You are on page 1of 29

NAMA NO.

MATRIK
1) NUR ALYSSA FITRI BINTI MOHAMMAD D20201093596
AZLAN
2) NURUL FAZIRA FARHANA D20201093597
3) SHARIFAH IZZATI FARZANA BINTI D20201093606
WAN AZMAN
4) TENGKU NUR AMIRAFITRI BINTI D20201093614
T.EMBOK
5) FARAH NADHIRAH BINTI JUFRI D20201093623

KBK3083
DASAR DAN PENGURUSAN PENDIDIKAN KHAS

KUMPULAN C

TUGASAN ESEI ILMIAH : SEKOLAH DALAM


HOSPITAL, SEKOLAH INTEGRITI DAN
SEKOLAH HENRY GURNEY

0
PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN
TUGASAN DAN PENYERAHAN TUGASAN

Perakuan ini telah dibuat pada 1 Disember 2020.

i. Perakuan pelajar:

Kami,_Nur Alyssa Fitri Binti Azlan, Nurul Fazira Farhana, Sharifah Izzati Farzana Binti Wan Azman,
Tengku Nur AmiraFitri Binti T.Embok dan Farah Nadhirah Binti Jufri dari Fakulti Pembangunan
Manusia dengan ini mengaku bahawa tugasan Penulisan Ilmiah Sekolah Dalam Hopsital, Sekolah
Integriti dan Sekolah Henry Gurney adalah hasil kerja kami sendiri.

Kami tidak memplagiat dan apa-apa penggunaan mana-mana hasil kerja yang mengandungi hak
cipta telah dilakukan secara urusan yang wajar dan bagi maksud yang dibenarkan dan apa-apa
petikan, ekstrak, rujukan atau pengeluaran semula daripada atau kepada mana-mana hasil kerja
yang mengandungi hak cipta telah dinyatakan dengan sejelasnya dan secukupnya.

Tandatangan pelajar:

1. Alyysa
(Nur Alyssa Fitri Binti Mohammad Azlan)

2. Fazira
(Nurul Fazira Farhana)

3. Izzati
(Sharifah Izzati Farzana Bin Wan Azman)

4. Tengku
(Tengku Nur AmiraFitri Binti T.Embok

5. Farah
(Farah Nadhirah Binti Jufri)

1
SENARAI KANDUNGAN

Isi Kandungan Muka Surat

1.0 Pengenalan 2-5

2.0 Perlaksanaan Program Sekolah Dalam Hospital, 6–9


Sekolah Integriti dan Sekolah Henry Gurney

3.0 Prosedur Penempatan Murid ke Sekolah Dalam 10 - 11


Hospital, Sekolah Integriti dan Sekolah Henry
Gurney
4.0 Sekolah di Malaysia yang Menawarkan Sekolah 12 - 13
Dalam Hospital, Sekolah Integriti dan Sekolah
Henry Gurney

5.0 Kepentingan Program Sekolah Dalam Hospital, 14 – 15


Sekolah Integriti dan Sekolah Henry Gurney

6.0 Peranan Pelbagai Pihak Dalam Sekolah Dalam 16 – 21


Hospital, Sekolah Integriti dan Sekolah Henry
Gurney

7.0 Rumusan 22 - 23

Rujukan 24 - 25
Lampiran 26 – 27

2
1.0 PENGENALAN SEKOLAH DALAM HOSPITAL, SEKOLAH INTEGRITI
DAN SEKOLAH HENRY GURNEY

1.1 Definisi Sekolah Dalam Hospital, Sekolah Integriti dan Sekolah Henry Gurney

1.1.1 Sekolah Dalam Hospital


Perkhidmatan pendidikan di hospital merupakan sebuah konsep baharu dalam
sistem pendidikan di Malaysia. Inisiatif seumpama ini telah dimulakan seawal tahun 1990-an
melalui kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysian dengan sukarelawan secara tidak
formal. Bagi memastikan pendidikan secara formal, berstruktur dan sistematik dapat
disediakan untuk pesakit kanak-kanak yang masih bersekolah, Kementerian Pendidikan
Malaysia mengambil tanggungjawab untuk menerukan usaha ini dengan kerjasama
Kementerian Kesihatan Malaysia dan Yayasan Nur Yaqeen (YNY). Idea penubuhan Sekolah
Dalam Hospital telah dicetuskan oleh Yang Amat Berbahagia Puan Sri Datin Hajah
Noorainee binti Abd. Rahman iaitu penaung Jawatankuasa Projek Hati Nurani dibawah
kelolaan Yayasan Nur Yaqeen. Bagi merealisasikan penubuhan Sekolah Dalam Hospital di
Malaysia Jawatankuasa Projek Hati Nurani telah dibentuk di bawah kelolaan Yayasan Nur
Yaqeen.

Jawatankuasa Projek Hati Nurani telah mengadakan satu lawatan kerja ke


Sydney, Australia pada 21-26 Mac 2011 dengan tujuan untuk mengumpul maklumat
pelaksaan amalan sekolah dalam hospital yang dijalankan di Sydney. Model Sekolah Dalam
Hospital Malaysia adalah berpandukan Model Sekolah Dalam Hospital Australia (The
Children’s Hospital at Westmead, Royal North Share Hospital dan Sydney Children’s
Hospital, Randwick) yang telah disesuaikan mengikut konteks negara Malaysia Laporan
daripada lawatan kerja dan kertas cadangan penubuhan Sekolah Dalam Hospital telah
dibentangkan dan diterima dalam Mesyuarat Projek Khas Hati Nurani. Sekolah Dalam
Hospital pada 15 April 2011. Penubuhan Sekolah Dalam Hospital kemudiannya diumumkan
oleh Yang Amat Berhormat Tan Sri Dato’ Hj. Muhyiddin bin Mohd Yassin yang merupakan
Menteri Pendidikan Malaysia pada ketika itu dalam siding akhbar selepas mesyuarat tersebut
dijalankan (Manual Pelaksanaan Sekolah Dalam Hospital). Penggunaan nama Sekolah Dalam
Hospital telah dipersetujui dalam Mesyuarat Jawatankuasa Induk Sekolah Dalam Hospital
KPM Bil. 4/11 bertarikh 19 Mei 2011 yang dipengerusikan oleh Ketua Pengajaran Pelajaran

3
Malaysia (KPPM). Mesyuarat juga telah memutuskan bahawa Bahagian Pendidikan Khas
(BPKhas) diberi tanggungjawab sebagai pentadbir dan pengurus Sekolah Dalam Hospital
(Kementerian Pendidikan Malaysia, 2019). Pelancaran Sekolah Dalam Hospital dan Majlis
menandatangani perjanjian persefahaman di antara Kementerian Kesihatan Malaysia,
Kementerian Pendidikan Malaysia dan Yayasan Nurul Yaqeen telah dijalankan pada 26 Julai
2011 di Institut Pediatrik, Hospital Kuala Lumpur. Pelancaran Sekolah Dalam Hospital
dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Tan Sri Dato’ Muhyiddin Bin Hj. Mohd Yassin yang
merupakan Timbalan Perdana Menteri Malaysia ketika itu. Pada peringkat awal tiga buah
hospital telah dipilih untuk menjadi perintis program SDH iaitu Hospital Kuala Lumpur
(HKL) di Kuala Lumpur, Hospital Serdang dan Hospital Ampang di Selangor. Sehingga 30
Oktober 2018, sebanyak 15 buah Sekolah Dalam Hospital telah beroperasi di Semenanjung
Malaysia, Sabah dan Sarawak. (Kementerian Pendidikan Khas, 2020)

1.1.2 Sekolah Integriti dan Sekolah Henry Gurney

Sekolah Integriti dan Sekolah Henry Gurney merupakan sekolah yang


menyediakan sistem pendidikan kepada juvana dan banduan muda di bawah usia 21 tahun.
Kedua-dua sekolah ini diwujudkan melalui usaha sama antara Jabatan Penjara Malaysia dan
Kementerian Pendidikan Malaysia. Sekolah pertama yang menyediakan perkhidmatan
pendidikan kepada penguni penjara ialah Sekolah Henry Gurney, Telok Mas. Sekolah ini
digunakan sejak kali pertama pada tahun 1949. Pada awalnya, institusi yang ditubuhkan bagi
kanak-kanak lelaki ini bermula dengan nama “Sekolah Akhlak Tertinggi’ pada tahun 1949
kemudian nama sekolah ini telah ditukarkan kepada “Sekolah Latihan Pemuda” dan berubah
untuk kali ketiga iaitu dengan nama “Sekolah Henry Gurney” pada 15 Mei 1950 iaitu
sempena pembukaan rasminya yang dilakukan oleh mendiang Sir Henry Gurney. Terdapat
dua kumpulan pelajar yang bersekolah iaitu juvana di Sekolah Henry Gurney dan banduan
muda di Sekolah Integriti.. Bermula pada tahun 2008, enam SI dan dua SHG ditubuhkan bagi
memberi peluang kedua kepada juvana dan banduan muda memperbaiki diri dalam aspek
akademik, kokurikulum dan sahsiah diri. Sehingga tahun 2017, terdapat lapan (8) SI dan
empat (4) SHG di seluruh negara (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2020).

4
1.2 Matlamat Penubuhan Sekolah Dalam Hospital, Sekolah Integriti dan Sekolah Henry
Gurney
Matlamat penubuhan Sekolah Dalam Hospital adalah untuk menyediakan pusat
pembelajaran yang kondusif dan berstruktur bagi murid yang sedang dirawat di wad hospital
meneruskan pembelajaran ketika sedang dalam rawatan. Menjadi tanggungjawab
Kementerian Pendidikan Malaysia untuk memastikan murid yang menerima rawatan di wad
atau rawaran berulang mendapat akses kepada pendidikan dan aspirasi ini diwujudkan hasil
kerjasama serta kesepakatan antara pihak Kementerian Pendidikan Malaysia, Kementerian
Kesihatan Malaysia dan Yayasan Nurul Yaqeen. (Manual Pelaksanaan Sekolah Dalam
Hospital).

Matlamat Penubuhan Sekolah Integriti dan Sekolah Henry Gurney pula adalah untuk
menyediakan pendidikan secara formal di institusi penjara dengan kerjasama antara
Kementerian Pendidikan Malaysia dan Jabatan Penjara Malaysia. Pendidikan di penjara ini
disediakan kepada penghuni penjara yang berumur antara 15 hingga 21 tahun. (Kementerian
Pendidikan Malaysia, 2020)

1.3 Objektif Penubuhan Sekolah Dalam Hospital, Sekolah Integriti dan Sekolah Henry
Gurney
Terdapat beberapa objektif yang ditetapkan dalam penubuhan Sekolah Dalam Hospital
iaitu menyediakan pendidikan formal dan berstruktur dalam persekitaran yang kondusif
secara santai atau didik hibur (fun learning) bagi murid yang sedang dirawat di hospital.
Objektif kedua ialah menyokong dan memberi rangsangan ekpada murid untuk meneruskan
pembelajaran supaya tidak tercicir dalam pelajaran. Objektif yang ketiga ialah menyediakan
perkhidmatan pendidikan kepada semua peringkat umur kanak-kanak yang bersekolah tanpa
batasan dan tempat dan keadaan. Objektif yang keempat ialah menyediakan pendidikan di
hospital bagi murid sakit melalui pelbagai pendekatan sebagai satu bentuk terapi.
Objektif penubuhan Sekolah Integriti dan Sekolah Henry Gurney adalah untuk
memperbaiki dan mengukuhkan akhlak penghuni penjara, membantu menghapus kadar buta
hurud melalui aktiviti membaca, mengira dan menulis dalam bahasa kebangsaan, menyedia
dan memberi peluang memulakn dan meneruskan sesi persekolahan di samping menimbutkan
minat untuk belajar dikalangan penghuni penjara. Objektif yang terakhir ialah meyakinkan
pelajar bahawa pelajaran dapat menjamin masa hadapan yang lebih baik.

5
6
2.0 PELAKSANAAN SEKOLAH DALAM HOSPITAL, SEKOLAH INTEGRITI
DAN SEKOLAH HENRY GURNEY

2.1 Pelaksanaan Sekolah Dalam Hospital (SDH)

Sukatan pelajaran di SDH adalah berteraskan kurikulum Kebangsaan Kementerian


Pelajaran Malaysia sedia ada dan digunakan secara fleksibel mengikut Akta Pendidikan 1996.
Program persekolahan dilaksanakan mengikut beberapa tahap iaitu pra sekolah, sekolah
rendah, sekolah menengah dan juga tingkatan enam. Pengajaran dan pembelajaran bermula
dari pukul sembilan pagi sehingga pukul empat petang dan ianya terbahagi kepada dua sesi
iaitu bermula dari pukul sepuluh pagi sehingga 12.00 tengah hari dan 2.00 petang sehingga
4.00 petang. Seterusnya, pengajaran dan pembelajaran boleh dijalankan di lokasi-lokasi yang
sesuai mengikut keadaan dan keupayaan murid pada masa tersebut. Antara lokasi-lokasi yang
sesuai ialah wad, kelas atau tempat yang bersesuaian yang lain seperti taman yang
berdekatan. (Hospital Serdang, 2020)

Program ini memberi fokus utama kepada pengajaran subjek teras seperti Bahasa Melayu,
Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains. Merujuk kepada “Garis Panduan Pelaksanaan
Kurikulum Kebangsaan Bagi Sekolah Dalam Hospital” sebagai panduan, masa yang
diperuntukkan adalah sebanyak 20 jam seminggu. Peruntukan masa untuk setiap subjek pula
adalah empat jam seminggu. Murid juga boleh mengambil subjek lain mengikut keperluan
dan kesediaan murid. (Manual pelaksanaan SDH, edisi percubaan)

Bagi murid yang dalam keadaan stabil tapi tidak dapat pergi ke kelas yang disediakan oleh
SDH, aktiviti pembelajaran akan dijalankan di dalam wad dan murid akan belajar di katil.
Seterusnya, bagi murid yang bermasalah kesihatan tetapi masih boleh bergerak dan telah
dipilih oleh pegawai kesihatan, boleh dibawa ke kelas SDH oleh staf wad. Pembantu
Pengurusan Murid juga boleh mengambil murid dari wad ke kelas atas budi bicara pihak wad
dan Penyelia SDH. Tambahan lagi, proses pembelajaran haruslah tidak mengganggu sesi dan
prosedur perawatan murid bersama doktor. (Manual pelaksanaan SDH, edisi percubaan. )

Selain itu, pentaksiran bagi murid akan dilaksana berdasarkan kepada proses
perkembangan dan aktiviti pembelajaran murid ketika di SDH. Maklumat-maklumat melalui
pentaksiran ini akan diberikan kepada pihak sekolah asal murid untuk dijadikan rujukan.
Murid bermasalah kesihatan yang terlibat dalam peperiksaan awam seperti UPSR, PMR,
SPM dan seumpamanya akan menduduki peperiksaan tersebut mengikut Prosedur
Pengurusan Murid Menduduki Peperiksaan. Keperluan seperti masa tambahan atau alat

7
bantuan sokongan yang relevan akan disediakan oleh SDH untuk murid bermasalah kesihatan
semasa menduduki peperiksaan.(Manual pelaksanaan SDH, edisi percubaan.)

2.2 Pelaksanaan Sekolah Integriti dan Sekolah Henry Gurney

Di bawah Dasar Pendidikan Kebangsaan, pendidikan untuk banduan muda dan juvana
adalah kerjasama antara Kementerian Pelajaran Malaysia dengan Jabatan Penjara Malaysia.
Kerjasama ini menyatakan pendidikan di Jabatan Penjara Malaysia diletakkan di Program
Pendidikan untuk Banduan Muda Dan Juvana. Dasar itu juga menyatakan bahawa banduan
muda akan belajar di Sekolah Integriti dan juvana akan belajar di Sekolah Henry Gurney
(Kementerian Pelajaran Malaysia 2012). Sekolah formal telah diwujudkan di Jabatan Penjara
bermula pada tahun 2008. Sekolah ini berada dalam kawasan larangan. Kebanyakan sekolah
berada dalam kawasan penjara dan sukar untuk dilawati. Aktiviti sekolah selalunya diadakan
lebih bersifat dalaman. Sekolah menempatkan ‘murid pendidikan khas’ yang dikelilingi oleh
tembok yang tinggi atau pagar berduri. Selaras dengan itu, untuk memastikan pendidikan
juvana melalui sistem persekolahan dengan teratur, beberapa dasar pendidikan jabatan telah
diwujudkan iaitu nama sekolah, kategori pelajar, umur pelajar, gender pelajar,
pengkategorian, kelas pembelajaran, aliran pembelajaran, pelajar, calon peperiksaan dan
pusat peperiksaan (Jabatan Penjara Malaysia 2009).

Umur pelajar yang ditempatkan di Sekolah Henry Gurney dan Sekolah Integriti
adalah mereka yang berumur di antara 14 tahun sehingga 21 tahun. Juvana yang telah
mendaftar Peperiksaan Menengah Rendah dan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia, iaitu
mereka yang telah melebihi 21 tahun yang berada di Sekolah Integriti, hendaklah
mendapatkan kebenaran daripada Bahagian Pengurusan Banduan untuk membolehkan
banduan muda dan tahanan muda tersebut ditempatkan di kelas pembelajaran atau blok
penempatan juvana sehingga tamat peperiksaan yang dilalui (Jabatan Penjara Malaysia
2009). Hanya satu gender juvana, sama ada wanita atau lelaki dibenarkan untuk setiap
Sekolah Henry Gurney dan Sekolah Integriti. Perkara ini dinyatakan di dalam
PeraturanPeraturan Penjara 2000 Perkara 34(3) iaitu banduan-banduan dalam setiap kategori
hendaklah diasingkan dari tempat kerja dan penempatan, jika mampu, dan dibenarkan oleh
keadaan (Jabatan Penjara Malaysia 2009). Pengasingan juvana lelaki dan juvana wanita akan
diteruskan walaupun menyebabkan sekolah wanita kekurangan pelajar seperti yang berlaku
kepada Sekolah Henry Gurney Telok Mas Melaka pada 2 November 2013, di mana bahagian

8
wanita mempunyai 30 orang juvana, manakala bahagian lelaki mempunyai 690 orang juvana
(Jabatan Penjara Malaysia 2013). Perkara ini menyebabkan tidak semua juvana lelaki yang
berkelayakan mendapat peluang untuk mengikuti pendidikan melalui sistem persekolahan.

Percampuran kategori dibenarkan pada keadaan dan masa tertentu jikalau ia tidak
mengganggu keselamatan dan masih dalam kawalan yang baik. Banduan muda sabitan dan
banduan muda reman boleh ditempatkan di dalam satu kelas pembelajaran dan menjalani
aktiviti kokurikulum secara bersama yang dianjurkan oleh sekolah. Banduan muda sabitan,
banduan muda reman, tahanan muda dan penghuni dibenarkan untuk bersama dan di bawah
pengawasan untuk mengikuti aktiviti kokurikulum yang dianjurkan oleh Bahagian
Pengurusan Banduan. Di Sekolah Henry Gurney Kota Kinabalu, penghuni wanita dari Akta
Kanak-Kanak 2001 dibenarkan bersekolah bersama dengan banduanita muda sabitan dan
banduanita muda reman. Selepas waktu persekolahan dan apabila kembali ke blok
penempatan, mereka akan ditempatkan kembali mengikut kategori (Jabatan Penjara Malaysia
2009).

Kelas Pembelajaran yang di wujudkan adalah lima buah iaitu Kelas 3M (membaca,
mengira, menulis), Kelas Pra PMR (Penilaian Menengah Rendah) Kelas PMR, Kelas Pra
SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) dan Kelas SPM. Seramai11 orang guru ditempatkan di
sekolah iaitu lapan orang guru mata pelajaran, seorang Guru Kaunseling, seorang Guru
Agama Islam dan seorang Guru Pemulihan. Kelas 3M atau Kelas Pemulihan dibina bertujuan
untuk mengasah kemahiran membaca, menulis dan mengira dalam kalangan pelajar bagi
memastikan tiada pelajar yang buta huruf. Kelas Pra PMR yang merupakan kelas persediaan
bagi pelajar yang akan menduduki peperiksaan PMR menggunakan sukatan pelajaran
Tingkatan Satu dan Tingkatan Dua. Kelas PMR menempatkan pelajar yang akan menduduki
PMR. Kelas Pra SPM yang merupakan kelas persediaan untuk pelajar yang akan mengambil
peperiksaan SPM. Warganegara asing hanya dibenarkan untuk mengikuti Kelas 3M dan
seterusnya ke Aliran Kemahiran (Jabatan Penjara Malaysia 2009).

Pemilihan aliran sama ada Aliran Akademik atau Aliran Kemahiran ditentukan melalui
beberapa peringkat saringan. Semua pelajar akan melalui proses temu bual dengan pihak
pentadbir sekolah untuk mendapatkan maklumat latar belakang pendidikan terakhir, tempoh
hukuman yang dijatuhkan dan umur. Hasil daripada proses temu bual, pelajar akan
menduduki Ujian Diagnostik untuk menentukan sama ada mereka layak ke kelas pemulihan,
kelas kemahiran atau kelas akademik (Jabatan Penjara Malaysia 2009).

9
Selain itu, calon peperiksaan hanya ditawarkan kepada juvana warganegara sahaja.
Jabatan Penjara Malaysia tidak bertanggungjawab kepada segala bayaran yuran peperiksaan.
Yuran peperiksaan hendaklah dijelaskan oleh keluarga calon. Sekolah penjara hanya
menawarkan pelajar untuk menduduki dua jenis peperiksaan iaitu Penilaian Menengah
Rendah dan Sijil Pelajaran Malaysia. Pelajar dibenarkan untuk mengulangi peperiksaan atau
memperbaiki keputusan sijil yang ada selagi mereka belum mencapai umur berumur 21
tahun. Mereka yang menduduki peperiksaan didaftarkan sebagai calon persendirian bagi
mengelakkan stigma masyarakat (Jabatan Penjara Malaysia 2009).

Pusat Peperiksaan mesti berada di dalam kawasan sekolah walaupun jumlah pelajar yang
menduduki peperiksaan adalah kecil. Perkara ini dilaksanakan atas faktor keselamatan,
terutamanya terdapat calon peperiksaan yang terdiri daripada banduan muda yang dikenakan
hukuman Tahanan Limpah Sultan, banduan muda reman, tahanan muda dan juvana yang
belum berada dalam Fasa Pemasyarakatan. Lembaga Peperiksaan Malaysia juga
bertanggungjawab melantik pasukan pengawas peperiksaan yang akan mengendalikan
peperiksaan mengikut jadual yang telah ditetapkan (Jabatan Penjara Malaysia 2009).

10
3.0 PROSEDUR PENEMPATAN MURID KE PROGRAM SEKOLAH DALAM
HOSPITAL, SEKOLAH INTEGRITI DAN SEKOLAH HENRY GURNEY

3.1 Prosedur Penempatan Murid Ke Sekolah Dalam Hospital (SDH)

Prosedur penempatan murid ke dalam SDH bermula dengan proses pemilihan murid
dan lokasi wad untuk mereka. Murid yang memasuki SDH perlu memenuhi kelayakan yang
ditetapkan. Antara kelayakan tersebut ialah seorang warganegara dalam peringkat
persekolahan daripada prasekolah hingga menengah atas dan berdaftar di sekolah kerajaan.
Murid tersebut juga dijangka menerima rawatan di wad lebih daripada tiga hari dan berulang
(dialisis) atau rawatan berulang dan diperakukan oleh pegawai perubatan sebagai murid yang
mempunyai kesediaan belajar (clinically fit) serta mendapat kebenaran bertulis daripada ibu
bapa atau penjaga. Proses pemilihan ini adalah atas tanggungjawab ketua jabatan dan
jururawat terlatih yang bertugas. Jururawat terlatih akan mengenal pasti murid yang layak ke
SDH dan mendapatkan pengesahan daripada doktor pakar atau pegawai perubatan.
Seterusnya, jururawat akan memberi penerangan tentang pembelajaran di SDH kepada murid
dan ibu bapa atau penjaga mereka. Borang kebenaran untuk memasuki SDH akan
dilengkapkan oleh ibu bapa atau penjaga murid untuk mendaftarkan murid ke SDH Surat
kebenaran ibu bapa akan disimpan untuk rekod kemasukan murid ke SDH . Setelah itu, nama
murid yang layak memasuki SDH akan dimasukkan ke dalam senarai nama murid-murid
yang menyertai SDH. Senarai nama tersebut akan dihantar oleh Pembantu Perawatan
Kesihatan (PPK) ke SDH dan dikemukakan kepada guru yang bertugas. Setelah semua proses
tersebut dijalankan, guru akan memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas,
wad, atau tempat yang sesuai dan kondusif bersama murid-murid yang menyertai program
SDH.

3.2 Prosedur Penempatan Murid di Sekolah Integriti dan Sekolah Henry Gurney

Nama sekolah yang diwujudkan di institusi penjara adalah Sekolah Henry Gurney
dan Sekolah Integriti. Sasaran pelajar yang terlibat dengan pendidikan melalui sistem
persekolahan adalah mereka yang ditempatkan di zon sekolah yang terdiri daripada penghuni
di Sekolah Henry Gurney, banduan muda sabitan di penjara dan tahanan muda di Pusat
Pemulihan Akhlak. Banduan muda sabitan dari penjara dan tahanan muda dari Pusat
Pemulihan Akhlak hendaklah dipindahkan ke institusi penjara yang mempunyai Sekolah

11
Integriti berdasarkan akta yang berkaitan. Manakala banduan muda reman pula akan
ditempatkan di institusi penjara yang mempunyai Sekolah Integriti. Warganegara asing juga
dibenarkan untuk mengikuti pendidikan melalui sistem persekolahan (Jabatan Penjara
Malaysia 2009).

12
4.0 SEKOLAH DI MALAYSIA YANG MENAWARKAN SEKOLAH DALAM
HOSPITAL, SEKOLAH INTEGRITI DAN SEKOLAH HENRY GURNEY

4.1 Sekolah Dalam Hospital


Terdapat 15 buah institusi yang menawarkan perkhidmatan Sekolah Dalam Hospital
di Malaysia. Keseluruhan jumlah Sekolah Dalam Hospital ini terletak di beberapa buah
negeri di Malaysia iaitu di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Kelantan, Johor, Pahang,
Negeri Sembilan, Terengganu, Sabah dan Sarawak (Data Pendidikan Khas, 2018).

4.2 Sekolah Integriti dan Sekolah Henry Gurney


Terdapat lapan buah Sekolah Integriti dan empat buah Sekolah Henry Gurney di
Malaysia (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2020). Sebanyak enam buah Sekolah Integriti
telah ditubuhkan di Semenanjung Malaysia manakala selebihnya masing-masing terletak di
Sabah dan Sarawak. Sekolah Integriti yang terdapat di Semenanjung Malaysia ialah Sekolah
Integriti Kluang dan Muar di Johor, Sekolah Integriti Sungai Petani di Kedah, Sekolah
Integriti Bentong di Pahang, Sekolah Integriti Puncak Alam di Selangor serta Sekolah

13
Integriti Marang yang terletak di Terengganu. Selain itu, Sekolah Integriti di Sabah adalah
terletak di Kota Kinabalu dan Sekolah Integriti Kuching terletak di Sarawak.

Sementara itu, terletak dua buah Sekolah Henry Gurney di Sabah dan satu buah sekolah
di Melaka serta Sarawak. Sekolah Henry Gurney yang terletak di Sabah adalah di Keningau
dan Kota Kinabalu. Manakala, Sekolah Henry Gurney di Sarawak adalah terletak di Puncak
Borneo dan sebuah lagi adalah Sekolah Henry Gurney Telok Mas di Melaka (Data
Pendidikan Khas, 2018).

Bil Negeri Nama Institusi Jumlah Guru Jumlah Murid


.
1. Johor Sekolah Integriti Kluang 9 50
2. Johor Sekolah Integriti Muar 4 35
3. Kedah Sekolah Integriti Sungai Petani 11 177
4. Pahang Sekolah Integriti Bentong 3 9
5. Selangor Sekolah Integriti Puncak Alam 10 67
6. Terenggan Sekolah Integriti Marang 11 311
u
7. Sabah Sekolah Integriti Kota Kinabalu 7 48
8. Sarawak Sekolah Integriti Kuching 4 15
9. Sabah Sekolah Henry Gurney Keningau 9 70
10. Sabah Sekolah Henry Gurney Kota 4 20
Kinabalu
11. Melaka Sekolah Henry Gurney Telok 20 290
Mas
12. Sarawak Sekolah Henry Gurney Puncak 4 40
Borneo

14
5.0 KEPENTINGAN SEKOLAH DALAM HOSPITAL, SEKOLAH INTEGRITI
DAN SEKOLAH HENRY GURNEY

5.1 Kepentingan Sekolah Dalam Hospital (SDH)

Program SDH memberi banyak implikasi yang positif di Malaysia. Dengan adanya
program SDH, pembelajaran murid yang bermasalah kesihatan akan tidak terjejas dan dapat
diteruskan biarpun perlu mendapatkan rawatan dalam tempoh masa yang lama atau berulang
di hospital. Selain itu, SDH juga ditubuhkan agar murid bermasalah kesihatan dapat dibantu
dalam pelajarannya dan proses pembelajaran tetap dapat dijalankan dengan lebih teratur.
Seterusnya, murid bermasalah kesihatan dapat menjalani kehidupan di wad dengan lebih
berkualiti dan bermakna. Hal ini demikian kerana, murid bermasalah kesihatan yang dalam
keadaaan stabil dapat mengisi masa dengan perkara yang berfaedah. (Manual pelaksanaan
SDH, edisi percubaan.)

Penubuhan SDH juga akan memberi kesedaran kepada masyarakat khususnya murid
sekolah akan betapa pentingnya menuntut ilmu walau di mana kita berada. Tambahan lagi,
ibu bapa murid secara tidak langsung dapat menjimatkan masa serta perbelanjaan untuk
pendidikan anak mereka. Dengan ini juga, secara tidak langsung aktiviti pengajaran dan
pembelajaran di SDH dapat merapatkan hubungan silaturrahim di antara murid bermasalah
kesihatan, staf hospital, ibu bapa, guru dan PPM. (Manual pelaksanaan SDH, edisi
percubaan.)

5.2 Kepentingan Sekolah Integriti dan Sekolah Henry Gurney

Sekolah Integriti dan Sekolah Henry Gurney adalah merupakan sebuah institusi yang
ditubuhkan khas bagi memperbaiki akhlak penghuni yang telah terpesong. Sekolah ini
merupakan program kolaborasi khas antara Kementerian Pendidikan dengan Jabatan Penjara
Malaysia. Kolaborasi ini adalah salah satu usaha penting bagi melahirkan generasi yang
berakhlak tinggi. Program ini diwujudkan agar dapat memberi manfaat kepada golongan
muda dalam menyediakan peluang pendidikan yang sama dengan rakan sebaya mereka di
sekolah arus perdana.

Sekolah Integriti dan Sekolah Henry Gurney tersebut menyediakan pendidikan secara
formal di institusi penjara dengan kerjasama antara Kementerian Pendidikan Malaysia dan

15
Jabatan Penjara Malaysia. Peluang pendidikan yang diberikan ini adalah sebagai pengukuhan
kendiri bagi penghuni penjara setelah mereka dibebaskan agar mendapat peluang pekerjaan
yang lebih baik. Penyediaan pendidikan secara korektif kepada penghuni penjara tersebut
adalah untuk memastikan tahap pendidikan setiap penghuni diperluaskan secara sukarela.

Usaha ini turut dilaksanakan bagi membolehkan mereka menikmati pemulihan bersepadu
dan pendidikan yang lebih formal termasuk menduduki peperiksaan awam seperti Sijil
Pendidikan Malaysia (SPM). Murid Sekolah Integriti dan Sekolah Hnery Gurney ini turut
berpeluang menduduki peperiksaan awam sama seperti murid di sekolah arus perdana.
Pendidikan pengajian tinggi juga turut dibuka kepada penghuni penjara yang berminat dan
program ini dilaksanakan dengan kerjasama universiti awam dan swasta di negara kita.
Sistem pendidikan di penjara turut memberi peluang kepada penghuni untuk mendapatkan
ilmu melalui program pendidikan sejajar dengan dasar pendemokrasian pendidikan yang
ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan “Pendidikan Untuk Semua” yang
telah diperjuangkan oleh UNESCO (Budin, 2014)

Setiap manusia wajar diberi peluang kedua untuk memperbaiki kesilapan dan kesalahan
mereka pada masa yang lepas. Oleh itu, Sekolah Integriti dan Sekolah Henry Gurney adalah
merupakan salah satu cara untuk para penghuni di penjara memperbaiki akhlak dan diri
mereka. Hal in juga adalah amat penting bagi menjamin masa depan yang lebih baik.

16
6.0 PERANAN PELBAGAI PIHAK DALAM SEKOLAH DALAM HOSPITAL,
SEKOLAH HENRY GURNEY DAN SEKOLAH INTEGRITI

6.1 Peranan Pelbagai Pihak Dalam Sekolah Dalam Hospital


i) Jabatan Pendidikan Negeri (JPN)

JPN memainkan peranan dalam pelbagai aspek bagi pelaksanaan program SDH. JPN
bertanggungjawab untuk menyebarluas dan memantau pelaksanaan Dasar Pelajaran
Kebangsaan di SDH. Dari aspek Pengajaran dan Pembelajaran(PdP), menjalankan program
peningkatan dan kebersanan PdP di SDH. Dengan itu, JPN sentiasa membimbing dan
memantau perlaksanaan PdP, LPH dan RPI serta memastikan PdP dijalankan secara
gabungan pelbagai tahap, berorientasikan strategi pembelajaran kendiri dan fleksibel namun
tetap menyeronokkan. Seterusnya, JPN memastikan aktiviti-aktiviti kokurikulum dan sukan
ringan dapat dijalankan mengikut kesediaan murid berrmasalah kesihatan. (Manual
pelaksanaan, SDH, edisi percubaan.)

Selain dari itu, dari segi pentaksiran, JPN akan memberi pemantauan dan akan
membimbing guru SDH dalam melaksanakan PBS. JPN juga menyelaras pengurusan calon-
calon murid yang bermasalah kesihatan yang terlibat dengan peperiksaan khususnya
peperiksaan awam lalu menganalisa keputusan murid-murid tersebut mengikut negeri. JPN
sentiasa menjaga kebajikan guru dan PPM SDH. Seterusnya, dari segi hal ehwal murid pula,
JPN berperanan untuk mengurus pelaksanaan program-program dalam kemenjadian murid.
JPN turut mempromosikan program SDH di kalangan masyarakat agar lebih ramai sedar akan
kewujudan program SDH di Malaysia. (Manual pelaksanaan SDH, edisi percubaan.)

Di samping itu, JPN bertanggungjawab untuk merancang dalam melaksanakan latihan


dan kursus untuk guru dan PPM SDH yang sedia ada mahupun yang baharu. JPN juga
bertanggungjawab dalam menyediakan data operasi SDH mengikut negeri dan menghantar
data yang telah dikemaskini ke Bahagian Pendidikan Khas. JPN sentiasa melakukan
pemantauan dan penilaian dalam perkembangan program SDH dan menyediakan laporan
untuk dihantar terus ke Bahagian Pendidikan Khas. (Manual pelaksanaan SDH, edisi
percubaan.)

ii) Pejabat Pendidikan Daerah (PPD)

17
PPD turut memainkan banyak peranan dalam pelaksanaan program SDH. Antaranya,
PPD akan memastikan guru dan PPM menjalankan tugas dengan baik bagi melaksanakan
program ini dengan berkesan. Selain itu, PPD memastikan Guru Besar dan Pengetua
memahami segala prosedur yang dijalankan ke atas murid semasa berada di bawah program
SDH. PPD juga menjalankan pemantauan serta laporan secara berkala. Seterusnya, PPD turut
menyediakan buku-buku teks untuk diedarkan ke SDH yang baru beroperasi serta membuat
penambahbaikan di SDH yang sedia ada. Buku teks dan bahan kurikulum yang diberikan
ialah mengikut sukatan kurikulum yang terkini. (Manual Pelaksanaan SDH, edisi percubaan.)

iii) Ketua Jabatan (Guru Besar dan Pengetua) di Sekolah Asal Murid.

Ketua jabatan mestilah mengetahui lokasi SDH murid dan melengkapkan maklumat
tahap perkembangan akademik murid serta menyediakan bahan maklumat PBS sekolah asal
murid. Sekolah asal murid juga perlu memastikan pihak mereka sentiasa mendapat salinan
ringkasan RPI bagi mewujudkan perhubungan yang berterusan bagi murid jangka yang
berada dalam program SDH untuk jangka masa yang lama. Untuk pengurusan hal ehwal
murid pula, ketua jabatan berperanan untuk memastikan pendaftaran kemasukan murid,
menyemak kehadiran murid, memastikan bahan rujukan murid sentiasa cukup, memastikan
polisi peperiksaan awam dipatuhi dan mengambil langkah-langkah untuk memastikan murid
dalam keadaan selamat di SDH. (Manual pelaksanaan SDH, edisi percubaan.)

iv) Guru Penyelia

Dari segi pengurusan kurikulum dan kokurikulum, guru penyelia berperanan menyelia
dan mengawasi polisi dan objektif SDH selaras dengan polisi KPM. Guru penyelia akan
membuat pemantauan PdP untuk memastikan guru mengajar dengan berpandukan kurikulum
yang ditetapkan oleh KPM dan menggunakan bahan bantu mengajar yang berkesan dan
menarik. Guru penyelia juga akan memastikan guru SDH melaksanakan aktivti kokurikulum
yang ringan sesuai mengikut kesediaan murid. Selain itu, guru penyelia juga akan
memastikan program pembangunan diri murid, kemahiran mengurus diri, kemahiran belajar
dan motivasi dilaksanakan. (Manual pelaksanaan SDH, edidi percubaan.)

Seterusnya, guru penyelia bertanggungjawab dalam pengurusan hal ehwal murid. Ini
termasuklah untuk pendaftaran kemasukan murid, menyemak buku jadual kehadiran murid,
memastikan bahan rujukan murid sentiasa tersedia, memastikan peraturan-peraturan

18
peperiksaan awam sentiasa dipatuhi dan mengambil langkah-langkah untuk memastikan
murid dalam keadaan selamat di bawahh penjagaan SDH. Di samping itu, guru penyelia
bertanggungjawab dalam pengurusan personel. Contohnya, guru penyelia berperanan untuk
menjaga kebajikan dan menyelaras sasaran kerja guru dan PPM agar mutu pekerjaan sentiasa
berkualiti. Guru penyelia juga menjadi pihak yang berkuasa untuk melaporkan pegawai yang
melanggar Arahan Perkhidmatan di bawah bidang kuasa. (Manual pelaksanaan SDH, edisi
percubaan.)

Dari segi kemudahan fizikal, guru penyelia bertanggungjawab dalam mengawal stok
dan harta benda SDH, memastikan keadaan fizikal bangunan dan persekitaran SDH dalam
keadaan baik dan selamat. Guru penyelia juga berperanan untuk menjadikan persekitaran
SDH lebih ceria, kemudahan yang lengkap dan mencukupi untuk murid bermasalah
kesihatan. Guru penyelia turut bertanggungjawab dalam menjaga pembangunan organisasi
dan diri dengan merancang aktiviti untuk perkembangan staf, mengggalakkan percambahan
fikiran dan perkongsian maklumat, merancang aktiviti untuk mempertingkatkan
profesionalisme guru SDH dan menggalakkan guru untuk melibatkan diri dalam aktiviti
komuniti.( Manual pelaksanaan SDH, edisi percubaan.)

v) Guru Sekolah Dalam Hospital (SDH)

Guru SDH bertanggungjawab terhadap beberapa aspek seperti pengurusan


kokurikulum, pembangunan diri murid dan kemudahan fizikal. Dari segi pengurusan
kokurikulum, guru SDH perlu melaksanakan polisi dan objektif SDH selaras dengan polisi
Kementerian Pendidikan Malaysia. Guru SDHperlu mengajar berpandukan kurikulum
Kementerian Pendidikan Malaysia mengikut peruntukan waktu yang ditetapkan. Seterusnya,
menyediakan Laporan Mengajar dan menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran
mengikut jadual waktu belajar. Guru SDH juga perlu menyediakan dan menggunakan bahan
bantu belajar serta melaksanakan strategi dan program pendidikan dengan berkesan. Dari segi
pembangunan diri murid pula guru SDH pelu melaksanakan program pembangunan diri
murid, kemahiran mengurus diri untuk pemulihan, kemahiran belajar dan motivasi serta
menentukan pengurusan disiplin murid SDH. Seterusnya, dari segi kemudahan fizikal guru
SDH berperanan untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif. Akhir sekali, dari
segi pembangunan organisasi dan kendiri guru SDH perlu mengikuti program dan aktiviti
perkembangan staf, membudayakan percambahan fikiran, perkongsian maklumat, dan

19
budaya ilmu bagi memperkembangkan potensi diri serta melibatkan diri dalam aktiviti
komuniti (Manual Pelaksanaan Sekolah Dalam Hospital, Edisi Percubaan).

vi) Pembantu Pengurusan Murid (PPM)

Pembantu Pengurusan Murid turut memainkan peranan dan tanggungjawab di SDH


dari segi pengurusan dan pembangunan, kemudahan fizikal dan pentadbiran. Dari segi
pengurusan dan pembangunan Pembantu Pengurusan Murid perlu merekod pendaftaran
kemasukan murid dan merekod Buku Jadual Kedatangan Murid. Pembantu Pengurusan
Murid juga akan menerima dan menyerahkan kepada guru mata pelajaran SDH maklumat
tahap perkembangan akademik murid bagi semua mata pelajaran teras (Bahasa Melayu,
Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains). Selain itu, Pembantu Pengurusan Murid akan
menyediakan salinan Laporan Pengajaran dan Pembelajaran murid SDH untuk dikembalikan
kepada Pengetua atau Guru Besar Sekolah asal serta menyimpan dan mengemaskini
maklumat sekolah asal murid dan menyediakan laporan yang berkaitan apabila diminta oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri atau Pejabat Pendidikan
Daerah. Di samping itu, pembantu pengurusan murid akan membantu guru dalam pengagihan
dan pemulangan bahan rujukan murid serta membantu dalam menyediakan bahan bantu
mengajar sebelum waktu pengajaran dan pembelajaran. Dari segi kemudahan fizikal,
pembantu pengurusan murid akan sentiasa memastikan keceriaan SDH dan menjaga
keselamatan harta benda di SDH. Dari segi pentadbiran, pembantu pengurusan murid akan
membantu mewujudkan sistem fail yang sistematik. Selain itu, menyenaraikan dan merekod
daftar bekalan, pergerakan dan melabel bahan-bahan peralatan aset dan stok di SDH serta
membantu mengenal pasti dan mencatat sebarang kerosakan peralatan di SDH (Manual
Pelaksanaan Sekolah Dalam Hospital, Edisi Percubaan).

6.2 Peranan Pelbagai Pihak Dalam Sekolah Integriti dan Sekolah Hnery Gurney

i Peranan Kementerian Pendidikan Malaysia

 Menyediakan dan menempatkan guru mengikut keperluan di Sekolah Integriti dan


Sekolah Hnery Gurney
 Kemudahan buku teks dan keperluan pembelajaran murid yang lain tertakluk kepada
pemohonan yang dikemukakan oleh pihak Jabatan Penjara Malaysia (JPM) serta

20
bergantung kepada kedudukan kewangan sedia ada Kementerian Pendidikan Malaysia
(KPM).
 Urus setia mesyuarat pengoperasian Sekolah Integrasi dan Sekolah Henry Gurney.
 Urus setia mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Juvana dan Banduan Muda.

21
7.0 Rumusan

Falsafah Pendidikan Malaysia telah meletakkan bahawa “Pendidikan ialah suatu usaha
berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh, dan
bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani,
emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah
bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak
mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi
sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.”
Intipati falsafah ini jika dikupas dan difahami dengan lebih mendalam jelas menyatakan
pentingnya pendidikan bagi melahirkan modal insan yang berpotensi secara menyeluruh dan
bersepadu sebagai peneraju bangsa dan negara di masa hadapan.

Kanak-kanak di Malaysia berhak menikmati kesamarataan akses kepada pendidikan bagi


membolehkan mereka mencapai potensi diri masing-masing. Hal ini dikatakan demikian
kerana, kanak-kanak merupakan khazanah yang berharga yang bakal menjadi pemimpin serta
penentu bangsa dan negara di masa hadapan. Penubuhan Sekolah Dalam Hospital, Sekolah
Integriti dan Sekolah Henry Gurney menjadi bukti kukuh kepada usaha kerajaan bagi
memastikan setiap kanak-kanak di Malaysia tidak ketinggalan untuk menikmati akses
pendidikan walau dalam apa jua keadaan sekalipun. Kesan penubuhan Sekolah Dalam
Hospital jelas menunjukkan usaha dan kegigihan Kementerian Pendidikan Malaysia dengan
beberapa pihak lain dalam menyediakan pusat pembelajaran yang kondusif dan berstruktur
kanak-kanak yang sedang dirawat di wad hospital. Usaha ini adalah bagi memastikan kanak-
kanak yang sedang menerima rawatan tidak tercicir dalam sesi pembelajaran mereka
walaupun sedang mengalami kekangan kesihatan. Penubuhan Sekolah Integriti dan Sekolah
Henry Gurney melalui Jabatan Penjara Malaysia dan Kementerian Pendidikan Malaysia
adalah untuk memberi peluang pendidikan kepada penghuni penjara yang masih berminat
untuk meneruskan pembelajaran walaupun berada di dalam penjara. Ilmu pengetahuan yang
mereka pelajari merupakan keperluan bagi persediaan mereka untuk meneruskan
kelangsungan hidup setelah bebas dari hukuman dan penjara. Peluang pendidikan yang
diberikan adalah sebagai pengukuhan kendiri bagi memastikan mereka mendapat peluang
pekerjaan yang lebih baik. Akses pendidikan yang diberikan telah membuktikan bahawa
juvana ataupun banduan muda masih berpeluang untuk mendapatkan masa depan yang cerah

22
dan memperbaiki semula akhlak mereka. Hal ini telah dibuktikan ketika salah seorang juvana
dari Sekolah Henry Gurney Telok Mas  muncul sebagai penerima Anugerah Akademik
Terbaik (Keseluruhan) dan Anugerah Akademik Cemerlang apabila mendapat 8A dalam
peperiksaan percubaan Sijil Pelajaran Malaysia lalu di Majlis Anugerah Cemerlang Sekolah
Integriti dan Sekolah Henry Gurney. Kesimpulannya, sistem pendidikan yang dijalankan di
hospital dan di penjara telah memberi peluang kepada pesakit kanak-kanak serta penghuni
penjara untuk terus menimba ilmu melalui program Sekolah Dalam Hospital, Sekolah
Integriti dan Sekolah Henry Gurney. Usaha ini adalah sejajar dengan dasar pendemokrasian
pendidikan yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan ‘Pendidikan Untuk
Semua’ yang telah diperjuangkan oleh UNESCO.

23
Rujukan

Astro Awani. (9 December, 2014). Pesalah Juvana Dapat 8A, Terima Anugerah Akademik
Terbaik. Bahan diakses pada 2 December 2020, daripada
https://www.astroawani.com/beritamalaysia/pesalah-juvana-dapat-8a-terima-anugerah-
akademikterbaik49957https://www.astroawani.com/berita-malaysia/pesalah-juvana-dapat-8a-
terima-anugerah-akademik-terbaik-49957.

Alzahrin Alias dan Nasaruddin Parzi. (5 Jun, 2015) Hikmah masuk Henry Gurney. Berita
Harian Online. Bahan diakses pada 1 December 2020, daripada Hikmah masuk Henry
Gurney (bharian.com.my).

Budin, D. (2014). PENDIDIKAN JUVANA DI JABATAN PENJARA MALAYSIA:


DASAR, HALA TUJU, PELAKSANAAN DAN CABARAN (Juvenil Educations in
Jabatan Penjara Malaysia: Policy, Direction, Implimentation and Challanges). Jurnal
Hadhari: An International Journal, 6(1), 87-104.

Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan Malaysia (2020).Bahan diakses pada 1


Disember, 2020 daripada https://www.moe.gov.my/en/special-education.

Data Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan Malaysia (2018). Bahan diakses pada 1
Disember, 2020 daripada https://www.moe.gov.my/en/muat-turun/pendidikankhas/buku-
data-pendidikan-khas/1681-buku-data-pendidikan-khas-tahun-2018/file.

Laman Web Rasmi Hospital Serdang (2020). Bahan diakses pada 1 Disember 2020, daripada
https://hserdang.moh.gov.my/index.php/ms/profil-hospital-3/sekolah-dalam-hospital-bm.

Laman Web Rasmi Hospital Wanita dan Kanak-Kanak, Karung Berkunci No. 187 88996,
Kota Kinabalu Sabah (2020). Bahan diakses pada 1 December 2020, daripada
http://hwkks.moh.gov.my/modules/content/index.php?id=55.

Manual Pelaksanaan Sekolah Dalam Hospital, Edisi Percubaan. (2014). Bahan diakses pada 1
Disember, 2020 daripada

24
https://www.moe.gov.my/en/muat-turun/pendidikankhas/sekolah-dalam-hospital/1707-
manual-pelaksanaan-program-sdh/file.

Portal Rasmi Jabatan Penjara Malaysia (2020). Bahan diakses pada 1 Disember 2020,
daripada http://www.prison.gov.my/portal/page/portal/hijau#tab28.

Suraidah Roslan. (20 October, 2018). Kisah Dibalik Tirai Besi, Pelajar SIKK Ingin Berjaya
Dalam SPM. Borneo Today. Bahan diakses pada 2 December 2020, daripada
https://www.borneotoday.net/kisah-dibalik-tirai-besi-pelajar-sikk-ingin-berjaya-dalam-spm/

25
LAMPIRAN

Gambar 1 : Sekolah Dalam Hospital di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak,


Kota Kinabalu Sabah

Gambar 2 : Borang Kebenaran Memasuki Sekolah Dalam Hospital

26
27
Gambar 3 : Kumpulan Pancaragam Sekolah Henry Gurney

Gambar 4 : Sesi Pembelajaran Pelajar Perempuan


di Sekolah Henry Gurney

28

You might also like