You are on page 1of 7

KHALIFAH ALI BIN ABU TALIB

BIODATA
• Khalifah ke-4.
• Lahir pada 602 Masihi.
• Berketurunan Quraisy.
• Berasal dari Bani Hasyim.
• Merupakan sepupu dan menantu Rasulullah
s.a.w.
• Memerintah dari 656 M- 661 M.
• Memiliki sifat keberanian dan kepahlawanan,
serta berperwatakan tegas.
• Mempunyai pengetahuan Islam yang
mendalam tentang hukum-hakam dan banyak
meriwayatkan hadis.
KONFLIK PERLANTIKAN KHALIFAH ALI
BIN ABI TALIB
• Selepas pembunuhan Uthman bin affan negara
islam menjadi kucar kacir dan tidak stabil
• Puak-puak pemberontak telah meminta Ali untuk
mengambil alih jawatan khalifah
• Ali enggan pada mulanya untuk menerima
jawatan tersebut tetapi menerimnya setelah
melihat negara islam dalam keadaan yang kucar-
kacir.
• Orang ramai telah memberi baiah kepada Ali
kecuali puak-puak Umaiyah yang diketuai oleh
Muawiyah bin Abi Sufyan
• Pemerintahan Sayyidina ‘Ali merupakan suatu
masa yang telah merakamkan perselisihan dalam
negeri yang amat serius.
• Sesungguhnya beliau tidak terlibat secara
peribadi dalam peristiwa pembunuhan Khalifah
‘Uthman.
• Namun begitu, penyokong-penyokong ‘Uthman,
khususnya penduduk Syria, masih dapat
mengatakan yang beliau tidak berusaha untuk
menyelamatkan nyawa Khalifah, walaupun beliau
pada ketika itu berada di Madinah.
• Khalifah ‘Uthman dikatakan telah terbiar dan
tidak ada sesiapa daripada penduduk Madinah
yang benar-benar berusaha untuk
mempertahankan beliau.
• Bagi pihak Muawiyah, gabenor Syria dan sepupu
kepada Sayyidina Uthman, setelah mendengar
tentang perlantikan khalifah Ali , terus marah dan
enggan mengiktirafkan beliau sebagai Khalifah
dan menuduhnya bersubahat dengan pembunuh-
pembunuh Khalifah Uthman.
• Walau bagaimanapun, perpecahan dan
pertelingkahan antara kedua itu tidak berlaku
sehinggalah tamatnya perang Jamal.
• Suatu perkara yang paling serius yang perlu
disebutkan di sini, mengenai peristiwa
perlantikan Sayyidina Ali ialah bahawa beliau
telah membenarkan dirinya di sokong oleh
golongan al-qurra yang telah menumpahkan
darah Sayyidina Uthman, dan seteru ketat kepada
kaum quraysh.

You might also like