You are on page 1of 4

3.

0 LOKASI KAJIAN

Kajian ini telah dijalankan di kawasan Sekolah Menengah Kebangsaan Keningau II yang terletak
di Daerah Keningau Sabah.Lokasi kajian ini terletak kira-kira 5.3 kilometer dari kawasan pekan
Keningau.

Peta 1:Negeri Sabah

Sumber:www.sabah.edu.my/kds/Laman%Utama.htm

Negeri Sabah merupakan negeri kedua terbesar di Malaysia.Terletak di utara pulau Borneo iaitu
pulau ketiga terbesar di dunia.Sabah meliputi kawasan seluas 72,500 persegi dengan pantai
sepanjang 14,400 kilometer dengan laut China Selatan terletak di pantai barat,Laut Sulu di
sebelah timur laut dan laut Selebes di sebelah selatan.Terdapat dua puluh lima kesemuanya
daerah yang berada di Negeri Sabah dan Keningau adalah salah satunya.
Peta 2:Daerah Keningau

Sumber :www.sentiasapanas.com/2017/10/sejarah-dan-asal-usul-daerah-keningau.html?

Keningau pada asalnya merupakan sebuah perkampungan yang banyak ditumbuhi pokok kayu
Manis atau lebih dikenali sebagai ‘Pokok Keningau’.Dalam bahasa suku kaum Murut mereka
menyebutnya sebagai ‘Kayu Keningau’iaitu sejenis rempah yang digunakan untuk memasak
makanan.Kedatangan orang Inggeris di kawasan tersebut menjadikan kulit kayu keningau
menjadi salah satu bahan eksport mereka secara tidak langsungnya kawasan pedalaman itu
menjadi pengeluar kulit kayu keningau yang penting ketika itu.Akhirnya,kawasan itu dinamakan
Keningau sehinggalah wujud sebuah bandar yang maju dan menjadi pusat pentadbiran di
kawasan pedalaman Sabah.
Rajah 1: Sekolah Menengah Kebangsaan Keningau II,Keningau

Sumber:www.keningaau

Sekolah Menengah Kebangsaan Keningau II didirikan untuk membezakan SMK


Keningau yang sudah wujud kwtika itu di Daerah Keningau.Sekolah Menengah
Kebangsaan Keningau II siap sepenuhnya pada tahun dan mula beroperasi pada 6hb
Januari 1997.Murid-murid yang menjadi perintis sekolah ini adalah terdiri daripada para
pelajar sekolah menengah di sekitar Daerah Keningau.Pengetua pertama di sekolah ini
adalah Encik Sahumin Hj.Daud dan beliau dibantu oleh Puan Jahara Jaafar sebagai
Penolong Kanan dan Encik Sailin Saribini sebagai Penolong Kanan HEM.Tahun 16hb
Mac 1998 Encik Joanes B.Onson dilantik sebagai pengetua sekolah ini dan dibantu oleh
Penolong Kanan HEM iaitu Puan Jemira Bte Ekong.Seterusnya pada tahun 2017,Encik
Mohd Fuad Bin Abu Bakar menjadi pengetua di sekolah ini dan diteruskan oleh Encik HJ
Ahmud Bin HJ Saribin pada tahun 2020 hingga kini.Jarak yang diambil dari sekolah ke
pekan adalah 5.3 kilometer dan mengambil masa dalam 8 minit sekiranya tidak jem.
Foto 1:Sekolah Menengah Kebangsaan Keningau II

Sumber:Kerja Lapangan 2020

You might also like