You are on page 1of 3

TAIPING

Latar belakang Taiping


Bandar Taiping yang bermula sebagai sebuah pekan kecil bijih timah hingga menjadi ibu
negeri pertama Perak. Sekarang ia masih tetap unggul dengan ciri-ciri sejarahnya sehingga
dikenali sebagai Bandar Warisan. Pada mulanya, Taiping dikenali dengan nama Klian Pauh.
Bandar yang hanya bermula dengan penempatan sebilangan orang Melayu telah menarik ramai
orang asing ke situ kerana terjumpanya bijih timah yang banyak.
Peristiwa ini berlaku berikutan terjumpanya gajah Long Jaafar yang bernama Larut,
berlumuran lumpur yang mengandungi bijih timah. Bersempena nama gajah tersebut, daerah
itu dinamakan Larut.

PENDAHULUAN
Bandar Taiping merupakan ibu kota bagi daerah Larut, Matang dan Selama. Sebelum
1937, Taiping merupakan ibu negeri Perak. Nama lama Taiping ialah Klian Pauh. Klian
bermaksud lombong. Pauh pula ialah sejenis buah mangga bersaiz kecil.
Taiping bermaksud "AMAN" atau "DAMAI" dalam Mandarin. Tercetus dari
pertelingkahan puak-puak pendatang negara China yang melakukan aktiviti perlombongan bijih
timah di daerah Larut iaitu Ghee Hin dan Hai San, yang begitu ramai di Kelian Pauh ketika itu.
Persatuan kongsi gelap dari dua puak ini telah bertelingkah kerana lombong bijih timah dan
jalan air. Setelah mendapat kata sepakat untuk berdamai, Taiping telah dipilih sebagai nama
baru bagi bandar di daerah Larut. mari kita lihat sejarah Taiping

LOKASI DAN MUKA BUMI
Taiping terletak di koordinat 4.8 Utara dan 104.7 Timur. Taiping terletak di atas muka
bumi yang tinggi terutamanya di bahagian Bukit Larut. Gunung Hijau (1448 meter) adalah
gunung tertinggi di sini. Bandar Taiping merupakan tempat paling kerap menerima hujan yang
lebat, hampir 320 hari setahun. Lantaran itu muka buminya basah terutama di Taman Tasik
Taiping. Hujan yang diterima ialah jenis hujan bukit iaitu dari Banjaran Bintang di sebelah Timur.
Namun begitu Taiping tidaklah dilanda banjir kecuali kawasan paya bakau di sebelah Barat.
FAKTA SEJARAH DI TAIPING
1. 1880-an bandar Taiping telah dibangunkan oleh penjajah Inggeris kerana daerah ini kaya
dengan sumber hasil bijih timahnya di sekitar Sungai Larut. Sebelum kedatangan British,
daerah ini (pada masa dahulunya dikenali sebagai Jajahan Larut) telah ditadbir oleh Menteri
Larut iaitu Dato' Long Jaafar yang telah diberi kuasa oleh Sultan Perak pada ketika dulu untuk
mentadbir jajahan ini. Long Jaafar telah membina pusat pentadbirannya di Bukit Gantang dan
menjadikan Kuala Sungai Limau di Trong sebagai pelabuhan utama Jajahan Larut.
2. 1880-an ibu negeri Perak dipindah dari Bandar Baru ke bandar Taiping setelah J.W.W. Birch
dibunuh oleh Dato' Maharaja Lela di Pasir Salak pada tahun 1875.
3. 1874 setelah British menjajah negeri Perak sejurus Perjanjian Pangkor ditandatangani di
Pangkor, Jajahan Larut telah ditadbir oleh Kapten Speedy sebagai Penolong Residen British.
4. 1937 Taiping tidak lagi menjadi ibu negeri Perak. Ipoh dipilih sebagai ibu negeri kerana
terletak di tengah-tengah negeri Perak.

BERAKHIR TAIPING SEBUAH IBU NEGERI

Walaupun lapangan terbang yang pertama di Perak diadakan di Taiping, pada waktu itu
telah dibuat rancangan untuk memindahkan pusat pentadbiran ke Ipoh yang jauh lebih maju
dari segi perkembangan ekonomi. Perpindahan itu mula-mula dicadangkan oleh Pesuruhjaya
Tinggi (Hugh Clifford) sendiri di Majlis Persekutuan pada tahun 1927 tetapi tiada tindakan
diambil sehingga tahun 1937. Rancangannya ialah untuk melakukan perpindahan itu dengan
beransur-ansur dalam jangka masa tujuh tahun.
Apabila kedengaran berita tentang cadangan perpindahan itu satu golongan penduduk
Taiping - mereka yang berpelajaran Inggeris telah menyuarakan bantahannya. Untuk
menjadikan suara mereka lebih lantang mereka telah menerbitkan sebuah akhbar Taiping
Weekly Record. Penduduk Ipoh yang mendesak supaya perpindahan itu dilakukan sebenarnya
mempunyai akhbar juga untuk menyuarakan pendapat mereka; akhbar itu ialah Times of
Malaya. Yang memainkan peranan utama dalam penerbitan akhbar Taiping itu ialah Yeoh Teng
Khoo, seorang guru, juga ahli sukan yang terkenal.
Penduduk Taiping berpendapat bahawa di Taipinglah mula-mula diletakkan asas
pemerintahan yang tersusun, perniagaan yang makmur serta kedamaian di antara berbagai
kaum. Justeru itu Taiping adalah bandar yang terkanan; memang sesuailah ia dijadikan ibu kota
negeri Perak. Taiping, bahkan dianggap sebagai suatu carta melambangkan kedamaian yang
menjadi punca kemakmuran dan kemakmuran adalah alasan yang ditonjolkan oleh penduduk
lpoh yang mendesak supaya pusat pentadbiran dipindah ke situ. Ipoh, menurut penduduk
Taiping, walaupun besar dan penting, tiada hak dari segi perlembagaan, sejarah atau ekonomi
untuk menjadi bandaraya pertama di Perak. Kekayaan Ipoh adalah terbatas kerana lambat laun
pengeluaran bijih timah akan merosot.
Selain daripada akhbar Taiping Weekly Record, ahli-ahli Majlis Negeri yang berasal dari
Taiping seperti Toh Eng Hoe dan Dr. Saw Ah Choy juga berkali-kali terlibat di dalam
perbahasan mengenai isu itu. Tetapi kesemua bantahan itu tidak berhasil. Perang Dunia II tidak
juga melambatkan perpindahan yang telah bermula pada 1937. Bila tamat sahaja zaman
Pendudukan Jepun, iaitu lapan tahun sejak tahun 1937, pusat pentadbiran tetap dipindah ke
Ipoh. Taiping menjadi bandar yang kedua pentingnya di Perak sehingga hari ini. Peninggalan-
peninggalan daripada zaman Taiping menjadi ibu kota masih ada. Yang sudah lapuk kerana
telah lama tidak digunakan lagi ialah jalan keretapi Taiping - Port Weld. Taiping kini menjadi
tempat persinggahan penting keretapi Kuala Lumpur - Butterworth tetapi stesen keretapi di Port
Weld sama sekali tidak dijaga dan ada dalam keadaan kopak-kapek. Peninggalan yang masih
berfungsi ialah penjara yang pernah menjadi penjara utama di Tanah Melayu. Pada suatu
ketika dahulu penjenayah yang menjalani hukuman lebih daripada satu tahun dikurungkan di
penjara Taiping. Bangunan--bangunan lain yang sehingga akhir-akhir ini masih ada dan
melambangkan kedudukan luhur Taiping dahulu termasuklah Residensi dan pejabat-pejabat
Kerajaan.
Taiping masih mempunyai kemudahan-kemudahan untuk sukan yang tidak terdapat di
bandar-bandar lain di Perak kecuali Ipoh seperti stadium dan kolam berenang serta tempat-
tempat untuk beristirehat seperti Bukit Maxwell dan tasik. Mungkin yang paling penting Taiping
mempunyai sejarah yang menarik yang sepatutnya ditonjolkan kerana Taiping pada suatu
waktu dahulu adalah bandar utama di Semenanjung Tanah Melayu.

You might also like