturunan, tahap kelulusan
pendidikan dan tempoh perkhidmatan?
Adakah terdapat hubungan yang signifikan
antara kompetensi spiritual dengan
kompetensi kaunseling pelbagai budaya?

Kompetensi kaunseling pelbagai budaya dan


kompetensi spiritual perlu diambil kira dalam
proses kaunseling untuk melahirkan kaunselor Tujuan Kajian
yang mampu memberikan perkhidmatan
Tujuan utama kajian ini adalah untuk mengenal
kaunseling yang holistik dan berkesan.
pasti tahap kompetensi kaunseling pelbagai
Kajian berkaitan dengan kompetensi spiritual
Journal ofBusiness and Social Development Volume I (2) 2013: 66-79

70

Mazidah Mohd Dagang et al.

budaya clan tahap kompetensi spiritual dalam Lembaga Kaunselor. Senarai kaunselor berdaftar
kalangan kaunselor berdaftar di Malaysia. Secara tersebut adalah sehingga Jun 2010. Satu set
soal selidik berserta sampul surat bersetem clan
khusus tujuan kajian ini adalah seperti berikut:
beralamat
pengkaji dihantar kepada 600 orang
1. Untuk menentukan tahap kompetensi
sampel
terpilih.
Walau bagaimanapun hanya 240
kaunseling pelbagai budaya dalam kalangan
orang
responden
sahaja yang mengembalikan
kaunselor berdaftar di Malaysia.
soal selidik dengan peratus pengembalian soal
2. Untuk menentukan tahap kompetensi selidik adalah sebanyak 40 peratus sahaja.
spiritual dalam kalangan kaunselor berdaftar
AlatKajian
di Malaysia.
3.

Untuk mengenal pasti perbezaan kompetensi


kaunseling pelbagai budaya dalam kalangan
kaunselor berdaftar berdasarkan faktor
umur, jantina, anutan agama, keturunan,
tahap kelulusan pendidikan clan tempoh
perkhidmatan.

4. Untuk mengenal pasti perbezaan tahap


kompetensi spiritual kalangan kaunselor
berdaftar berdasarkan
faktor
umur,
jantina, agama, keturunan, tahap kelulusan
pendidikan dan tempoh perkhidmatan.
5. Untuk mengenal pasti hubungan antara
kompetensi spiritual dan kompetensi
kaunseling pelbagai budaya.

Alat kajian yang digunakan dalam kajian ini


ialah satu set soal selidik yang mengandungi
tiga bahagian. Bahagian A adalah item-item
yang bertujuan untuk mendapatkan maklumat
demografi responden. Dalam bahagian ini
juga dimasukkan satu soalan tertutup untuk
mengetahui pendapat responden sama ada
responden merasakan kursus atau program
pengajian kaunseling yang pemah mereka
ikuti di Institusi Pengajian Tinggi memadai
untuk membolehkan mereka mengintegrasikan
kefahaman beragama dalam amalan kaunseling
mereka. Pilihanjawapan yang diberikan adalah,
'ya', 'tidak' dan 'tidakpasti'.

Subjek Kajian

Sementara bahagian B pula adalah soal


selidik Kompetensi Spiritual dalam Amalan
Kaunseling (KSdAK) untuk mengukur tahap
kompetensi spiritual kaunselor. Bahagian C
adalah soal selidik Kompetensi Kaunseling
Pelbagai Budaya. Soal selidik ini telah
diterjemah menggunakan kaedah collaborative
translation clan diubah suai daripada soal
selidik the spiritual competency survey yang
dibina oleh Young et al., (2002) dan soal
selidik "Multicultural Competency Inventory"
yang dibina oleh Sadowsky (1993). Kaedah
collaborative translation yang dikemukakan
oleh Douglas clan Craig (2007) ini merupakan
kaedah altematif kepada kaedah 'back to back
translation'.

Populasi kajian terdiri daripada 1776 orang


kaunselor
berdaftar
dengan
Lembaga
Kaunselor. Pemilihan sampel dilakukan dengan
menggunakan kaedah persampelan rawak
mudah. Kaedah pemilihan sampel dengan
rawak mudah ini dijalankan setelah pengkaji
mendapatkan senarai kaunselor berdaftar dengan

Soal
selidik
kompetensi
spiritual
mengandungi 27 item dengan menggunakan
skala likert 5 mata daripada 'sangat tidak
bersedia' (1) hingga 'sangat bersedia' (5). Soal
selidik ini mempunyai empat komponen untuk
mengukur kompetensi spiritual clan agama
iaitu kompetensi umum (item 1 hingga item

Metodologi

Reka Bentuk Kajian


Reka bentuk kajian ini adalah kajian tinjauan
deskriptif yang melibatkan, analisis deskriptif
(min clan sisihan piawai) clan analisis inferensi
(ANOVA, ujian-t clan analisis korelasi Pearson).
Kajian deskriptif sesuai digunakan untuk
meneroka bidang yang belum dikaji serta tidak
memerlukan kawalan terhadap olahan kerana
faktor-faktor yang mempengaruhi peristiwa
tidak ditetapkan di peringkat awal (Mohd Majid
Konting, 2009).

Journal ofBusiness and Social Development Volume I (2) 2013: 66-79

KOMPETENSI KAUNSELING PELBAGAI BUDAYA DAN KOMPETENSI SPIRITUAL

7), kompetensi asas kaunselor (item 8 hingga


item 13), kompetensi asas klien (item 14 hingga
item18) dan kompetensi intervensi dan teknik
(item 19 hingga item 27).

71

perkhidmatan adalah antara 1 hingga 5 tahun


iaitu sebanyak 39.2 peratus. Taburan demografi
terperinci bagi responden kajian ini adalah
seperti Jadual 1.

Soal selidik kompetensi kaunseling


Nilai min yang diperoleh bagi kompetensi
pelbagai budaya pula mempunyai 40 item yang spiritual secara keseluruhan dalam kalangan
menggunakan skala likert 4 mata daripada kaunselor berdaftar di Malaysia adalah 3.64
'sangat tidak tepat' hingga 'sangat tepat'.
dengan sisihan piawai .61. la adalah pada tahap
sederhana
bersedia. Bagi setiap komponen pula,
Kajian rintis melibatkan 40 orang
komponen
kompetensi asas klien memperoleh
kaunselor berdaftar telah dijalankan untuk
nilai
min
paling
tinggi iaitu 3.91 dengan sisihan
menentukan kebolehpercayaan soal selidik yang
piawai
.62
diikuti
dengan min kompetensi teknik
digunakan. Daripada analisis kebolehpercayaan
dan
intervensi
dengan
nilai min 3.67 dan sisihan
menggunakan
model
Alpha
Cronbach
piawai
.76.
Seterusnya
dengan nilai min 3.62
menunjukkan kebolehpercayaan yang tinggi.
dengan
sisihan
piawai
.61 untuk komponen
Soal selidik KSd.AK secara keseluruhannya
kompetensi
asas
kaunselor.
Nilai min yang paling
menunjukkan standardized item alpha yang
rendah
adalah
bagi
komponen
kompetensi umum
tinggi iaitu .96. Untuk setiap sub-komponen
dengan
nilai
min
3
.46
dengan
sisihan piawai .74
pula, kompetensi umum memperoleh nilai alpha
(sila
rujuk
Jadual
2).
Secara
keseluruhannya
.88, kompetensi asas-kaunselor .75, kompetensi
tahap
kompetensi
spiritual
kaunselor
berdaftar
asas -klien .87 dan kompetensi intervensi
adalah
pad.a
tahap
sederhana.
dan teknik .95. Soal selidik KKPB juga
menunjukkan nilai alpha Cronbach yang tinggi
iaitu .89.Untuk setiap sub-komponen pula, sub
skala hubungan .84, sub skala kesedaran. 79, sub
skala hubungan .72 dan sub skala pengetahuan
.76. Secara keseluruhannya, menunjukkan soal
selidik KSd.AK dan KKPB mempunyai nilai
kebolehpercayaan yang baik.

Penganalisisan Data Statistik


Data yang diperoleh daripada soal selidik
kemudiannya dianalisis menggunakan analisis
deskriptif (min dan peratusan), dan analisis
inferensi (ujian-t sampel bebas, ANOVA dan
korelasi Pearson) untuk memerihalkan dapatan
kajian. Secara keseluruhannya data telah
diproses dengan menggunakan program SPSS
versi 18.
Keputusan Kajian

Seterusnya, analisis ujian t tidak bersandar


dan ujian ANOVA telah dijalankan untuk
menjawab persoalan kajian yang kedua iaitu
untuk melihat perbezaan tahap kompetensi
spiritual dalam kalangan kaunselor berdaftar
berdasarkan faktor-faktor demografi iaitu
berdasarkan kepada kategori umur, jantina,
keturunan, agama, tahap pengajian dan
pengalaman bekerja. Ujian t sampel bebas
menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang
signifikan untuk min gender dengan skor min
untuklelaki (M=3.71, SD= .60) danperempuan,
M = 3.59, SD= .61 ; t (240) = 1.52, p> .05. Ujian
analisis varians (ANOVA) pula dijalankan untuk
melihat perbezaan min kompetensi spiritual
berdasarkan kategori umur, keturunan, agama,
tahap pendidikan dan tempoh perkhidmatan.
Dapatan kajian menunjukkan tidak terdapat
perbezaan yang signifikan bagi kategori umur,
F (3, 236) = .46, p > .05, tahap pengajian; F (3,
236) = .50, p> .05, dan pengalaman bekerja F (4,
235) = 1.02, p > .05.

Seramai 240 orang kaunselor berdaftar terlibat


dalam kajian ini. Peratusan tertinggi bagi
responden adalah berketurunan Melayu dan
Hanya faktor keturunan dan agama sahaja
beragama Islam serta berumur dalam lingkungan
yang
menunjukkan wujudnya perbezaan yang
36 tahun hingga 55 tahun. Majoriti responden
signifikan
pada P < .05. Terdapat perbezaan yang
berkelulusan Ijazah Sarjana iaitu sebanyak 44.6
signifikan
bagi skor min kompetensi spiritual
peratus dan peratusan tertinggi bagi tempoh
Journal ofBusiness and Social Development Volume I (2) 2013: 66-79

Demografi

JBSD Vol.1 No.2 out.indd 72

Kategori

Kekerapan

Peratusan

91
69
67
13

37.9
28.8
27.9
5.4

Umur

> 35 tahun
36 hingga 45 tahun
46 hingga 55 tahun
< 51tahun

Jantina

Lelaki
Perempuan

115
125

47.9
52.1

Keturunan

Melayu
Cina
India
Peribumi Sabah & Sarawak
Lain-lain

181
30
14
12
3

75.24
12.5
5.8
5.0
1.3

Agama

Islam
Hindu
Buddha
Kristian
Lain-lain

190
10
22
17
1

79.2
4.2
9.2
7.1
0.4

Kelulusan
Pendidikan

Diploma
Ijazah Sarjana Muda
Ijazah Sarjana
Doktor Falsafah

17
101
107
15

7.1
42.1
44.6
6.3

Tempoh
Perkhidmatan

1-5 tahun
6-10 tahun
11-15 tahun
16-20 tahun
20 tahun ke atas

70
52
41
19
58

29.2
21.7
17.1
7.9
24.2

Kompetensi Spiritual

Min

Keseluruhan
Kompetensi Umum
Kompetensi Asas
Kaunselor
Kompetensi Asas
Klien
Kompetensi Teknik
& Intervensi

3.64
3.46
3.62
3.91
3.67

Sisihan
Piawai
.61
.74
.61
.62
.76

8/28/13 12:42 PM

Ujian- t
Jantina

M
Lelaki
Perempuan

3.71
3.59

SP
.60
.61

df

1.52

238

.131

df

SS

MS

Umur

Antara Kumpulan
Dalam Kumpulan
Jumlah

3
236
239

.505
87.36
87.87

.17
.37

.45

.714

Keturunan

Antara Kumpulan
Dalam Kumpulan
Jumlah

3
233
236

1.15
.36

3.21

.024*

Agama

Antara Kumpulan
Dalam Kumpulan
Jumlah

3
232
235

4.42
81.33
85.75

1.47
.35

4.20*

.006*

Pendidikan

Antara Kumpulan
Dalam Kumpulan
Jumlah

3
236
239

.56
87.31
87.87

.19
.37

.50

.680

Tempoh
Perkhidmatan

Antara Kumpulan
Dalam Kumpulan
Jumlah

4
235
239

1.50
86.37
87.87

.38
.37

1.02

.396

ANOVA sehala

3.46
83.66
87.11

Pemboleh ubah
Keseluruhan
Kemahiran
Kesedaran
Hubungan
Pengetahuan

JBSD Vol.1 No.2 out.indd 73

M
2.78
3.08
2.92
1.93
2.99

SP
.27
.38
.43
.39
.38

8/28/13 12:42 PM

Ujian- t
Jantina

M
Lelaki
Perempuan

2.79
2.78

SP
.29
.25

df

.46

24

.645

df

SS

MS

Umur

Antara Kumpulan
Dalam Kumpulan
Jumlah

3
236
239

.67
16.63
17.33

.23
.07

3.29

.021*

Keturunan

Antara Kumpulan
Dalam Kumpulan
Jumlah

3
233
236

.11
16.92
17.03

.04
.07

.52

.669

Agama

Antara Kumpulan
Dalam Kumpulan
Jumlah

3
232
235

.03
16.99
17.02

.01
.07

.09

.964

Pendidikan

Antara Kumpulan
Dalam Kumpulan
Jumlah

3
236
239

.40
16.92
17.33

.14
.07

1.88

.134

Tempoh
Perkhidmatan

Antara Kumpulan
Dalam Kumpulan
Jumlah

4
235
239

2.40
161.87
164.26

.60
.69

.87

.482

ANOVA sehala

KKPB
Keseluruhan
Kemahiran
Kesedaran
Hubungan
Pengetahuan

JBSD Vol.1 No.2 out.indd 74

KSdAK
.448**
.467**
.404**
-.069
.325**

8/28/13 12:42 PM

KOMPETENSI KAUNSELING PELBAGAI BUDAYA DAN KOMPETENSI SPIRITUAL

(2004), Shimabukuro, Daniels dan D' Andrea,


(1999), juga menunjukkan bahawa kebanyakan
kaunselor merasakan mereka tidak bersedia
daripada segi pengetahuan dan pengalaman yang
menyentuh aspek spiritual dan agama. Ini adalah
kerana aspek spiritual dan agama membabitkan
kesanggupan kaunselor untuk meneroka sikap
dan kepercayaan klien. Hasil kajian mereka
juga menunjukkan kaunselor cenderung untuk
tidak membabitkan diri dalam aspek tersebut
dan mereka melihatnya sebagai isu kecil dalam
kehidupan manusia. Begitu juga dengan dapatan
kajian yang dijalankan oleh Kelly (1994)
yang mendapati majoriti program kaunseling
atau psikologi kaunseling tidak mengandungi
atau mengandungi sedikit sahaja subjek yang
berkaitan dengan agama. Dapatan kajian itu juga
menyatakan secara keseluruhannya, kaunselor
tidak begitu mahir dengan isu keagamaan yang
ditimbulkan oleh klien.
Dapatan kajian ini juga disokong dengan
dapatan daripada soalan terbuka yang juga
dikemukakan dalam soal selidik ini iaitu "adakah
anda berpendapat kursus/ program pengajian
yang pemah anda ikuti di IPT memadai untuk
membolehkanandamengintegrasikankefahaman
beragama dalam amalan kaunseling anda?"
Peratusan tertinggi responden iaitu 73.8 peratus
menyatakan kursus atau program pengajian yang
diikuti ketika di institusi pengajian yang mereka
ikuti tidak memberikan pendedahan tentang
kompetensi spiritual dalam amalan kaunseling.
Dapatan yang sama juga diperoleh oleh kajian
yang dijalankan oleh Cassidy, (2006). Dapatan
kajian beliau menunjukkan pelatih kaunselor
memperoleh min 3.38 iaitu nilai min kompetensi
spiritual yang sederhana tinggi. la juga selaras
dengan kajian yang dijalankan oleh Young et al.,
(2002) yang menunjukkan nilai min kompetensi
spiritual dalam kalangan kaunselor pendidik
yang bertugas di institusi pengajian yang diiktiraf
oleh Council for Accreditation of Counseling
and Related Educational Programs (CACREP)
yang diperoleh adalah 3.3.
Dapatan kajian yang ketiga menunjukkan
tidak terdapat perbezaan signifikan antara faktorfaktor demografi dengan kompetensi kaunseling
pelbagai budaya. Hanya faktor umur sahaja yang

75

menunjukkan wujudnya perbezaan signi:fikan


kompetensi kaunseling pelbagai budaya.
Dapatan ini mempunyai persamaan dengan
dapatan kajian yang dijalankan oleh Rodgers
(2004). Dapatan kajian beliau menunjukkan
terdapat perbezaan kompetensi kaunseling
pelbagai budaya berdasarkan kepada faktor
umur, kaunselor yang berusia 47 tahun hingga 51
tahun memperoleh skor kompetensi kaunseling
pelbagai budaya yang lebih tinggi berbanding
dengan kaunselor yang berusia 37 hingga 41
tahun. Begitu juga bagi etnik di mana kaunselor
berkulit hitam memperoleh skor kompetensi
kaunseling pelbagai budaya yang lebih tinggi
berbanding dengan kaunselor berkulit putih.
Manakala tidak terdapat perbezaan signi:fikan
bagi faktor-faktor demografi yang lain seperti
jantina, pengalaman dan status perkahwinan.
Faktor umur ini juga mungkin boleh dikaitkan
dengan tahap kematangan kaunselor yang lebih
memahami kepelbagaian budaya yang wujud
dalam kalangan klien yang mereka hadapi.
Namun begitu dapatan ini adalah berbeza
dengan dapatan-dapatan kajian sebelum ini
seperti kajian yang telah dijalankan oleh
Ponterotto, Rieger, Barret dan Sparks (1994) dan
Ottavi, Pope-Davis dan Dings (1994), dapatan
kajian tersebut menunjukkan tidak terdapat
hubungan yang signifikan antara umur dan
kompetensi kaunseling pelbagai budaya. Walau
bagaimanapun model Kompetensi Kaunseling
Pelbagai Budaya yang dikemukakan oleh
Collins dan Arthur (2010) memasukkan umur
sebagai salah satu faktor yang mempengaruhi
kompetensi kaunseling pelbagai budaya
kaunselor termasuk faktor- faktor lain seperti
etnik, gender dan identiti budaya. Oleh yang
demikian dapatan kajian ini wajar diperhalusi
agar dapatan yang diperoleh akan memberikan
bukti yang lebih teguh tentang peranan faktorfaktor demografi dalam mempengaruhi tahap
kompetensi kaunseling pelbagai budaya
kaunselor.
Dapatan kajian bagi persoalan kajian yang
keempat pula menunjukkan tidak terdapat
perbezaan yang signi:fikan antara faktor-faktor
demografi terpilih iaitu faktor kategori umur,
faktor jantina, faktor kelulusan pendidikan dan

Journal ofBusiness and Social Development Volume I (2) 2013: 66-79

Mazidah Mohd Dagang et al.

faktor pengalaman bekerja dengan kompetensi


spiritual kaunselor. Hanya faktor keturunan
dan faktor agama sahaja yang menunjukk:an
wujudnya perbezaan yang signifikan dalam
kompetensi
spiritual
kaunselor
untuk
mengintegrasikan kefahaman beragama dalam
amalan kaunseling mereka. Dapatan ini juga
mungkin dipengaruhi oleh bilangan responden
Melayu dan beragama Islam di mana hampir 75%
responden terdiri daripada responden Melayu
beragama Islam. Berdasarkan kepada senarai
kaunselor berdaftar dengan Lembaga Kaunselor
sehingga Jun 2010 juga menunjukkan bahawa
majoriti kaunselor berdaftar adalah berketurunan
Melayu dan beragama Islam. Keturunan Melayu
beragama Islam memperoleh skor yang lebih
tinggi bagi kompetensi spiritual berbanding
dengan keturunan dan agama lain. Di samping
itu, dapatan ini mungkin juga dipengaruhi oleh
'nature' agama yang dianuti oleh orang Melayu
dan kesedaran mereka tentang pentingnya
agama dalam kehidupan mereka. Agama
dikelompokkan kepada dua iaitu agama Samawi
dan agama Tabii (Mohd Rosmizi, 2004).

76

spiritual kaunselor. Agama dan spiritual perlu


dilihat sebagai salah satu domain kepelbagaian
budaya secara khusus untuk membantu
kaunselor
mempertingkatkan
kompetensi
kaunseling pelbagai budaya. Fukuyama dan
Sevig (1999) menyatakan bahawa walaupun
spiritual dan agama dilihat sebagai konstruk
yang berbeza tetapi keduanya saling berkait
antara satu sama lain. Kompetensi spiritual yang
dikemukakan oleh Association for Spiritual,
Ethical, and Religious Values in Counseling
(2009)
menyarankan
supaya kaunselor
mempunyai keupayaan untuk memahami
agama dan spiritual daripada perspektif budaya
yang berbeza. Kompetensi kaunseling pelbagai
budaya pula menekankan tentang kepentingan
kefahaman kaunselor tentang pegangan nilai
kehidupan klien termasuk spiritual dan agama
(Fukuyama & Sevig, 1999). Kaunselor juga
perlu sedar dan memahami kepercayaan spiritual
dan agama mereka sepertimana mereka sedar
tentang latar belakang budaya hidup mereka.
Oleh yang demikian kedua-dua konstruk ini
perlu diintegrasikan dalam proses kaunseling
Agama Islam dan agama Kristian adalah untuk membantu perkembangan klien secara
agama Samawi, iaitu agama yang diturunkan menyeluruh dalam proses kaunseling.
dari langit oleh Tuhan kepada utusannya,
Di samping itu, dapatan kajian ini
yang menjadi pedoman ataupun cara hidup juga
memberikan
gambaran
bahawa
bagi pengikutnya. Manakala agama Tabii latihan memainkan peranan penting untuk
pula adalah agama yang berkembang bersama meningkatkan kedua-dua aspek kompetensi iaitu
perkembangan kehidupan manusia dan tidak kompetensi kaunseling pelbagai budaya dan
berasal daripada wahyu Tuhan. Bagi setiap juga kompetensi spiritual. Penggubal program
orang Melayu yang beragama Islam, mereka pendidikan kaunseling di Malaysia perlu menilai
seboleh-bolehnya untuk mempraktikkan ajaran semula kursus kaunseling yang ditawarkan
agama dalam kehidupan seharian mereka. Nilai- dalam program kaunseling dengan memberi
nilai kehidupan dipengaruhi oleh ajaran agama tambah nilai kepada kursus kaunseling pelbagai
secara menyeluruh. Oleh yang demikian, secara budaya dan memasukk:an kursus kaunseling
tidak langsung hal ini juga mempengaruhi keagamaan sebagai kursus yang khusus dalam
respon responden terhadap soal selidik yang pendidikan kaunseling.
amat berkait rapat dengan kehidupan beragama.
Dapatan kajian ini juga menunjukk:an Cadangan
terdapat hubungan yang sederhana teguh Berdasarkan kepada dapatan kajian yang
antara kompetensi kaunseling pelbagai budaya diperoleh, cadangan berikut dikemukakan
dan kompetensi spiritual dalam kalangan untuk mempertingkatkan lagi tahap kompetensi
kaunselor berdaftar di Malaysia. Dapatan ini kaunseling pelbagai budaya dan kompetensi
memperlihatkan bahawa kompetensi kaunseling spiritual dalam kalangan kaunselor berdaftar di
pelbagai budaya berkait dengan kompetensi Malaysia:
Journal ofBusiness and Social Development Volume I (2) 2013: 66-79

KOMPETENSI KAUNSELING PELBAGAI BUDAYA DAN KOMPETENSI SPIRITUAL

1. Pendedahan diberikan kepada kaunselor


sama ada melalui kursus atau programprogram yang dianjurkan oleh pihakpihak bertanggungjawab seperti institusi
pengajian tinggi yang menawarkan program
kaunseling, Persatuan Kaunseling Malaysia
(PERKAMA) danjuga Lembaga Kaunselor.
2.

Kajian lanjutan juga perlu dijalankan untuk


mendapatkan lebih maklumat mengenai
kompetensi kaunseling pelbagai budaya
dan kompetensi spiritual kaunselor serta
menentukan apakah faktor-faktor lain yang
mempengaruhi tahap kompetensi kaunseling
pelbagai budaya dan tahap kompetensi
spiritual kaunselor.

3.

Sumber-sumber rujukan perlu diperbanyakkan


untuk membolehkan kaunselor mendapat
maklumat dan pengetahuan berkaitan dengan
kompetensi kaunseling pelbagai budaya dan
kompetensi spiritual da1am amalan kaunseling.

Kesimpulan
Kajian 1ll1 diharap menjadi pemangkin
kepada lebih banyak kajian berkaitan dengan
kompetensi kaunseling pelbagai budaya dan
kompetensi spiritual dalam amalan kaunseling
supaya perkhidmatan kaunseling yang diberikan
kepada masyarakat di Malaysia akan lebih
berkesan dan efektif apabila isu spiritual dan
agama diintegrasikan dalam amalan kaunseling
pelbagai budaya. Ini kerana tidak dinafikan
faktor agama dan spiritual memainkan peranan
penting dalam pembentukan budaya hidup
klien. Dan diharapkan sekiranya kedua-dua
aspek ini diambil kira dalam membantu klien
menangani masalah dan isu yang dihadapi secara
yang lebih holistik akan memberi perubahan
kearah perkembangan yang lebih positif dalam
kehidupan klien. Kedua-dua domain ini perlu
diberi perhatian yang sama rata oleh kaunselor
supaya perkhidmatan kaunseling yang diberikan
akan memberi hasil yang diharapkan dan
akan mempertingkatkan mutu perkhidmatan
kaunseling di Malaysia.

77

Rujukan

ACA Code of Ethics. (2005). Diambil daripada


http:// www.counseling.org.
Association for Spiritual, Ethical, and Religious
Values in Counseling. (2009). Competencies
for addressing spiritual and religious issues in
counseling. Diambil daripada http://www.
aservic.org/competencies.html
Briggs, M. K., & Rayle, A. D. (2005).
Incorporating Spirituality Into Core
Counseling Courses: Ideas for Classroom
Application. Counseling and Values, 50(1).
Burke, M. Y., Chauvin, J. S., & Miranti, J. G.
(2005). Religious and Spiritual Issues
in Counseling: Applications across
Diverse Populations. New York: BrunnerRoutledge.
Cassidy, E. J. H. (2006). Religion and Spirituality
in Professional Psychologist Training :
A Survey of Interns. Unpublished Doctor
of Philosophy, West Virginia University,
Morgantown, West Virginia.
Collins, S., & Arthur, N. (2010). Cultureinfused counseling: A model for developing
multicultural competence. Counselling
Psychology Quarterly, 23(2): 217-233.
Donnell, C. M. (2008). Examining multicultural
counseling competencies of rehabilitation
counseling graduate students. Rehabilitation
Education, 22(1): 47-58.
Fukuyama, M. A., & Sevig, T. D. (1999).
Integrating spirituality into multicultural
counseling. California: Sage Publications.
Fukuyama, M. A., Siahpoush, F., & Sevig, T.
D. (2005). Religion and Spirituality in a
Cultural Context. In C. S. Cashwell & J.
S. Young (Eds.), Integrating Spirituality
and Religion into Counseling: A Guide to
Competent Practice, 123-142. Alexandria,
VA: American Counseling Association.
HilmiAhmad Shaghir. (2005). HubunganAntara
Kecekapan dalam Kaunseling Pelbagai
Budaya dan Efikasi Swadiri dengan Ikatan
Kerjasama Kaunselor-Klien di Kalangan
Kaunselor Sekolah Menengah di Malaysia.

Journal ofBusiness and Social Development Volume I (2) 2013: 66-79

78

Mazidah Mohd Dagang et al.

Unpublished Ijazah Doktor Falsafah,


Universiti Putra Malaysia, Serdang.
Ivey, A. E., D' Andrea, M., Ivey, M. B., & SimekMorgan, L. (2007). Theories of Counseling
and Psychotherapy: A Multicultural
Perspective.(6th. Ed.). USA: Pearson.
Kamal Abd. Manaf. (2000). Kaunseling Islam
Satu Alternatif Baru di Malaysia. Kuala
Lumpur: Utusan Publications & Distributors
Sdn. Bhd.
Kelly Jr, Eugene W. . (1997). Religion and
Spirituality in Variously Accredited
Counselor Training Programs : A comment
on Pate and High (1995). Counseling &
Values, 42(1): 7.

Kod Etika Kaunselor. Persatuan Kaunseling


Malaysia, semakan 2008.
Leech, N.L., Barrett, K. C. & Morgan, G.
A.(2008). SPSS for Intermediate Statistics:
Use and Interpretation (3rd.ed) New York:
Taylor & Francis Group.
Lembaga Kaunselor. (2003). Piawai dan
Kelayakan Latihan Kaunselor. Kuala
Lumpur: Lembaga Kaunselor.
Lembaga Kaunselor. (2010). Senarai kursus
kaunseling yang ditawarkan oleh !PTA.
Kuala Lumpur: Lembaga Kaunselor.
Lemkuil, J. L. (2007). Integration of Spirituality
into Clinical Practice. Unpublished Doctor
of Philosophy, The University ofWisconsinMilwaukee.
Mardiana Mohammad & Lily Mastura Hj.
Harun (2006). Western-based Counselling
Theories: Adopt or Adapt? Jurnal Persatuan
Kaunseling Malaysia (PERKAMA). 12: 7184
Miller, G. (1999). The Development of the
Spiritual Focus in Counseling and Counselor
Education. Journal of Counseling &
Development, 77(4): 498.
Miranti, J. G. (1998). The Spiritual/Religious
Dimension of Counseling: A Multicultural
Perspective. Dalam P. B. Pedersen & D. C.
Locke (Eds.), Cultural and Diversity Issues

in Counseling. Alexandria, VA: American


Counseling Association.
Mohd Majid Konting. (2009). Kaedah
Penyelidikan Pendidikan (8th ed.) Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mohd Rosmizi Abd Rahman (2004). 4 Agama
Monoteisme: Islam, Kristian, Yahudi dan
Zoroaster, Penang: PTS Publications &
Distributors Sdn. Bhd.
Othman Mohamed. (2005). Prinsip Psikoterapi
dan Pengurusan Dalam Kaunseling (2nd
ed.). Serdang: Penerbit Universiti Putra
Malaysia.
Ottavi, T. M., Pope-Davis, D. B., & Dings, J.
G. (1994). Relationships between white
racial identity attitudes and self-reported
multicultural counseling competencies.
Journal of Counseling Psychology, 44: 284293.
Pargament, K. I. (2007). Spiritually Integrated
Psychotherapy:
Understanding
and
Addressing the Sacred. New York: The
Guilford Press.
Pedersen, P. (1990). The constructs of complexity
and balance in multicultural counseling
theory and practice. Journal of Counseling
& Development, 68(5): 550.
Ponterotto, J. G., Rieger, B. P., Barret, A., &
Sparks, R. (1994). Assessing multicultural
counseling competence: A review of
instrumentation. Journal of Counseling and
Development, 72: 316-322.
Richards, P. S., & Bergin, A. E. (2005). A
Spiritual Strategy for Counseling and
Psychotherapy. Washington, DC: American
Psychological Association.
Sadowsky, G. R., (1993). Multicultural
Counseling Inventory
(MCI).
New
Hampshire: Antioch New England Graduate
School.
Wan Abdul Kader Wan Ahmad & Ismail Abdul
Ghani. (2006). Islam dan Kaunseling:
Satu Penilaian Kritikal Terhadap Teori
dan Pendekatan. Dalam Fariza Md. Sham,

Journal ofBusiness and Social Development Volume I (2) 2013: 66-79

KOMPETENSI KAUNSELING PELBAGAI BUDAYA DAN KOMPETENSI SPIRITUAL

79

Siti Rugayah Hj. Tibek & Othman Hj. Worthington, E. L.,Jr. (1991). APrimeron Intake
Talib (Eds.), Dakwah dan Kaunseling di
Interviews with Couples. American Journal
Malaysia, 130-144. Bangi: Penerbit UKM.
ofFamily Therapy, 19: 344-350.
Witmer, J. M., & Sweeney, T. J. (1992). A Young, J. S., Cashwell, C., Wiggins-Frame,
holistic model for wellness and prevention
M., & Belaire, C. (2002). Spiritual and
over the life span. Journal of Counseling &
Religious Competencies: A National
Development, 71(2): 140-148.
Survey of CACREP-accredited Programs.
Counseling and Values, 47(1): 22-33.

Journal ofBusiness and Social Development Volume I (2) 2013: 66-79

You might also like