You are on page 1of 4

1.

0 PENGENALAN

1.1 IDENTITI SMK KENINGAU II

Sekolah Menengah Kebangsaan Keningau II,terletak di kawasan yang diabadikan unruk


membezakan SMK Keningau yang sudah wujud ketika itu di Daerah Keningau.Pada tahun 1997
sekolah ini telah siap sepenuhnya dan mula beroperasi pada 6hb Januari 1997.Pengambilan
pertama adalah untuk Tingkatan 1 (12 buah kelas) dan Tingkatan Empat (3 buah kelas dengan
bilangan pelajar keseluruhannya lebih kurang 550 orang.Murid-murid yang menjadi perintis
sekolah ini adalah terdiri daripada para pelajar sekolah menengah di sekitar Daerah
Keningau.Encik Sahumin Hj.Daud adalah pengetua pertama di sekolah ini.Beliau dibantu oleh
Puan Jaharah Jaafar sebagai Penolong Kanan dan Encik Sailin Saribini sebagai Penolong Kanan
HEM.Mereka dibantu oleh dua orang staf dan 12 orang guru

Pegawai-pegawai yang terlibat untuk merancang pembinaan sekoalh ini termasuklah Pegawai
Pendidikan Bahagian Encik Haji Mohd.Salleh B.Ag Amin.Persatuan Ibubapa dan Guru(PIBG)
sekolah ini telah ditubuhkan pada 5hb Mei 1997.Penaung pertama persatuan ini alalah senator
Datuk Hj. Karno dan pengerusi pertama disandang oleh Raymond Pudon.

Pada 16hb Mac 1998 Encik Joanes B.Onson telah dilantik sebagai Pengetua sekolah ini yang
kedua.Manakala Puan Jemira Bte Ekong sebagai Penolong kanan HEM menggantikan Encik
Sailin Saribini yang dilantik sebagai Kaunselor Sekolah.Sekolah yang dibina seluas 25 ekar ini
dan terletak berhampiran Kampung Luagan di dalam mukim Keningau kini mempunyai lebih
kurang 1,800 orang pelajar termasuk kumpulan pertama pelajar-pelajar Tingkatan Enam Rendah
yang pengambilannya bermula pada bulan Jun tahun 2005.

Sekolah ini dilengkapi dengan pelbagai kemudahan merangkumi blok 3 tingkat Bangunan
Pentadbiran;2 blok 3 tingkat Bilik Darjah untuk tingkatan 1 hingga 5;sebuah blok 4 tingkat
Makmal Sains,Kemahiran hidup dan ERT;sebuah blok 4 ingkat pra universiti,sebuah Bilik Pusat
Sumber,sebuah bilik Pendidikan Muzik;sebuah bilik Pendidikan Seni Visual;sebuah blok
makmal ICT,sebuah blok Teknologi Kejuruteraan,sebuah Surau,sebuah blok tingkat Bangunan
Asrama lelaki dan perempuan dan blok Flat guru.Dari segi kemudahan permainan,sekolah ini
mempunyai Dewan Serbaguna,Padang bola sepak,sebuah Gelanggang bola jaring dan bola
Keranjang.

1.2 PENDIDIKAN

Pendidikan merupakan salah satu aspek penting dalam sesebuah Negara.Pendidikan dilihat
mampu mengubah negara kepada tahap yang lebih baik dari segi peningkatan
ekonomi,politik,budaya,sosial dan sebagainya.Dengan pendidikan kehidupan manusia boleh
berubah dalam sekelip mata.Pendidikan juga merupakan asas penting kepada setiap
individu.Pelbagai usaha yang telah dan akan dilaksanakan oleh pihak kerajaan dalam sesebuah
negara bagi memastikan semua rakyatanya menerima pendidikan.

Pendidikan mempunyai tafsiran yang pelbagai dan sentiasa berubah mengikut peredaran
zaman,tujuan,dan tugasnya.Disini akan dihuraikan oleh beberapa ahli falsafah dan tokoh ilmuan
dari Barat pandangan Barat dan Islam.Swift D.F di dalam bukunya ‘Sociology of Education’
menghuraikan pendapat-pendapat yang dikemukakan oleh beberapa orang sarjana dan Ilmuan
dari Barat berkenaan dengan pendidikan.Antaranya ialah,Plato berpendapat pendidikan ialah
suatu proses untuk membentuk individu yang berakhlak mulia.Beliau menyokong pendapat
Socrates bahawa tujuan pendidikan ialah memberi latihan moral kewarganegaraan yang
baik.Menurut Aristotle pula,pendidikan ialah yang bersifat etikal dan politikal.Mengikut
beliau,tujuan pendidikan ialah memberikan setiap warganegara peluang untuk mencapai
kebahagiaan hidup.

John McDonald menghuraikan perbezaan pendidikan di antara mayarakat primitif dengan


masyarakat moden.Pengertian pendidikan dalam mayarakat primitif ialah latihan vokasional dan
pelajaran adat resam kepercayaan serta cara sembayang disampaikan melalui tunjuk ajar dengan
secara tidak langsung daripada keluarga dan pergaulan dengan orang dewasa.Manakala
pengertian pendidikan bagi masyarakat moden pula merupakan latihan khusus menguasai
kemahiran dan memperoleh ilmu pengtahuan yang penting untuk kehidupan disampaikan
melalui pengajaran secara langsung daripada guru yang berilmu tinggi serta mempunyai
kemahiran mengajar.

John Dewey pula mengatakan bahawa pendidikan adalah satu proses perkembangan
individu.Mengikut beliau,pendidikan merupakan usaha mengatur ilmu pengtahuan untuk
menambahkan lagi pengtahuan semula jadi yang ada padanya,supaya dapat hidup dengan lebih
berguna dan lebih selamat lagi.

Atan Long pula di dalam bukunya bertajuk ‘Psikologi Pendidikan’memusatkan di dalamnya


beberapa pandangan mengenai pendidikan yang telah dikemukakan oleh beberapa sarjana dan
ilmuan Islam.Antaranya ialah;Syed Muhammad Outb menyatakan bahawa pendidikan adalah
proses membentuk manusia secara menyeluruh dan seimbang.Menurut beliau,tujuan utama
pendidikan ialah untuk memperkembangkan potensi intelek,fizikal emosi dan rohani manusia
ke arah tahap kesempurnaan.

Amar al-Shaibani berpendapat pendidikan adalah digunakan untuk melatih manusia membuat
persiapan bagi kehidupan dunia dan akhirat.Menurut al-Ghazali pula, proses pendidikan
hendaklah merangkumi aspek latihan jasmani serta pembinaan akhlak mulia,berani dan hormat-
menghormati.

1.3 SIJIL TINGGI PELAJARAN MALAYSIA (STPM)

Sijil tinggi pelajaran Malaysia (STPM) adalah peperiksaan pra-universiti yang diambil oleh
pelajar-pelajar di Malaysia.Ia dahulunya dikenali sebagai Sijil Tinggi Sekolah (HSC).HSC
adalah pendahulu ke GCE A Level di UK,dan masih nama peperiksaan pra-universiti di beberapa
negeri di Australia.

Sejak tahun 1982,STPM telah ditadbir oleh Majilis Peperiksaan Malaysia (MEC),yang sejak
tahun 1999,juga telah menjalankan Ujian Bahasa Inggeris Malaysia (MUET).Walau
bagaimanapun,ujian kebangsaan.Walau bagaimanapun ujian kebangsaan seperti Ujian Penilaian
Sekolah Rendah dan Sijil Pelajaran Malaysia semuanya ditetapkan dan diperiksa oleh Malaysian
Examination Syndicate (MES).Walau bagaimanapun kedua-dua MEC dan MES,berada di bawah
Kementerian Pendidikan.

STPM adalah salah satu daripada system pra-universiti utama untuk kemasukan ke university
awam Malaysia.STPM bukan satu satunya kelayakan yang diterima selain program matrikulasi

dan Sijil Keislaman Tinggi Malaysia (STAM).Calon secara teknikal boleh memohon masuk ke
kursus ke peringkat ijazah dengan pelbagai peperiksaan pra-universiti yang dipertimbangkan
bersamaan dengan STPM,termasuk A-Level.Walau bagaimanapun,semua universiti yang
memohon untuk MUET telah mengambil MUET.STPM diiktiraf di peringkat antarabangsa oleh
banyak university,terutamanya yang berada di Komanwel Bangsa-Bangsa serta Amerika
Syarikatdan Republik Ireland.Kebanyakan university menganggap keputusan STPM bersamaan
dengan keputusan GCE A-Level.
Dari tahun 2012 dan seterusnya,system modular baru akan menggantikan system terminal sedia
ada untuk Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).Selain itu,keputusan peperiksaan di
bawah system penilaian STPM ysng baru akan dipantau oleh wakil dari Penilaian Cambridge
untuk mengekalkan piawaian dan kualiti.

1.4 GEOGRAFI

Geografi ialah sains ruang dan tempat.Geografi juga merupakan kajian permukaan bumi sebagai
ruang dan tempat masyarakat manusia hidup.Tumpuan kajian ialah fenomena semulajadi dan
budaya yang terdapat yang berada di merata tempat di dunia.Perkataan ‘Geografi’berasaldari dua
perkataan Yunani,iaitu kata nama “geo” yang bermaksud bumi dan kata kerja “graphon” yang
bermaksud menulis.Dengan mencabtumkan kedua-dua ayat tersebut orang Yunani telah
menciptakan perkataan ‘Geographia’ yang bermakna “deskripsi bumi”.Ahli-ahli geografi
menumpukan perhatian mereka terhadap pola-pola tempat di dunia yang sentiasa berubah,baik
melalui persembahan visual dalam peta.

Mereka sentiasa cuba menghuraikan bagaimana setiap ciri-ciri dan pola yang istimewa terhadap
sesuatu tempat di permukaan bumi timbul.Mereka juga sentiasa mencari sebab-sebab tentang
kewujudan ciri dan pola taburan sesuatu fenomena, khasnya jika dikaitkan dengan ruang dan
masa.Pendek kata,objektif utama bidang geografiialah untuk memahami bentuk-bentuk fizikal
dan budaya setiap tempat dan perkaitannya dengan unsur alam sekitar semula jadinya di atas
permukaan bumi.

Ahli geografi menggunakan maklumat yang dikumpul oleh ahli-ahli sains dalam bidang-biang
lain,termasuk biologi,geologi,antropologi,ekonomi,fizik,dan sosiologi.Mereka menggabungkan
data ini dengan data penyelidikan mereka sendiri bagi menjawab pelbagai soalan tentang
permukaan bumi.Mereka biasanyamerekodkan hasil penyelidikan pada peta yang merupakan alat
yang paling asas.Ahli geografi juga bergantung pada teknik-teknik penyelidikan lain seperti
pengembaraan,fotografi,kaji ukur,temu ramah,dan statistik dalam dalam penyelidiakan mereka.

You might also like