You are on page 1of 3

TEMA 2

PEMERINTAHAN DAN
PENTADBIRAN
Soalan 5

KUMPULAN 8
TAN VUI SHENG
NUR NATASHA NABILA
NURFARASTASYA
NUR NAQIBAH SYAMIMI
PENGENALAN England berada dalam pemerintahan beraja mutlak sejak abad
ke-15 lagi. Sistem beraja mutlak diasaskan oleh Ran Henry VII
pada tahun 1485 dan baginda merupakan pengasas Dinasti
Tudor. Sistem pemerintahan ini terus diamalkan sehingga tahun
1603.Pemerintahan sistem beraja mutlak terus diamalkan oleh
Dinasti Stuart dari tahun 1602 sehinggalah berlaku Revolusi
Cemerlang di England. Oleh itu, terdapat pelbagai kekuasaan raja
mutlak di England pada abad ke-16 masihi .
FAKTA 1  POLITIK

HURAIAN Antara kekuasaan raja mutlak di England ialah dari aspek politik.
Selepas tamatnya Perang Bunga Ros, sistem pemerintahan beraja
mutlak telah diterima oleh rakyat kerana ingin menamatkan
keadaan huru-hara yang berlaku. Sistem beraja mutlak yang
diasaskan oleh Dinasti Tudor memperlihatkan sebuah kerajaan
yang stabil dan mendapat sokongan rakyat.Pemerintahan Dinasti
Tudor adalah berdasarkan kepada Magna Carta iaitu satu piagam
yang digubal untuk mengawal kuasa raja. Raja-raja Tudor tidak
mementingkan prinsip kesucian raja dalam melaksanakan
pemerintahan mereka. Raja-raja Tudor dapat bekerjasama baik
dan dapat mengawal 2 buah dewan parlimen England yang
terdiri daripada House of Lords iaitu tuan tanah, bishop dan
kerabat diraja serta House of Common iaitu knight, orang kaya
dan peguam.Jelaslah bahawa politik merupakan salah satu
kekuasaan raja mutlak di England pada abad ke-16 masihi.
FAKTA 2  EKONOMI

HURAIAN Kekuasaan raja mutlak yang seterusnya ialah dari aspek ekonomi.
Raja Charles I telah mengenakan pelbagai jenis cukai dengan
bebas dan menaikkan cukai dengan sewenang-wenangnya telah
mengancam ahli-ahli parlimen.Pada abad ke-17, muncul
golongan gentry di luar bandar yang memiliki tanah dan menjadi
kaya daripada golongan bangsawan. Di bandar pula muncul
golongan bourjois yang semakin kaya dan menguasai ekonomi
melalui kegiatan perdagangan. Kedua-dua kumpulan mula berani
mempertikaikan pengaruh politik golongan aristokrat dalam
House of Lords. Tegaslah ekonomi juga merupakan salah satu
kekuasaan raja mutlak di England pada abad ke-16 masihi.
FAKTA 3  AGAMA

HURAIAN Selanjutnya kekuasaan raja mutlak di England ialah dari aspek


agama .Pada abad ke-17 juga, wujud perbalahan antara mazhab
Kristian di England iaitu antara penganut Protestan yang tidak
berpuas hati dengan gereja Anglican iaitu gereja kebangsaan di
England di atas pengamalan tradisional gereja Kristian Katolik.
Golongan puritan ini ingin membersihkan amalan agama di
England daripada pengaruh gereja Katolik Rom dan mahu gereja
di England bebas daripada kawalan politik. Golongan protestan
menjadi semakin berpengaruh dan menarik minat pelbagai
golongan masyarakat kerana dalam ajaran mereka
mengutamakan kehidupan berdisiplin dan menolak upacara atau
istiadat agama yang tradisional. Pemerintah Dinasti Tudor
berjaya menangani dengan baik tentangan golongan penganut
protestan yang tidak berpuas hati dengan golongan anglican dan
ingin mewujudkan gereja yang bebas daripada kawalan politik.
Jelaslah bahawa agama merupakan kekuasaan raja mutlak di
England pada abd ke-16 masihi.
FAKTA 4  PERUNDANGAN

HURAIAN
Di samping itu, kekuasaan raja mutlak di England dari aspek
perundangan. Selepas berakhir Dinasti Tudor pada tahun 1603,
maka bermula pula era pemerintahan Dinasti Stuart pada 1603
hingga 1702 di England yang diasaskan oleh Raja James I dari
Scotland. Namun dasar pemerintahan Dinasti Stuart berbeza
dengan Dinasti Tudor, dan ini telah membawa penentangan
parlimen dan berlaku kebangkitan golongan protestan sehingga
membawa tercetusnya perang saudara yang dikenali sebagai
Revolusi Protestan pada tahun 1642 hingga 1648. Raja James I
merupakan raja yang berpegang kuat kepada doktrin kuasa suci
raja. Baginda menegaskan bahawa kedudukan raja mengatasi
kedudukan undang-undang. Oleh itu semua pihak seperti
parlimen, mahkamah, gereja, dan sebagainya mesti berkhidmat
kepada raja dan bukannya berkongsi kuasa. Pemerintahan Raja
James 1 mendapat tentangan daripada golongan protestan dan
ahli-ahli parlimen kerana baginda mengamalkan dasar agama
yang lebih memihak kepada mazhab Katolik. Golongan protestan
juga telah menolak bishop yang dilantik oleh Raja James I dan
kemarahan golongan ini memuncak apabila baginda
mengahwinkan puteranya dengan puteri dari Perancis yang
bermazhab Katolik. Tindakan baginda yang membelakangkan
parlimen dalam urusan pengenaan cukai telah memburukkan lagi
hubungan Raja James I dengan golongan puritan. Jelaslah
bahawa perundangan merupakan salah satu kekuasaan raja
mutlak di England pada abad ke-16 masihi.
KESIMPULAN Kesimpulannya, terdapat pelbagai kekuasaan raja mutlak di
England pada abad ke-16 masihi. Antaranya ialah dari aspek
politik, ekonomi, agama dan perundangan.Dalam menjalankan
pemerintahan, raja tertakluk kepada perlembagaan dan juga
dibatasi oleh undang-undang bagi membenarkan sesuatu
tindakan yang diambil oleh raja.Oleh yang demikian pada 1689
bermula sistem pemerintahan raja berpelembagaan di England
dan kekal sehingga hari.

You might also like