You are on page 1of 1

TESDEC SERVICES SDN. BHD.

JAWATAN PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT (EIO)


JABATAN SEKOLAH-SEKOLAH NEGERI TERENGGANU

SENARAI TUGAS PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT (EIO)

1. Bertanggungjawab kepada Guru Besar Sekolah, TESDEC SERVICES Sdn. Bhd. dan
Kerajaan Negeri Terengganu.
2. Bertanggungjawab mengurus, menjaga dan menyelenggara e-book dan
peralatannya mengikut jadual yang dirancang.
3. Mengurus dan merekod data berkaitan e-book dan peralatannya termasuk jumlah,
indeks, dan lain-lain yang berkaitan.
4. Mengurus dan menyelia server di sekolah bagi memastikan e-book dapat digunakan
dengan lancar dan berkesan.
5. Memuat turun dan mengemaskini perisian anti-virus yang dibenarkan di e-book dan
memastikan ia di kemaskini secara berjadual
6. Menyelia dan membuat pemantauan terhadap program-program yang dimuat turun
di e-book oleh pelajar secara berkala bagi menggelakkan salah guna.
7. Bertanggungjawab membuat pemeriksaan, pembersihan (cleaning) dan lain-lain
yang difikirkan perlu bagi memastikan semua e-book berada dalam keadaan baik
dan boleh digunakan pada bila-bila masa
8. Membuat laporan kepada pihak PPD (EIO) berkaitan kerosakan, keluar masuk
e-book atau lain-lain yang berkaitan.
9. Bersedia untuk membaiki kerosakan kecil e-book dan peralatannya jika perlu.
Kerosakan major perlu dilaporkan kepada pihak pengilang.
10. Membantu lain-lain kerja yang berkaitan IT disekolah sekiranya diarah berbuat
demikian.
11. Melaksanakan arahan dari pihak sekolah, TESDEC SERVICES Sdn. Bhd. dan Kerajaan
Negeri Terengganu yang diberi dari masa ke semasa.

Disahkan

Pengarah Eksekutif
TESDEC SERVICES SDN. BHD.
Tarikh : 01 Nov 2009

You might also like