You are on page 1of 11

LAWATAN KERJA PENDIDIKAN KE MELBOURNE, AUSTRALIA PADA 3 9 DISEMBER 2012

Hari Pertama : 3 Disember 2012 (Ahad)

Satu majlis ringkas telah diadakan di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Terengganu sebelum peserta rombongan menaiki pesawat. Dalam majlis ini Tuan Timbalan Pengarah Pelajaran Terengganu mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Terengganu yang membiayai program Lawatan Kerja yang menelan belanja hampir Setengah Juta Ringgit Malaysia. Beliau berharap perjalanan selamat dan peserta berpeluang melihat keadaan sekolah-sekolah di negara maju. Sehubungan itu, persepsi setiap peserta mengenai lawatan ini juga haruslah betul dan mencapai objektif yang disasarkan. Yang Berhormat Dato Haji Ahmad Razif bin Abdul Rahman, Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains & Teknologi dan Sumber Manusia Negeri Terengganu mengucapkan tahniah kepada peserta yang terpilih dan peserta ini merupakan duta kecil Kerajaan Negeri Terengganu. Beliau memohon maaf kerana tidak dapat turut serta dalam lawatan pada kali ini, namun begitu beliau diwakili oleh timbalannya iaitu Yang Berhormat Hj. Zawawi b. Ismail.

Beliau memaklumkan bahawa Kerajaan Negeri Terengganu menyediakan peruntukan yang besar dalam bidang pendidikan. Beliau juga melahirkan rasa sedih kerana terdapat guru yang mempersoalkan pemberian netbook . memanfaatkan netbook dengan sewajarnya. Guru-guru perlu kreatif dan inovatif dalam menggalakkan penggunaan netbook agar pelajar

Beliau juga berharap dalam tempoh sepuluh tahun lagi, anak Terengganu mampu menguasai ICT dan boleh memiliki kemahiran membaiki komputer sendiri. Beliau kemudiannya merasmikan Program Lawatan Kerja ke Melbourne.
1

Hari kedua : 4 Disember 2012 (Isnin) LAWATAN KE VICTORIA LIBRARY. Di Victoria City Library, kami diberi taklimat oleh penyelia di situ. Victoria City Library merupakan sebuah perpustakaan yang paling besar dan sibuk. Perpustakaan ini terletak di tengah bandar Melbourne, berhampiran deretan bangunan kedai. Pengunjung terdiri daripada berbagai-bagai kaum, latar belakang dan peringkat umur. Perpustakaan ini menerima 1200 hingga 2000 orang pengunjung sehari. Berbagaibagai genre bacaan disediakan termasuk bahan bacaan dari negara Asia Tenggara seperti Vietnam, Indonesia dan lain-lain. Perpustakaan ini terletak berhampiran dengan stesen Tram bagi memudahkan pengunjung untuk datang ke perpustakaan. Sebuah perpustakaan awam lebih besar akan dibina di Dockland, Melbourne. Perpustakaan ini lebih besar dan mempunyai teknologi lebih canggih. Victoria City Library juga menyediakan sistem pinjaman dan pemulangan yang mudah dan menggunakan kad pintar .Terdapat beberapa bahagian utama seperti bahagian ICT multimedia, bahagian CD/DVD, bahagian bayi dan kanak-kanak, eBooks, bahasa asing dan bahagian khas untuk rujukan Bahasa Inggeris oleh penduduk tempatan yang berlainan bangsa. Bayi seawal usia enam bulan dibawa untuk menyertai aktiviti yang disediakan di situ. Terdapat juga bilik khas yang disediakan untuk aktiviti kanak-kanak. Apa yang menarik perpustakaan ini menyediakan galeri seni untuk aktiviti seperti pertandingan fotografi. Lokasi pembinaan perpustakaan yang strategik ditambah dengan kepelbagaian kemudahan dan frasarana memudahkan pengunjung untuk ke sana. Selain itu, kemudahan pengangkutan awam yang sangat cekap dan percuma serta pelaksanaan program dan aktiviti yang terancang mampu menarik lebih ramai pengunjung ke perpustakaan ini.

Hari ketiga : 5 Disember 2012 (Selasa) LAWATAN KE MELBOURNE AQUARIUM

Peserta rombongan membuat tinjauan dan pemerhatian tentang pelbagai jenis hidupan laut yang dipamerkan. Selain itu, terdapat juga batu karang, kitaran hidup burung piguin dan lain-lain. Apa yang menarik di dalam aquarium ini ialah terdapat sudut pameran yang menyediakan tempat duduk yang membolehkan proses pengamatan, penelitian dan proses pembelajaran berlaku. Semasa lawatan, kami dapati terdapat beberapa kumpulan pelajar yang lengkap beruniform bersama guruguru mereka sedang melalui proses pengajaran dan pembelajaran. Di samping itu petugas di aquarium tersebut juga mempunyai maklumat yang luas tentang hidupan laut dan boleh memberi maklumat dan penerangan secara terperinci kepada pengunjung.

Impak daripada lawatan ke sini, kami dapat melihat pelbagai hidupan laut dan bagaimana masyarakat Australia memanafaatkan aquarium tersebut kepada generasi mereka. Cadangan kami kepada guru-guru di Terengganu supaya apabila membuat lawatan sambil belajar, matlamat lawatan mestilah jelas, berfokus dan berkaitan

dengan topik yang dipelajari atau bersesuaian dengan sukatan pelajaran. Kami mencadangkan agar kerajaan negeri mewujudkan sebuah aquarium yang lebih moden daripada yang sedia ada seperti yang terdapat di Langkawi.

Di sebelah petang, rombongan kami mengadakan lawatan ke MSD Malaysia di Australia yang kini dikenali sebagai EMA (Education Malaysia Australia) yang terletak di K4 High Street Winsor, Victoria, 3181 Australia. Majlis perjumpaan bermula dengan aturcara seperti berikut ;

Ucapan pengerusi: En. Zahamuddin Shamsuddin (Atase Pendidikan). Beliau mengalu-alukan kehadiran kami yang terdiri daripada 80 orang peserta yang terbahagi kepada dua kumpulan. Beliau memohon maaf dengan keadaan yang tidak selesa kerana bangunan EMA dalam proses pengubahsuaian.

Taklimat oleh Pn. Dr. Jumiati bt. Ismail (Pengarah EMA) Beliau memaklumkan bahawa MSD (Malaysian students Department) telah ditukar nama kepada EMA (Education Malaysia Australia). Hal ini demikian kerana peranan agensi tersebut yang telah berubah. Selain diberikan mandat menjaga semua pelajar Malaysia, EMA juga membuat kerja Konsulat serta menjaga dan mengawal agensi kerajaan yang lain di Australia seperti MARA, PETRONAS, JPA dan lain-lain. EMA mempunyai tiga premis iaitu dua di Sydney dan satu di Melbourne.

Pengurusan EMA diketuai oleh Dr Jumiati bt Ismail sebagai Pengarah dan dibantu oleh dua orang Atase Pendidikan iaitu En. Zaharuddin bin Shamsuddin dan En. Ahmad Sabri bin Mohamad. Setiap agensi kerajaan juga menghantar Penasihat Pelajar tajaan mereka. Pn. Zaidah bt Md Zain adalah Penasihat Pelajar tajaan Petronas, En. Imran Kamali bin Ahmad Nazrin sebagai Penasihat Pelajar Munirah bt. Hissain, Penasihat Pelajar tajaan MARA. tajaan JPA dan Pn.

Jumlah pelajar Malaysia di Australia adalah yang ketiga

terbesar daripada

keseluruhan pelajar luar Australia dan pelajar Malaysia di luar negara adalah paling ramai di Australia. Malaysia Hall boleh di sewa sekiranya ada kekosongan dengan kadar $4.00 untuk pelajar ijazah, $6.00 untuk pelajar peringkat Sarjana dan Falsafah dan $12.00 untuk orang awam.

Jumlah pelajar Malaysia pada Oktober 2011 ialah 22,646 orang dan kini merosot kepada >< 20,000 disebabkan nilai mata wang Australia yang meningkat. Hanya 60 peratus pelajar Malaysia yang mendaftar dengan EMA. Pelajar Malaysia paling ramai di Universiti di Victoria iaitu seramai 8,370 orang, diikuti di Western Australia seramai 4,105 orang, New South Wales seramai 3852 orang, Queensland seramai 2605 orang,
4

South Australia seramai 2320 orang, Tasmania seramai 759 orang, Australian Capital Ternitay seramai 594 orang dan Northern Territory seramai 40 orang. Pelajar digalakkan mengikuti aktiviti yang dianjurkan oleh EMA dan pelajar juga digalakkan menyertai persatuan yang bernaung di bawah EMA. EMA boleh dihubungi melalui e_mail dan maklumat tentang EMA boleh didapati melalui laman web www.msda.org.au Ucapan YB. Hj. Zawawi b. Ismail Timbalan Pengerusi Jawatankausa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Alam Sekitar. Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua pegawai EMA atas sambutan yang diberikan dan beliau mengucapkan tahniah kerana berjaya menguruskan pelajar Malaysia di Australia.

Beliau menjelaskan bahawa program lawatan ini adalah tajaan kerajaan negeri Terengganu sebagai menghargai warga pendidik yang telah mencipta kecemerlangan dalam pendidikan di negeri Terengganu. Matlamat kerajaan adalah berusaha untuk menjadikan pendidikan di Terengganu bertaraf dunia. Mohd Zin Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri

Ucapan Tn. Hj. Hashim bin Terengganu.

Beliau berharap semoga lawatan ini mendapat manfaat kepada semua peserta. Peserta sepatutnya dapat menghayati cara hidup dan budaya kerja masyarakat di sini khususnya dalam aspek ketepatan waktu dan kebersihan yang diamalkan oleh masyarakat Australia.

Sesi soal jawab Pn. Saadiah bt. Mursyidi meminta penjelasan tentang bentuk kerjasama yang boleh dilakukan antara sekolah-sekolah di Terengganu dengan sekolah-sekolah di Australia.

Puan

Pengarah

menjelaskan,

sekolah-sekolah

yang

ingin

mengadakan

kerjasama perlu terlebih dahulu mengenalpasti


5

sekolah yang ingin diadakan

kerjasama, nyatakan tujuan, cipta program dan maklum kepada pihak EMA, dan EMA akan menguruskan tindakan selanjutnya.

Konklusinya, lawatan ini memberikan maklumat yang banyak kepada kami tentang EMA khususnya dalam aspek pengurusan dan peranannya dalam pengurusan pelajar di Australia. Selain itu, EMA bertindak sebagai badan induk untuk mengawal agensi kerajaan di Australia.

Hari Keempat : 6 Disember 2012 (Rabu) LAWATAN KE KOLEJ AL- TAQWA Kolej Al- Taqwa terletak di 201 Sayers Road, Truganina Victoria, Australia. Kirakira pukul 10.00 pagi, delegasi dari Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu di bawa ke dewan Kolej Al-Takwa. Aturcara dimulai dengan nyanyian lagu kebangsaan, lagu sekolah dan Selawat Nabi oleh pelajar sekolah diikuti dengan taklimat oleh Mr. Fadi Koubar, Primary Deputy Principal. Aturcara program rujuk lampiran. Setelah tamat taklimat oleh kakitangan Al Taqwa, wakil dari JPNT iaitu En

Ahmad Shukor bin Mansor, Ketua Sektor Unit Peperiksaan dan Penilaian memberikan ucapan balas. Beliau mengucapkan jutaan terima kasih atas sambutan dan kerjasama yang diberikan oleh pihak kolej di samping meminta semua guru mengambil peluang untuk mendapatkan info yang berguna dan mengaplikasikan di sekolah masing-masing. Selepas itu, majlis bertukar-tukar cenderahati antara Kolej Al Taqwa dan JPNT disempurnakan. Majlis diakhiri dengan jamuan ringan dan sesi bergambar, diikuti oleh tandatangan kerjasama antara Kolej Al Taqwa dan sekolah-sekolah yang terlibat. Secara keseluruhan majlis taklimat berjalan lancar dengan berbagai-bagai soalan diajukan oleh wakil dari JPNT yang melibatkan guru sekolah menengah dan rendah mengenai dasar kolej, hala tuju dan kurikulum. Perkara menarik yang boleh dijadikan teladan hasil daripada lawatan ke Kolej AlTakwa ialah berkaitan ketepatan pengurusan masa, penggunaan ICT dan penglibatan ibu bapa yang menyeluruh dalam setiap program yang dianjurkan oleh pihak kolej.

Hari kelima : 7 Disember 2012 (Khamis) LAWATAN KE BASTOW INSTITUTE OF EDUCATIONAL LEADERSHIP Lawatan ke destinasi seterusnya iaitu ke Bastow Institute of Educational

Leadership di Victoria. Acara dimulakan dengan sesi suai kenal para peserta bersama para pegawai di Bastow Institute of Educational Leadership. Seterusnya para peserta dibawa ke Bastow Theater untuk sesi taklimat. Taklimat dimulakan oleh Miss Helen Myers. Dalam kata alu-aluan, beliau mengucapkan selamat datang kepada delegasi kami dan salam khusus ditujukan kepada wakil dari SMKA Sheikh Abdul Malik yang merupakan sekolah projek antara Melbourne dan Terengganu, seterusnya penerangan tentang tentatif program pada petang itu. Taklimat 1 - Miss Helen Myers Overview of the Vision and mission of education in Australia AFQ Australian Qualifications Framework National Assessment Programme Overview of education in Victoria Governance Framework The Department Responsibilities Towards Victoria as a Learning Community Victorian Government Schools Accountabilities and Improvement

Taklimat 2 - Miss Lucy Thyne Towards Victoria As A Learning Community A Vision For Victorian Education Victoria Education Performance and Achievements Building the Third Wave of Reform Professional Trust

Variation between schools differences Autonomy providing schools with the flexibilities to make locally informed decisions Accountabilities and Support Key themes and strategies

Taklimat 3 : Mr Bruce Armstrong Leadership Of Education Building the Capibility The Role of Good Leaderships Keseluruhannya sesi taklimat ini amat berjaya dari aspek persediaan para penceramah, teknik multimedia yang amat menarik serta interaktif yang amat baik oleh para peserta sepanjang sesi ini berlangsung. Sesi berakhir dengan upacara penyampaian cenderhati oleh Yang Berbahagia Encik Hashim bin Mohd Zin, Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu kepada Mr Bruce Armstrong. Sesi fotografi bersama diadakan, dan majlis berakhir pada jam 4.00 petang. Keseluruhannya, pengisian program hari ini padat berinformasi kerana semasa di Bastow Insititute of Educational Leadership banyak maklumat yang dapat dikongsi oleh kedua-dua pihak. Pengalaman dan perkongsian ini memberikan manafaat kepada delegasi bagi melestarikan kecemerlangan pendidikan di Terengganu. Untuk maklumat lanjut mengenai Bastow Institute of Educational Leadership bolehlah memuat turun maklumat melalui laman web www.bastow.vic.edu.au

Hari keenam : 8 Disember 2012 (Jumaat) Pada sebelah pagi delegasi kami Check out Hotel. Seterusnya, kami mengadakan lawatan ke tempat-tempat menarik dan bersejarah di sekitar bandar Melbourne (City Tour). Antaranya, Federation Square, Harbour Town, Stesen Televisyen Tempatan, Etihad Stadium, Botanica Garden, Melbourne Cricket Ground, Road Laver Arena, Menara Eureka dan Masjid Victoria Turkey Islam. Sepanjang lawatan ke tempat-tempat tersebut kami dapati setiap warga Australia mementingkan aspek kebersihan dalam kehidupan seharian mereka kerana sepanjang lawatan di bandar ini kami susah untuk menemui walau sedikit sampah. Selain itu, keindahan dan kepelbagaian reka bentuk bangunan yang sangat menarik dan kreatif menunjukkan kecanggihan dan kemajuan dalam bidang senibina dan arkitek di negara ini. Di samping itu, penggunaan pengangkutan awam seperti Tram sangat membantu mewujudkan bandar yang bersih daripada pencemaran asap kenderaan bermotor. Pada sebelah petang delegasi kami ke Lapangan Terbang Melbourne untuk berlepas pulang ke Malaysia.

Refleksi Pada keseluruhannya lawatan ini berjaya. Banyak aspek yang boleh dipelajari dan boleh dipraktikkan di negeri Terengganu. Antara aspek yang boleh dijadikan ikutan termasuklah; i) Cara hidup dan budaya kerja khususnya dalam aspek ketepatan masa dan aspek kebersihan yang diamalkan oleh warga Australia. Buktinya, sepanjang berada di sana rombongan kami sukar menemui walau sedikit sampah.

ii)

Aspek pengurusan organisasi yang cekap dan penggunaan ICT yang menyeluruh dalam semua bidang kerja. Contohnya, pengurusan organisasi di Victoria City Library dan di Bastow Institute of Educational Leadership.
10

iii)

Sikap masyarakat yang mementingkan ilmu pengetahuan tidak mengira usia dan latar belakang. Contohnya, di Victoria City Library didapati pengunjungnya terdiri daripada kanak-kanak seusia tiga tahun hingga usia 75 tahun.

iv)

Masyarakat di Australia merupakan sebuah masyarakat yang sentiasa memanafaatkan masa. Didapati tiada rakyatnya yang menghabiskan masa dengan melepak di sini sana khususnya di pusat-pusat membeli-belah dan sebagainya.

11

You might also like