You are on page 1of 12

Pengenalan

Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan pertama yang


diserahkan oleh negeri Selangor kepada Kerajaan Perseketuan
pada 1 Februari 1974 selain merupakan ibu negara Malaysia.

Bandar ini mempunyai mempunyai keluasan berjumlah


243.65 km²  dan jumlah penduduk sebanyak 1,479,388 (2004).

Lokasi Kuala Lumpur

Bandar raya Kuala Lumpur yang begitu pesat membangun


menjadi pusat pentadbiran negara dengan menempatkan jentera
pentadbiran. Kuala Lumpur juga merupakan pusat
perkembangan ilmu, budaya, ekonomi dan sebagainya. Sebagai
bukti, bangunan-bangunan pencakar langit berdiri tengah-tengah
di sini melambangkan kemegahan negara Malaysia yang sedang
pesat membangun. Jalan raya dan lebuh raya yang terdapat
bersimpang-siur dengan kenderaan yang tidak putus-putus. Jalan
raya sentiasa diperlebar untuk menampung kesesakan lalu-
lintas
yang telah menjadi perkara biasa kepada penduduknya.
Asal-usul nama
Kuala Lumpur pada mulanya dinamakan Lumpur walaupun
sebelum penguasaan Raja Abdullah, pembuka kawasan ini. Nama ini
kemudiannya ditukarkan kepada Kuala Lumpur. Nama ini diambil
daripada kawasan berhampiran tempat pertemuan antara Sungai
Gombak dan Sungai Klang, sebuah tempat penerokaan Raja
Abdullah untuk bijih timah. Kawasan ini telah dinamakan sebegitu
kerana berlumpur.

Pembukaan Kuala Lumpur

Setakat ini, tidak banyak yang diketahui mengenai zaman


prasejarah Kuala Lumpur selain daripada penemuan beberapa artifak
Neolitik di Gombak dan Batu Caves. Jika diimbau dengan teliti,
sejarah Kuala Lumpur sebenarnya termasuk dalam sejarah Selangor
kerana merupakan salah satu daerah Selangor sebelum diserahkan
kepada Kerajaan Perseketuan pada 1 Februari 1974.

Mengikut kajian sejarah, Raja Abdullah bin Raja Jaafar


merupakan orang yang mula-mula membuka Kuala Lumpur.
Peristiwa ini berlaku apabila Raja Jumaat yang begitu berpengaruh
kepada Sultan Muhammad yang memerintah Selangor dari 1826
sehingga 1857 telah menganugerahkan daerah Kelang (kini
dinamakan Klang) kepada Raja Abdullah iaitu adik kepada Raja
Jumaat setelah Raja Sulaiman yang sebelum ini menguasai Kelang
(Klang) mangkat.

Pada 1875, Raja Abdullah yang menguasai Kelang (Klang)


bersama-sama dengan Raja Jumaat telah meminjam wang sebanyak
$30 000 daripada Baba Chi Yam Chuan dan Lim Say Hoe di Melaka
dengan tujuan untuk membuka lombong bijih timah. Raja Abdullah
telah membawa masuk sebanyak 87 buruh-buruh Cina dari Lukut
untuk mengusahakan lombong bijih timah di Ampang. Oleh sebab
penyakit yang telah meragut nyawa sebanyak 70 buruh-buruh
tersebut, Raja Jumaat telah memberi bantuan kepada adiknya dengan
membawa masuk lagi 150 buruh dari China . Usaha yang bersusah-
payah berhasil apabila Raja Abdullah berjaya mengeksport bijih
timah dari Ampang setelah dua tahun.

Sejak itu, semakin banyak orang termasuk orang Melayu dari


Sumatera dan orang cina sama ada dari Lukut ataupun China yang
datang dan mula menetap di kawasan pertemuan antara Sungai
Klang dan Sungai Gombak yang kini merupakan bandar raya Kuala
Lumpur. Sebuah perkampungan bijih timah telah bermula di situ dan
beberapa kedai telahpun mula dibina di situ.

Antara mereka yang menetap di Kuala Lumpur, seorang yang


bernama Sutan Puasa telah dianggap sebagai ketua di kalangan
orang Melayu. Beliau seorang peniaga yang berkawan baik dengan
Hiu Siew dan Ah Sze. Dengan persetujuan dan sokongan orang-
orang Melayu dan Cina yang tinggal di situ, Hiu Siew telah dilantik
sebagai Kapitan Cina yang pertama bagi Kuala Lumpur bagi
mengetuai penduduk-penduduk di situ dan menetapkan undang-
undang serta peraturan-peraturan di kawasan tersebut.

Kapitan Hiu Siew telah meninggal pada 1861 dan Liu Ngim Kong
telah dilantik menjadi Kapitan Kuala Lumpur yang kedua. Beliau
telah dicadangkan oleh Ah Sze yang menolak tawaran menjadi
Kapitan kerana ingin menumpukan perhatian dalam peniagaannya.
Liu merupakan kawan baik Yap Ah Loy yang berada di Sungai
Ujong. Beliau telah mengajak Yap Ah Loy ke Kuala Lumpur untuk
membantunya dalam perurusannya dalam pelombongan bijih timah.
Pada masa itu, berlakunya huru-hara di Larut dan ramai
penduduknya Cina telah melarikan diri ke sini. Bertambahlah
bilangan penduduk Cina yang menetap di Kuala Lumpur. Mereka
telah membawa cara hidup mereka ke Kuala Lumpur dengan
menubuhkan kumpulan kongsi gelap Cina iaitu Ghee Hin dan Hai
San. Pada 1866, pergaduhan telah bercetus antara orang Melayu dari
Sumatera dan orang Bugis. Pergaduhan ini berlaku di kubu
pertahanan Bandar Yaseh di Kuala Lumpur.

Kapitan Kuala Lumpur yang ketiga ialah Yap Ah Loy. Beliau


menjadi Kapitan selepas kematian Liu Ngim Kong, Kapitan Cina
kedua pada bulan September 1968. Beliau telah dicadangkan oleh
Ah Sze setelah berunding dengan Sutan Puasa. Hal ini kerana Liu
Ngim Kong selalu sakit dan Yap Ah Loy dicadangkan supaya
menggantikan Liu jika beliau meninggal. Semasa mengadap Sultan
Abdul Samad untuk membentangkan cadangan yang dipersetujui ini,
Liu juga mengakui bahawa orang-orang Cina di Kuala Lumpur akan
menyebelahi Sultan dan Raja Abdullah dalam peperangan dengan
Raja Mahadi, anak Raja Sulaiman yang berhak ke atas daerah Klang
tetapi telah diabaikan oleh Sultan Abdul Samad apabila Raja
Abdullah dipilih menguasai Kelang (Klang).

Dalam sejarah pengolakan pemerintahan Selangor, Yap Ah Loy


menyebelahi Tengku Kudin dan Tengku Kudin mendapat
pertolongan daripada pihak British. Akan tetapi, peperangan tersebut
telah banyak memusnahkan Kuala Lumpur.

Usaha Yap Ah Loy untuk memulihkan Kuala Lumpur

Peperangan yang berlaku seperti perang saudara dan perang


akibat persengketaan antara Yap Ah Loy dengan bekas ketuanya
semasa di Larut, Chong Chong telah banyak memusnahkan Kuala
Lumpur. Lantas itu, Yap Ah Loy orang yang bertanggungjawab
membangunkan semula Kuala Lumpur daripada pembinasaan yang
disebabkan peperang ini, Yap Ah Loy telah menguasai Kuala
Lumpur sehingga kemasukan British ke Kuala Lumpur. Kuala
Lumpur yang menjadi pusat perlombongan bijih timah dengan
sebahagian besar penduduknya terdiri daripada orang Cina
menyebabkan kawasan ini berada di luar kuasaan pembesar Melayu.
Mereka mengutip cukai di Kuala Lumpur tetapi jarang sekali
mencampuri hal ehwal mengenai kaum-kaum perlombongan. Hal ini
kerana hal ehwal mengenai kaum-kaum perlombongan lebih senang
diuruskan oleh ketua mereka. Oleh itu, pembesar-pembesar telah
berurus dengan orang Cina lebih sebagai kumpulan daripada
perseorangan.

Hal ini menyebabkan Yah Ah Loy berkuasa penuh ke atas Kuala


Lumpur seperti memerintah sebuah negeri dalam sebuah negara.
Dengan kekayaan dan pengaruhnya, beliau dapat mengekalkan
keamanan Kuala Lumpur. Yap Ah Loy telah banyak berjasa atas
pembangunan Kuala Lumpur pada masa itu. Antara usaha beliau
ialah mendirikan sebuah rumah sakit untuk pekerja-pekerja lombong
dan berusaha mendirikan sebuah sekolah Cina. Beliau juga
menggalakkan petani-petani Melayu untuk menetap di sekitar Kuala
Lumpur untuk memenuhi keperluan makanan penduduk di Kuala
Lumpur.

Walau bagaimanapun, petadbiran Yap Ah Loy di Kuala Lumpur


sebenarnya mempunyai kelemahan kerana bandar itu tidak dirancang
dengan baik dan keadaan kesihatannya tidak dijaga dengan
sempurna sehingga banyak berlakunya wabak dan penyakit.

Kekayaan Yap Ah Loy pada masa itu memang luar biasa. Hal ini
dibuktikan apabila dua pertiga bandar Kuala Lumpur di timur Sungai
Kelang (Sungai Klang) adalah miliknya dan beliau juga memiliki
sebuah ladang ubi kayu seluas 4860 hektor di Jalan Damansara.
Semasa menyambut lawatan Frederik Weld iaitu Gabenor Negeri
Selat pada 1879, Yap Ah Loy telah mendirikan sebuah dewan khas
yang mempersembahkan sebuah wayang yang telah dibawa khas
dari China. Selain itu, duit-duit perak juga dileburkan untuk
dijadikan sudu dan garpu bagi tetamu Inggeris.
Kuala Lumpur Menjadi Ibu Kota dan dikuasai British

Sebelum dijadikan ibu negeri Selangor pada 1800, beberapa


‘persediaan’ telah dilakukan menunjukkan permulaan campur tangan
British (bukan penguasaan sepenuh) di Kuala Lumpur. Hal ini
kerana pada 1874, Residan Selangor telah ditempatkan oleh Andrew
Clarke di Selangor. Pada pertengahan tahun 1878, lima orang polis
berpangkat koperal telah ditempatkan di rumah Kapitan Cina.
Residen hanya datang sekali-kala untuk perbicaraan kes-kes
kesalahan berat. Pada penghujung tahun 1879, seorang Majistret
telah dihantar ke sini bukan sahaja untuk bertugas sabagai Majistret
tetapi juga sebagai Penyelia Jabatan Kerja Raya dan Jabatan Ukur.

Pada tahun 1800, perubahan dari segi pentadbiran telah


mengubah segala keadaan di Kuala Lumpur. Pada tahun ini,ibu kota
negeri Selangor telah dipindahkan dari Kelang (Klang) ke Kuala
Lumpur. Residensi dan jabatan-jabatan pentadbiran yang penting
juga telah dipindahkan ke sini. Ini bermakna pihak British telah
mula bercampur tangan ke atas hal ehwal di Kuala Lumpur. Pada
masa itu, Yap Ah Loy telah kehilangan kuasa terhadap keamanan
Kuala Lumpur. Kuasa tersebut telah diambil alih oleh Jabatan Polis
Selangor. Akan tetapi, Yap Ah Loy tetap tidak kehilangan
kepentingan perniagaan beliau. Kedatangan pihak British juga
menandakan permulaan pentadbiran moden di Kuala Lumpur.

Pembaruan yang dilakukan British

Sejak penguasaan British, bandar Kuala Lumpur telah diberi


pembaruan dari segi pembangunan. Pertama sekali, pihak British
telah mengatasi masalah kesihatan. Pihak British peka terhadap isu
ini kerana mereka sedar selagi masalah ini tidak diatasi,
perkembangan bandar ini akan terjejas. Pada tahun 1883, Frank
Swettenham, penolong residen Selangor telah membina Rumah
Sakit Umum dan Rumah Sakit Orang Miskin. Pada 1889 pula,
Rumah Sakit Tanglin, sebuah rumah sakit batu dan sebuah lagi
Rumah Sakit Orang Miskin telah dibina. Keadaan rumah-rumah
sakit ini lebih memuaskan keadaannya jika dibandingkan dengan
yang dibina oleh Yap Ah Loy sebelum ini.

Selain itu, rumah-rumah atap yang usang serta jalan dan lorong
yang kotor semasa penguasaan Yap Ah Loy telah diberi pembaruan.
Seluruh bandar Kuala Lumpur telah dibangunkan semula, jalan demi
jalan dan lorong demi lorong. Rumah batu mula dibina untuk
mencegah kebakaran seperti yang banyak berlaku sebelum ini. Pada
1887, bilangan rumah batu mencecah 518 buah. Lembaga
Kebersihan turut ditubuhkan pada 1890 dan diberi tanggungjawab
untuk menjaga kebersihan bandar, memasang lampu jalan
menggunakan lampu minyak tanah, mentadbir pejalanan pasar, kerja
pengecatan (putih) setiap bangunan, menjaga dan membaiki jalan,
membina parit batu serta mendirikan papan tanda.

Selain itu, perkhidmatan bank turut disediakan. Hal ini kerana


pada tahun 1885, Kuala Lumpur telah mencapai taraf ekonomi yang
memerlukan perkhidmatan bank. Bank yang pertama ditubuhkan
ialah Chartered Bank. Kemudahan kredit telah disediakan selaras
dengan perkembangan ekonomi yang pesat di Kuala Lumpur melalui
perusahaan getah.

Perkhidmatan awam serta kemudahan yang disediakan pihak


British turut lebih memuaskan. Perkhidmatan pos yang lebih
memuaskan telah disediakan dan setem mula digunakan pada tahun
1879. Pejabat pos yang pertama telah didirikan berdekatan dengan
Jalan Pasar (Market Street) sebelum dipindahkan ke Bangunan
Setiausaha Kerajaan pada 1896 dan dipindahkan lagi ke Pejabat Pos
Besar pada tahun 1907. Selain itu, kemudahan air paip disediakan
pada 1896 dengan kejayaan pemasangan paip air yang pertama di
Ampang. Pada 1906, bekalan elektrik turut disediakan. Sejak itu,
lampu jalan yang menggunakan minyak tanah telah diganti
menggunakan bekalan elektrik.

Kuala Lumpur juga telah dilengkapi dengan jalan raya, jalan


kereta api serta kemudahan telekom. Pada 15 September 1886,
kereta api yang pertama telah membawa Sultan Abdul Samad dan
Frederik Weld sebagai penumpang pertama dari Kelang (Klang).
Perhentian Kereta api yang ada sekarang hanya siap dibina pada
1910. Sementara itu, kawat telegram telah didirikan dari Kuala
Lumpur ke Melaka pada tahun 1896. Dari Melaka pula, kawat itu
dihubungkan ke Singapura.

Perkembangan Pentadbiran Menuju Ke Arah Kemerdekaan

Pentadbiran selepas campur tangan pihak British telah dilakukan


oleh ibu pejabat Ketua Residen dan ketua-ketua jabatan yang terletak
di Bangunan Setiausaha Kerajaan. Ini berlaku pada tahun 1880
selepas Kuala Lumpur diambil alih oleh pihak British untuk
dijadikan pusat pentadbiran yang menggantikan Kelang (Klang).

Pada 11 Januari 1942, angkatan tentera Jepun telah menduduki


Kuala Lumpur dan menjadikannya di bawah pentadbiran tentera.
Disebebkan peperangan yang berlaku, pentadbiran bandar ini terlalu
sibuk untuk diberi perhatian oleh mereka. Akibatnya, pembangunan
bandar ini telah tergendala. Semua perkhidmatan yang diamalkan
menjadi tidak teratur. Akibatnya, pentadbiran kerajaan tempatan
berpecah-belah.

Selepas peperangan, Pentadbiran Tentera British telah menyusun


semula Lembaga Bandaran. Selain daripada Pegawai pegawai
kesihatan, Jurutera Bandar, Ketua Pegawai Polis dan Pemungut
Cukai Tanah, sembilan orang ahli lain telah dilantik untuk
menjalankan kerja-kerja pemulihan bandar Kuala Lumpur.

Selain itu, masa selepas peperangan telah menyaksikan


perkembangan dalam kehidupan politik baru. Pada 15 Mac 1948,
Majlis Perbandaran yang mengambil alih tugas-tugas Lembaga
Bandaran telah dibentukkan. Sebelum ini, perkara membincangkan
pembentukan Majlis tidaklah baru kerana cadangan ini telah
dikemukakan oleh Kesatuan Malaya (Malayan Union) dan
dibincangkan sejak tahun 1926 lagi sehinggakan sebuah
jawatankuasa telah ditubuhkan pada 1946 untuk mempertimbangkan
hal ini secara lebih serius. Akhirnya, pembentukan Majlis ini yang
disertai oleh 10 daripada 15 orang Pesuruhjaya Majlis Pembandaran
dan mempunyai kekuasaan otonomi dari segi kewangan telah
dipersetujui oleh jawatankuasa tersebut.
Sekali lagi perubahan corak pentadbiran Kuala Lumpur berlaku
pada tahun 1951 di mana semakan telah dibuat oleh Perlembagaan
yang menghendaki Majlis Perbandaran mempunyai 18 orang ahli
iaitu 12 daripada mereka dipilih manakala 6 lagi dilantik oleh Yang
Di-Pertua Majlis. Pada tahun tesebut jugalah Kuala Lumpur
dipecahkan kepada empat kawasan iaitu Bangsar, Petaling, Sentul
dan Imbi dan setiap kawasan dikehendaki memilih 3 wakil untuk
menyertai Majlis Perbandaran. Pada bulan Mac 1952, pilihan raya
Munisipal yang pertama telah diadakan untuk memilih wakil bagi 12
buah kerusi tersebut. Pilihan raya merupakan sesuatu yang
bersejarah sekali kerana Parti Perikatan (UMNO dan MCA)
ditubuhkan untuk bertanding dalam pilihan raya tersebut telah
memenangi pilihan raya tersebut.

Kejayaan Parti Perikatan adalah sungguh menggalakkan dan


memberi jalan kerjasama politik yang lebih rapat antara ketiga-tiga
parti-UMNO, MCA, MIC dalam perjuangan mereka untuk mencapai
kemerdekaan negara.

Kuala Lumpur memainkan peranan yang penting sebagai ibu


negara Malaysia yang baru mencapai kemerdekaannya pada 31 Ogos
1957. Kuala Lumpur yang ditadbir terus oleh Kerajaan Persekutuan
apabila Akta Ibu Kota dikuatkuasakan pada 1 April 1961 telah
digantikan Majlis Perbandarannya kepada Persuruhjaya Ibu Kota
Kuala Lumpur yang mentadbir secara korporat. Persuruhjaya Kuala
Lumpur dilantik oleh DYMM Seri Paduka Yang Di-pertuan Agong
dan dibantu oleh Lembaga Penasihat yang terdiri daripada 6 orang
ahli rasmi dan 5 orang ahli tidak rasmi.

Kuala Lumpur Dinaiktaraf Menjadi ‘Bandar Raya’ dan


seterusnya Wilayah Persekutuan

Pada 1 Februari 1972, Kuala Lumpur sekali lagi telah melalui


peristiwa bersejarah yang gemilang apabila dinaiktaraf gelarannya
‘Bandar’nya menjadi ‘Bandar raya’. Hal ini bukan sahaja kerana
Kuala Lumpur merupakan bandar yang terbesar di Malaysia tetapi
juga peranannya yang setanding sebagai ibu negara Malaysia dan
juga pusat perdagangan, kewangan, pemerintahan, pendidikan,
diplomatik dan agama yang utama dalam negara ini. Pentadbirannya
diambil alih oleh Dewan Bandaraya yang kemudiannya ditubuhkan
dan diketuai oleh Datuk Bandar serta dibantu oleh Lembaga
Penasihat.

Apabila disedari bahawa Kuala Lumpur tidak boleh memainkan


peranan serentak sebagai ibu negari Selangor dan juga ibu negara
Malaysia, usaha dilakukan untuk mewujudkan sebuah Wilayah
Persekutuan sebagai kota raya negara Malaysia. Pada 1 Februari
1974, Sultan Selangor secara rasminya menyerahkan Kuala Lumpur
kepada DYMM Seri Paduka Yang Di-pertuan Agong yang
meletakkannya di bawah Kementerian Kerajaan Tempatan dan
Wilayah Persekutuan. Kini terjadilah Wilayah Persekutuan Kuala
Lumpur, Wilayah Persekutuan Malaysia yang pertama. 4 tahun
kemudian, Kementerian Wilayah Persekutuan telah diwujudkan
untuk menyelaraskan dasar-dasar dan peracangan bagi pertumbuhan
Kuala Lumpur.

Itulah bagaimana sebuah kawasan yang sebelum ini memang


tidak diambil tahu sebelum penerokaan Raja Abdullah menjadi
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, sebuah kota raya di Malaysia
yang maju dan berperanan sebagai pusat perdagangan, pentadbiran
dan agama yang utama.
Perintis Kuala Lumpur

Setiap kawasan yang dapat berkembang maju pastinya kerana


mempunyai pembangun atau pemajunya yang telah banyak berjasa.
Adalah patut untuk kita mengingati dan menghargai jasa mereka
yang besar ini. Berikutlah beberapa perintis dan hikayat ringkas
mereka yang telah berjasa terhadap pembangunan dan kemajuan
Kuala Lumpur sehingga mempunyai hari ini:

1. Yap Ah Loy (1837-1885)


Pada sekitar 1892, Yap Ah Loy yang sedang menetap di Sungai
Ujong telah datang ke Kuala Lumpur atas permintaan kawan
karibnya, Kapitan Cina Liu Ngim Kong. Beliau mula mengumpul
harta semasa membantu Liu menguruskan lombongnya. Beliau
dibuktikan amat dipandang tinggi oleh Kapitan Cina Liu Ngim Kong
apabila sebelum Kapitan Liu meninggal pada Ogos 1868, beliau
telah melantik Yap Ah Loy menjadi penggantinya dalam urusniaga
dan juga sebagai Kapitan Cina.

Sejak itu, beliau telah menambah kekayaan sehinggakan hampir


seluruh Kuala Lumpur adalah kepunyannya. Di samping itu, beliau
juga mendapat kuasa sekian lamanya sehingga peperangan dan
perbalahan tercetus.

Apabila perang saudara tercetus, Yap Ah Loy yang memihak


kepada Tengku Kudin lari bersembunyi setelah Kuala Lumpur
ditawan oleh Raja Mahadi. Apabila Kuala Lumpur dapat ditawan
semula, Yap Ah Loy sekali lagi diangkat menjadi Kapitan Cina.
Beliau telah menyusun program pembangunan Kuala Lumpur yang
musnah akibat peperangan dan kebakaran. Antara usaha yang
dilakukan beliau ialah pemberian sokongan kewangan kepada
pengusaha yang terus bertapak di sini walaupun banjir yang melanda
ketika itu. Yap Ah Loy hampir muflis akibat berhutang dengan
banyaknya pada 1878 jika tidak kerana harga bijih timah yang
melambung tinggi ketika itu.
Dengan pemindahan pusat pentadbiran Inggeris ke Kuala
Lumpur, kuasa-kuasa Kapitan Yap semakin berkurangan, namun
status dan kepentingan perniagaanya masih kukuh sehingga beliau
meninggal pada bulan April 1885 akibat diserang penyakit bronkitis
dan paru-paru.Tan Sri Lokman bin Yusof (1910-1972)
Tan Sri Lokman bin Yusof dilahirkan di Linggi, Negeri Sembilan
pada tahun 1910. Beliau menuntut di Universiti Oxford, Enagland
dan pernah berkhidmat sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor
dan Negeri Sembilan dan menjadi Setiausaha Tetap, Kementerian
Kerajaan Tempatan dan Perumahan.

Tan Sri Lokman telah menjadi Pesuruhjaya Ibu Kota Kuala


Lumpur bermula 1April 1962 dan kemudiannya dilantik menjadi
Datuk Bandar yang pertama apabila Kuala Lumpur diisytiharkan
sebagai Bandar raya pada 1 Februari 1972. Beliau meninggal pada
13 Julai 1972.

Tan Sri Lokman bukan sahaja terkenal sebagai seorang pegawai


kerajaan yang luas pengalaman dalam pentadbiran dan perancangan
tetapi juga seoarang ketua yang amat dikasihi ramai dengan budi
bahasa yang halus, berhemah tinggi dan berpengaruh.

You might also like