You are on page 1of 2

Bandar Taiping 

merupakan ibu kota heritage juga bagi daerah Larut, Matang dan Selama.
Sebelum 1937, Taiping merupakan ibu negeri Perak. Nama lama Taiping ialah Klian Pauh. Klian
bermaksud lombong. Pauh pula ialah sejenis buah mangga dengan ukuran kecil.
Taiping juga merupakan sebuah pusat bandar lama di Malaysia seperti Pulau Pinang terletak ke
utara bandaraya Ipoh. Taiping juga terletak di antara Ipoh dan Butterworth. Daerah Taiping juga
berhubung hingga ke pekan Selama dan daerah Krian di Perak. Kereta api baharu Malaysia
(ETS) juga menyediakan perkhidmatan pengangkutan awam pantas ke Ipoh dan ke Kuala
Lumpur

Isi kandungan

 1Sejarah
o 1.1Binaan dan Kemudahan
o 1.2Pulau Kelumpang
 2Populasi
 3Lokasi
o 3.1Muka bumi
 4Pentadbiran
o 4.1Majlis Perbandaran Taiping
 5Pasukan keselamatan
 6Pusat Membeli-belah dan Pasaraya
 7Keagamaan
o 7.1Waktu solat, iftar dan imsak
o 7.2Masjid
 8Rujukan
 9Pautan luar

Sejarah[sunting | sunting sumber]
Taiping bermaksud "Aman" atau "Damai" atau maksud penuhnya "Keamanan yang abadi"
dalam bahasa Cina. Tercetus dari pertelingkahan puak-puak kongsi gelap pendatang
Cina[6] yang melakukan aktiviti perlombongan bijih timah di daerah Larut iaitu Ghee Hin dan Hai
San, yang begitu ramai di Kelian Pauh ketika itu. Persatuan kongsi gelap dari dua puak ini telah
bertelingkah kerana lombong bijih timah dan jalan air. Setelah mendapat kata sepakat untuk
berdamai, Taiping telah dipilih sebagai nama baru bagi bandar di daerah Larut.

 1880-an bandar Taiping telah dibangunkan oleh penjajah Inggeris kerana daerah ini kaya
dengan sumber hasil bijih timahnya di sekitar Sungai Larut. Sebelum kedatangan British,
daerah ini (pada masa dahulunya dikenali sebagai Jajahan Larut) telah ditadbir oleh Menteri
Larut iaitu Dato' Long Jaafar yang telah diberi kuasa oleh Sultan Perak pada ketika dulu
untuk mentadbir jajahan ini. Long Jaafar telah membina pusat pentadbirannya di Bukit
Gantang dan menjadikan Kuala Sungai Limau di Trong sebagai pelabuhan utama Jajahan
Larut.

 1874 setelah British menjajah negeri Perak sejurus Perjanjian Pangkor ditandatangani


di Pangkor, Jajahan Larut telah ditadbir oleh Kapten Speedy sebagai Penolong Residen
British.
 1880-an ibu negeri Perak dipindah dari Bandar Baru ke bandar Taiping setelah J.W.W.
Birch dibunuh oleh Dato' Maharaja Lela di Pasir Salak pada tahun 1875.
 1937 Taiping tidak lagi menjadi ibu negeri Perak. Ipoh dipilih sebagai ibu negeri kerana
terletak di tengah-tengah negeri Perak.
Binaan dan Kemudahan[sunting | sunting sumber]
Taiping mempunyai hasil binaan dan kemudahan pertama di Malaysia. Malah, bandar ini sering
diberi jolokan "yang pertama" di sidang penulisan bercetak [7]mahupun elektronik [8]. Diantara hasil
binaan dan kemudahan yang pertama dibangunkan di Malaysia ialah:

 Bangunan Telegraf di bandar ini dibina pada 1876 dengan satu talian telegraf sepanjang
43.2 km telah dipasang merentangi hutan dari kediaman Residen British di Kuala Kangsar
sehingga bangunan pejabat pembantu Residen di Taiping. [9]
 Bukit Larut atau Maxwell Hill, dibuka oleh Pembantu Residen British ketika itu, William
Edward Maxwell pada tahun 1884 dan kawasan ini merupakan stesen perhentian di
kawasan tinggi tertua di Malaysia. [10]
 Hospital Taiping, dikenali sebelum sebagai Hospital Yeng Wah, terletak di Jalan Taming
Sari, dibina pada tahun 1880. Hospital yang diiktiraf sebagai yang tertua di Malaysia
mencatat sejarah kerana menjadi hospital pertama dilengkapi dengan kemudahan x-ray
selepas beberapa bulan diperkenalkan kepada umum oleh penciptanya Prof. W.C
Roentgen. [11]
 Landasan kereta api yang menghubungkan diantara Taiping dengan Pelabuhan Kuala
Sepetang (Port Weld) bermula dari tahun 1882 dan siap didalam tahun 1885, dengan nilai
kos sebanyak ₤7000, yang dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Perak ketika itu.
Landasan keretapi pertama ini dirasmikan oleh Residen Perak ketika itu, Sir Hugh Low.
Tujuan pembinaan adalah sebagai kemudahan pengangkutan tenaga buruh lombong bijih
timah dan sebagai medium pengangkutan untuk pengeluaran bijih timah dari Taiping untuk
dieksport. [12]

You might also like