You are on page 1of 1

Kawasan 

Sepanyol hari ini pernah didiami oleh penduduk Celt, Iberia dan Basque sebelum
penjajahan oleh Empayar Rom pada 412 M. Semasa pemerintahan Bani Umaiyyah, bandar-
bandar seperti Cordoba dan Granada telah menjadi pusat keilmuan dan kesenian agama Islam.
Namun, kerajaan-kerajaan Kristian Aragon dan Castile berjaya menjajah semula bandar-
bandar Moor pada abad ke-15.
Kerajaan Sepanyol dibentuk melalui penyatuan kerajaan-kerajaan Aragon, Leon, Castile dan
Navarre. Pada Zaman Penjelajahan, kerajaan Sepanyol berjaya menjajah wilayah-wilayah
Amerika dan Asia. Tanah jajahan ini telah membawa kekayaan dan kuasa politik kepada
Sepanyol, namun Zaman Kegemilangan ini semakin merosot menjelang abad ke-20.
Gerakan republik dan antimonarki telah menghalau keluar Raja Alfonso XIII, dan mendirikan
Republik Sepanyol. Dalam Perang Saudara Sepanyol 1936-1939, Jeneral Francisco Franco,
dengan sokongan Fasis Itali dan Nazi Jerman berjaya merampas kuasa dan mengisytiharkan diri
sebagai Ketua Negara. Sepanyol dipulaukan oleh negara-negara Berikat selepas Perang Dunia
Kedua kerana menyokong Kuasa Paksi. Namun, pemulauan ini ditamatkan oleh Amerika
Syarikat pada 1953, dan ekonomi Sepanyol mengalami kemajuan yang pesat.
Sepanyol menyertai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada tahun 1955.
Selepas Franco meninggal dunia pada 1975, Juan Carlos I telah menaiki takhta dan
meneruskan monarki Sepanyol. Baginda telah memperkenalkan pembaharuan demokrasi.
Perlembagaan yang baru juga diluluskan pada 1978.

You might also like