You are on page 1of 14

See

discussions, stats, and author profiles for this publication at: https://www.researchgate.net/publication/303812338

Perubahan – perubahan yang berlaku semasa


Zaman Kemuncak Pertengahan di Eropah.

Research · June 2016


DOI: 10.13140/RG.2.1.1959.1282

CITATIONS READS

0 576

1 author:

John Hyrrie
University of Malaya
3 PUBLICATIONS 0 CITATIONS

SEE PROFILE

Some of the authors of this publication are also working on these related projects:

Teori Pemikiran Falsafah Carvaka View project

All content following this page was uploaded by John Hyrrie on 06 June 2016.

The user has requested enhancement of the downloaded file.


AEL140007

1.0 PENDAHULUAN.

Zaman pertengahan mempunyai 3 tahap iaitu Petengahan Awal 500M – 1050M, Kemuncak

Pertengahan 1051M – 1270M, dan Pertengahan Akhir 1271M – 1520M. Istilah ‘Middle Ages’

digunakan bagi menerangkan Zaman yang berlaku diantara Kejatuhan Empayar Rom dengan

Kemunculan Zaman Renaissance. Ianya ibarat sebuah sandwich keju, dimana Empayar Rom Kuno

merupakan roti dibahgian bawah, High Middle Ages sebagai keju dan Zaman Renaisans

merupakan roti yang paling atas. Para sarjana juga lebih gemar menggunakan istilah “Medieval

Ages”. Zaman ini masih berada dalam Zaman Christendom dimana Pope amat berkuasa,

contohnya Pope Innocent III yang dikatakan lelaki paling berkuasa di dunia sehinggakan maharaja

perlu mencium kakinya. Selain itu, agama kristian telah tersebar luas sehingga ke Jerman dan

Scandinavia.1Keadaan menjadi lebih aman setelah tamat era penghijrahan orang gasar dan

tamatnya peluasan kuasa Magyars. Sesetengah sarjana berpendapat zaman ini tidak mempunyai

makna dan tidak menyumbang apa – apa. Benarkah dakwaan mereka ini ? Sebenarnya zaman ini

menyaksikan pelbagai pembangunan daripada segala aspek iaitu politik,ekonomi dan sosial.

Secara ringkasnya zaman ini menyaksikan dunia Christendom mulai goyah apabila banyak

insiden yang tidak menyebelahi pihak gereja berlaku. Hubungan antara Pope dengan raja – raja

Eropah turut menjadi renggang. Dari segi ekonomi, kewujudan bandar – bandar baharu merupakan

perubahan yang paling ketara semasa zaman ini, daripada sebuah petempatan kecil ianya

berevolusi menjadi sebuah pusat perdagangan dan menjadi tumpuan penduduk dari pendalaman

untuk berhijrah ke sana. Manakala dalam aspek sosial, pertambahan penduduk merupakan perkara

yang paling kelihatan jelas. Di samping itu zaman ini juga mengecapi kemajuan dalam bidang –

1
Sivachandralingam Sundara Raja. Sejarah Eropah. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn
Bhd.2002. Hlm. 101.
AEL140007

bidang pertanian dan sebagainya. Dalam tugasan ini, penulis akan menerangkan mengenai

perubahan – perubahan yang berlaku semasa Zaman Kemuncak Pertengahan.

2.0 PERUBAHAN YANG BERLAKU.

2.1 Perubahan dari segi aspek Politik.

Sistem beraja diinstitusikan dan raja tidak mentadbir keseluruhan tugas.

Raja yang dahulunya berkuasa penuh keatas segala urusan pentadbiran telah dikurangkan

skop tugasnya. Seperti yang kita ketahui, para raja berperanan sebagai ketua dalam apa jua urusan

contohnya ketua hakim,ketua tentera dan sebagainya. Namun semasa High Middle Ages

pengkhususan tugas dalam pentadbiran telah diambil alih oleh Majlis Diraja yang dianggotai para

Vassal. Vassal berfungsi memberikan nasihat kepada raja mengenai pembuatan polisi dan dasar –

dasar penting kerajaan. Malah Vassal menjalankan urusan raja apabila raja tiada di istana. Sistem

ini juga dikenali sebagai Vassalage.Buktinya semasa zaman Henry II (1154-1189M) England

mempunyai sebuah buku yang menggariskan tugas pegawai keawangan iaitu Dialogue of the

Exchequer.Manakala di Perancis, The Order of The Templars mentadbir hal ehwal kewangan Raja

Perancis sehingga tahun 1295.Bagi kerajaan di Jerman golongan pentadbir bukan sahaja daripada

golongan professional malah daripada kalangan biskop dan paderi besar, mereka digelar sebagai

ministeriales. 2Maka jelaslah raja tidak lagi memainkan peranan secara keseluruhan dalam bidang

petadbiran, namun begitu raja merupakan individu yang menentukan segala dasar dan masa depan

kerajaan mereka.

2
Sivachandralingam Sundara Raja. Sejarah Eropah.2002. Hlm. 107.
AEL140007

Penubuhan Parlimen.

Istilah Parlimen pertama kali digunakan pada 1236 di England, ianya merujuk kepada

perjumpaan tahunan para pemerintah dan bangsawan. Institusi parlimen mencorakkan hubungan

antara pemerintah dan rakyat.3Antara institusi Parlimen yang terawal di England ialah

Witenagemot (Meeting of wise men), institusi ini diasaskan oleh Raja Anglo-Saxons sekitar abad

ke 7 dan diguna pakai sehingga abad ke 11. Kemudiannya digantikan dengan Curia Regis (Kings

Council) boleh Raja England yang baru iaitu William the Conqueror. (Duke of Normandy,

France).4

Sekitar abad ke 13, First Barons War telah meletus dimana para bangsawan mula

memberontak dengan tujuan melepaskan diri daripada kuasa raja yang berkuasa mutlak.

Peperangan ini menyaksikan 2 pihak iaitu The Barons yang diketuai oleh Robert Fitzwalter dan

The Royalist yang diketuai oleh King John of England. The Barons menang dan King John

terpaksa menandatangani piagam Magna Carta. Melalui Magna Carta, Raja lebih

bertanggungjawab terhadap hak rakyat dan peka dengan tuntutan rakyat.

Dalam Second Barons War, Simon de Montfort telah menggulingkan Raja Henry III dan

menjadi pemerintah England. Beliau telah mengasaskan House of Common yang dianggotai orang

awam,. Manakala House of Lord dianggotai golongan aristokrat dan ahli gereja.

3
Sivachandralingam Sundara Raja. Sejarah Eropah.2002. Hlm. 108.
4
Ferguson, K. W.,Europe in Transition, Boston:Houghton Mifflin Company.1962. hlm. 191.
AEL140007

Kemerosotan hubungan antara Gereja dengan Pemerintah.

Pope Innocent III muncul sebagai lelaki paling berkuasa di dunia. Kedudukan beliau

sangat tinggi sehingga raja feudal tunduk kepada beliau, termasuklah King John of England dan

Władysław III Spindleshanks King of Poland (Duke of Greater Poland). Pengganti Pope Innocent

III tidak dapat meneruskan dasar dan kebijaksanaan beliau dalam berpolitik. Perkara ini telah

memberikan peluang kepada Maharaja Fedrick II menjadi lebih berpengaruh. Maharaja Fedrick II

berjaya menjadikan kota Sicily sebagai salah sebuah kota yang paling effisien di Eropah dengan

mengimplementasikan birokrasi. Baginda juga dikatakan sebagai orang moden pertama yang

menaiki takhta.5

Maharaja Fedrick II dituduh sebagai seorang ‘libertine’ dan Anti-Christ oleh Gregory IX

dan Innocent IV. Malah dituduh tidak mempercayai Tuhan (fidem Dei non habuit). Selain itu

Maharaja Fedrick II juga diterangkan sebagai Beast of the Apocalypse,the servant of Satan, the

prophet of the Antichrist. Namun begitu Silembini menafikannya, dengan menyatakan bahawa

Fredrick hanya tidak mempercayai instituti gereja.6 Fedrick II menggunakan pendekatan semi-

Oriental morals, malah mempunyai “Harem of Moslem woman”. Selepas kemangkatan Maharaja

Fedrick II pada 1250M, berlaku peristiwa Great interregnum sehingga 1273M.7 Putera Jerman

utara bersatu dan melantik Rudolf I of Habsburg sebagai raja. Bagi mendapatkan perkenan Pope,

Rudolf berjanji utk memberikan Pope kuasa penuh keatas Rom, Papal territories dan Sicily serta

melancarkan Perang Salib baharu. Pope mengambil kesempatan ini dengan mewujudkan Papal

5
Pirenne, H. A History of Europe: From the Invasions to the XVI Century. New York: Taylor & Francis.2010. hlm.
314.
6
Ibid. hlm. 313.
7
Mundy, H. J. A General History of Europe:Europe in The High Middle Ages 1150/1309.London:Longman.1973.
hlm. 368.
AEL140007

Supremacy, dimana insitusi gereja merupakan institusi universal dan berkuasa penuh diatas nama

Holy Roman Church.

Dengan termeterainya Papal Supremacy ini, Pope menjadi tamak haloba dan mengumpul

banyak harta dan tanah. Hal ini mula tidak senangi oleh raja – raja. Maka King Philip IV of France

telah mengenakan cukai keatas gereja – gereja di Perancis, malah King Edward of England

bertindak sedemikian bagi mengurangkan kuasa Pope. Usaha ini diperkukuhkan lagi dengan

penemuan Penulisan Aristotle yang bertajuk ‘Politics’ dan penemuan hasil karya St. Thomas

Aquinas.

2.2 Perubahan dalam aspek Sosial.

Populasi yang meningkat secara mendadak.

Dalam tempoh masa Kemuncak Zaman Pertengahan, banyak kerajaan Eropah menjalankan

dasar kolonisasi keatas wilayah yang baru. Contohnya German menjalankan dasar Germanization

keatas wilayah Elbe dan Saale River, Normans menakluk selatan Itali, The Crusaders meluaskan

lagi wilayah Crusader States, dan Reconquista membuahkan hasil dimana beberapa wilayah di

Semenanjung Iberia jatuh semula kepada tangan kerajaan Eropah. Malah Hutan – hutan mula

dibersihkan untuk dijadikan kawasan pertanian malah kawasan berlumpur dan paya ditambak bagi

meluaskan lagi kawasan pertanian. Peristiwa ini dikenali sebagai “Great Clearances”. Perkara ini

telah membuatkan sumber makanan meningkat dan telah menyumbang kepada pertambahan

penduduk.

Kestabilan politik dan waktu aman (Tamatnya serangan Orang Gasar, Magyars dan orang

Arab) telah memberikan impak positif kepada populasi di Eropah. Kestabilan politik ini merujuk
AEL140007

kepada ‘reformation of Church’ yang berlaku Sicily. Feudalism turut menyumbang kepada

pertambahan penduduk serta memberikan para petani mobiliti sosial. Buktinya, populasi di

England sekitar tahun 1086M ialah 1 Juta orang, dan dalam Medieval Period ia meningkat kepada

sekitar 7 Juta orang. Hal yang sama berlaku di bandar Tuscany Italy, dimana kepadatan

penduduknya mencapai 2 Juta orang.

Penubuhan Universiti.

Perkataan Universiti berasal daripada perkataan latin yang bermaksud kesatuan atau

sekumpulan manusia yang berkumpul untuk tujuan tertentu. Universiti juga dilihat sebagai salah

satu bentuk masyarakat intelektual dimana ahlinya terdiri daripada para guru dan pelajar sekitar

abad ke 12. Universiti pada awalnya bukanlah merujuk kepada satu bangunan atau tempat. Tetapi

ianya merujuk kepada kumpulan manusia intelektual.Seterusnya kumpulan manusia intelektual ini

(universitas) belajar di mana – mana sahaja, termasuklah di gereja dan di rumah. Ketika keadaan

ekonomi makin stabil mereka mula menyewa tempat maka wujudlah institusi atau bangunan yang

dikenali sebagai Universiti. Antara Universiti terawal di Eropah ialah;

University of Bologna Italy (1088)

University of Paris (1150)

University of Oxford (1167)

University of Cambridge (1209)

University of Salamanca, Spain (1218)

University of Padua, Italy (1222)


AEL140007

Golongan – golongan terpelajar ini kemudiannya digelar sebagai Schoolmen. Mereka umpama

sebuah masyarakat, dan anggotanya terdiri daripada golongan agamawan kristian dan para

bangsawan. Hal ini kerana hanya golongan atasan sahaja dibenarkan untuk mendapatkan

pendidikan.8 Golongan serf (hamba) dan wanita tidak mempunyai peluang langsung dalam hal

pendidikan, sehinggakan impian wanita Middle Ages hanyalah berkahwin, mempunyai anak dan

menjadi isteri yang baik. Semua subjek yang dipelajari adalah sama, kerana universiti dikawal oleh

Papal Supremacy. Antara subjek yang diajar ialah Undang – Undang, perubatan, Teologi dan

Kesusateraan. Subjek Kesusateraan termasuklah ilmu atrithmetik, geometri,astronomi, teori

muzik, logik , grammar dan retorik.

Pengenalan kepada Falsafah baharu.

Kehidupan zaman ini amat dikongkong oleh agama Kristian, maka seorang ahli falsafah

dan teologi terkemuka zaman ini telah muncul dengan ‘pendedahan’ yang baharu. Iaitu St. Thomas

Aquinas dengan karya beliau Summa Thelogica. Karya ini mengandungi banyak soalan mengenai

maksud kehidupan beragama dan karya ini telah memberikan satu makna baru kepada kehidupan

orang Eropah. Antara persoalan yang ditimbulkan, apakah maksud hubungan yang baik dengan

Tuhan dan ciri – ciri hubungan yang baik antara manusia dengan manusia.Selain itu, beliau

berpendapat falsafah dan teologi perlu diasingkan, beliau berpendapat kuasa akal dan kepercayaan

adalah cara berlainan untuk mendapatkan kebenaran. Ringkasnya, falsafah Aquinas menganjurkan

gabungan nilai – nilai agama dan duniawi dalam pentadbiran. Penemuan semula karya ini telah

membawa kepada reformation of Church. Selain itu, karya ini mendedahkan kepentingan ilmu

8
Sivachandralingam Sundara Raja. Sejarah Eropah. 2002. Hlm. 111.
AEL140007

logik, sekaligus mengubah pemikiran orang Eropah ketika ini.9 John of Salisbury mewartakan

bahawa text suci ada menyebut ianya tidak salah untuk menentang orang – orang yang zalim, ini

termasuklah pope dan raja.10 Thomas Aquinas turut menyatakan bahawa ianya tidak berdosa

sekiranya kita bangkit menentang kezaliman.

3.3 Perubahan dalam aspek Ekonomi.

Kemunculan bandar – bandar baru dan kemajuan dalam bidang Perdagangan dan

ekonomi.

Bandar merupakan sesuatu yang baru pada zaman ini kerana mereka hidup berdasarkan sistem

manor dan dikongkong oleh feudalisme.Selain itu, bandar – bandar ini merupkan ekspressi terawal

menegenai kehidupan moden.11 Pada awalnya bandar – bandar merupakan sebuah kampung yang

besar dan berperanan sebagai pengembang ekonomi desa. Oleh kerana hasil – hasil yang

mempunyai nilai dagangan mula dikumpulkan di satu kampung tersebut, maka lama kelamaan

kampung ini berevolusi menjadi sebuah bandar. Pembentukan sebuah bandar bukanlah satu

pergerakan nasional, ia adalah sebuah fenomena baharu yang disebabkan oleh perubahan sosial

dan ekonomi. Thompson menambah “The greatest influence,however, which conditioned the life

of a medieval town was the geographical factor. Location and surrounding natural resource,

above all,gave a town economic identity and importance.”12

Bandar – bandar ini wujud setelah tamatnya serangan orang gasar di Utara Eropah, keadaan

menjadi tenang dan ia menjadi masa yang paling selesa untuk membangun. Flanders yang kini

9
Mundy, H. J. A General History of Europe:Europe in The High Middle Ages 1150/1309.London:Longman.1973.
hlm. 368.
10
Ibid.
11
Thompson, J. W. (1966). Economic and Social History of the Middle Ages: (300 - 1300). New York: Ungar. hlm. 765.
12
Ibid. hlm. 766.
AEL140007

dikenali sebagai Belgium menerima impak yang amat positif dimana pelabuhan Antwerp menjadi

salah satu pelabuhan yang amat sibuk dengan aktiviti perdagangan. Hal ini berlaku kerana Flanders

mampu menghasilkan kain bulu yang berkualiti tinggi dan permintaannya turut sama tinggi

daripada beberapa buah negara, contohnya Norway, Denmark dan Itali.13 Antwerp juga

mempunyai barangan dari Timur, hasil perdagangan dengan Itali yang mendapatkannya daripada

Syria dan Palestin. Sepanjang laluan perdangan di Eropah, Lords yang bijaksana gemar

mengadakan pasar ‘Fairs’. Contohnya di Champagne France, ramai pedagang akan berkumpul dan

membina gerai, maka tempat ini menjadi tumpuan ramai orang, malah raja – raja Eropah turut

menghantar wakil untuk membelih belah disini.

Kota – kota Rom yang runtuh kini kembali pulih (tamat serangan orang gasar) akibat daripada

Perang Salib, hal ini kerana para Crusaders melalui jalan – jalan lama tamadun Rom dan berjaya

mewujudkan jalan perhubungan kepada bandar ini yang sebelum ini terputus hubungan dengan

negara luar.14 Crusader states seperti Zara, Acre, Tyre, Jaffa dan Constantinople turut membangun

hasil daripada aktiviti perdagangan. Perang Salib turut membawa kepada pembukaan laut

Mediterranean kepada pedagang asing. Seterusnya pembukaan laut ini telah memberikan impak

positif kepada Genoa dan bandar – bandar yang memfokuskan keapda perdagangan; bebas

daripada kongkongan pembesar feudal mula wujud iaitu Venice, Bologna dan Florence.15

13
Sivachandralingam Sundara Raja. Sejarah Eropah.2002. Hlm. 106.
14
Ibid. hlm. 98.
15
Ibid.
AEL140007

Pengkhususan Kerja yang lebih jelas dan kemunculan Guild system.

Ketika bandar baru membangun dengan pesat, sebuat sistem perlu dilaksanakan bagi

memastikan perdagangan berjalan dengan lancar, oleh itu wujudlah Guild. Golongan tukang dan

artisan dalam suatu bandar itu bersatu dan membentuk kumpulan tukang professional yang

dikenali sebagai Guild. Pekerja – pekerja tukang yang bersendirian diserap ke dalam guild.16

Terdapat 2 jenis guild iaitu Merchant guild dan Craftsmen Guild, namun begitu terdapat guild yang

bermotifkan politik. Merchant Guild dan Craftmen Guild mempunyai matlamat yang sama iaitu

mewujudkan satu monopoli dalam perdagangan. Kebiasaannya Merchant Guild menjadi

supervisor atau pemerhati kepada pedangan asing. Mereka akan memastikan pedangan ini

membayar cukai dan guild ini juga menyelesaikan perbahalan yang berlaku. Cratfmens Guild,

melatih pelajar baru tentang pembuatan pattern suatu barangan itu, contohnya pembuatan kasut

kulit. Perkara ini penting bagi memastikan ‘masterpiece’ mereka dijaga dan diwarisi. Guild ini

juga mempunyai mekanisme tersendiri dalam menentukan harga barangan yang mereka hasilkan.

Undang – undang perusahaan diperkenalkan.

Setelah guilds dan golongan borjuis menguasai perdagangan, satu undang – undang telah

diwujudkan bagi melindungi hak pedangang asing hal ini kerana monopoli golongan borjuis telah

menyusahkan para pedagangan dengan cukai yang tinggi. Undang – undang mengenai

keselamatan pedagang asing turut diwujudkan bagi melindungi pedagang asing ini daripada

penganiayaan dan ketidakadilan. Hal ini kerana pedagang asing memainkan peranan penting

dalam pertumbuhan ekonomi.17

16
Thompson, J. W. (1966). Economic and Social History of the Middle Ages: (300 - 1300). New York: Ungar. hlm. 790.
17
Sivachandralingam Sundara Raja. Sejarah Eropah.2002. Hlm. 106 - 107
AEL140007

Kemajuan dalam sistem pertanian.

Pada Zaman ini, sistem pertanian ‘Tiga Padang’ digunakan secara meluas dan berjaya

meningkatkan produktiviti petani. Malah pengenalan kepada Heavy Plough telah merancakkan

lagi aktiviti pertanian.18Pertambahan penduduk bandar secara tidak lansung telah mempengaruhi

industri pembuatan makanan di luar bandar kerana permintaan keju, mentega dan roti meingkat

secara mendadak. Milan (1288M) contohnya, mempunyai 300 kilang roti dan 440 orang penjual

daging.19Impak daripada perkembangan ini, sesetengah pekan mulai mengkhususkan pengeluaran

mereka. Contohnya Rhineland dan Burgundy yang terkenal dengan industri pembuatan

wine.Perkembangan pertanian ini seterusnya membawa kepada peningkatan populasi orang

Eropah.

18
Jordan, W.C. Europe in the High Middle Ages. Penguin Publishing Group, 2004. Hlm. 48.
19
Sivachandralingam Sundara Raja. Sejarah Eropah.2002. Hlm. 110.
AEL140007

3.0 Penutup.

Masih banyak perubahan yang berlaku tidak sempat untuk dinyatakan. Contohnya pengenalan

kepada sistem mata wang, perubahan dalam seni dan kesusasteraan. Namun begitu motif utama

tugasan ini bertemakan Zaman Kemuncak Pertengahan merupakan picu kepada Zaman Renaisans.

Maka hanya isi – isi penting yang diambil bagi memenuhi tema tugasan ini.

Adakah zaman ini benar – benar layak digelar sebagai Zaman Kegelapan secara

keseluruhannya , sedangkan kita telah melihat pelbagai perkembangan positif yang berlaku di

Eropah ketika era tersebut ? Benar, ianya gelap pada peringkat awal, dimana Eropah mengalami

isolasi yang teruk selepas keruntuhan empayar yang teragung sebelum itu; Kerajaan Rom dan

Kerajaan Greek Kuno malah Eropah diserang oleh musuh dari pelbagai arah ketika Early Middle

Ages dan Middle Ages. Namun seperti “Rising Phoenix” daripada abu dan debu Eropah bangkit

menjadi kuasa yang disegani ketika High Middle Ages sehinggakan mampu menewaskan kerajaan

Islam yang telah bertapak kukuh di Timur dan Teluk Iberia yang dikira lebih maju ketika itu.

Walaupun demikian, Eropah ketika ini masih dibelenggu oleh Pope dan institusi gereja. Secara

keseluruhannya, adalah sesuatu yang tidak boleh dinafikan bahawa, High Middle Ages ini antara

pencetus utama Zaman Renaisans yang akan datang.


AEL140007

4.0 Rujukan

i. Bartlett, R. The Making of Europe: Conquest, Colonization and Cultural Change 950 -
1350: Penguin Books Limited.2003.

ii. Chadwick, H. M. Studies on Anglo-Saxon Institutions: University Press.1905.

iii. Ferguson, K. W.,Europe in Transition, Boston:Houghton Mifflin Company.1962.

iv. Frank, K. W. (1993). Pirenne Again: A Muslim Viewpoint. The History Teacher, 26(3),
371-383. doi: 10.2307/494667

v. Mundy, H. J. A General History of Europe:Europe in The High Middle Ages


1150/1309.London:Longman.1973.

vi. Pirenne, H. A History of Europe: From the Invasions to the XVI Century. New York:
Taylor & Francis.2010.

vii. Sivachandralingam Sundara Raja.Sejarah Eropah. Kuala Lumpur: Utusan Publications &
Distributors Sdn Bhd.2002.

viii. Thompson, J. W. Economic and Social History of the Middle Ages: (300 - 1300). New
York: Ungar.1966.

ix. Villani, G., Selfe, Rose E., First Nine Books of the Croniche Fiorentine of Giovanni
Villani. London: Archibald Constable & Co. LTD.1906

View publication stats

You might also like