You are on page 1of 12

BAB 3 TINGKATAN 3

HIMPUNAN BAHAN UNTUK AKTIVITI TMK MS.61

SUMBANGAN TOKOH DALAM PEMBANGUNAN KUALA LUMPUR

MENYUSURI Jalan Raja Abdullah di Kampung Baru, Kuala Lumpur dirasakan sangat istimewa. Dikelilingi
pembangunan pesat bandar raya, laluan yang bermula dari persimpangan lampu isyarat di Jalan Raja Muda Abdul
Aziz sehingga ke persimpangan Jalan Dang Wangi itu sememangnya rancak dengan pelbagai aktiviti sama ada siang
atau malam.

Daripada tradisi bubur lambuk di Masjid Jamek Kampung Baru kepada Pasar Chow Kit yang penuh bersejarah di Jalan
Raja Alang sehingga gelaran syurga gastronomi di Jalan Raja Muda Musa dan sekitarnya menjadikan Jalan Raja
Abdullah dekat dalam sanubari warga kota.

Namun, di sebalik kemasyhuran laluan yang juga dikenali sebagai Hale Road satu ketika dahulu, mungkin tidak ramai
yang berpeluang mengetahui sejarah dan kisah pemilik namanya, Raja Abdullah Raja Jaafar.

"Raja Abdullah merupakan tokoh yang bertanggungjawab terhadap pembukaan dan kemajuan Kuala Lumpur pada
hari ini. Jika tidak kerana penerokaan bijih timah yang dilakukannya mungkin Kuala Lumpur tidak wujud sama sekali,"
kata Profesor Datuk Dr. Abdullah Zakaria Ghazali, Pensyarah Jabatan Sejarah, Fakulti Sastera dan Sains Sosial,
Universiti Malaya.

Menjejaki kisah kehidupan Raja Abdullah, beliau berasal daripada keturunan Daeng Parani, salah seorang daripada
pahlawan Bugis, Daeng lima bersaudara dari Riau yang terkenal dalam sejarah Tanah Melayu pada kurun ke-18.

Beliau datang ke Lukut pada tahun 1834 bersama abangnya, Raja Jumaat untuk mengusahakan perlombongan bijih
timah di situ. Di bawah pentadbiran Raja Jumaat, Lukut telah menjadi sebuah pusat perdagangan yang terkenal
sekitar tahun 1830-an.

Sekitar tahun 1849 dan 1850, Sultan Muhammad Shah, Sultan Selangor ketiga telah menyerahkan watikah pelantikan
pentadbiran Klang dan daerah sekitarnya kepada Raja Abdullah menggantikan pemerintah sebelumnya, Raja
Sulaiman yang mangkat.

"Watikah baharu turut diberikan oleh Sultan Selangor keempat, Sultan Abdul Samad pada 1864. Kekuasaan Raja
Abdullah sebagai pemerintah Klang juga dibuktikan melalui surat perjanjian yang dimeterai bersama dua orang
saudagar dari Negeri-Negeri Selat, William H. Read dan Tan Kim Cheng pada tahun 1866," jelasnya yang
berpengalaman lebih 30 tahun melakukan kajian mengenai sejarah Malaysia.

Tambah Abdullah Zakaria, selepas tujuh tahun mentadbir Klang, pada 1857, Raja Abdullah bersama-sama 87 orang
buruh Cina telah meneroka lokasi bijih timah di sekitar Sungai Klang sebelum mendarat di Ampang.

Bagaimanapun, sebahagian besar buruh yang dibawa meninggal dunia akibat demam malaria. Ekoran itu, Raja
Abdullah terpaksa meminta bantuan abangnya di Lukut yang kemudiannya menghantar lebih 150 buruh tambahan ke
Ampang.

"Pada tahun 1859, bijih timah berjaya dikeluarkan buat julung-julung kalinya di situ. Kuala sungai yang menjadi
pertemuan antara Sungai Klang dan Sungai Gombak telah dijadikan pangkalan untuk mengangkut bijih timah.

"Ia kemudiannya disimpan di Gedung Raja Abdullah di Pengkalan Batu, Klang sebelum dieksport ke Barat melalui
pelabuhan Singapura dan Melaka. Dikatakan pangkalan di bahagian kuala sungai yang agak berlumpur itulah
membawa kepada kewujudan nama Kuala Lumpur pada hari ini," ujarnya.
Kerancakan aktiviti perlombongan telah mengubah landskap Kuala Lumpur menjadi sebuah pekan perlombongan
yang padat dengan pelbagai aktiviti dan perniagaan. Keadaan itu turut menarik masyarakat luar untuk berniaga dan
memulakan kehidupan baharu di situ.

Antaranya ialah Sutan Puasa yang tiba di Kuala Lumpur pada tahun 1859 lalu menjalankan perniagaan sehingga
menjadi seorang ahli perniagaan yang kaya-raya dan disegani.

Beliau yang berasal dari Tobang, Hulu Mandailing, Sumatera berjaya menarik ramai orang Cina ke situ termasuk
Kapitan Cina Pertama di Kuala Lumpur, Hiu Siew dan Ah Sze.

Pada 1862, Yap Ah Loy yang sebelum itu bekerja di lombong bijih timah di Lukut turut berhijrah ke Kuala Lumpur.
Beliau dilantik sebagai Kapitan Cina Ketiga bermula dari 1868 hingga 1885.

Abdullah Zakaria berkata, tiga-tiga tokoh itu telah memainkan peranan penting terhadap perkembangan dan sejarah
awal Kuala Lumpur.

Katanya, biarpun kajian akademik mengesahkan Raja Abdullah sebagai pengasas Kuala Lumpur, namun ada juga
hujah dan pendapat yang menyatakan ia adalah Sutan Puasa dan Yap Ah Loy.

"Misalnya, Abddur-Razzaq Lubis & Khoo Salma Nasustion dalam karyanya Raja Bilah and The Maindailing in Perak:
1875-1911 mengangkat Sutan Puasa sebagai pengasas Kuala Lumpur.

"Di samping itu, terdapat juga kenyataan menyatakan Yap Ah Loy sebagai bapa Kuala Lumpur moden dan turut
diangkat sebagai pengasas Kuala Lumpur," ujarnya.

Justeru, Majlis Polemik Sejarah Malaysia Sesi ke-28 anjuran Arkib Negara Malaysia pada 13 Disember tahun lalu yang
dihadiri para sejarawan, ahli akademik dan pelbagai organisasi berkaitan dilihat sebagai medium terbaik untuk
memperjelaskan isu berkenaan.

"Kesimpulan kepada perbahasan yang dianjurkan, jelas bahawa Raja Abdullah merupakan individu pertama yang
meneroka Kuala Lumpur iaitu sebelum kedatangan Sutan Puasa dan Yap Ah Loy.

"Ia sekali gus mengesahkan fakta yang tertulis dalam buku Sejarah Selangor oleh Buyong Adil pada tahun 1971 dan
Glimpse of Selangor 1860-1898 oleh J.M Gullick bahawa beliau merupakan pengasas Kuala Lumpur," katanya.

Pada tahun 1866, berlaku Perang Kelang atau Perang Saudara Selangor di antara Raja Abdullah dan Raja Mahdi.

Tewas dalam pertempuran itu, Raja Abdullah akhirnya mengundur diri dari Klang. Beliau mangkat dan dikebumikan di
Ketapang, Melaka.

Sementara itu, Raja Amzah Raja Sohot, 72, berkata, sebagai salah seorang keturunan Raja Abdullah, beliau berbangga
dengan sumbangan yang dilakukan moyangnya itu terhadap sejarah Kuala Lumpur.

Katanya, sejak kecil tidak banyak kisah Raja Abdullah didedahkan kepada beliau dan keturunannya. Begitu juga
dengan kejayaan Raja Abdullah membuka Kuala Lumpur dan menjadi orang Melayu pertama yang mengusahakan
perlombongan bijih timah ketika itu.

"Orang dahulu sememangnya suka berahsia apatah lagi membabitkan soal keturunan. Lagi pun tidak banyak kajian
dan penyelidikan yang dilakukan oleh para sejarawan seperti hari ini. Saya bertuah kerana ibu saudara, Raja Habibah
yang merupakan Mak Andam Diraja Selangor sekitar tahun 70-an banyak berkongsi maklumat mengenai Raja
Abdullah," katanya yang merupakan generasi kelima tokoh ulung itu daripada keturunan Raja Hasan, penghulu
terkenal di Klang satu ketika dahulu.
Bekas pendidik di sebuah sekolah di ibu negara itu memberitahu, daripada kisah-kisah yang diceritakan telah
mendorongnya untuk menjejaki dan mengumpulkan keturunan Raja Abdullah, bermula dari Raja Hasan sehinggalah
anak-anaknya yang lain.

"Keturunan Raja Abdullah ini ramai, mungkin mencecah ribuan orang di seluruh negara sama ada berhijrah mencari
kehidupan baharu atau faktor perkahwinan. Di sebelah saya misalnya ramai yang menetap di sekitar Klang dan Kuala
Lumpur, Raja Ismail di Perak dan Raja Empeh di Pahang," katanya.

Raja Amzah berkata, pada tahun 2001 hasil usahanya dan waris-waris yang lain, buat julung-julung kali lebih 500
keturunan Raja Abdullah berjaya dikumpulkan dalam satu perjumpaan yang diadakan Kampung Jawa, Klang.

"Sejak itu, perjumpaan yang sama diadakan di sekitar Klang dan Kuala Lumpur. Tujuannya bukan untuk bermegah
sebaliknya sekadar merapatkan kembali hubungan kekeluargaan yang terpisah sebelum ini di samping menjaga
kebajikan mereka," kata bapa kepada lima cahaya mata itu.

Tambah Raja Amzah, kunjungan bapa saudaranya, Raja Abdul Rahim dari Pulau Penyengat, Riau, Indonesia ke Kuala
Lumpur sekitar tahun 90-an turut membuka matanya mengenai salasilah Raja Abdullah yang berasal dari keturunan
Raja Melayu Bugis di Luwuk-Sulawesi, melalui keturunan Daeng Parani.

"Sejak itu, saya semakin teruja untuk menjejaki keturunannya dengan lebih mendalam. Kebetulan, penglibatan saya
dalam Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Selangor sebelum ini membolehkan saya melawat makam Daeng Parani
di Kedah serta Daeng Merewah, Daeng Kemasi, Daeng Kemboja, Daeng Celak di sekitar Indonesia di samping
mengenali susur galur keturunannya di sana.

"Sebagai salah seorang keturunannya kami bukan mahu sebarang pengiktirafan, cukuplah generasi muda hari ini
mengetahui sejarah dan fakta sebenar," katanya. - Kosmo!

GUDANG RAJA ABDULLAH BIN RAJA JAAFAR

Bangunan ini dibina pada 1856 di Pekan Klang sebagai tempat penyimpanan bijih timah dan bahagian
atasnya sebagai tempat kediaman. Pada 1853, Raja Abdullah bin Raja Jaafar iaitu adinda kepada Raja
Jumaat, Lukut telah dikurniakan pangkat “Orang Besar Klang” oleh Baginda Sultan Muhammad Shah dan
dengan itu beliau berjaya membuka beberapa buah lombong bijih timah di Ulu Sungai Klang, sekarang
dikenali sebagai Kuala Lumpur. Raja Abdullah merupakan wakil Sultan yang diperintahkan mengutip hasil
dan memperdagangkan bijih timah yang dihasilkan di Lembah Klang.

Semasa berlaku Perang Saudara di Selangor pada tahun 1866 di kawasan ini, gudang ini telah dijadikan
sebagai kubu pertahanan pengikut Raja Mahadi yang berkubu di Kota Raja Mahadi tidak jauh dari
kawasan ini (di perkarangan Pejabat Majlis Perbandaran Kelang sekarang). Residen Inggeris Pertama J.G
Davidson menjadikan Gedung ini sebagai Pusat Pentadbiran Daerah yang kemudiannya dijadikan Balai
Polis Daerah hingga tahun 1970. Ia dijadikan Muzium Timah oleh Lembaga Muzium Negeri Selangor. Kerja-
kerja konservasi oleh Jabatan Warisan Negara yang bermula pada bulan Disember 2008 akhirnya siap
sepenuhnya pada Julai 2009. Apa yang menarik mengenai bangunan ini ialah ia bercirikan seni bina
Anglo-Indian abad ke-19 dengan gabungan seni bina tempatan. Bangunan kayu bertiang konkrit ini dibina
secara memanjang dan tinggi dengan tingkat bawah berlantaikan simen manakala tingkat atas berlantai
kayu. Sesuai dengan fungsinya sebagai gedung simpanan bijih timah, bangunan ini dibina mudah tanpa
elemen-elemen hiasan seperti rumah-rumah tradisi lain. Terdapat beberapa ruang berbilik di tingkat
bawah namun tingkat atasnya dewan besar dibiarkan terbuka dengan serambi di sekeliling.
Kerosakan utama bangunan ini adalah pada lepaan dinding di tingkat bawah yang telah poros disebabkan
faktor kelembapan (bangunan ini terletak di tapak yang paling rendah berbanding bangunan-bangunan
baru di sekeliling yang dibina kemudian). Sebahagian dinding juga telah retak dipercayai disebabkan oleh
gegaran kenderaan di jalan bersebelahan. Kerja-kerja konservasi yang utama selain melibatkan
penggantian struktur kayu dan lepaan dinding yang rosak termasuk penggantian lantai konkrit kepada
lantai kayu di tingkat atas bagi mengembalikan keaslian bangunan.

Sutan Puasa menetap di Jalan Ampang


PERKAMPUNGAN Mandailing sudah pun wujud di Kuala Lumpur sebelum ibu negara Malaysia itu dibangunkan Sutan
Puasa sekitar 1830, sekali gus menjadikannya sebagai tokoh yang membuka wilayah berkenaan.

Pengkaji sejarah dan penerbit dari Areca Books, Abdur-Razzaq Lubis, berkata fakta itu menjadikan Sutan Puasa
sebagai individu yang bertanggungjawab dalam merancang dan membangunkan wilayah baharu berkenaan, sebagai
pusat perniagaan dan ekonomi sebelum kedatangan British pada 1875.

Malah Sutan Puasa yang berasal daripada keturunan bangsawan di Tobang, Sumatera mendapat sokongan daripada
orang Mandailing lain yang berada di sekitar Kuala Lumpur seperti Raja Asal dan Raja Bilah, selain kapitan Cina.

Lari dari Perang Padri

"Sutan Puasa yang dikenali juga sebagai Sutan Naposo, datang ke Tanah Melayu kerana lari daripada Perang Padri
yang berlangsung di kampung halamannya dari 1803 hingga 1838.

"Sebelum Hui Siew diangkat sebagai Kapitan Cina pertama di Kuala Lumpur dan kedatangan Ah Sze Keledek, Sutan
Puasa terlebih dulu berada di situ serta tinggal di lokasi yang kini dikenali sebagai Ampang Road (Jalan Ampang).

"Malah beliau yang menjemput Hui Siew dan Ah Sze Keledek untuk datang ke Kuala Lumpur dan sama-sama
membangunkan kawasan berkenaan," katanya kepada Sastera & Budaya BH, di sini.

Abdur-Razzaq berkata, sekitar 1800 banyak penempatan baharu di Kuala Lumpur dan beberapa lokasi lain di Tanah
Melayu dibuka oleh keturunan Mandailing.

"Antaranya Ampang dibuka Raja Beranang dan kawasan Bunus yang kini sebahagian Kampung Baru (Tok Bunus). Di
Teluk Intan, ia mengambil nama wanita keturunan Mandailing yang membuka kawasan itu dikenali sebagai Mak Intan
sebelum British menukar nama menjadi Teluk Anson.

"Apabila Perang Kelang tercetus antara 1867 hingga 1874, Sutan Puasa terbabit secara langsung apabila menyokong
Raja Mahadi.

"Apabila pasukan Raja Mahadi tewas, Kuala Lumpur diserahkan kepada Kapitan Cina Kuala Lumpur ketiga, Yap Ah Loy
yang menyokong Sultan Selangor, Sultan Abdul Samad," katanya.

RUMAH SUTAN PUASA


KUALA LUMPUR: Ketika membuat tinjauan projek terbaru di rumah beralamat Nombor 41, Jalan Chow Kit di sini,
arkitek, Tan Kay Chay menganggapnya ia seperti tugas rutin biasa.

Bagaimanapun, hari yang dijangka biasa itu berubah menjadi luar biasa apabila projek terbarunya bukan saja
meruntuhkan rumah berusia 89 tahun dan menggantikannya dengan bangunan komersial serba moden, bahkan
pemiliknya memiliki hubungan erat dengan pengasas Kuala Lumpur, iaitu Sutan Puasa.

Bagi anak jati kota raya seperti Kay Chay, apa yang terdetik di hatinya ketika itu adalah beliau bukan hanya akan
meruntuhkan rumah lama, sebaliknya tugasannya ibarat 'merobohkan' sejarah Kuala Lumpur.

"Saya lahir dan membesar di Jalan Chow Kit ini sehingga rumah itu adalah sebahagian daripada kehidupan lampau
saya. Bayangkan nilai sejarah yang hendak diruntuhkan apatah lagi rumah itu mempunyai kaitan dengan Sutan
Puasa," katanya kepada BH Plus di sini.

Tergamam dengan apa yang dihadapinya, Kay Chay menghubungi sepupunya, James Chong yang kemudian
bergabung tenaga dengan beberapa sukarelawan termasuk Fatulrahman Ghazali, Abdur-Razzaq Lubis, Khoo Salma
Nasution dan Dr Gwynn Jenkins untuk menubuhkan Rumah Pusaka Chow Kit (RPCK) bagi memastikan kediaman yang
mempunyai nilai sejarah itu tidak hilang begitu saja.

Rumah Pusaka itu dibina oleh Sutan Mengatas atau Jaafar Sutan Sinombar pada 1926.

Sutan Mengatas adalah anak saudara kepada Sutan Puasa, personaliti yang dikaitkan sebagai membuka Kuala
Lumpur.

Rumah itu terletak di perkampungan Melayu yang kini dikenali sebagai Jalan Chow Kit.

Rumah kayu dua tingkat dengan ukuran 4.57 meter lebar dan 15.24 meter panjang dan dapur yang diubah suai
dengan panjang 7.94 meter.

Rumah dan tanah itu dijual pada 2013.

Dari segi seni bina, rumah berkenaan mempunyai sentuhan seni bina rumah tradisional Perak yang dikenali sebagai
rumah potong.

Turut dipengaruhi oleh seni bina Inggeris dan Cina.

Rumah kayu dibina pada 1926 itu, berukuran 4.57 meter lebar dan 15.24 meter panjang

• Pemiliknya Sutan Mengatas atau Jaafar Sutan Sinombar, iaitu anak saudara kepada pengasas Kuala Lumpur, Sutan
Puasa
SUMBANGAN ABDULLAH HUKUM

Sumbangan Abdullah Hukum semakin dilupai

Oleh Abdul Rahman Hashim

BAGAIMANA wajah Kuala Lumpur 100 tahun lalu? Siapa yang membuka, menghuni dan menyemarakkan kota itu
pada akhir abad ke-19? Dalam hal ini, kita tidak boleh menyisihkan sumbangan besar Haji Abdullah Hukum, pedagang
dari Kerinchi, Sumatera yang turut menyuntik pertumbuhan ekonomi Kuala Lumpur bermula 1850-an.Abdullah
Hukum atau nama asalnya Abdullah Rukun, ketika itu berusia 15 tahun berkelana merentasi Selat Melaka ke Melaka
sebelum ke Kuala Lumpur bersama sekumpulan rakannya dengan berjalan kaki tiga hari tiga malam. Banyak tempat
yang disinggahi dan banyak pula pengalaman ditempuhinya. Setibanya di Kuala Lumpur, beliau menumpang di rumah
Haji Abdul Ghani di Java Street.Ketika itu, Kuala Lumpur mempunyai dua lorong saja iaitu Java Street dan Market
Street, manakala Ampang Street (kini Lebuh Ampang) dahulunya adalah tempat sekumpulan ceti beroperasi dan di
situ juga ada sebuah kolam ikan milik Almarhum Sutan Puasa.Rumah kedai pada masa itu berbumbung atap bertam
dan berdinding buluh, manakala peniaga di situ kebanyakannya menjual kain dan makanan, semuanya orang Melayu
berketurunan Rawa dan Mendahiling. Sutan Puasa dan Raja Bilah adalah di antara ketua masyarakat berpengaruh
ketika itu. Kedua-dua ketua ini mengutip hasil dagangan daripada peniaga yang melalui Sungai Klang dan Sungai
Gombak. Cukai timah pada masa itu ialah seringgit sebahara (tiga pikul).Setapak (dulu Hulu Sungai Tapak) dan Air
Panas (dulunya Hulu Gombak) adalah kawasan sawah padi milik Sutan Puasa. Beliau pernah mengambil upah
membuat tali air selama tiga tahun di Serambut (Batu Lima Gombak sekarang). Ketika itu, Sutan Puasa adalah ketua
yang disenangi penduduk tempatan kerana semua orang boleh mengerjakan sawahnya dengan kadar upahan
sepuluh gantang padi daripada setiap seratus gantang.Abdullah Hukum juga pernah pergi menghadap Raja Laut
(Putera Raja Muhamad) kerana ingin meminta sebidang tanah untuk dijadikan kampung baru. Raja Laut memberikan
surat kebenaran untuk membuka tanah di Pudu dan menjadi ketua penduduk di situ. Ada ramai orang Kerinchi
mengikutnya dan tinggal di Pudu (di kawasan Bukit Bintang sekarang).Di sana, Abdullah Hukum dan pengikutnya
menjalankan aktiviti menanam sayur-sayuran, tebu, pisang, sirih dan bersawah padi. Abdullah Hukum menjadi Ketua
Kampung di Pudu selama tujuh tahun. Dikatakan juga beliau pernah menjadi nakhoda yang mengambil upah
membawa beras dengan perahu dari Klang ke Kuala Lumpur. Dia mendapat upah empat puluh ringgit untuk sekoyan
guni beras.Selepas membuka kawasan Pudu, Abdullah Hukum mendapat surat kebenaran daripada Raja Mahmud
(Putera Sultan Muhamad) untuk membuka kebun di Bukit Nanas. Beliau juga mendapat surat kebenaran daripada
Maxwell dan Raja Laut membuka Sungai Putih (kawasan Jalan Bangsar sekarang).Ketika tinggal di Sungai Putih,
Abdullah Hukum membuka Bukit Candi Putra (kini Bukit Putera) yang menempatkan Kompleks Angkasapuri dan
Kampung Kerinchi). Abdullah Hukum diangkat menjadi Ketua Kampung di Sungai Putih dengan persetujuan Penghulu
dan Datuk Dagang. Selepas dilantik secara rasmi sebagai Ketua Kampung dan Penghulu, Abdullah Hukum
menghentikan perniagaan kerbau kerana beban tugas semakin bertambah.Ketika beliau menjadi Penghulu inilah
Abdullah Hukum cuba menyatukan tiga kaum utama di situ ? Melayu, Cina dan India. Sebagai menghargai
kejayaannya itu, dia menamakan jalan utama di situ sebagai 慗 alan Bangsa? sempena penyatuan ketiga-tiga kaum.
態 angsa? kemudian bertukar menjadi 態 angsar?.Apabila meletus peperangan Selangor dan Pahang, Sultan Abdul
Samad memanggil Abdullah Hukum untuk membantu melawan musuh baginda. Baginda melantik Abdullah Hukum
yang juga Datuk Dagang sebagai panglima perang.Sebagai menghormati jasa dan bakti Datuk Dagang, Sultan Abdul
Samad mengurniakan sebidang tanah seluas satu perempat ekar kepadanya. Tanah itu terletak berhampiran Sungai
Klang, satu kawasan strategik dari segi pertanian dan perhubungan. Di samping itu, Datuk Dagang dikurniakan kuasa
untuk menyelesaikan masalah di kalangan penduduk kampung dan kawasan sekitarnya.Datuk Dagang menjadikan
kawasan itu sebagai perkampungan tetap untuk pengikutnya. Kampung itu dinamakan Kampung Haji Abdullah
Hukum sempena nama beliau. Ketika Abdullah Hukum datang ke kampung itu, pada 1890-an, pekerjaan utama
penduduk di situ ialah bersawah padi dan bercucuk tanam.Selepas kemangkatan Sultan Abdul Samad pada 1898,
Abdullah Hukum menumpukan baktinya kepada putera baginda, Sultan Alauddin Sulaiman Shah. Abdullah Hukum
pulang ke Sumatera pada 1929, selepas menjadi ketua kampung selama tujuh atau lapan tahun. Menurut cerita,
beliau meninggal dunia pada usia 125 tahun.Haji Mahmud, seorang daripada enam anaknya mengambil tugas ketua
kampung selepas bapanya mengundur diri. Cucunya, Kamaruddin Mahmud mewarisi pusaka kampung ini hingga
sekarang, dan kesan peninggalan termasuklah sebuah rumah milik Abdullah Hukum masih ada di kampung Abdullah
Hukum.Kini, Kampung Abdullah Hukum terletak di tengah bandar raya Kuala Lumpur sudah jauh berubah. Harga
tanah dan rumah kediaman di situ melambung berpuluh kali ganda. Sudah tidak ada orang yang bersawah padi atau
berkebun sayur di situ lagi. Sungai Klang yang menjadi terusan di Kampung Haji Abdullah Hukum sekarang bukanlah
aliran sungai yang asal. Sungai ini dulunya melingkari bahagian Jalan Syed Putra yang kini menjadi tapak pusat beli-
belah Mid Valley.Alangkah malang jika nama besar ini turut tersisih seperti pupusnya nama Taman Ghazali Shafie dan
kampung Paya di Jalan Bangsar berdekatan Kampung Abdullah Hukum, selepas deretan kedai yang menempatkan
peniaga Melayu di situ dirobohkan untuk projek pembesaran Jalan Bangsar sekitar 1987. Walaupun peniaga di Taman
Ghazali Shafie itu dipindahkan ke Kompleks Bangunan Uda di Bangsar Utama, nama Taman Ghazali Shafie tidak lagi
tertera di atas peta Kuala Lumpur.Kita tidak mahu nama Abdullah Hukum, seorang peneroka awal penempatan Kuala
Lumpur tertindih dengan tumpuan terhadap Kapitan Yap Ah Loy sehingga nama Abdullah Hukum turut terpadam di
dalam lipatan sejarah Kuala Lumpur.Demikian iltizam Abdullah Hukum yang menjadi ikon warisan sejarah Kuala
Lumpur sejak penerokaannya dalam era 1850-an sehingga ke hari ini. Sejarah 50 tahun Malaysia merdeka tahun ini
biarlah dirayakan tanpa meluputkan nama pejuang dan perintis bangsa yang banyak meninggalkan jasa, seperti
Abdullah Hukum.

fakta: Abdullah Hukum

# Mengambil upah membuat tali air di Segambut (Batu Lima di Setapak) bekerja dengan Sutan Puasa.

# Mendulang di Setapak.

# Petani dan kontraktor membina batas untuk Raja Bilah.

# Menjadi juak-juak (orang yang mengiringi Raja atau membawa alat kebesaran) kepada seorang pembesar Selangor,
Raja Mahmud Tengku Panglima Raja .

# Memainkan peranan penting dan terbabit dalam beberapa peperangan di Selangor sehingga 1870-an.

# Peniaga kain di Semenyih.

# Membuka tanah dan perkampungan di Pudu dengan perkenan Raja Laut yang ketika itu menjadi Raja Muda
Selangor. Beliau diangkat menjadi Penghulu Masjid di Pudu oleh Raja Laut.

# Menjadi nakhoda mengambil upah membawa beras dari Kelang ke Kuala Lumpur dengan perahu dan membeli
kerbau dari Pahang dan Dungun di Terengganu untuk diniagakan di Kuala Lumpur.
ABDULLAH HUKUM
KUALA LUMPUR: Sejarah mengenai tokoh terkenal Abdullah Hukum yang membuka kampung Sungai Putih kemudian
dikenali sebagai Kampung Abdullah Hukum di Bangsar, terus kekal dengan rumah warisannya dipulihara dan dibina
semula di KL Eco City.

Cucu Abdullah Hukum, Normadiah Mahmud, 59, turut bersyukur tanah keluarganya yang dijual kepada syarikat
pemaju projek komersial dan perumahan KL Eco City iaitu SP Setia Bhd turut dibangunkan sebuah masjid yang
dinamakan Masjid Jamek Abdullah Hukum.

Beliau berkata, pihaknya sebelum ini hanya bersetuju untuk menjual tanah pusaka mereka di tengah-tengah bandar
raya ini kepada pihak pemaju dengan syarat mereka membina masjid di atas tanah tersebut dan mencadangkan
nama datuknya digunakan untuk masjid itu.

"Masa itu saya minta tolong daripada bekas Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Seri Raja
Nong Chik Raja Zainal Abidin. Dia yang bantu saya usahakan. Saya hendak nama Abdullah Hukum itu dikekalkan,"
katanya kepada Bernama di sini.

"Alhamdulillah, niat saya tercapai. Kami tidak pandang wang ringgit, yang penting nanti waris kami, cucu-cucu dapat
tengok nama Abdullah Hukum itu kekal dan tersergam indah. Kenangan itu akan sentiasa ada dengan kami," katanya.

Abdullah Hukum merupakan antara perintis yang terlibat dalam pembangunan Kuala Lumpur pada tahun 1880-an
dan beliau turut membuka kawasan Pudu-Bukit Bintang serta Sungai Putih yang kini dikenali sebagai Bangsar.

Beliau merupakan ketua masyarakat Kuala Lumpur yang dilantik oleh Sultan Selangor ke-4 Sultan Abdul Samad
dengan diberi gelaran Tuk Dagang Dianjuk.

Normadiah yang merupakan anak bongsu daripada lima beradik berkata pembinaan masjid dan penggunaan nama
Abdullah Hukum itu sedikit sebanyak dapat memberikan kenangan kepada keluarga dan waris keturunan tokoh
terkenal itu.

Masjid Jamek Abdullah Hukum adalah satu-satunya masjid di ibu negara yang dibina atas bangunan letak kereta
bertingkat di KL Eco City, berukuran 1,207.73 meter persegi dan boleh menampung sehingga 3,000 jemaah pada
satu-satu masa.

Sementara pemuliharaan rumah kediaman Abdullah Hukum di KL Eco City itu tercapai melalui persetujuan bersama
pihak pemaju SP Setia Bhd dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur bagi memastikan rumah pusaka itu dikekalkan dan
dijadikan ikon kawasan tersebut.

Abdullah Hukum meninggal dunia pada 1943 ketika berusia 108 tahun dan mempunyai 18 orang anak. Selain masjid,
stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Abdullah Hukum di Bangsar turut tertera nama Allahyarham. – BERNAMA

Haji Abdullah Hukum dan Kuala Lumpur

Apabila Hj. Abdullah Hukum mula-mula sampai di Kuala Lumpur, beliau menumpang tinggal di rumah Haji Abdul
Ghani, orang Air Bangis (Minangkabau) yang berkedai di suatu lorong yang kemudiannya dikenali sebagai Java Street.
Selain itu pekan Kuala Lumpur hanya mempunyai satu lorong lain, iaitu dikenali kemudiannya sebagai Market Street
semasa itu Ampang Street (Lorong Ceti) belum muncul lagi. Di kawasan ini terdapat kolam-kolam ikan yang dimiliki
oleh Sutan Puasa. Beliau bersama Raja Bilah ialah pembesar bagi masyarakat Kuala Lumpur ketika itu bertugas
mengutip hasil dagangan yang lalu lintas melalui Sungai Kiang atau Sungai Gombak. Cukai timah ialah seringgit
sebahara (tiga pikul).
Di tahun 1850-an itu rumah kedai di Kuala Lumpur beratap bertam, dinding pelupuh (buluh) dan orang yang berniaga
di situ seperti menjual kain-kain dan makanan semuanya orang Melayu, iaitu keturunan Rawa dan Mandailing.

Jalan keluar masuk kuala Lumpur ialah menggunakan perahu atau berjalan kaki. Perahu dagang mengambil masa di
antara 10-15 hari bergalah dari Kelang untuk sampai ke Kuala Lumpur. Kalau airnya daiam boleh sampai dalam tiga
hari.

Bermula dari tahun 1859, penduduk Kuala Lumpur menjadi semakin bertambah. Pembesar-pembesar Melayu mula
menggunakan ramai pekerja Cina untuk membuka kawasan lombong di sekitar Kuala Lumpur, terutamanya di
Ampang. Akibatnya orang-orang Cina juga mula terlibat dalam perniagaan. Yap Ah Loy, Kapitan Cina (1868-1885)
memiliki kira-kira separuh daripada rumah kedai di Kuala Lumpur.

Sehingga awal 1880-an hanya 70 daripada 220 rumah kedai berada di tangan orang Melayu. Menurut Haji Abdullah
Hukum, orang-orang Melayu yang kaya pada masa itu kebanyakannya ialah orang Minangkabau.

Selain golongan peniaga, terdapat juga orang Melayu yang membuka beberapa kawasan penempatan dan kebun di
Kuala Lumpur. Di antaranya ialah di Setapak yang dahulunya dikenali sebagai Sungai Tapak, di Pudu, Bukit Nenas,
Petaling, Batu dan di Sungai Putih (Jalan Bangsar).

Antara tanaman penduduk Melayu di tempat-tempat tersebut ialah padi, sayur-sayuran, tebu, pisang, sirih. Pokok-
pokok yang disukai oleh orang Melayu yang menerokai pembukaan Kuala Lumpur ini ialah kopi dan lada hitam.

Disebabkan penduduk Melayu di pusat bandar Kuala Lumpur ketika itu agak ramai, maka didirikan juga dua buah
masjid. Yang pertama didirikan oleh Encik Baki, orang Melaka yang juga bapa mertua kepada Haji Abdullah Hukum
dan dinamakan Masjid Melaka kerana ia didirikan atas pakatan orang Melaka dan tukang serta pegawainya juga
terdiri daripada mereka. Tempat masjid itu ialah di Kampung Melaka (Batu Lane kemudiannya). Tetapi masjid itu
akhirnya diambil alih oleh masyarakat India Muslim dan sejak itu (terutamanya pada 1930-an) ia dikenali sebagai
Masjid Keling atau Masjid Chulia. Pada ketika itu orang Minangkabau juga telah mendirikan sebuah masjid lain, iaitu
berdekatan dengan gedung Gian Singh pada 1930-an.

Disebabkan adanya dua buah masjid bagi masyarakat Melayu di Kuala Lumpur, maka terjadilah perselisihan kerana
masing-masing hendak mendirikan solat Jumaat di Masjid mereka. Ini hampir menimbulkan perkelahian besar. Tetapi
dengan campur tangan Sultan Abdul Samad, sembahyang Jumaat telah diadakan secara bergilir-gilir maka selesailah
perselihan faham tersebut.

Sejak Kuala Lumpur dibuka hingga 1890-an, Bukit Nenas adalah pusat kuasa bagi masyarakat Melayu kerana wakil
Sultan menetap di situ. Jika ada sebarang keramaian tradisional seperti sempena perlantikan ketua atau pembesar
masyarakat Melayu, maka ia diadakan di Bukit Nenas. Antaranya sempena perlantikan Tuk Alam Setapak, Tuk Bela
Sungai Cantik, Imam Perang Muhammad Arif, Raja Utih dan Tuk Dagang Dianjuk (Haji Abdullah Hukum sendiri),
dimana satu keramaian telah diadakan selama tujuh hari tujuh malam menurut adat keramaian zaman dahulu.

Sungguhpun Kuala Lumpur menjadi semakin maju dan berkembang pesat selepas campur tangan British pada 1875,
namun penduduk Melayu yang berjaya untuk berkongsi kemajuan awal Kuala Lumpur sejak 1850-an telah mula
tersisih daripada arus pembangunannya.Ini dikuatkan lagi dengan perkembangan dimana masyarakat Melayu telah
berpindah dari bandar Kuala Lumpur untuk membuka perkampungan baru di pinggir kota, berakhirnya pemilikan
Masjid Melaka oleh orang Melayu Melaka,penutupan perkuburan Islam (Melayu) di kuala antara Sungai Gombak
dengan Sungai Klang, terbentuknya Kampung Baru, Kuala Lumpur atas usaha pentadbiran British untuk melihat
masyarakat Melayu berterusan berada di sekitar bandar Kuala Lumpur, tetapi berada dalam dunia mereka yang
tersendiri, iaitu dibuai oleh nostalgia hidup dalam alam perkampungan yang aman damai.
Dewasa ini nama Haji Abdullah Hukum hanya tercatat pada nama Kampung Hj Abdullah Hukum dan stesen LRT
Abdullah Hukum, ramai yang tidak tahu tentang beliau dan kaitan beliau dengan sejarah Selangor dan Kuala
Lumpur.Maka dengan itu usaha-usaha harus dijalankan untuk menyelidiki dengan lebih dalam lagi tentang susur
galur dan sejarah beliau demi mengelakkan sejarah negara kita akan terus terkubur.

YAP AH LOY
PETALING JAYA: Ahli keluarga keturunan Yap Ah Loy kecewa dengan tindakan Perkasa cuba menimbulkan kesangsian
dan melemahkan sumbangan kapitan Cina itu sebagai pengasas Kuala Lumpur.

Glenn Yap berkata moyang lelakinya itu terutamanya bertanggungjawab menjadikan Kuala Lumpur bandar dinamik.

Glenn berkata KL termusnah dalam 2 peristiwa – pertama selepas tamatnya perang saudara Selangor pada 1873 dan
kedua, selepas kebakaran besar yang menghancurkan keseluruhan kawasan tengah Kuala Lumpur.

“Isunya tentang Yap Ah Loy ialah beliau pengasas Kuala Lumpur. Sesetengah orang cuba menimbulkan kesangsian
dan melemahkan sumbangan Yap Ah Loy.

“KL boleh dianggap kawasan termusnah (pada 1873 dan 1881) dan Yap Ah Loy membinanya semula. Jadi, apa yang
dibina oleh orang lain, atau wujud sebelum 1873, terutamanya sebelum 1881, termusnah dalam peperangan dan
kebakaran.

Glenn Yap.

“Jadi, bukankah tepat untuk katakan ‘pendatang’ dari China itu, bertanggungjawab dalam membina KL dan
mengasaskan Kuala Lumpur baharu?” kata Glenn kepada FMT.

Timbalan Presiden Perkasa Sirajuddin Salleh mempersoalkan mereka yang memberikan pengiktirafan kepada Yap
yang dikatakan membangunkan Kuala Lumpur, susulan pelancaran setem peringatan oleh Pos Malaysia sebagai
penghormatan kepada kapitan Cina itu baru-baru ini.

Setem itu dikeluarkan, dengan kerjasama beberapa pertubuhan Cina, sempena ulangtahun ke-180 kelahiran Yap.

Perkasa berkata Yap terlibat dalam aktiviti jenayah di bandar itu.

“Yap Ah Loy datang ke Kuala Lumpur kemudian. Perniagaannya adalah perdagangan candu, pelacuran dan perjudian,”
kata Sirajuddin.

Mengulas perkara itu, Glenn, 40-an, berkata aktiviti seperti itu wujud pada masa itu, dan moyangnya ditugaskan
British untuk mengutip cukai di ketiga-tiga kawasan itu.
Glenn berkata di zaman penjajah, British mengizinkan perniagaan seperti itu dan semua perniagaan itu diberi lesen
untuk beroperasi.

“Dia pemimpin untuk semua bangsa. Dia pastikan orang Melayu dan British bekerjasama,” katanya.

Glenn seterusnya menyenaraikan sumbangan Yap, seperti membina sekolah Cina pertama dan hospital pertama, dan
membina jalan raya seperti Jalan Ampang dan Jalan Damansara, dan jalan-jalan lain di kawasan tengah KL.

Yap juga bertanggungjawab untuk tokong Taoist terkenal, Sin Sze Si Ya, di Jalan Petaling.

“Saya sebagai cicitnya sangat berbangga dengan sumbangan itu,” kata Glenn.

Glenn berkata sebagai seorang remaja yang berhijrah, Yap membina dirinya sehingga menjadi seorang pemimpin
masyarakat pada usia 24, apabila dilantik kapitan di Sungai Ujong.

Yap, menurut Glenn, sekali lagi dilantik kapitan Kuala Lumpur dan Klang pada 1868.

“Beliau banyak berbakti pada KL hinggakan British memindahkan pusat pentadbiran dari Klang ke KL pada 1880,”
katanya, dan menambah 2 kapitan sebelum Yap tidak banyak menyumbang kepada KL, kerana tempoh perkhidmatan
mereka singkat.

Yap seorang pedagang dari China yang menjadi kapitan Kuala Lumpur ke-3 pada 1868 – kedudukan yang sangat
berpengaruh dalam masyarakat Cina dengan hubungan rapat kepada pemimpin Melayu pada zaman itu.

Yap, yang meninggal dunia pada 1885 pada usia 48, juga diberi pengiktirafan kerana peranannya menamatkan perang
saudara di Selangor.

Beliau disebutkan dalam buku sejarah sebagai individu yang membantu mengubah Kuala Lumpur daripada pekan
lombong timah kepada pusat komersial yang berkembang maju.

Sejarawan dan ahli akademi sekian lama berdebat mengenai pengasas Kuala Lumpur, namun kedua-dua pihak
bersetuju peranan Yap dalam pembangunan awal bandar itu.

Sejarawan terkemuka Prof Khoo Kay Kim sebelum ini berkata pengasas Kuala Lumpur sebenarnya Sutan Puasa,
seorang pedagang yang mengembara dari Sumatra dan membina namanya dalam industri timah di situ.

Peranannya dalam pembangunan Kuala Lumpur


Pada tahun 1881, kota Kuala Lumpur telah musnah menyeluruh akibat kejadian kebakaran, kerugian dianggar
mencecahi $100,000. Kapitan Yap Ah Loy membeli hartanah di sekeping tanah desa pinggiran Kuala Lumpur yang kini
dikenali Brickfields dan menyaran penghasilan batu-bata dijalankan serta merta untuk membina balik Kuala Lumpur
dengan batu-bata dan ubin untuk menggantikan rumah atap daun yang telah musnah kebakaran.[2] Secara tidak
langsung, Brickfields telah diasaskan Kapitan. Beliau juga meminjam wang dan memberitahu Residen Selangor Sir
Frank Swettenham tentang hasratnya membelanja sebanyak $20,000 untuk pembinaan jalan raya serentak yang kini
merupakan arteri utama kota KL. Antaranya, Jalan Ampang, Jalan Pudu, Jalan Petaling. Selepas itu, Kuala Lumpur
telah dinamakan ibukota negeri Selangor, dan seterusnya ibu kota Negeri-negeri Melayu Bersekutu.[3][4][5]

Di samping itu, perkilangan ubi kayu dibangunkan di Jalan Petaling. Sultan Selangor Sultan Abdul Samad mempunyai
kepentingan dalam projek tersebut. Kapitan telah menegakkan keadilan batasan dengan mengekalkan undang-
undang dan ketenteraman melalui bantuan geng Hai San dan polis tempatan. Kapitan Yap Ah Loy telah membina
sekolah pertama di Kuala Lumpur. Beliau juga antara pengasas utama sekolah elit Victoria Institution di Jalan Shaw,
Kuala Lumpur..[6][7

You might also like