You are on page 1of 31

xxxxxx-xx-xxxx

ABSTRAK

PERSEPSI MURID TINGKATAN 4 DAN 5 TERHADAP KEBERSIHAN


TANDAS DI SMK INFANT JESUS CONVENT, MELAKA

Kajian ini dijalankan di bawah tajuk “Persepsi Murid Tingkatan 4 Dan 5 Terhadap
Kebersihan Tandas Di SMK Infant Jesus Convent”, di Melaka Tengah, Melaka. Kajian
ini mengemukakan dua objektif. Objektif pertama ialah mengkaji perspsi pelajar
Tingkatan 4 dan 5 terhadap kebersihan tandas SMK Infant Jesus Convent. Objektif kedua
ialah mengkaji langkah-langkah untuk mengekalkan tandas yang bersih bagi kegunaan
pelajar Tingkatan 4 dan 5 di SMK Infant Jesus Convent. Kawasan ini terletak 7km dari
Melaka Sentral, 3km dari SMK Tinggi Melaka, dan 2km dari Kampung Portugis.
Instrumen yang digunakan adalah soal selidik dan pemerhatian. Sampel kajian ialah 15
pelajar tingkatan 4 dan 15 pelajar timgkatan 5 SMK Infant Jesus Convent. Dapatan dan
kesimpulan daripada kajian ini ialah semua pihak termasuk pelajar dan guru harus
bekerjasama bagi meningkatkan kebersihan tandas sekolah.

1
xxxxxx-xx-xxxx

ISI KANDUNGAN

Abstrak 1

Isi Kandungan 2

Penghargaan 3

1.0 Pengenalan 4

2.0 Objektif Kajian 5

3.0 Lokasi Kajian 7-10

4.0 Metodologi Kajian 11

4.1 Persampelan Kajian 11-12


4.2 Pengumpulan Data 12-14

5.0 Dapatan Kajian 15

5.1 Demografi Responden 15-19


5.2 Mengkaji persepsi pelajar Tingkatan 4 dan 5 terhadap kebersihan tandas
SMK Infant Jesus Convent 19-21
5.3 Mengkaji langkah-langkah untuk mengekalkan tandas yang bersih bagi
kegunaan pelajar Tingkatan 4 dan 5 di SMK Infant Jesus Convent 22-24

6.0 Rumusan dan Kesimpulan 25-26

Rujukan 27

Lampiran 28-30

2
xxxxxx-xx-xxxx

PENGHARGAAN

Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada bapa saya iatu, Yap Kim
Soo yang telah memberi sokongan dan dorongan kepada saya untuk memastikan kerja
kursus ini dapat dilaksanakan dengan lancar.

Seterusnya, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru pembimbing yang
mengajar saya iatu, Puan Zalinah binti Md. Sarif dan Puan Siti Noorhasanah binti Ab.
Rahim kerana telah mengorbankan masa, memberikan tunjuk ajar dan nasihat ke atas
kerja kursus ini untuk membantu saya menyiapkan kerja kursus ini.

Selain itu, saya juga ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih yang tidak
terhingga kepada Penolong Kanan Tingkatan 6, Encik Azmi bin Sakmis dan Tuan Haji
Ramnan bin Saidun yang merupakan pengetua SMK Tinggi Melaka, kerana telah
memberi keizinan kepada saya untuk menyiapkan kajian ini dengan lancar dan teratur.

Akhir sekali, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan saya iatu
Wong Jia Ying, Khoo Su Wen, dan Ng Pei May yang terlibat dalam membantu saya
menyiapkan kerja kursus Pengajian Am ini.

3
xxxxxx-xx-xxxx

1.0 PENGENALAN
Definisi “prasarana” dalam Kamus Dewan adalah keseluruhan kemudahan dan
perkhidmatan asas seperti kemudahan pengangkutan dan perhubungan, bekalan kuasa
elektrik, dan lain-lain. Definisi “kemudahan asas” menurut laman web ialah
kemudahan yang diberi kepada masyarakat daripada majlis perbandaran, tempatan,
kerajaan atau swasta. Sebagai contoh, pengangkutan, jalan raya, lapangan terbang,
kemudahan awam, telefon awam, kabel elektrik, tandas awam dan lain-lain. Definisi
“tandas” menurut Kamus Dewan ialah tempat membuang air yang dilengkapi dengan
mangkuk tandas, sink, dan sebagainya.
Tandas di sekolah adalah salah satu kemudahan khas bagi murid-murid dan
guru-guru menggunakannya.Kebersihan tandas di sekolah menjadi perkara yang
sangat sensitif bagi ibu bapa dan para pelajar. Ada ibu bapa daripada golongan elit
inginkan tandas yang bersih tetapi tidak mengizinkan anak-anak mereka terlibat
dalam aktiviti menjaga kebersihan tandas. Oleh itu sikap hidung tinggi ini harus
dibendung jika inginkan tandas yang bersih.Orang tua-tua pernah berkata,berat sama
dipikul ,ringan sama dijinjing menepati usaha kerjasama antara  guru dan murid untuk
berganding bahu menjaga kebersihan tandas di sekolah.
Tandas yang kotor bukan sahaja memberi imej yang buruk terhadap sekolah tetapi
ia juga boleh menyebabkan masalah-masalah kesihatan. Menurut pakar daripada portal
MyHealth antara masalah–masalah yang timbul akibat penggunaan tandas yang kotor
adalah masalah pencemaran bau yang mengganggu kehidupan seharian masyarakat.
Selain itu, ia juga mampu untuk menimbulkan tekanan bagi seseorang. Tekanan yang
dimaksudkan adalah disebabkan oleh penahanan pembuangan sisa badan disebabkan
tidak mahu menggunakan tandas yang kotor. Mereka yang prihatin tentang kesihatan atau
fobia dengan bakteria akan berusaha untuk mencari tandas yang selesa untuk digunakan. 
          Penggunaan tandas yang kotor juga boleh mengakibatkan jangkitan pada salur atau
pundi kencing yang boleh dianggap sebagai kronik. Jangkitan tersebut mungkin berlaku
disebabkan oleh kuman yang terdapat di persekitaran tandas masuk ke dalam badan

4
xxxxxx-xx-xxxx

menerusi saluran dubur.  Kuman yang dimaksudkan adalah Escherichia Coli atau


dikenali sebagai E. Coli. Gejala–gejala bagi penyakit ini adalah kencing dengan kerap,

rasa sakit atau rasa pedih selepas kencing, rasa hendak kencing lagi walaupun tiada air
kencing (tidak puas), rasa sakit di bahagian bawah abdomen, kencing berdarah atau
kencing yang berbau dan demam sederhana.
Objektif kajian mengkaji penggunaan kemudahan asas di tandas dalam kalangan
pelajar tingkatan 4 dan 5 di SMK Infant Jesus Convent adalah mengkaji persepsi
pelajar Tingkatan 4 dan 5 terhadap kebersihan tandas SMK Infant Jesus Convent.
Objektif ini wujud kerana ingin mengetahui pendapat pelajar-pelajar terhadap
kebersihan tandas. Objektif kedua ialah mengkaji langkah-langkah untuk
mengekalkan tandas yang bersih bagi kegunaan pelajar Tingkatan 4 dan 5 di SMK
Infant Jesus Convent. Objektif ini wujud kerana ingin mengetahui apa yang boleh
dilaksanakan agar tandas sekolah kekal bersih. Rasional kajian ini ialah pelajar
kurang mengambil berat tentang tandas sekolah. Walaupun tandas dalam keadaan
yang kurang bersih, pelajar tidak beberapa kisah dan masih mengunakkannya seperti
biasa. Rasioanl kedua ialah guru tidak mengambil tahu tentang kebersihan tandas.
Guru-guru SMK Infant Jesus Convent kurang membuat pemantauan tandas dan
mengetahui masalah-masalah yang terdapat di tandas.
SMK Convent Infant Jesus yang terletak di kawasan Melaka Tengah di Melaka
telah menjadi lokasi kajian kerana kawasan ini berhampiran dengan sekolah pengkaji.
Ini telah memudahkan pengkaji menjalankan kerja khursus ini untuk mengumpul
maklumat yang banyak.
Sebagai kesimpulannya, pelajar Tingkatan 4 dan 5 harus digalakkan intuk lebih
mengambil berat tentang kebersihan tandas sekolah. Tandas yang bersih dapat
mengelakkan para pelajar daripada mengkaji pelbagai penyakit yang bahaya. Selain
itu, tandas yang bersih dapat mengharumkan nama sekolah.

5
xxxxxx-xx-xxxx

2.0 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian ini adalah untuk:

a) mengkaji perspsi pelajar Tingkatan 4 dan 5 terhadap kebersihan tandas SMK


Infant Jesus Convent.
b) mengkaji langkah-langkah untuk mengekalkan tandas yang bersih bagi kegunaan
pelajar Tingkatan 4 dan 5 di SMK Infant Jesus Convent.

6
xxxxxx-xx-xxxx

3.0 LOKASI KAJIAN

Peta 1 : Peta Melaka

Sumber : http://maps.google.com

Negeri Melaka juga dikenali sebagai Melaka Negeri Bersejarah. Pada tahun 2008 Melaka


diisytiharkan oleh UNESCO sebagai Bandar Warisan Dunia. Negeri Melaka juga
diisytiharkan sebagai 'Melaka Maju' pada 20.10.2010 pada jam 20:10 di Stadium Hang
Jebat yang disempurnakan oleh Perdana Menteri Malaysia langsung dari Putra World
Trade Centre (PWTC), Kuala Lumpur. Melaka juga dinyatakan sebagai Negeri Bandar
Teknologi Hijau. Negeri Melaka terletak di pantai barat daya Semenanjung Malaysia,
serta bertentangan dengan Sumatera. Berkeluasan 1,650 kilometer persegi. Melaka
mempersempadankan Negeri Sembilan di utara dan Johor di timur. Pulau Besar, Melaka
juga termasuk dalam sempadan negeri.

7
xxxxxx-xx-xxxx

Peta 2 : Peta Daerah (Melaka Tengah)


Sumber : http://maps.google.com

Melaka Tengah merupakan sebuah daerah yang terdapat dalam negeri Melaka dan


merupakan daerah yang paling maju dan paling ramai penduduk di negeri Melaka. Di sini
terdapat sebuah bandaraya yang dikenali sebagai Bandar Melaka. Bandar-bandar lain
adalah Bukit Baru, Ayer Keroh, Ayer Molek, Batu Berendam, dan Badar Hilir. Daerah
Melaka Tengah berkeluasan 314 kilometer persegi.

8
xxxxxx-xx-xxxx

Peta 3 : Peta ke SMK Infant Jesus Convent


Sumber : http://maps.google.com

SMK Infant Jesus Convent merupakan sekolah kedua tertua di Melaka. SMK Infant Jesus
terletak di Jalan Parameswara, Bandar Hilir. Ia terletak berhampiran dengan kubu A’
Famosa, SMK Tinggi Melaka, Mahkota Parade dan Dataran Pahlawan. Jika berjalan dari
SMK Tinggi Melaka ke SMK Infant Jesus Convent, jaraknya ialah 600m dan mengambil
masa 8 minit.

9
xxxxxx-xx-xxxx

Gambar 1 : Gerbang SMK Infant Jesus Convent


(Sumber : Kajian Lapangan 2016)

SMK Infant Jesus yang terletak di 141, Jalan Parameswara, 75000 Melaka.

10
xxxxxx-xx-xxxx

4.0 METODOLOGI KAJIAN

Antara tujuan menyediakan reka bentuk kajian adalah untuk menghubungkaitkan


persoalan dan objektif kajian dengan hasil kajian. Reka bentuk kajian dalam penyelidikan
ini adalah menggunakan kaedah persampelan terpilih. Kajian ini adalah untuk mengkaji
persepsi murid tingkatan 4 dan 5 terhadap kebersihan tandas di SMK Infant Jesus
Convent. Kaedah persempelan digunakan kerana proses untuk mendapatkan maklumat
adalah tepat dan mudah serta relevan dengan objektif yang telah ditetapkan. Kaedah ini
menggunakan instrument borang kaji selidik yang mana ianya mudah untuk mendapatkan
kerjasama daripada responden.

4.1 Persampelan Kajian

Kajian ini menggunakan persempelan secara terpilih bertujuan untuk menjawab


objektifyang diaturkan oleh pengkaji. Menurut Mohd Sheffie Abu Bakar (1991)
persampelan merupakan satu proses di mana sebilangan kecil daripada keseluruhan
populasi dipilih dan dikaji untuk membolehkan kita membuat generalisasi mengenai
populasi itu. Persampelan kebarangkalian ialah satu teknik pensampelan di mana setiap
ahli dalampopulasinya mempunyai peluang untuk dipilih sebagai responden dalam
kajian. Persampelan ini memerlukan sekumpulan responden diambil berdasarkan ciri-ciri
tertentu bagimengambarkan secara keseluruhan populasi yang hendak dikaji. Prinsip
utamanya ialah untuk menjelaskan keseluruhan populasi. Individu yang diambil sebagai
sampel haruslahmempunyai kesemua variasi yang wujud dalam populasi tersebut. Oleh
itu, pensampelan kebarangkalian akan digunakan oleh penyelidik apabila memerlukan
penjelasan statistikyang tepat untuk populasi yang besar. Seramai 30 orang responden
telah dipilih untuk menjawab borang soal selidik ini iaitu 15 pelajar tingkatan 4 dan 15
pelajar tingkatan 5 di SMK Infant Jesus Convent. Saiz sampel ini dikatakan relevan
menurut Bailey (1994), di mana lebih kurang 30 kes merupakan saiz minimum bagi
kajian memerlukan analisis data perangkaan. Pemilihan responden adalah berdasarkan
kesudian dan kelapangan mereka untuk menjawab borang soal selidik. Antara ciri-ciri
yang diambil kira semasa proses pemilihan responden adalah mereka seharusnya adalah

11
xxxxxx-xx-xxxx

pelajar tingkatan 4 dan 5. Hal ini kerana mereka berfikiran lebih matang dan akan
menjawab soal selidik dengan lebih serius.

4.2 Pengumpulan Data

Intrumen pengumpulan data adalah alat bantu yang dipilih dan digunakan olehpengkaji
dalam kajiannya agaar kajian menjadi lebih sistematik dan dipermudah olehnya. Dalam
kaedah pengumpulan data iatu mendapatkan maklumat atau data daripada responden,
pengkaji telah menggunakan kaedah soal selidik, rujukan dan pemerhatian. Pengkaji juga
mengumpul data-data atau maklumat dari keratan akhbar dan bahan-bahan ilmiah dan
juga bahan-bahan dari internet. Kaedah soal selidik telah digunakan untuk mendapatkan
data atau maklumat primer. Kaedah pemerhatian dan kaedah rujukan pula digunakan
untuk mendapatkan data atau maklumat sekunder.

4.2.1 Kaedah Soal Selidik

Soal selidik merupakan kaedah yang paling sesuai untuk mengumpul dan mengikut
pandangan Miles dan Huberman (1984) yang mengatakan bahawa data yang diperoleh
daripada soal selidik dengan responden kajian yang dijalankan dalam suasana semula jadi
memberikan data berbentuk deskriptif yang tepat. Borang soal selidik dalam kajian ini
telah dijawab oleh pelajar 4 dan 5 SMK Infant Jesus Convent. Borang soal selidik ini
berbentuk soalan tertutup. Rasional menggunakan soal selidik tertutup adalah untuk
mendapatkan jawapan yang berbeza-beza dan mudah dibandingkan. Borang soal selidik
yang dikemukakan kepada responden mempunyai tiga bahagian. Bahagian A adalah
tentang maklumat asas responden. Bahagian B adalah soalan-soalan mengenai persepsi
pelajar tingkatan 4 dan 5 terhadap kebersihan tandas SMK Infant Jesu Convent. Bahagian
C pula mengenai langkah-langkah untuk mengekalkan tandas yang bersih bagi kegunaan
pelajar Tingkatan 4 dan 5 di SMK Infant Jesus Convent. Jawapan responden adalah
berdasarkan skala peringkat iatu peringkat 3- “Setuju”, peringkat 2-“Tidak pasti” dan
peringkat 1- “Tidak setuju”.

12
xxxxxx-xx-xxxx

4.2.2 Kaedah pemerhatian

Kaedah pemerhatian merupakan kaedah alternatif dalam pengumpulan maklumat atau


pengumpulan data selain soal selidik dan rujukan. Pemerhatian memerlukan pengkaji
memerhati sendiri di tempat kajian. Kaedah ini membolehkan pengkaji lebih memahami
situasi yang sebenar yang hendak digambarkan oleh responden. Setiap pemerhatian
pengkaji mempunyai tujuan tertentu, dilakukan secara sistematik, mempunyai fokus dan
betul. Catatan yang dibuat mestilah tepat , sah dan boleh dipercayai.

4.2.3 Kaedah Rujukan

Bagi melengkapkan lagi kajian pengkaji, pengkaji telah menggunakan kaedah rujukan
dengan menggunakan internet. Kebanyakan maklumat yang pengkaji dapati terdapat di
dalam laman web. Ini dapat memudahkan lagi kerja untuk menyiapkan kerja kursus ini
dalam waktu yang telah ditetapkan oleh guru. Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat juga
digunakan untuk mencari definisi perkataan yang sering pengkaji gunakan di dalam
kajian ini. Di samping itu, buku-buku pelajaran serta majalah berilmiah dijadikan rujukan
tambahan untuk melengkapkan lagi hasil kajian pengkaji.

4.3 Kaedah Menganalisis dan Mempersembahkan Data

Data dianalisis menggunakan kaedah diskriptif dalam bentuk peratusan dan kekerapan.
Analisis data dilakukan apabila memperolehi data primer dari soal selidik yang diedarkan
kepada responden. Tahap analisis dicapai apabila data yang diperolehi dipastikan,
disunting dan ditukarkan kepada angka. Seterusnya, data tersebut dialihkan dalam bentuk
peratus dan dipersembahkan dalam bentuk grafik iatu carta pai atau bar graf. Daripada
data dan maklumat yang diperolehi, pengkaji akan mengalih data dan maklumat dalam
bentuk teks linear.

Secara ringkasnya, pengkaji telah mengikut prosedur pengumpulan data dan melalui

prosses kajian secara sistematik :-

13
xxxxxx-xx-xxxx

Membina item soal selidik kajian

Memperolehi kebenaran daripada pengetua sekolah dan pihak berkenaan

Mendapat pengesahan daripada guru mata pelajaran

Mengedar borang soal selidik kepada responden

Menganalisis data

Membuat dapatan dan rumusan kajian

Rajah 1 : Carta Aliran Proses Kajian

Berdasarkan rajah 1, kajian yang dijalankan adalah berdasarkan prosedur kajian yang

telah ditentukan supaya objektif atau tujuan kajian dapat dicapai. Dalam proses kajian,

pengkaji telah terlebih dahulu berbincang dengan guru penyelia akan tajuk dan objektif

yang ingin dicapai dalam kajian ini. Dalam pada itu juga, pengkaji berbincang dengan

guru penyelia akan data dan maklumat yang berkaitan kajian dan juga evidens yang

relevan. Pemilihan responden yang sesuai juga dikenal pasti.

14
xxxxxx-xx-xxxx

5.0 DAPATAN KAJIAN

Dalam dapatan kajian yang dijalankan, bahagian ini menerangkan keputusan analisis data
dan memaparkan hasil penemuan kajian yang telah dilakukan daripada soal selidik yang
telah diisi oleh responden. Dapatan kajian yang diperolehi melalui kajian ini adalah
bilangan responden melalui persampelan responden yang terdiri daripada pelajar
tingkatan 4 dan 5 SMK Infant Jesus Convent. Data yang telah dimasukkan diproses bagi
mendapatkan statistik seperti purata, min dan peratus.

5.1 Demografi Responden

5.1.1 Tingkatan

Untuk mengkaji persepsi murid terhadap kebersihan tandas di SMK Infant Jesus
Convent, seramai 30 orang murid telah dipilih. Huraian analisis latar belakang
melibatkan tingkatan, kaum, bangsa dan kekerapan menggunakan tandas dalam seminggu
yang dipersembahkan dalam bentuk jadual dan rajah.

Jadual 1 : Tingkatan

TINGKATAN NILAI PERATUS(%)


4 15 50
5 15 50
(Sumber : Kajian Lapangan 2016)

15
xxxxxx-xx-xxxx

Rajah 2 : Tingkatan

TINGKATAN

Tingkatan 4
Tingkatan 5
50% 50%

(Sumber : Kajian Lapangan, 2016)

Dapatan hasil kajian menunjukkan daripada 30 orang responden, seramai 15 orang (50%)
adalah terdiri daripada responden tingkatan 4, manakala 15 orang (50%)adalah responden
tingkatan 5. Maklumat yang lebih jelas boleh dilihat pada Jadual 1 dan Rajah 2 di atas.
Pengkaji memilih jumlah responden yang sama untuk kedua-dua tingkatan agar mendapat
hasil yang lebih adil dan saksama.

5.1.2 Bangsa

Jadual 2 : Bangsa

BANGSA NILAI PERATUS(%)

Melayu 7 23.33
Cina 13 43.33
India 7 23.33
Lain-lain 3 10

(Sumber : Kajian Lapangan, 2016)

16
xxxxxx-xx-xxxx

Rajah 3 : Bangsa

BANGSA

10%
23% Melayu
Cina
India
23%
Lain-lain

43%

(Sumber : Kajian Lapangan, 2016)

Dapatan hasil kajian menunjukkan daripada 30 responden, 7 (23%) responden iatu terdiri
daripada bangsa Melayu, 13 (43%) responden terdiri daripada bangsa Cina, 7 (23%)
reponden terdiri daripada bangsa India dan 3 (10%) responden yang terdiri daripada lain-
lain bangsa. Maklumat yang lebih jelas boleh dilihat pada Jadual 2 dan Rajah 3.
Kebanyakan responden merupakan bangsa Cina kerana pengkaji pergi ke SMK Infant
Jesus Convent untuk mengkaji pada hari Jumaat selepas sekolah. Kelab Taekwondo
dijalankan pada hari Jumaat dan ahli-ahli Taekwondo kebanyakannya terdiri daripada
bangsa Cina.

5.1.3 Agama

Jadual 3 : Agama

AGAMA NILAI PERATUS(%)


Islam 8 27
Buddha 9 30
Hindu 3 10
Kristian 10 33
(Sumber : Kajian Lapangan, 2016)

17
xxxxxx-xx-xxxx

Rajah 4 : Agama

AGAMA

27%
33% Islam
Buddha
Hindu
Kristian

10%
30%

(Sumber : Kajian Lapangan, 2016)

Dapatan hasil kajian menunjukkan daripada 30 responden, 8 (27%) responden terdiri


daripada pelajar beragama Islam, 9 (30%) responden terdiri daripada pelajar beragama
Buddha, 3 (10%) responden terdiri daripada pelajar beragama Hindu dan 10 (33%)
responden yang terdiri daripada pelajar beragama Kristian. Maklumat yang lebih jelas
boleh dilihat pada Jadual 3 dan Rajah 4. Kebanyakan responden beragama Buddha dan
Kristian kerana seperti yang mana telah dinyatakan oleh pengkaji dalam hasil kajian
bangsa, ahli Taekwondo kebanyakannya pelajar Cina yang beragama Buddha dan
Kristian.

5.1.4 Kekerapan penggunaan tandas dalam seminggu

Jadual 4 : Kekerapan penggunaan tandas dalam seminggu

KEKERAPAN(SEMINGGU) NILAI PERATUS (%)

1-3 kali 3 10
4-6 kali 17 57
7-10 kali 10 33
(Sumber : Kajian Lapangan, 2016)

18
xxxxxx-xx-xxxx

Rajah 5 : Kekerapan penggunaan tandas dalam seminggu

KEKERAPAN

10%

1-3 kali
33%
4-6 kali
7-10 kali

57%

(Sumber : Kajian Lapangan, 2016)

Dapatan hasil kajian menunjukkan hanya 3 (10%) orang responden yang mengguakan
tandas sekurang-kurangnya 1 hingga 2 kali, 17 (57%) orang responden yang
menggunakan tandas 4 hingga 6 kali seminggu dan 10 (30%) orang lagi responden
mengunakan tandas sebanyak 7 hingga 10 kali seminggu. Ini menunjukkan bahawa
kebanyakan daripada pelajar SMK Infant Jesus menggunakan tandas sekolah sekurang-
kurangnya sekali sehari. Maka kajian berkaitan kebersihan tandas boleh dijalankan di
sini.

5.2 Mengkaji persepsi pelajar Tingkatan 4 dan 5 terhadap kebersihan tandas SMK
Infant Jesus Convent

Persepsi pelajar Tingkatan 4 dan 5 terhadap kebersihan tandas SMK Infant Jesus Convent
adalah pelbagai. Kajian telah dijalankan untuk melihat persepsi pelajar-pelajar terhadap
kebersihan tandas sekolah. Responden menandakan jawapan pada borang soal selidik
pada tempat kosong yang telah disediakan iatu “Setuju” untuk skala 3, “Tidak Pasti”
untuk skala 2, dan “Tidak Setuju” untuk skala 1. Hasil kajian adalah seperti di bawah.

19
xxxxxx-xx-xxxx

Jadual 5 : Persepsi pelajar Tingkatan 4 dan 5 terhadap kebersihan tandas SMK Infant
Jesus Convent

KEBERSIHAN TIDAK TIDAK PASTI SETUJU (3) PURATA


TANDAS SETUJU (2) INDEKS
(1)
NILA (%) NILAI (%) NILAI (%)
I
1.Tandas tidak berbau 9 30 15 50 6 20 1.9

2.Tandas sentiasa bersih 10 33.33 16 53.33 4 13.33 1.8


dan tidak licin
3.Bekalan air di tandas 4 13.33 12 40 14 46.67 2.33
mencukupi
4.Flush tandas dalam
keadaan baik dan 5 16.67 5 16.67 20 66.67 2.5
berfungsi
5.Sinki tandas tidak 0 0 9 30 21 70 2.7
rosak dan ada bekalan
air
(Sumber : Kajian Lapangan, 2016)

Purata indeks bagi mengkaji persepsi pelajar tingkatan 4 dan 5 terhadap kebersihan
tandas SMK Infant Jesus Convent dalam Rajah 5 di bawah.

Rajah 6 : Purata indeks persepsi pelajar tingkatan 4 dan 5 terhadap kebersihan tandas

Persepsi Pelajar Tingkatan 4 dan 5 Terhadap


Kebersihan Tandas Di SMK Infant Jesus
Convent
3
Soalan 1
2.5 Soalan 2
Purata Indeks

2 Soalan 3
1.5 Soalan 4
Soalan 5
1
0.5
0
Soalan-soalan tentang kebersihan tandas

20
xxxxxx-xx-xxxx

(Sumber : Kajian Lapangan, 2016)

Responden telah disediakan dengan 5 soalan tentang persepsi pelajar tingkatan 4 dan 5
terhadap kebersihan terhadap tandas di SMK Infant Jesus Convent dalam borang soal
selidik yang disediakan. Jadual 5 dan Rajah 6 telah menunjukkan persepsi pelajar
tingkatan 4 dan 5 terhadap kebersihan tandas di SMK Infant Jesus Convent. Berdasarkan
penilaian yang dibuat oleh pengkaji, bagi soalan pertama iatu tentang bau tandas, adalah
seramai 10 orang (30%) yang memilih tidak setuju dan 6 orang (20%) memilih setuju
mengenai soalan tersebut. Walau bagaimanapun, 15 orang (50%) memilih tidak pasti.
Oleh itu purata indeks bagi soalan ini ialah 1.9 yang menunjukkan kebanyakkan
responden memilih tidak pasti.

Soalan kedua adalah tentang kebersihan dan kelicinan tandas. Seramai 10 orang (33%)
memilih setuju dan 4 orang (13%) memilih tidak setuju megenai soalan ini tetapi 16
orang (53%) telah memilih tidak pasti. Maka, purata indeks bagi soalan in adalah paling
kecil iatu 1.8 dan ini menunjukkan para pelajar tidak pasti bahawa tandas sentiasa bersih
dan tidak licin atau tidak. Ini adalah kerana pekerja ada kalanya mencuci tandas 2 kali
sehari dan ada kalanya tandas tidak dicuci langsung.

Soalan ketiga adalah tentang bekalan air. Seramai 14 orang (46.67%) setuju dan 4 orang
(13.33%) sahaja yang tidak setuju tetapi terdapat juga 12 orang (40%) yang tidak pasti.
Oleh itu, purata indeks bagi soalan 3 ialah 2.33 dan ini bermakna kebanyakan pelajar
setuju bahawa bekalan air di tandas mencukupi.

Seterusnya, soalan keempat adalah tentang flush tandas. Seramai 20 orang (66.67%)
setuju bahawa flush dalam keadaan baik dan 5 orang (16.67%) tidak pasti dan lagi 5
(16.67%) orang tidak setuju. Maka, purata indeks bagi soalan 4 ialah 2.5 dan ini
bermakna kebanyakkan pelajar setuju bahawa flush tandas masih berfungsi.

Soalan kelima adalah tentang sinki tandas. Seramai 21 orang (70%) menjawab setuju dan
9 orang (30%) menjawab tidak pasti. Purata indeks bagi soalan 5 adalah 2.7 iatu purata
terbesar dan ini bermakna pelajar kebanyakannya setuju bahawa sinki tandas tidak rosak
dan mempunyai bekalan air.

21
xxxxxx-xx-xxxx

5.3 Mengkaji langkah-langkah untuk meningkatkan kebersihan tandas bagi


kegunaan pelajar Tingkatan 4 dan 5 di SMK Infant Jesus Convent

Langkah-langkah untuk meningkatkan kebersihan tandas pelajar Tingkatan 4 dan 5


terhadap kebersihan tandas SMK Infant Jesus Convent adalah pelbagai. Kajian telah
dijalankan untuk melihat langkah-langkahbagi meningkatkan kebersihan tandas SMK
Infant Jesus Convent. Responden menandakan jawapan pada borang soal selidik pada
tempat kosong yang telah disediakan iatu “Setuju” untuk skala 3, “Tidak Pasti” untuk
skala 2, dan “Tidak Setuju” untuk skala 1. Hasil kajian adalah seperti di bawah.

Jadual 6 : Persepsi pelajar tingkatan 4 dan 5 terhadap kebersihan tandas SMK Infant

Langkah-langkah TIDAK TIDAK PASTI SETUJU (3) PURATA


SETUJU (2) INDEKS
(1)
NILAI (%) NILAI (%) NILAI (%)
1.Tandas dibersihkan 2 0 0 2 6.67 28 93.33 2.93
kali sehari
2.Guru bertugas 8 26.67 12 40 10 33.33 2.07
memantau kebersihan
tandas
3.Tisu dan getah paip 7 23.33 10 33.33 13 43.33 2.2
disediakan secukupnya
4.Flush tandas selepas 0 0 2 6.67 28 93.33 2.93
digunakan
5.Meletakkan pewangi 3 10 4 13.33 23 76.67 2.67
(Sumber : Kajian Lapangan, 2016)

22
xxxxxx-xx-xxxx

Purata indeks bagi mengkaji langkah-langkah untuk meningkatkan kebersihan tandas


bagi kegunaan pelajar Tingkatan 4 dan 5 SMK Infant Jesus Convent dalam Rajah 5 di
bawah.

Rajah 7 : Langkah-langkah untuk meningkatkan kebersihan tandas bagi kegunaan pelajar


Tingkatan 4 dan 5 SMK Infant Jesus Convent

Langkah-langkah Untuk Meningkatkan Kebersihan


Tandas Bagi Kegunaan Pelajar Tingkatan 4 dan 5
SMK Infant Jesus Convent
3.5
3 Langkah 1
2.5 Langkah 2
Purata Indeks

2 Langkah 3
Langkah 4
1.5 Langkah 5
1
0.5
0
Langkah-langkah

(Sumber : Kajian Lapangan, 2016)

Responden telah disediakan 5 langkah untuk meningkatkan kebersihan tandas bagi


kegunaan pelajar Tingkatan 4 dan 5 di SMK Infant Jesus Convent dalam borang soal
selidik yang disediakan. . Jadual 6 dan Rajah 7 telah menunjukkan langkah-langkah
untuk meningkatkan kebersihan tandas bagi kegunaan pelajar Tingkatan 4 dan 5 di SMK
Infant Jesus Convent. Berdasarkan penilaian yang dibuat oleh pengkaji, bagi langkah satu
iatu tandas dibersihkan 2 kali sehari adalah seramai 28 orang (93%) menjawab setuju 2
orang (6.67%) sahaja yang tidak pasti. Oleh itu, purata indeks bagi langkah 1 ialah 2.93
dan merupakan purata terbesar dan ini bermakana hampir semua pelajar tingkatan 4 dan 5
setuju bahawa tandas dibersihkan 2 kali sehari.

Langkah kedua ialah tentang pemantauan guru bertugas. Seramai 10 orang (33.33%)
menjawab setuju dan 12 orang (40%) tidak pasti. Walau bagaimanapun, terdapat 8 orang
(26.67%) yang tidak setuju. Maka, purata indeks bagi langkah 2 ialah 2.07 dan ini

23
xxxxxx-xx-xxxx

bermakna kebanyakan pelajar tidak pasti tentang pemantauan guru bertugas. Ini adalah
kerana terdapat segelintir pelajar yang takut guru akan marah dan menghukum mereka
jika tandas tidak bersih.

Langkah seterusnya ialah tisu dan getah paip disediakan secukupnya. Seramai 13 orang
(43.33%) menjawab setuju dan hanya 7 orang (23.33%) yang tidak setuju.
Walaubagaimanapun terdapat juga 10 orang (33.33%) yang menjawab tidak pasti. Oleh
itu, purata indeks bagi langkah 3 ialah 2.2 dan ini bermakna kebanyakan pelajar setuju
bahawa tisu dan getah paip disediakan secukupnya.

Langkah keempat ialah flush tandas selepas digunakan. Seramai 28 orang (93.33%)
menjawab setuju dan hanya 2 orang (6.67%) yang tidak pasti. Maka, purata indeks bagi
langkah 4 ialah 2.93 iatu purata terbesar dan ini bermakna hampir semua pelajar setuju
bahawa tandas harus diflush selepas digunakan.

Langkah kelima ialah meletakkan pewangi. Seramai 23 orang (76.67%) menjawab setuju,
4 orang (13.33%) tidak pasti dan 3 orang (10%) tidak setuju. Oleh itu, purata indeks bagi
langkah 5 ialah 2.67 dan ini bermakna kebanyakan pelajar setuju untuk meletakkan
pewangi dalam tandas. 3 pelajar tidak setuju untuk meletakkan pewangi dalam tandas
adalah kerana mereka alahan kepada minyak wangi.

24
xxxxxx-xx-xxxx

Rumusan dan Kesimpulan

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji persepsi murid tingkatan 4 dan 5 terhadap
kebersihan tandas di SMK Infant Jesus Convent. Selain itu kajian ini adalah untuk
mengkaji langkah-langkah untuk mengekalkan tandas yang bersih bagi kegunaan pelajar
tingkatan 4 dan 5 di SMK Infant Jesus Convent.Bahagian ini akan merumuskan dapatan
kajian.

Dapatan kajian menunjukkan bahawa kebanyakkan pelajar tingkatan 4 dan 5


mempunyai persepsi yang pelbagai terhadap tandas SMK Infant Jesus Convent. Oleh
kerana tandas tiada pewangi, 30% daripada pelajar tingkatan 4 dan 5 setuju bahawa
tandas berbau tetapi terdapat 50% yang tidak pasti. Kebanyakan pelajar tidak pasti tandas
sentiasa bersih dan tidak licin atau tidak. Ini adalah kerana terdapat hari yang pekerja
mencuci tandas 2 kali sehari dan ada hari tandas tidak dicuci langsung. Bekalan air di
tandas SMK Infant Jesus Convent adalah mencukupi kerana 47% daripada responden
menjawab setuju dan hanya 13% yang tidak setuju. Kebanyakan pelajar setuju bahawa
flush tandas dalam keadaan baik dan berfungsi. Jumlah yang tidak setuju dan tidak pasti
adalah sama iatu 16.67%. Purata indeks responden yang setuju bahawa sinki tandas tidak
rosak dan ada bekalan air adalah 2.7 iatu paling hampir dengan 3.0. Ini bermaksud
hampir semua pelajar setuju bahawa sinki tandas adalah dalam keadaan baik.

Seterusnya, dapatan kajian menunjukkan langkah-langkah untuk


mengekalkan tandas yang bersih bagi kegunaan pelajar Tingkatan 4 dan 5 di SMK Infant
Jesus Convent. Hampir semua pelajar iatu 93% setuju bahawa tandas perlu dibersih 2 kali
sehari. Kebanyakan pelajar tidak pasti dan tidak setuju bahawa guru bertugas harus
memantau kebersihan tandas. Ini adalah kerana mereka takut bahawa mereka akan
dimarah dan dihukum jika tandas didapati kotor. 43% pelajar setuju bahawa tisu dan
getah paip harus disediakan kerana kebanyakan pelajar tidak membawa tisunya sendiri.
Selain itu, hampir semua pelajar tingkatan 4 dan 5 juga setuju bahawa tandas harus
diflushkan selepas diguna dan tiada pelajar yang tidak setuju dengan langkah ini. 76%
daripada pelajar setuju bahawa pewangi diletakkan dalam tandas agar tanda tidak berbau.
Terdapat 3 orang yang tidak setuju untuk langkah ini kerana mereka alahan kepada
minyak wangi.

25
xxxxxx-xx-xxxx

Kesimpulannya, boleh dirumuskan bahawa kebanyakkan pelajar tingkatan 4


dan 5 berasa bahawa tandas SMK Infant Jesus Convent berbau dan tidak sentiasa bersih
dan tidak licin. Selain itu, pelajar tingkatan 4 dan 5 kebanyakan setuju bahawa tandas
harus dibersihkan 2 kali sehari dan flush tandas selepas digunakan agar tidak kotor dan
berbau.

Kajian ini mencapai objektif dan matlamat yang dikehendaki. Walau


bagaimanapun, kajian yang lebih mendalam dan skop yang lebih luas pada masa hadapan
amatlah dialu-alukan agar hasil yang lebih terperinci berkenaan dengan persepsi murid
tingkatan 4 dan 5 terhadap kebersihan tandas di SMK Infant Jesus Convent.

26
xxxxxx-xx-xxxx

Rujukan

1. Alex Sent (2010), Laporan Kaedah Persampelan. Dicapai pada 13 November


2010 dari https://www.scribd.com/doc/42279107/laporan-kaedah-persampelan
2. Ferelbae (2010), Pengertian Pengumpulan Data. Dicapai pada April 2010 dari
https://farelbae.wordpress.com/catatan-kuliah-ku/pengertian-pengumpulan-data/
3. Google Maps (2016), SMK Infant Jesus Convent. Dicapai pada 22 Mac 2016 dari
http://maps.google.com
4. Kamus Dewan Edisi Keempat, 2007. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.
5. Miles, MB & Huberman (1994), Qualitative Data Analysis : An Expended
Sourcebook (Second Edition). Thousand Oaks, CA :Sage Publications. Hlm 40
6. Mohd Sheffie Abu Bakar, 1991. Metodologi Penyekidikan :Untuk Ekonomi dan
Bidang-bidang bekenaan , Bangi : Universiti Kebangsaan Malaysia.
7. R. Kuberan et al, (2013, Teks Efektif STPM Pengajian Am (Penggal 2) 900/2,
Petaling Jaya : Penerbit Ilmu Bakti Sdn Bhd.

27
xxxxxx-xx-xxxx

Lampiran

Borang Soal Selidik

KAJIAN MENGENAI KEBERSIHAN TANDAS SMK INFANT JESUS


CONVENT

Bahagian A : Maklumat Asas Responden

Sila tandakan () pada ruang yang berkenaan.

Tingkatan :-

Tingkatan 4 ☐ Tingkatan 5

☐Bangsa :-
Melayu ☐ Cina ☐ India ☐ Lain-lain ☐
Agama:-

Islam ☐ Buddha ☐ Hindu ☐ Kristian ☐


Kekerapan penggunaan tandas (seminggu):-

1-3 kali ☐ 4-6 kali ☐ 7-10 kali ☐


28
xxxxxx-xx-xxxx

Bahagian B :- Mengkaji persepsi pelajar Tingkatan 4 dan 5 terhadap kebersihan


tandas di SMK Infant Jesus Convent

Sila tandakan () pada ruangan yang berkenaan mengikut skala yang ditetapkan iatu:-

1. Setuju
2. Tidak pasti
3. Tidak setuju

Kebersihan tandas Setuju Tidak pasti Tidak setuju


(1) (2) (3)
Tandas tidak berbau

Tandas sentiasa bersih dan tidak licin

Bekalan air di tandas mencukupi

Flush tandas dalam keadaan baik dan berfungsi

Sinki tandas tidak rosak dan ada bekalan air

Bahagian C :- Mengakaji langkah-langkah untuk meningkatkan kebersihan


tandas bagi kegunaan pelajar Tingkatan 4 dan 5 di SMK Infant Jesus Convent

Sila tandakan () pada ruangan yang berkenaan mengikut skala yang ditetapkan iatu:-

Langkah-langkah Setuju Tidak pasti Tidak setuju


(1) (2) (3)
1.Tandas dibersihkan 2 kali sehari

2.Guru bertugas memantau kebersihan tandas

3.Tisu dan getah paip disediakan secukupnya

4.Flush tandas selepas digunakan

5.Meletakkan pewangi
Jadual 7 : Pemerhatian

29
xxxxxx-xx-xxxx

TARIKH WAKTU HASIL PEMERHATIAN


19/2/2016 12.50 PM Keadaan tandas bersih
kerana baru sahaja habis
dibersihkan oleh pekerja.
Flush dan sinki berfungsi
dan ada bekalan air
1.50 PM Keadaan di tandas masih
bersih selepas kegunaan 3
pelajar.
2.50 PM Tandas didapati sedikit licin
setelah digunakan oleh 11
orang pelajar.
3.40 PM Sebelum pengkaji balik,
tandas didapati sedikit
basah dan terdapat satu
tandas yang tidak diflush
(Sumber : Kajian Lapangan, 2016)

Gambar 2 : Tandas SMK Infant Jesus Convent

(Sumber : Kajian Lapangan, 2016)

30
xxxxxx-xx-xxxx

31

You might also like