You are on page 1of 2

SENARAI TUGAS JURUTEKNIK

1.0 PENGURUSAN ICT SEKOLAH


1.1. Memeriksa dan menyelenggara kelengkapan peralatan ICT yang rosak
seperti kerosakan perkakasan utama, komponen-komponen dan aksesori
yang lain.
1.2. Sebagai pegawai urusan bagi aktiviti penyelenggaraan termasuk
mencatat log, memantau kerja yang dilakukan oleh pembekal, membuat
tindakan susulan kepada pihak berkaitan.
1.3. Membantu menguruskan semua hal-hal berkaitan dengan aduan
kerosakan peralatan ICT di sekolah.
1.4. Membantu pihak pengurusan sekolah dalam menguruskan pendaftaran
serta mendokumentasi maklumat aset alih kerajaan bagi peralatan ICT di
sekolah.
1.5. Membantu pihak pengurusan sekolah dalam menguruskan proses
pelupusan aset alih kerajaan bagi peralatan ICT di sekolah.
1.6. Membantu menyediakan keperluan alatan ICT untuk guru dan membantu
mereka sewaktu menggunakannya dalam pengajaran dan pembelajaran
(PdP).
1.7. Membantu memberi input di dalam menyediakan keperluan perolehan ICT
untuk pengurusan sekolah.
1.8. Membantu menyedia, mengurus serta mengemaskini semua fail-fail ICT di
sekolah.
1.9. Sebagai pegawai yang dilantik dalam menguruskan e-mel 1GOVUC.
1.10. Membantu pihak pengurusan sekolah dalam mengemaskini laman web
rasmi/blog sekolah.
1.11. Membantu pihak pengurusan sekolah dalam melaksanakan Ekosistem
Kondusif Sektor Awam (EKSA).

2.0 PENGURUSAN PERKAKASAN/PERISIAN & KESELAMATAN ICT


2.1 Membantu dalam menyediakan peralatan ICT bagi aktiviti pengemaskinian
data dan maklumat untuk aplikasi dan sistem online dan sebagainya.
2.2 Membantu isu-isu keselamatan peralatan ICT dan sistem maklumat di
peringkat sekolah serta mematuhi kawalan dan prosedur keselamatan yang
berkesan selaras dengan dasar-dasar keselamatan yang telah ditetapkan
oleh KPM/JPN/PPD/Sekolah serta MAMPU.
2.3 Membantu dalam pengurusan 1GFMAS bagi sekolah PTJ.
2.4 Membantu menguruskan serta merekod semua maklumat sistem online
serta perisian yang diterima oleh pihak sekolah.
2.5 Membantu Guru Penyelaras Bestari (GPB) dalam menguruskan laman VLE
Frog.

3.0 PENGURUSAN RANGKAIAN


3.1 Membantu, memantau dan menyelia rangkaian 1BestariNet.
3.2 Membantu menguruskan semua aduan berkaitan talian 1BestariNet di
sekolah.
3.3 Membantu, mengurus dan menyelaras pembahagian Alamat IP (IP
Address), ZOOM, Router, Access Point, Switch, VPN dan sebagainya.
3.4 Membantu menyelia serta memantau rangkaian Local Area Network (LAN)
di sekolah.

4.0 LAIN-LAIN
4.1 Menjadi pegawai sumber Help-desk dan 1st Level Support di sekolah.
5.2 Melaksanakan tugas-tugas lain berkaitan pengurusan ICT yang diarahkan
dari masa ke semasa.

You might also like