You are on page 1of 44

BIODATA

NAMA : MUHAMMAD ARIF BIN MOHD ROBI


ALAMAT : 83-A, KG. PAK MADAH, BUKIT PAYONG 21400,
MARANG, TERENGGANU
UMUR : 17 TAHUN (2017)
SEKOLAH : SK PUSAT BUKIT BESAR
SMA (ATAS) SULTAN ZAINAL ABIDIN
PENGLIBATAN:
STUDENTS ON ICE ARCTIC EDUCATIONAL EXPEDITION 2016
MALAYSIA TECHNOLOGY EXPO 2016
INTERNATIONAL FESTIVAL INNOVATION ON GREEN TECHNOLOGY
2016
SMA (ATAS) SULTAN ZAINAL ABIDIN

JENIS SEKOLAH : SEKOLAH AGAMA BANTUAN KERAJAAN


KOD SEKOLAH : TFT3002
LOKASI : JALAN SULTAN MAHMUD, KUALA
TERENGGANU, TERENGGANU,MALAYSIA.
TELEFON : 6096221086
FAKS : 6096317086
PENCAPAIAN SAYA
SEKALUNG PENGHARGAAN

RIBUAN TERIMA KASIH SAYA UCAPKAN KEPADA SELURUH PIHAK YANG TERLIBAT
SEPANJANG SAYA MENYERTAI EKSPEDISI INI.
JUTAAN TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA KERAJAAN NEGERI TERENGGANU
KERANA MEMBUKA PELUANG YANG SELUAS-LUASNYA BUAT RAKYAT NEGERI
INI MAJU KE DEPAN STANDING NEGARA-NEGARA BESAR LAIN. TERIMA KASIH
KERANA MENAJA KAMI.
TERIMA KASIH KEPADA YAYASAN PENYELIDIKAN ANTARTIKA SULTAN MIZAN
(YPASM) DAN JABATAN PELAJARAN NEGERI TERENGGANU KERANA
MENGURUSKAN SEGALA KELENGKAPAN DAN PERSEDIAAN KAMI.
SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH DIRAKAMKAN
KEPADA GURU-GURU DARIPADA SMA (ATAS) SULTAN ZAINAL ABIDIN
ATAS SEGALA NASIHAT,DORONGAN, BANTUAN DAN KEPRIHATINAN
SEMASA SAYA MELIBATKAN DIRI DALAM EKSPEDISI INI.
SAYA JUGA AMAT MENGHARGAI KESABARAN KEDUA IBU BAPA SAYA YANG SEDIA
MEMBANTU SAYA DALAM PELBAGAI ASPEK DARI AWAL PENYERTAAN SAYA
LAGI.
TIDAK DILUPAKAN JUGA TEMAN-TEMAN DAN RAKAN SEKELAS YANG SENTIASA
MENUNJUKKAN PERSPEKTIF POSITIF KEPADA SETIAP APA YANG SAYA
LAKUKAN.
PUAN NORAINI BT. ABDUL MAJID
Sekalung ucapan terima kasih saya tujukan khas kepada Puan Noraini bt.
Abdul Majid, guru bahasa inggeris saya atas segala bimbingan, nasihat
serta dorongan agar saya tidak pernah putus semangat.

Saya berharap kejayaan saya menyertai


ekspedisi ini telah menggembirakan hati
teacher.
MESSAGE TO THE ARCTIC

For me, Arctic represents courageous, determination and miracle. It has its
own secret and I want to explore it. Actually, the Arctic contribution to
global biodiversity is significant. Although Arctic has few species compared
to areas such as the tropics, the region is recognized for hundreds of
migrating species travel long distances each year. Arctic also includes
sizable natural resources which are oil, gas, minerals, fresh water, fish, and
forest. It attracts many countries in this world to explore it. Recently,
companies and governments want to drill for oil in the melting waters. A
new arctic oil rush is starting. No other place on the earth is more quickly
and dramatically changing than the Arctic. In the last 30 years, we’ve lost
75% of the floating ice cap at the top of the world. If Shell is able to drill oil
in the arctic, a massively destructive oil spill could occur. Then, we must
choose to speak up for those who cannot. As the origin of the world, we can
send a petition to save the Arctic. I must protect this beautiful ecosystem
before it is too late.
YAYASAN PENYELIDIKAN ANTARTIKA SULTAN MIZAN

BERSEMPENA DENGAN PENYERTAAN MALAYSIA KE SISTEM PERJANJIAN


ANTARTIKA (ATS), KERAJAAN TELAH MENGAMBIL LANGKAH PERTAMA
UNTUK MENUBUHKAN DAN MELANCARKAN YAYASAN INI. SEJAK
DITUBUHKAN, MALAYSIA TELAH MENDAPAT PELBAGAI MANFAAT DARIPADA
PROGRAM-PROGRAM YANG DITETAPKAN OLEH YAYASAN. ANTARANYA
TERMASUKLAH MENAWARKAN GERAN UNTUK PENYELIDIKAN DI KUTUB
ATAU LEBIH DIKENALI SEBAGAI ‘ YPASM POLAR RESEARCH GRANTS ‘.
BERMULA PADA TAHUN 2015, YAYASAN TELAH MENGAMBIL PELUANG YANG
DISEDIAKAN YAYASAN STUDENTS ON ICE UNTUK MENGHANTAR GOLONGAN
MUDA MENYERTAI EKSPEDISI KE KUTUB UTARA DAN KUTUB SELATAN.
THE GREATEST CLASSROOM ON EARTH!
Pada tahun 2016, Students On Ice telah menyediakan pembelajaran secara
terus kepada anak belia untuk mengembangkan pengetahuan mereka
tentang dunia kutub.
Ekspedisi berasaskan pelayaran ini membawa bersama-sama lebih 100
belia dari seluruh dunia dengan inspirasi yang mantap oleh ahli-ahli
sains, orang tua, pendidik, artis, pemuzik, Ketua Pegawai Eksekutif,
pereka cipta dan wartawan.
Setiap hari sepanjang ekspedisi dipenuhi dengan penerokaan, penemuan,
persembahan, bengkel, penyelidikan secara terus, dan pengembaraan
yang sangat mencabar!
Antara aktiviti yang dijalankan termasuklah penerokaan hidupan liar,
lawatan ke komuniti Artik serta peluang untuk memperoleh
pengetahuan berkaitan perubahn iklim, pengetahuan tradisional,
penyelidikan saintifik, dasar dan topik global yang penting.
WAKIL DARI MALAYSIA

HANIFAH BT. MOHD ROFIQ


SMKA SHEIKH ABDUL MALEK

TEACHER NURUL AIN BT. JOHAR


SMK SEBERANG MARANG MUHAMMAD ARIF BIN MOHD ROBI
SMA (ATAS) SULTAN ZAINAL ABIDIN
PETA PERJALANAN
Bil. Tarikh Lokasi

1. 21/7/2016 Ottawa, Ontario, Canada


2. 22/7/2016 Ottawa, Ontario, Canada
3. 23/7/2016 Ottawa to Iqqaluit
4. 24/7/2016 Frobisher Bay
5. 25/7/2016 Eclipse Channel
6. 26/7/2016 Ramah Bay
7. 27/7/2016 Hebron
8. 28/7/2016 Base Camp
9. 29/7/2016 Baffin Island
10. 30/7/2016 Davis Strait
11. 31/7/2016 Evighed’s Fjord
12. 1/8/2016 Disko Bay & Qeqertassuaq
13. 2/8/2016 Illulisat, West Greenland
14. 3/8/2016 Sisimiut & Itteliq
15. 4/8/2016 Kangerlussuaq
16. 5/8/2016 Ottawa, Ontario, Canada
PRAKATA
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang telah membenarkan saya
menjelajah jauh ke benua Artik. Apa yang saya mahu buktikan
ialah kejayaan saya pada hari ini adalah berkat hasil usaha dan
keinginan saya yang amat mendalam.
Saya berasa tersangat bertuah kerana terpilih menyertai ekspedisi
yang sangat menakjubkan ini. Satu perjalanan yang telah
membuka mata setiap peserta dan menyedarkan tentang betapa
perlu kita menyayangi dunia ini.
Selama 17 hari, saya bersama 120 orang pelajar dari seluruh negara
dan 80 pembimbing dibawa meneroka benua Artik yang penuh
dengan keajaiban. Pengalaman menjalinkan persahabatan
dengan peserta dari seluruh dunia, serta berbincang tentang isu
global bersama-sama merupakan detik yang sangat berharga
dalam hidup saya.
Bagi saya, perjalanan ini telah tersemat sebagai 1001 memori yang
tak akan pernah saya lupakan sepanjang hidup saya.
Gambar yang diambil oleh jurufoto rasmi SOI, Lee Narraway
PENGENALAN

Pada bulan Julai tahun lalu, Yayasan Pendidikan Antartika Sultan Mizan
(YPASM), dengan kerjasama Kementerian Sains Dan Teknologi Inovasi
Malaysia (MOSTI) serta Kerajaan Negeri Terengganu sebagai penaja
telah menghantar dua orang pelajar serta seorang guru untuk mewakili
Malaysia dalam Ekspedisi Pembelajaran Students On Ice yang berpusat
di Quebec, Kanada. Ekspedisi ini telah disertai oleh Hanifah Binti Mohd
Rofiq, pelajar Tingkatan 4 SMKA Sheikh Abdul Malek, Muhammad Arif
Bin Mohd Robi, pelajar Tingkatan 4 SMA (Atas) Sultan Mizan Zainal
Abidin dan Nurul Ain Bin Johar, guru SMK Marang.
Ekspedisi ini diwujudkan bertujuan untuk memupuk pemahaman baru
mengenai isu alam sekitar serta kaitannya dengan isu-isu global dan
mendidik belia untuk menghargai bumi. Ekspedisi ini turut
membolehkan pelajar, pendidik dan saintis dari seluruh dunia untuk
belajar dan mengajar di kawasan kutub. Ekspedisi ini berteraskan
pengembaraan kapal dari bahagian timur Artik Kanada hingga ke
pantai barat Greenland. Seramai 120 orang pelajar dari seluruh dunia
dan 80 orang staf dan tenaga pengajar yang terdiri daripada saintis,
pendidik, jurugambar, penggiat seni, pemuzik, jurutera, doktor dan ahli
politik telah terlibat dalam ekspedisi ini.
POLAR SCIENCE CAMP

12-14 MEI 2016


UNIVERSITI MALAYSIA
TERENGGANU

Kumpulan debat saya, ‘Arctic Fox’

21 orang pelajar, 8 orang guru, kami semua


berusaha untuk menjadi yang terbaik
POLAR SCIENCE CAMP
Selama tiga hari, seramai 24 orang pelajar dari seluruh negeri
Terengganu dan 7 orang guru telah menyertai kem Sains Polar
bertempat di Universiti Malaysia Terengganu.
Beberapa kriteria penting telah diketengahkan untukpemilihan
antarnya termasuklah kemahiran berbahasa Inggeris, kemahiran
berkomunikasi, tahap kecergasan fizikal, kemahiran berfikir dan
tahap kebertanggunggjawaban.
Medium penyampaian hasil kerja adalah melalui persembahan
video kreatif, sesi perdebatan, penulisan esei bahasa Inggeris
dan sahsiah peribadi pelajar itu sendiri.
19/7/2016 - MAJLIS LAMBAIAN TERAKHIR
Dorongan Ibu bapa , guru-guru dan rakan seperjuangan menjadi inspirasi
kepada saya untuk terus melangkah mengenali dunia. Terima kasih, semua!

Sebilangan guru turut hadir ke


Pada hari terakhir saya di sekolah
Lapangan Terbang Antarabangsa
sebelum berangkat ke Canada, sekolah
Kuala Lumpur bagi membuat
telah meraikan saya dalam satu majlis
lambaian terakhir sebelum saya
di surau sekolah.
berlepas
21/7/2016 – SAMA-SAMA HOTEL

Majlis send off dihadiri dan dirasmikan oleh


Menteri Sains, Teknologi Dan Inovasi, YB Dato’
Seri Panglima Madius Tangau serta CEO Yayasan
Penenyelidikan Antartika Sultan Mizan, Naib
Setiausaha Sains MOSTI, wakil daripada Jabatan
Pelajaran Negeri Terengganu dan guru-guru
daripada sekolah peserta Ekspedisi Students On
Ice 2016
22/7/2016 – THE FLIGHT
KUALA LUMPUR - ABU DHABI - FRANKFURT

Perjalanan kami mengambil masa 32 jam dari


Rakan sebilik saya, Eric
Malaysia untuk tiba di Canada Gauthier, berasal daripada
Canada
MAJLIS PERASMIAN

Pada majlis perasmian, kami telah menerima kunjungan oleh Perdana


Menteri Kanada, Justin Trudeau. Dalam ucapannya, beliau telah
berkongsi pengalamannya menyertai Ekspedisi SOI pada tahun 2005
dan bersempena Hari Belia Dunia, beliau telah menegaskan bahawa
golongan belia bukan sahaja perlu memimpin di masa hadapan, bahkan
mereka perlu memimpin bermula pada hari ini.
23/7/2016 – OTTAWA, ONTARIO, CANADA
Hari kedua ekspedisi, kami melawat
Parliamentary Hill, sebuah bangunan
bersejarah dengan reka bentuk Gothic.

Bergambar bersama arca tokoh pejuang Menikmati suasana indah di


hak kemanusiaan Canada Bandar Ottawa.
24/7/2016 – IQQALUIT, NUNAVUT

Suhu 5C ketika kami


mendarat di Iqqaluit,
cukup dingin untuk
membuat seluruh badan
kami gementar kesejukan.

Hari pertama kami di atas kapal,


menyaksikan kehidupan Artik dengan
laut terbentang luas di hadapan kami.
25/7/2016 – FROBISHER BAY

Peserta-peserta tidak melepaskan


peluang menghayati kehidupan di
lautan Artik.

Ais-ais yang pecah di atas permukaan air


menjadi habitat kepada beruang kutub
dan singa laut.
25/7/2016 – ECLIPSE CHANNEL

Ekspedisi pada hari ini membawa kami ke Eclipse Channel yang


terletak dalam Taman Negara Torngats Mountain. Kami
meluangkan seharian masa kami mendaki bukit sehingga sampai
ke air terjun yang sungguh memukau pandangan
26/7/2016 – RAMAH BAY

Menggelunsur menuruni glasier

Artifak yang
ditemui

Ramah bay, sebuah lagi tanah bersejarah dalam Taman Negara.


Sememangnya teluk ini amat indah dengan kawasan pantai
yang berbatu dan mempunyai sebuah air tejun yang mengalir
terus ke sungai.
28/7/2016 - HEBRON
Hebron, tanah tinggalan yang pernah didiami
komuniti inuit. Suatu hari, kerajaan canada
mengarahkan penduduk di sini berpindah ke
kawasan bandar disebabkan kos untuk
menghantar bekalan makanan dan ubat cukup
mahal. Namun, mereka enggan sehinggakan
mereka terpaksa hidup merana dan berlaku
masalah sosial yang besar.

Sebuah rumah tinggalan di Hebron

Hal inilah yang kami belajar dalam ekspedisi,


berkaitan sejarah penduduk di sini di
samping keajaiban alam semula jadi di artik
itu sendiri

Tanduk rusa Carribou


29/7/2016 – THE TORNGATS MOUNTAINS NATIONAL PARK BASE CAMP

Mengibarkan bendera sekolah di tengah-tengah


Taman Negara Torngats Mountain

Di kem inilah para saintis berpengkalan sepanjang menjalankan kajian ke


atas Taman Negara Torngats Montain
29/7/2016 – EXPEDITION DAY AT SEA

Masa seharian kami diisi dengan


pelbagai aktiviti antaranya melukis,
aktiviti bottle dropping dan bengkel

Hasil lukisan saya setelah mengahadiri


bengkel bersama Linda Lang, seorang
pelukis dari Canada

Kapal pelayaran kami bergerak


merentasi Davis Strait, menuju ke
barat Greenland pada hari ke-9
ekspedisi Singa laut di lautan Artik
31/7/2016 - EVIGHED’S FJORD
Hari ini ialah hari pertama kami
di Greenland. Kami mulakan
jadual kami dengan menghayati
keindahan Evighed’s Fjord.

Di hadapan tebing ais yang


menakjubkan inilah kami melihat
sendiri runtuhan ais yang
menggerunkan.
Pada tanggal 31 julai 2016, pagi kami amat ceria apabila kami
bangun dengan dikelilingi pergunungan yang diliputi ais yang
memutih. Tidak cukup dengan itu, kami dibawa meneroka
dengan lebih teliti dengan menaiki bot Zodiac ke sebuah
tebing ais yang sangat besar di mana serpihan-serpihan ais
yang jatuh daripada tebing ini akan bergerak ke laut sebagai
Aisberg.

Menikmati hidangan
Barbeque di dek atas kapal

Pemandangan yang cukup


memukau apabila kami juga
dapat melihat beribu-ribu ekor
burung yang sedang berhijrah di
sepanjang tebing curam
Mengibarkan Jalur Gemilang
dengan penuh bangga di puncak
gunung Evighed.

Bersama Malcom, peserta dari USA

Kami meneruskan hari kedua kami


di Greenland dengan pendakian
Gunung Evighed. Lantai bumi diliputi
pokok blackberry yang
boleh dimakan segar
1/8/2016 - QEQERTASSUAQ, BARAT GREENLAND

Di dalam muzium Inuit, meneliti


bagaimana penduduk Artik menyara
kehidupan, iaitu dengan memburu haiwan
laut seperti paus untuk mendapatkan
sumber protein.

Bersama peserta tertua ekspedisi, Dr. Fred Root yang sedia


berkongsi pengetahuannya dengan kami pada sepanjang masa
2/8/2016 - ILLULISAT ICE FJORD, BARAT GREENLAND

Saya berasa sangat kecil berbanding


aisberg gergasi di hadapan saya.

Illulisat Ice Fjord telah diiktiraf


sebagai Tapak Warisan Dunia
UNESCO pada tahun 2004 sebagai
pusat penghasilan ais paling Pembelajaran di luar kelas lebih
produktif di dunia. memberi impak dalam diri peserta.
HUMPBACK WHALE

Pada 2 Ogos 2016, ketika kami


bersiar-siar melihat keindahan
aisberg di lautan Artik, kami
dikejutkan dengan kehadiran 3
ekor ikan paus Humpback
yang sedang berehat di
permukaan air.

Kami mendekati paus-paus tersebut dan Woosh! Udara dan wap


air terpancut keluar daripada hos belakang badan mereka.

Bersama Sofia Finley dan juruvideo


3/8/2016 - SISIMIUT & ITTELIQ

Gambar potrait peserta SOI 2016

Ahli kumpulan Pod Charlie

Pada hari ini kam telah mengadakan solo time di mana kami
telah mencari sebuah tempat di pulau tersebut dan melakukan
self-reflection untuk menilai diri kami sepanjang berada dalam
ekspedisi ini.
KAWAN-KAWAN SAYA
Walaupun berada di sini
hanya untuk beberapa ketika
namun saya percaya kami
sudah pun menjalinkan
persahabatan yang amat erat

Sebilangan rakan saya yang kesemuanya


daripada latar belakang berbeza

Bersama Abhayjeet Sinkh, rakan saya yang berasal


dari Canada
KAMI BERASA BERTUAH SEBAGAI RAKYAT MALAYSIA YANG PERNAH
MENJEJAKKAN KAKI KE BENUA ARTIK!

Kangerlussuaq Ice Cap


5/8/2016 - CANADIAN MUSEUM OF NATURE

Kami bagaikan sekumpulan penyelamat dunia,


dalam misi untuk menanam sifat cinta akan bumi ini
dalam diri seluruh masyarakat!
OTTAWA, ONTARIO,
CANADA
Kami meluangkan
hari terakhir bersiar-
siar di bandar
Ottawa, Canada

Kami turut diberi kesempatan


melawat Universiti tertua di
Canada yang juga merupakan
universiti kebangsaan Canada

Bersama Tim Baker, seorang penyayi dari Canada


Beavertails pastry menjadi
kegemaran penduduk Ottawa dengan
pelbagai menu pastri seperti roti
kayu manis.

Canada, sebuah negara yang cantik dan


kaya dengan sejarah dan budaya, saya
berharap untuk tinggal di sini suatu hari
nanti
8/8/2016 – KETIBAAN DI KUALA TERENGGANU

Saya sedar bahawa ekspedisi saya mungkin


terhenti di sini, namun perjalanan untuk
saya baru sahaja bermula. Sebagai Alumni
Students On Ice, saya memikul
tanggungjawab untuk menyedarkan
masyarakat terutamanya golongan muda
untuk cinta akan bumi ini.
PENERIMAAN SIJIL PENGHARGAAN DARIPADA JPNT

Menerima sijil penghargaan daripada Pengarah Pendidikan


Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu.
PENUTUP
Perkara pertama saya boleh simpulkan adalah betapa indahnya dunia ini. Saya
sedar bahawa melalui ekspedisi inilah pandangan saya terhadap dunia
berubah.
Ekspedisi ini sesungguhnya telah memberi impak yang besar dalam kehidupan
saya. Pengalaman berada betul-betul di hadapan aisberg gergasi, pergunungan
ais yang memukau serta menghayati kehidupan beruang polar menjadi
kenangan yang tak akan pernah saya lupakan.
Bagi saya, segala ilmu yang diperolehi adalah untuk rakan-rakan saya dan tugas
saya adalah untuk menyebarkannya.
Students On Ice Arctic Educational Expedition 2016 telah mengajar saya
bahawa kesejahteraan dunia esok ditentukan oleh apa yang kita lakukan pada
hari ini.
Dianggarkan jika seluruh ais di Artik mencair, jumlahnya cukup untuk
menenggelamkan bandar-bandar besar di seluruh dunia. Oleh itu, peranan kita
sebagai penduduk bumi adalah dengan menjaga planet ini.
Saya sedar, kami terbang ke Artik sebagai wakil Malaysia namun kami pulang
sebagai wakil Artik dan SOI untuk menyebarkan kesedaran tentang
pemuliharaan dan pemeliharaan bumi.

You might also like