You are on page 1of 7

BRIGED BESTARI (PENGAWAS SIBER)

1.0 Pendahuluan

Pencapaian pelaksanaan Sekolah Bestari melibatkan lima komponen utama iaitu


pelajar, guru, pentadbir, pengintergrasian teknologi dan penglibatan ibu bapa atau
penjaga/komuniti. Terdapat pelajar yang berkemahiran tinggi dalam bidang ICT dan
kelompok pelajar ini memerlukan ruang untuk mengembang dan menggunakan
kemahiran mereka. Briged Bestari bukan sahaja dapat membantu menggerak dan
memantapkan penggunaan ICT di sekolah, Briged Bestari juga dapat memberi
ruang kepada pelajar yang berkemahiran menyalurkan kepakaran mereka ke arah
yang positif. Dengan demikian, menjadi satu harapan setiap warga sekolah akan
mendapat manfaat daripada penubuhan pasukan melalui aktiviti sokongan, latihan
dan penyelenggaraan komputer.

2.0 Rasional

Memandangkan wujudnya keperluan semasa untuk memantapkan pengurusan


Pembestarian Sekolah, Briged Bestari perlu ditubuhkan sebagai agen pemangkin.
Komitmen pelajar bukan hanya terbatas kepada panggunaan kemudahan teknologi
yang dibekalkan tetapi merangkumi aspek teknikal agar faedah program ini dapat
dioptimumkan kepada semua warga sekolah dan masyarakat umum.

3.0 Matlamat

Briged Bestari ditubuhkan bagi membantu sekolah menjayakan Program


Pembestarian Sekolah serta membantu pelbagai program ICT berjalan lancar.
Program ICT semakin bertambah di sekolah dan bagi melicinkan pelaksanaan
program ini, sebuah badan khas seperti Briged Bestari perlu diwujudkan.

4.0 Objektif

Antara objektif penubuhan Briged Bestari:

1. Membentuk wadah perkongsian ilmu, minat dan kepakaran dalam menggunakan


aplikasi di sekolah.
2. Menjadi agen penggerak bagi membantu melancarkan pelaksanaan Program
Pembestarian Sekolah.

3. Melatih sekumpulan pelajar yang berminat dan berkeupayaan dalam bidang ICT.

4. Menggembleng ilmu dan kepakaran teknologi maklumat dan Komunikasi ICT di


kalangan pelajar untuk kegunaan positif.

5. Memberi peluang kepada pelajar berkongsi kemahiran dan seterusnya


menyebarkan ilmu kepakaran mereka dalam bidang teknologi maklumat dan
komunikasi kepada rakan-rakan lain di sekolah.

5.0 Fungsi

Antara fungsi penting Briged Bestari:

1. Membimbing rakan sebaya dalam penggunaan aplikasi di sekolah.

2. Membantu proses pengisian data dalam beberapa aplikasi di sekolah.

3. Membantu menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan teknikal semasa


proses pengajaran dan pembelajaran.

4. Membantu kerja-kerja penyelenggaraan yang mudah serta pengawasan


perkakasan dan perisian.

5. Membantu kerja-kerja penyenggaraan perkakasan ICT (Preventive


Maintenance).

6. Membantu menyebarkan maklumat terkini berkaitan Program Pembestarian


Sekolah.

7. Membantu memastikan program ICT di sekolah yang ditetapkan oleh


Kementerian Pelajaran Malaysia berjalan lancar sebagaimana yang telah
dirancangkan.

6.0 Aplikasi Yang Perlu Dikuasai Ahli-Ahli Briged Bestari

Pelajar Briged Bestari perlu menguasai aplikasi berikut

1. Emel
2. Internet

3. CD TLM (Stand-Alone)

4. Kolaborasi – Think.com, Project-Based Learning (PBL)

5. Pemprosesan perkataan (MS Word)

6. Hamparan Elektonik (MS Excel)

7. Aplikasi Persembahan (Power Point/Flash)

8. Aplikasi Multimedia (Movie Maker/Video Cutter)

9. Aplikasi Grafik (Adobe Photoshop)

8.0 BIDANG TUGAS ORGANISASI BRIGED BESTARI

8.1 Penasihat

1. Bertindak sebagai penasihat kepada jawatankuasa pelajar Briged Bestari


bagi memastikan segala perancangan berjalan dengan lancar.

2. Menjalankan aktiviti pemantauan terhadap pelaksanaan semua aktiviti


Briged Bestari bersama Kementerian Pelajaran Malaysia/Bahagian
Teknologi Pendidikan/Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perak.

3. Mengenalpasti dan seterusnya membantu menyelesaikan sebarang


masalah yang berkaitan dengan Briged Bestari.

8.2 Penyelaras

1. Merancang dan mengawasi pelaksanaan aktiviti Briged Bestari.

2. Memastikan aktiviti berkaitan Briged Bestari berjalan lancar.

3. Melatih ahli Briged Bestari dalam penggunaan aplikasi di sekolah.

4. Memantau keberkesanan pelaksanaan aktiviti Briged Bestari.

5. Memeriksa tahap keselamatan semasa perkakasan, perisian dan data.


8.3 Pengerusi

1. Bertanggungjawab secara langsung kepada Guru Penyelaras Briged


Bestari.

2. Mempengerusikan setiap perjumpaan atau mesyuarat Briged Bestari.

3. Berhubung dengan Guru Penyelaras bagi membincangkan setiap masalah


dan membuat keputusan.

4. Membimbing ahli-ahli kelab bagi mencapai matlamat Program


Pembestarian Sekolah.

5. Merancang, menyelaras dan menjalankan aktiviti tahunan bagi Briged


Bestari.

8.4 Timbalan Pengerusi

1. Bertanggungjawab kepada arahan Guru Penyelaras berkaitan dengan


pelaksanaan Program Pembestarian Sekolah ketika ketiadaan Pengerusi.

2. Menjalankan tugas-tugas Pengerusi semasa ketiadaannya dan


menyediakan laporan.

3. Membantu Pengerusi dalam melaksanakan tugas-tugas yang berkaitan


dengan Briged Bestari.

8.5 Setiausaha

1. Bertanggungjawab kepada setiap arahan Pengerusi berkaitan dengan


pelaksanaan Briged Bestari.

2. Mengemas kini fail dan dokumentasi Briged Bestari.

3. Mencatat dan merekod minit mesyuarat Briged Bestari.

4. Mengenalpasti dan seterusnya membantu menyelesaikan sebarang


masalah yang berkaitan dengan Briged Bestari.

8.6 Penolong Setiausaha


1. Bertanggungjawab kepada setiap arahan Pengerusi berkaitan dengan
Briged Bestari.

2. Mengambil alih tugas Setiausaha semasa ketiadaannya dan membuat


laporan.

3. Membantu Setiausaha dalam melaksanakan tugas-tugas yang berkaitan


dengan briged.

8.7 Bendahari

1. Bertanggungjawab kepada Guru Penyelaras tentang urusan kewangan.

2. Menguruskan sumbangan dan derma.

3. Mengemas kini buku akaun Briged Bestari.

4. Menguruskan keluar masuk wang melalui Guru Penyelaras.

5. Menyediakan laporan semasa kewangan untuk dibentang dalam


mesyuarat.

8.8 Ahli Jawatankuasa

1. Bertanggungjawab kepada setiap arahan Guru Penyelaras berkaitan


dengan pelaksanaan Briged Bestari.

2. Membantu Pengerusi dalam melaksanakan tugas-tugas yang berkaitan


dengan Briged Bestari.

3. Melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh Briged Bestari.

8.9 Tugas-tugas

Biro

8.9.1 Biro Infrastruktur Teknologi


1. Menyediakan perancangan aktiviti tahunan biro (kertas kerja, implikasi
kewangan, carta Gantt)

2. Memastikan penggunaan peralatan ICT yang dibekalkan mengikut


peraturan yang telah ditetapkan.

3. Memastikan peralatan ICT yang dibekalkan sentiasa berada dalam


keadaan selamat untuk digunakan.

4. Membantu menyenggara pelbagai peralatan yang ada di sekolah.

5. Membantu menyelenggara pelbagai peralatan yang ada di sekolah.

8.9.2 Biro Latihan

1. Menyediakan perancangan aktiviti tahunan biro (kertas kerja, implikasi


kewangan, carta Gantt)

2. Merancang, mengurus dan melaksanakan latihan atau kursus yang


berkaitan dengan aplikasi di sekolah dan penggunaan ICT.

8.9.3 Biro Dokumentasi dan Penerbitan

1. Menyediakan perancangan aktiviti tahunan biro (kertas kerja, implikasi


kewangan, carta Gantt)

2. Menyedia dan menyimpan laporan bagi setiap aktiviti yang dilaksanakan


oleh Briged Bestari.

3. Menerbit dan mengedar bahan atau maklumat yang berkaitan dengan


pelaksanaan aktiviti Briged Bestari.

8.9.4 Biro Laman Web

1. Menyediakan perancangan aktiviti tahunan biro (kertas kerja, implikasi


kewangan, carta Gantt)

2. Membangun dan mengemas kini laman web rasmi sekolah.


3. Menjadi pembimbing rakan sebaya kepada badan atau persatuan serta
kelab pelajar bagi membina laman web pertubuhan mereka.

9.0 AKTIVITI BRIGED BESTARI

9.1 Aktiviti Khusus

1. Mengadakan kursus dan latihan berkenaan ICT kepada ahli Briged


Bestari dan warga sekolah.

2. Membantu tugas guru-guru memasukkan data (yang dibenarkan).

3. Membantu menguruskan bilik operasi mengikut jadual.

4. Membantu penyenggaraan (Preventive Maintenance) prasarana ICT.

5. Membantu penyelenggaraan prasarana ICT.

6. Membantu guru-guru menggunakan peralatan ICT semasa sesi


pengajaran dan pembelajaran.

9.2 Aktiviti Sampingan

1. Membantu webmaster mendapatkan bahan-bahan yang sesuai bagi


tujuan mengemas kini laman web sekolah.

2. Mendokumentasikan setiap aktiviti khas yang telah dijalankan oleh


sekolah.

3. Membantu Guru Penyelaras Bestari sebagai penyampai maklumat kepada


pelawat.

4. Membantu mengendalikan kursus asas literasi komputer kepada warga


sekolah.

5. Membantu pengambilan gambar digital/video untuk profil pelajar dan


aktiviti sekolah.

6. Mengadakan lawatan sambil belajar bagi tujuan penanda aras.

You might also like