You are on page 1of 2

Soalan tutorial 1

i. Jelaskan tentang konsep seni

Seni adalah sebahagian daripada kebudayaan yang membawa erti indah, halus
lembut, senang didengar atau tutur, senang dilihat dan untuk menerangkan
sesuatu. ‘Art’ berasal daripada bahasa Yunani, membawa makna kecekapan dan
kebolehan, sesuatu yg selamat, memberi kepuasan hati melalui pancaindera
atau deria. Seni adalah kebudayaan yang dicetuskan oleh semua kelompok
manusia kerana setiap kelompok masyarakat mempunyai fitrah semulajadi yang
cinta kepada seni yang menyenangkan hati dan pancaindera.

ii. Pengertian tentang pendidikan seni visual.


Pendidikan Seni adalah dua perkataan yang disatukan iaitu Pendidikan dan Seni yang
mempunyai dua makna iaitu, konsep pendidikan dan konsep Seni. Pendidikan menurut pengertian
Yunani adalah pedagogi, iaitu ilmu menuntun anak. Dalam istilah Rumawi pendidikan dilihat sebagai
educare iaitu mengeluarkan dan menuntun. Tindakan merealisasikan potensi anak sewaktu
dilahirkan didunia. Pendidikan Seni atau dalam bahasa Inggerisnya ‘Art Education’ ialah istilah baru
yang menggantikan Lukisan dan Pertukangan Tangan di sekolah-sekolah. Pada tahun 1970-an,
negara-negara Barat seperti England dan Amerika telah pun menukarkan istilah ‘Art and Craft’
kepada ‘Art Education’. Pendidikan Seni Visual telah digunakan bagi menggantikan istilah Pendidikan
Seni di Malaysia. Perubahan ini dirasakan lebih sesuai kerana sukatan Pendidikan Seni Visual lebih
menjurus kepada seni tampak atau visual sahaja. Pendidikan Seni Visual bertujuan memberi peluang
kepada murid memupuk minat, memperkembang keperibadian, memberi kesedaran dan kepekaan
terhadap nilai-nilai kesenian dan alam sekitar serta kaitannya dengan mata pelajaran lain. Murid di
sekolah rendah pada keseluruhannya adalah kreatif, ekspresif dan aktif. Pendidikan Seni Visual
memainkan peranan memperkembang sifat-sifat ini melalui persepsi visual, imaginasi dan daya
pemikiran. Kegiatan pemikiran, penerokaan dan reka bentuk dalam pelbagai jenis seni visual akan
membolehkan mereka menyatakan idea dan ekspresi diri. Pengalaman ini penting kerana ia
membantu murid membina keyakinan diri, membuat penilaian dan mengenali cita rasanya sendiri.

iii. Beri pengertian atau pentafsiran berdasarkan pandangan dan pendapat tokoh-tokoh pendidik.

1. Plato - Membincangkan seni secara mengaitkannya dengan perlakuan,


akhlak, nilai dan moral untuk membawa kepada kesejahteraan kepada
umat manusia. Seni juga dinyatakan sebagai elemen yang dapat
mencipta sesuatu persekitaran kebudayaan dan meningkatkan
perpaduan. Seni dan Pendidikan mesti berasaskan kepada kebenaran,
kebaikan, kesempurnaan, kesejahteraan dan keindahan.

2. Aristotel - Pelukis sebenarnya tidak meniru benda alam tetapi memberi


struktur bentuk yang universal kepada benda alam.

3. Chapman - Seni sangat berguna jika imaginasi dapat direalitikan.


Keadaan ini menunjukkan peranan kreativiti menjadi unsur yang sangat
penting untuk diberi perhatian. Dalam konteks sosial, seni dinyatakan
sebagai hak masyarakat. Seni adalah berasaskan kehendak, keperluan
dan perubahan masyarakat.
4. John Dewey - Pendidikan itu ialah suatu proses untuk mengembangkan
kecerdasan manusia.

You might also like