You are on page 1of 7

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Salam SMKPO Terbaik

Bagiku, dan Bersama Mengungkayahkan Kecemerlangan. saya


_________ kembali bersama anda di studio TV PSS SMK Pengiran
Omar, Sipitang Sabah.

< VIDEO INTRO >

SAMBUTAN HARI GURU 2022 DAN ANUGERAH


PERKHIDMATAN CEMERLANG 2021 PERINGKAT DAERAH
SIPITANG TAHUN 2022

Pejabat Pendidikan Daerah Sipitang menganjurkan Sambutan Hari


Guru 2022 Dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2021 Peringkat
Daerah Sipitang Tahun 2022 pada Sabtu, 6 Ogos 2022 bertempat di
Sekolah Menengah Kebangsaan Pengiran Omar 2, Sipitang Sabah.
Terdapat 29 buah sekolah di Sipitang dan 4 daripadanya ialah
sekolah menengah. Pejabat Pendidikan Daerah Sipitang diterajui
oleh Ketua Pegawai PPD iaitu En Zulkifle Bin Kassim.

Sambutan Hari Guru 2022 Dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang


2021 Peringkat Daerah Sipitang Tahun 2022 diketuai oleh En Azri
Bin Ajak Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Sipitang, Sektor
Perancangan. Sambutan ini dimulakan dengan Program Kayuhan
Massa yang merupakan sebuah program anjuran PPD Sipitang
dengan kerjasama KGKS Cawangan Sipitang, PDRM IPD Sipitang,
Fokal Person, Permuafakatan PIBG, SMKPO, SMKPO II, SK Pekan,
SK Pelakat, SK Mesapol, SK ULu Sipitang, SJKC Chung Hwa
Mesapol, SJKC Chung Hwa Sipitang. Kayuhan ini diketuai oleh Tn
PPD, En Zulkifle Bin Kassim, Diiringi bersama, Fokal Person Pg
Junaidi Bin Pg Tinggal, Turut mengiringi ialah Timbalan PPD Tn Hj
Adnan dan En Felix Kunjin bersama wakil guru dari sekolah sekitar
Pekan Sipitang.

Pada hari ini, Kita amat bertuah kerana Majlis kita akan dirasmikan
oleh YB Tuan Haji Yamani Hafez Bin Datuk Seri Panglima Musa
Timbalan Menteri Kewangan II Merangkap Ahli Parlimen P178
Sipitang
Bersama Pengarah Pendidikan Jabatan Pelajaran Sabah Pn tah Nia
Binti Hj Jaman yang diwakili oleh En Ridhuan Bin Mohd Yusuf Ketua
Pen Pengarah Kanan Unit Dasar Dan Inovasi Penyelidikan Dan
aduan sektor perancangan Dan pengurusan PPD

< LINTAS LANGSUNG DEWAN >


< ADMIN MAINKAN VIDEO SEJARAH HARI GURU SAMBIL
PENYAMPAI BACAKAN INFO >

Sambutan hari guru di Malaysia diperkenalkan dan diraikan buat


pertama kalinya sambutan Hari Guru pada 16 Mei 1972.
Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang
sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-undang Persekutuan Tanah
Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-
cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the
Education Committee) sebagai Dasar Pelajaran bagi negara kita.
Dokumen tersebut yang dikenali sebagai LAPORAN RAZAK (Razak
Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak hari
itu.

OBJEKTIF-OBJEKTIF HARI GURU

 Menitik beratkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan


(termasuk perpaduan dan integrasi), pembangunan negara dan
perkhidmatan kepada masyarakat.
 Menarik perhatian ibu bapa, murid dan orang ramai kepada
peranan penting kaum guru dalam masyarakat Malaysia.

 Memupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan muhibbah di


antara guru.

 Meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat.

 Memberi peluang untuk memajukan kecekapan guru melalui


seminar-seminar, persidangan-persidangan, dan sebagainya
yang diadakan pada Hari Guru.

 Menilai secara objektif peranan guru dengan


berlatarbelakangkan Malaysia dan mengambil langkah-langkah
supaya peranan itu boleh berkesan.

Hari ini pastinya kita akan mendengar lagu keramat para guru iaatu
lagu guru Malaysia

< LAGU GURU MALAYSIA DAN SAMPAIKAN INFO >


< ADMIN MAINKAN VIDEO SIPITANG SAMBIL PENYAMPAI
BACAKAN INFO >

Daerah Sipitang yang terletak di selatan negeri Sabah,


bersempadan dengan negeri Sarawak Lawas dan negara Indonesia
(Kalimantan). Sipitang juga laluan utama dari Negara Brunei
Darussalam melalui jalan darat dan laut serta laluan ke Wilayah
Persekutuan Labuan. Butiran lanjut mengenai Daerah Sipitang disini
Jumlah penduduk di daerah Sipitang dianggarkan seramai 12,076
pada tahun 1980, 24,349 pada tahun 1991 dan dijangka akan
meningkat kepada 56,634 pada tahun 2010. Sipitang adalah pekan
negeri Sabah yang paling dekat dengan sempadan Sabah-Sarawak.
Pekan Sipitang terletak sejauh 44 kilometer ke selatan Beaufort, dan
144 kilometer ke selatan ibu kota Sabah, Kota Kinabalu. Long Pasia
merupakan salah satu tempat perlancongan di Dearah sipitang.

Kita boleh lihat dalam paparan peta yang menujukkan kedudukan


Sipitang di kawasan bertanda merah

Seterusnya, mari kita telusuri sedikit sejarah Sipitang. Sebelum


tahun 1884, Sipitang adalah di bawah naungan Kesultanan Brunei.
Pada 5 November 1884, Sultan Brunei menyerahkan kawasan
jajahannya dari Sipitang ke Kuala Penyu kepada Syarikat Berpiagam
Borneo Utara (SBBU).[2] Penyerahan ini berikutan daripada
sogokan yang diberikan oleh gabenor SBBU, William Treacher,
kepada pihak Sultan.
Pada 7 September 1901 pula, Sultan Brunei menyerahkan kawasan
dari Sungai Sipitang sehingga ke Sungai Trusan kepada SBBU.
Sehubungan dengan itu, SBBU memperoleh kawasan Mengalong
dan Merantaman di Sipitang pada 12 September 1901. Pemberian
ini diperoleh daripada geran yang diberikan oleh Pangiran Tengah
Damit ibni al-Marhum Pangiran Anak Bongsu.Kawasan-kawasan
tersebut diperoleh secara berasingan kerana kawasan sebegitu
adalah hak milik persendirian pangiran-pangiran (putera-putera)
melalui hak tulin mereka, maka tidak terletak di bawah kuasa Sultan.

Sungai Sipitang menandakan sempadan British Borneo Utara dan


Kesultanan Brunei sehingga tahun 1900. Pada tahun 1901, iaitu
setelah SBBU memperoleh tanah dari Sungai Sipitang ke Sungai
Trusan, pejabat pentadbiran ditubuhkan di Sipitang dan kawasan
tersebut diletakkan di bawah nama Province Clarke. Daerah ini
dinamakan sempena Sir Andrew Clarke. Matlamat penubuhan
pejabat adalah untuk mengembangkan kawasan jajahan SBBU.
Walau bagaimanapun, keadaan politik pada tahun-tahun berikutnya
menyebabkan SBBU menjual kembali beberapa kawasan
berdekatan dengan Sungai Trusan, dan sempadan Borneo utara
menyusut ke Mengalong (Sindumin).

Seterusnya kita serahkan kepada wartawan lokasi Hajar Putri untuk


melaporkan keadaan Di Dewan SMK Pengiran Omar 2.

< LINTAS LANGSUNG >

Terima kasih hajar.


Untuk makluman, seramai 83 orang penerima anugerah pada hari ini
dan 10 orang darinya merupakan guru SMK Pengiran Omar akan
menerima anugerah pada hari ini.

< SLIDE GURU SMPO >


Seterusnya Hajar akan membuat liputan di lokasi.

< >
BEGITULAH LIPUTAN LANGSUNG DARIPADA HAJAR PUTRI .
SEKIAN DARIPADA STUDIO TV PSS SMK PENGIRAN OMAR

You might also like