You are on page 1of 3

Seramai 559 pelajar memperolehi keputusan semua A+ untuk Sijil Pelajaran Malaysia berbanding 403 pelajar untuk 2010

506 pelajar daripada Sekolah Menengah Kebangsaan dan 53 Pelajar dari sekolah lain. Gred Purata Nasional (GPN) iaitu 5.04 lebih baik berbanding tahun lalu 5.19 Petikan berita berkaitan keputusan SPM 2011 , 21 Mac (Bernama) -- Seramai 559 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2011 memperoleh gred cemerlang tertinggi (A+) bagi semua mata pelajaran yang diduduki, berbanding 403 pada tahun 2010. Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Seri Abd Ghafar Mahmud berkata daripada jumlah itu, seramai 506 adalah calon sekolah menengah kebangsaan manakala 53 lagi calon dari sekolah selain sekolah menengah kebangsaan berbanding masing-masing 363 dan 40 calon pada tahun 2010. "Pencapaian keseluruhan calon SPM 2011 bertambah baik dengan Gred Purata Nasional (GPN) 5.04, berbanding 5.19 pada tahun 2010," katanya pada majlis pengumuman analisis keputusan peperiksaan SPM di sini hari ini. Beliau berkata seramai 468,808 calon menduduki peperiksaan itu tahun lepas.

Pendidikan Sains merupakan usaha berterusan untuk mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif serta berilmu dan membentuk warganegara kritis, kreatif dan berketerampilan yang mengamalkan sains dan teknologi. Ia memberi tumpuan kepada kemahiran seperti kemahiran proses sains, kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif, kemahiran manipulatif dan kemahiran saintifik. Strategi p&p Sains adalah berfokus kepada sains sebagai proses inkuiri dan berasaskan konstruktivisme, pembelajaran konteksual, pembelajaran masteri dan pendekatan sains, teknologi dan masyarakat.

Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Sukan secara prinsipnya telah bersetuju dan meluluskan pelan pembangunan Sukan Sekolah. Pelan pembangunan ini memerihalkan strategi dan pelan tindakan yang akan dilaksanakan oleh KPM dalam tempoh RMKe-9. Sebagai langkah awal, sebanyak RM10 juta telah diperuntukkan pada tahun 2005 bagi menaik taraf 15 Pusat Sukan Negeri dan beberapa SBP serta Sekolah Premier yang terpilih. Strategi yang telah dirangka meliputi aspek infrastruktur, pembangunan tenaga pengajar dan pencapaian prestasi. Ketiga-tiga aspek ini menjurus kepada dua fokus iaitu sukan untuk semua ( sports for all) dan sukan untuk prestasi tinggi (sports for excellence). Strategi tersebut adalah untuk: memantapkan p&p mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Sains Sukan; melaksanakan program pem-bangunan sukan yang menyeluruh di peringkat akar umbi dengan Kementerian Belia dan Sukan dan Majlis Sukan Negara; menyediakan kemudahan dan peralatan bersukan yang mencukupi tanpa mengira lokasi sekolah; menambahkan bilangan guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan di sekolah; dan mempertingkatkan tahap pro-fesionalisme guru Pendidikan Jasmani dan sains sukan .

Program Angkasawan Negara Malaysia bermula pada 2006 untuk menghantar angkasawan dari negara Malaysia ke angkasa lepas. Pada 4 September 2007, Sheikh Muszaphar Shukor telah dipilih sebagai Angkasawan Malaysia yang pertama. Beliau akan berlepas ke Stesen Angkasa Antarabangsa menaiki Soyuz TMA-11 pada 10 Oktober 2007. Pengarah Program Angkasawan Negara ialah Kolonel Dr Zulkifly Yusoff.

Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha dan Dr Faiz Khaleed akan menginap di Hotel Cosmonaut, Baikonour, Kazakhstan.Mereka menjalani latihan fisiologi dan mental bagi memastikan mereka cepat menyesuaikan diri sejurus tiba di ISS seperti waktu tidur dan makan Solat hajat dan khutbah Jumaat bertemakan 'Misi Angkawasan Negara Anugerah Allah SWT Dalam Menjana Fardhu Kifayah Ummah' dibaca di semua masjid di seluruh Malaysia pada hari Jumaat 5 Oktober 2007 menjelaskan kepentingan program itu mengikut pandangan Islam.

Pastinya bagi belanjawan setiap tahun, pastinya perbelanjaan untuk pendidikan menjadi keutamaan dana sering mendapat dana yang besar. Yang menjadi persoalan hari ini, sistem pendidikan yang bagaimana yang harus dilaksanakan sebenarnya. Adakah sistem pendidikan yang ada pada hari ini, berjaya atau perlu dirombak secara besar-besaran? Seringkali kita mendengar betapa pelbagai pandangan diutarakan bagi memperbaiki sistem pendidikan negara. Namun, sehingga kini, usaha untuk merealisasikan pandangan-pandangan itu masih terlalu jauh apatah lagi untuk melihat hasilnya. Rungutan-rungutan yang diterima pula mempunyai pelbagai sifat. Daripada rungutan terhadap sistem pendidikan itu sendiri sehinggalah kepada mutu guru, kandungan pelajaran, kaedah pengajaran, tumpuan pendidikan dan sebagainya. Segala rungutan ini akhirnya amat mengelirukan masyarakat dan menimbulkan ketidakyakinan ibu bapa terhadap dunia pendidikan itu sendiri. Setuju atau tidak, itulah realitinya. Pada masa sekarang ini, tiada masa lagi untuk menuding jari sebaliknya bertindaklah. Baru-baru ini kita telah mendengar pelbagai usaha bakal dijalankan untuk memperbaiki mutu sistem pendidikan negara. Paling terbaru adalah usaha untuk menghadkan jumlah matapelajaran yang boleh diambil pelajar. Begitu juga usaha untuk menilai semula matapelajaran teras. Semua ini adalah usaha-usaha yang dialu-alukan. Sememangnya, perhatian yang diberikan kerajaan terhadap meningkatkan keupayaan pelajar amat digalakkan. Namun, tidak begitu pasti adakah usaha-usaha yang dicanangkan ini mengambilkira kebajikan dan masalah yang dihadapi pelajar lemah di sekolah? Kenapa kami berkata sebegitu? Apa yang diperhatikan sekarang ini pelbagai usaha penambahbaikan mutu pendidikan lebih banyak menyentuh atau menjurus kepada pelajar yang mempunyai kemampuan belajar yang baik atau dalam bahasa mudahnya, pelajar yang pandai. Namun, langkah-langkah untuk memperbaiki sistem pendidikan untuk pelajar lemah jarang sekali disentuh. Adakah ini bermakna pelajar sebegini tidak diiktiraf dalam dunia pendidikan negara? Adakah sistem pendidikan negara effektif dalam usaha melahirkan modal insan dalam persekitaran minda kelas pertama? Saya rasa jika sistem pendidikan negara tidak dirombak adalah sukar untuk melahirkan modal insan yang boleh beradu di pentas global. Bukan sistem yang berorientasikan peperiksaan, budaya suka menghafal dan masalah guru kurang terlatih juga didakwa membelenggu dalam usaha menghasilkan modal insan yang berkualiti.

Saya rasa, dan saya juga pernah melaluinya sebelum ini. Sewaktu di sekolah rendah semuanya dikehendaki menghafal. Sebagai contoh, rukun negara. Kesetiaan kepada raja dan negara. Apa maksudnya? Tak tau. Keluhuran perlembagaan. Apa maksud perlembagaan? Tak tau. Merdeka! Apa maksud merdeka? Tak tau. Jadi jika semua solan dijawab sebagai ini, macam mana dengan mutu pendidikan negara kita dan tidak mungkin untuk melahirkan modal insan di tahap global. Kaedah pengajaran sepatutnya mencetuskan idea baru dan budaya mencipt, bukannya meniru orang lain. Ini bergantung kepada inisiatif dan kreativiti seseorang guru. Apabila disoal, kita mesti memberi jawapan yang rasional, logik dan menunjukkan yang kita ada pengetahuan. Jikalau kita hanya mengulangi apa yang disebutkan oleh orang lain, itu bukan pendidikan. Jika padangan ini diterima, maka ini tidak menjadi satu kejutanlah, jika sistem pendidikan negara melahirkan graduan yang gagal memperolehi pekerjaan dan ia berlaku dalam keadaan guna tenaga hampir penuh, disamping negara menerima ribuan pekerja asing. Persoalannya: Mampukah guru sedia ada dan korikulum sekolah melahirkan modal insan yang memacu Malaysia ke arah negara maju yang kini tinggal hanya 12 tahun? Mungkin kita lebih mengutamakan pengurusan di dalam institusi pendidikan daripada pendidikan. Kerana apabila kita sebut tentang pendidikan, maksudnya institusi pendidikan kita boleh dari masa ke semasa menyumbangkan idea baru. Perubahan kokurikulum juga merupakan perubahan yang berterusan. Mana-mana sistem pendidikan pun, kita tidak boleh menetapkan sistem korikulum tersebut. Korikulum mesti diubah secara berterusan. Ini adalah perkara biasa bagi setiap sistem, sistem diperbaiki

You might also like