You are on page 1of 3

Konsep umum tamadun secara umum ialah masyarakat manusia yang telah keluar

daripada kehidupan yang mundur (nomad) dan telah mencapai kemajuan dalam pelbagai
aspek kehidupan. Kehidupan masyarakat moden yang dipenuhi dengan segala kemudahan
hasil penggunaan pelbagai alat teknologi. Konsep tamadun islam pula dari segi bahasa
ialah berasal daripada perkataan arab iaitu kata kerja ‘maddana’ yang bermaksud
membangunkan atau memodenkan sesuatu (Majid et al., 2018). Beberapa perkataan yang
hampir seerti dengan tamadun adalah hadharah yang bermaksud peradaban. Menurut ibnu
Khaldun, hadharah adalah satu daerah, kota, bandar, kampung atau tanah yang
diusahakan. Perkataan kedua ialah umran yang bermaksud kemajuan. Menurut ibn
Khaldun, umran bermaksud kawasan tanah tempat tinggal yang tetap, berkembang subur
dan maju dan menjadi bandar. Menurut said hawwa, kata dasar al-hadr ialah menetap di
kawasan bandar. Perkataan yang terakhir pula ialah thaqafah yang bermaksud kebudayaan
atau satu ramuan untuk melahirkan tamadun secara ringkas. Oleh itu, dapat disimpulkan
tamadun secara umumnya dikaitkan dengan konsep pembangunan, perubahan, kemajuan
dan peradaban yang dicapai oleh sesuatu bangsa atau kaum (Saidin et al., 2011). Seperti
kemajuan yang terbina di Malaysia pada masa kini adalah sememangnya hasil daripada
kejayaan pembangunan kepelbagaian tamadun Asia iaitu tamadun Melayu, tamadun India
dan tamadun Cina dari segi sosio budaya, ekonomi dan pendidikan.

Tamadun Melayu adalah tamadun yang dibentuk oleh setengah kumpulan orang-
orang Melayu yang bertempat di suatu wilayah di Asia Tenggara secara meluas. Gugusan
Kepulauan Melayu, gugusan Kepulauan Melayu-Indonesia, Nusantara, Alam Melayu dan
Tanah Jawi adalah wilayah di asia tenggara (Mad. Aros, 2004). Bagi tamadun Melayu,
mereka mempunyai azam dan cita-cita untuk melaksanakan Islam dalam aspek ekonomi
yang mengarah kepada penggubalan dasar dan perubahan dalam perundangan ekonomi
yang menyebabkan tertubuhnya institusi-institusi Islam yang memainkan peranan penting
dalam ekonomi dan perniagaan Islam di Malaysia. Bagi membolehkan pihak kerajaan
menubuhkan satu institusi yang menjalankan amalan perniagaan berdasarkan syariat Islam,
akta perbankan telah dirombak yang menyebabkan penubuhan institusi kewangan Islam
telah diluluskan. Maka, wujudlah Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) yang menjadi pelopor
perbankan Islam dan seterusnya Bank Muamalat yang juga menjalankan operasi
berdasarkan sistem muamalat Islam. Pengurusan perbankkan yang diuruskan oleh para
professional islam mengikut syarak telah membuka kejayan institusi kewangan islam. Bukan
itu sahaja, bank-bank konvensional juga cuba menerapkan elemen perniagaan mengikut
kaedah Islam dalam operasi bank mereka. Oleh itu, terdapat sebahagian masyarakat bukan
Islam yang menaruh penuh kepercayaan kepada institusi kewangan yang dilaksanakan oleh
umat Islam sehingga mereka tidak ragu-ragu menanam modal dalam institusi kewangan

1
yang dikendalikan oleh umat Islam. Pendidikan di Malaysia kini juga dipengaruhi oleh
pencapaian Tamadun Melayu. Buktinya dapat dilihat apabila Tamadun Melayu telah
mewujudkan sistem pendidikan formal dan tidak formal. Antara contoh institusi pendidikan
tidak formal yang dibangunkan dahulu ialah madrasah, pondok, surau, masjid dan banyak
lagi. Melalui pendidikan tidak formal ini, penduduk Alam Melayu dapat mendalami ilmu
agama seperti fiqah, hadis, tasawuf, tauhid, dan lain-lain. Kelahiran tokoh-tokoh ulama Islam
di Malaysia telah menyebabkan agama Islam berkembang meluas di Malaysia dan institusi
pendidikan tidak formal dahulu telah ditambah baik dan semakin maju dari semasa ke
semasa. Kesan tamadun Melayu terhadap kemajuan masa kini dari segi sosiobudaya pula
ialah disebabkan oleh kedatangan agama Islam yang memantapkan tamadun Melayu
dahulu kala (Deraman et al., 2004). Kini di Malaysia, agama Islam ialah agama majoriti yang
dianuti oleh masyarakat di sini. Hasil daripada adab yang diajarkan oleh agama islam telah
meyebabkan masyarkat Melayu bersikap sopan-santun yang telah membawa contoh
kesantunan kepada bangsan lain yang menetap di Malaysia. Agama Islam yang juga telah
menjadi identiti sosial dan budaya orang Melayu, mendorong kepada pembetulan adat
Melayu silam yang terpesong kepada unsur Islam.

Tamadun Cina juga telah mempengaruhi kemajuan Malaysia melalui sosiobudaya


iaitu sistem kekeluargaan yang diutamakan oleh mereka yang menitikberatkan nilai dan
etika masyarakat. Mementingkan kuasa bapa serta memartabatkan kedudukan wanita
sebagai seorang ibu merupakan sistem dan pengaruh yang amat ditekankan oleh ajaran
Confucious. Elemen yang amat penting dalam kemajuan pembangunan negara masa kini
adalah Nilai persaudaraan, tanggungjawab, kesopanan yang diamalkan pada Tamadun
Cina. Dari aspek ekonomi pula, masyarakat tamadun Cina telah menjalankan ekonomi
bersifat primitive atau lebih dikenali sebagai ketinggalan zaman. Hanya bajak, cangkul dan
penukul adalah alatan yang digunakan untuk menjalankan ekonomi pertanian petani pada
zaman Dinasti Shang (Lok et al., 1998). Penggunaan cangkul dan bajak masih digunakan
sehingga zaman kini di dalam tamadun Melayu, terutamanya di kawasan pedalaman.
Namun disebabkan wujudnya idea penggunaan alat primitif tersebut, kerbau dan jentera
pembajak telah berjaya digunakan pada masa kini hasil penambahbaikkan idea primitive
tamadun Cina. Pada kurun kedua tamadun Cina, adanya penggunaan sempoa (abacus)
yang telah membawa kepada revolusi pendidikan matematik masa kini. Ketika tamadun
Cina, terdapatnya sebuah karya matematik oleh Zhang Cang iaitu Jiuzhang zuanshu. Karya
tersebut mengandungi catatan mengenai kuantiti negatif dan unsur ini masih digunakan
sehingga masa kini. Selain itu, sistem pecahan, sistem perpuluhan, dan nilai pi juga telah
diperkenalkan dan nilai pi ini amat penting untuk pengiraan geometri dalam pendidikan
masa kini.

2
Bagi tamadun India, kebanyakan sosiobudaya masyarakat Malaysia pada masa kini
adalah dipengaruhi oleh corak ketamadunan India seperti adat istiadat perkahwinan yang
mempunyai upacara bersanding dan berinai (Dali et al., 2015). Bukan itu sahaja,
pemakanan di Malaysia seperti roti canai, tosai, capati, kari, dan penggunaan rempah ratus
juga adalah antara kesan sosiobudaya tamadun India. Seperti Tamadun Melayu, Ekonomi
Tamadun India juga pesat. Anga, Kalinga dan Karusa telah menadi pusat perdagangan
penting kerana adanya penghasilan senjata, pembekal gading gajah, emas, berlian dan
mutiara. Disamping itu, tamadun India juga mempunyai hubungan perdagangan yang
mementingkan pertumbuhan ekonomi dengan wujudnya pelabuhan penting. Dari segi
pendidikan pula, adalah didapati Pendidikan vernakular yang masih dijalankan di Malaysia
adalah hasil sumbangan tamadun India. Dengan tujuan mendidik anak-anak India tentang
sejarah, sekolah vernakular telah diusahakan oleh sukarelawan seperti mubaligh Kristian
(Mokhtar et al., 1990). Untuk memastikan orang India mendapat pendidikan, British juga
telah mewajibkan majikan untuk membina sekolah di kawasan ladang getah. Sekolah
vernakular seperti sekolah jenis kebangsaan masih beroperasi dan kebanyakannya adalah
sekolah cemerlang sehingga ke harini.

Kesimpulannya, elemen penting daam pembentukan masyarakat bertamadun adalah


dari segi kestabilan ekonomi seperti pertumbuhan perniagaan islam di Malaysia, pendidikan
hasil pembangunan sekolah-sekolah vernacular bagi orang India dan sekolah pondok serta
tahfiz bagi orang islam dan sosiobudaya dalam tamadun Cina yang mementingkan
tanggungjawab masing-masing dalam lingkungan kasih sayang dan hormat-menghormati.
Kepentingan bahasa dan budaya dalam pembentukan masyarakat bertamadun juga dapat
dibuktikan dengan adanya pembangunan pendidikan dan perkembangan budaya dalam
setiap tamadun yang berjaya membentuk masyarakat sehingga kini. Kesantunan bahasa
dan budaya berfikir dapat membentuk masyarakat bertamadun dapat dilihat apabila setiap
tamadun di Malaysia sangat mementingkan pendidikan dengan tertubuhnya pelbagai sejenis
sekolah yang melatih budaya berfikir. Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa pengaruh
tamadun Melayu, Cina dan India dalam nilai hidup masyarakat menjadi sebati dalam
kehidupan seharian. Kepelbagaian agama dan budaya dalam kalangan masyarakat
Malaysia telah berjaya mewujudkan sebuah nasional yang harmoni dan membawa warna
serta kemajuan dalam tamadun Malaysia.

You might also like