You are on page 1of 3

PENULISAN JURNAL MINGGUAN PRAKTIKUM

Program : PISMP Ambilan Jun 2020/2024

Pengkhususan : Bahasa Melayu / Pendidikan Kesihatan

Sekolah : Sekolah Kebangsaan Sungai Rual

Minggu Praktikum : Empat (4)

Tarikh : 25 Januari 2024

Tajuk : Kebersihan dan Kekemasan Persekitaran Bilik Darjah

Kategori : Pengurusan Bilik Darjah

Pensyarah Penyelia : Dr Ruhaiza binti Padzil / Encik Ros’haimi bin Mohd Yusoff

Guru Pembimbing : Pn Noranizah binti Zainudin / Pn Azliza binti Che Hashim

1. Isu yang Difokuskan :

Murid-murid tidak mengambil berat berkenaan tahap kebersihan dan kekemasan susun atur
dalam bilik darjah masing-masing. Perkara ini dikatakan kerana murid tidak menyapu
sampah atau mengutip sampah-sampah besar yang berada di atas lantai, tidak
membersihkan atau mengosongkan laci meja masing-masing sebelum pulang, dan tidak
menyusun meja dan kerusi dengan teratur. Sehubungan dengan itu, persekitaran bilik
darjah berada dalam keadaan yang tidak bersih dan tidak kondusif untuk memulakan
proses pengajaran dan pembelajaran lebih-lebih lagi pada waktu pertama.

2. Analisis Isu yang Difokuskan (Punca dan Kesan Isu) :

Terdapat beberapa punca yang menjadikan keadaan persekitaran fizikal bilik darjah berada
pada tahap yang kurang memuaskan. Antaranya ialah murid kurang kesedaran berkaitan
kepentingan menjaga kebersihan bilik darjah yang berupaya mempengaruhi prestasi
pembelajaran mereka. Selain itu, murid tidak amanah untuk menjalankan tugas-tugas
membersihkan kelas seperti sapu sampah, susun perabot, serta buang sampah mengikut
jadual giliran bertugas yang telah ditetapkan dan ditampal oleh guru kelas masing-masing
pada papan kenyataan di bahagian hadapan bilik darjah. Disamping itu, murid tiada nilai
tanggungjawab dan kerjasama untuk bersama-sama menjaga dan mengekalkan
persekitaran bilik darjah agar sentiasa kelihatan bersih dan kondusif. Implikasinya, murid
berada dalam persekitaran bilik darjah yang berdebu, tidak bersih, sekali gus menjejaskan
kesihatan.
3. Kajian Lampau Terhadap Isu :

Merujuk Arwansyah Kirin et.al (2023), aspek kebersihan mestilah dititiberatkan oleh setiap
murid di sekolah agar dapat mewujudkan suasana bilik darjah yang kondusif kepada diri
sendiri demi meningkatkan fokus dan produktiviti dalam pembelajaran. Tambahan lagi,
pelajar yang peka dengan aspek kebersihan persekitaran bilik darjah berupaya mempunyai
minda yang cerdas sekali gus memastikan kesihatan dalaman mahupun luaran diri murid
dijaga dengan baik. Oleh hal yang demikian, Ainun Rahmah, Zamri Mahamod, dan Wan
Muna Ruzanna (2017) menyatakan bahawa persekitaran fizikal bilik darjah mampu
mempengaruhi proses pengajaran dan pembelajaran disamping memberi kesan kepada
jalinan hubungan mesra antara pelajar dengan pelajar dan guru dengan pelajar sekali gus
dapat mewujudkan suasana yang selesa dan sejahtera.

4. Cadangan dan Idea Penyelesaian Masalah :

Berdasarkan analisis yang telah dibuat terhadap isu yang dinyatakan, saya mencadangkan
beberapa cara penyelesaian, iaitu:
i. menasihatkan kepentingan menjaga kebersihan dalam islam
ii. melatih murid sentiasa peka untuk kutip dan buang sampah
iii. memperuntukkan masa 3 minit untuk kebersihan kelas

5. Tempoh Masa Penyelesaian :

Dua (2) minggu.

6. Tindakan Susulan :

Saya melaksanakan ketiga-tiga cadangan yang dinyatakan iaitu sentiasa menyelitkan unsur
nasihat dalam proses pengajaran dan pembelajaran berkenaan kepentingan sebagai
seorang manusia untuk menjaga kebersihan dari sudut pandangan Islam. Selain itu, saya
meminta murid memerhatikan persekitaran mereka lalu mengutip sampah bersaiz besar
yang berada berdekatan mereka untuk dibuang ke dalam tong sampah. Seterusnya, saya
memperuntukkan masa maksima 3 minit untuk murid-murid membersihkan persekitaran
bilik darjah lalu bersedia di tempat duduk masing-masing untuk memulakan pengajaran dan
pembelajaran. Perkara ini secara tidak langsung dapat melatih murid untuk peka dengan
sampah yang berada dikeliling lalu mengamalkan nilai murni dengan menjaga kebersihan
persekitaran dengan membuang sampah di tempat yang disediakan.
7. Tarikh Tindakan Susulan Dilaksanakan :

29 Januari 2024 dan 31 Januari 2024.

8. Keberkesanan Langkah yang Dicadangkan :

Tindakan susulan yang dilaksanakan mengikut cadangan penyelesaian masalah telah


mendatangkan impak yang positif secara berperingkat. Tingkah laku murid turut berubah ke
arah yang lebih baik demi memastikan persekitaran bilik darjah sentiasa dalam keadaan
yang bersih, kemas, tersusun.

9. Kesimpulan/Refleksi (Kesan Cadangan (Perlu) dan Halangan (Jika Ada) :

Kesimpulannya, guru mestilah melatih dan mendidik murid-murid untuk mengurangkan


sikap negatif dengan mengabaikan aspek kebersihan lalu membentuk tingkah laku murid
yang positif untuk diamalkan dalam kehidupan harian.

Rujukan

Ainun Rahmah Iberahim, Zamri Mahamod & Wan Muna Ruzanna Wan Mohammad (2017).
Pembelajaran Abad Ke-21 dan pengaruhnya terhadap sikap, motivasi dan pencapaian
Bahasa Melayu pelajar Sekolah Menengah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu,7(2).
Arwansyah Kirin, Shakila Ahmad, Ahmad Sharifuddin, Che Adenan Bin Mohammad &
Eskarni Ushalli. (2023). Tahap kesedaran pelajar terhadap kebersihan persekitaran kolej
dan kampus di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Jurnal Personalia Pelajar,
26 (1), 53-64. http://journalarticle.ukm.my/22138/1/jpp_1.pdf
Marinah Awang, Mohd Ezrizal Zakaria, & Ramlee Ismail. (2018). Hubungan Persekitaran
Fizikal Bilik Darjah dan Kesejahteraan dan Keselesaan Pengajaran dan Pembelajaran.
Management Research Journal, 7(1), 86-99. https://ejournal.upsi.edu.my/index.php
/MRJ/article/download/1487/1071

You might also like