You are on page 1of 24

PENGENALAN

Negeri Selangor (juga dikenali sebagai SelangorDarulEhsan) merupakan salah satu daripada tiga belas negeri yang
membentuk Malaysia. Ia terletak ditengah-tengahSemenanjung Malaysiadi pantai baratdan mengelilingi Wilayah
PersekutuanKualaLumpurdanPutrajaya.

Negeri ini juga bersempadandenganNegeri Perak di utara,Pahangdi timur,NegeriSembilandi selatan danSelat Melakadi
sebelah barat.

Selangor ialah negeri dengan bilangan penduduk terbanyak di Malaysia. Selangor juga merupakan negeri termaju dan terkaya
di Malaysia, berdasarkanKeluaranDalamNegeri Kasar (KDNK) dan diisytiharkan sebagainegeri maju pada 27 Ogos 2005.
Monumen dan Tapak Bersejarah di Negeri Selangor

Di negeri Selangor terdapat beberapa monumen dan juga tapak bersejarah di beberapa daerah. Ini termasuklah
beberapa daerah di Selangor seperti daerah Kuala Selangor, daerah Klang, daerah Kuala Langat, daerah Hulu
Selangor, daerah Sepang, dan daerah Sabak Bernam.
Berikut merupakan beberapa contoh monumen dan tapak bersejarah yang terdapat di negeri Selangor:

1) Telaga Tujuh
Telaga tujuh terletak di bawah kaki Bukit Malawati, Kuala Selangor. Ada pendapat mengatakan telaga tersebut
mempunyai tujuh unit dan oleh sebab itu dinamakan telaga tujuh. Setelah adanya bekalan air paip, telaga-telaga
ini telah dikambus kecuali dua unit yang masih tinggal. Ada juga pendapat yang mengatakan telaga tersebut
bukanlah tujuh buah tetapi tujuh pancutan mata air terdapat dalam sebuah telaga. Satu perkara yang agak aneh
mengenai telaga ini, ia tidak pernah kering walaupun beberapa ribu gelen air dikeluarkan dari telaga ini.

Telaga Tujuh, Kuala Selangor

2) Batu Hampar
Terletak di kawasan Kota Malawati. Batu Hampar ini merupakan sebuah batu pejal yang hanya beralaskan
longgokan tanah pasir dan terletak di halaman istana Sultan pada waktu itu. Ia juga dikenali sebagai ‘batu
pemancung’. Mengikut cerita lisan, Sultan Muhammad Shah pernah melaksanakan hukuman pancung terhadap
seorang gadis istana di atas batu ini kerana didapati bermukah dengan seorang lelaki biasa yang tinggal
berhampiran dengan istana. Ada juga pendapat yang mengatakan batu ini digunakan sebagai tempat
memancung kepala penderhaka.

Batu Hampar di Kota Malawati, Kuala Selangor

3) Istana Jugra
Istana Jugra adalah Istana Kediaman Sultan Sir Abdul Samad. Istana dua tingkat ini dibina di atas sebidang
tanah di pinggir Bukit Makam, Jugra, Kuala Langat. Pada masa dahulu di ruang tengah istana ini terdapat sebuah
peti besi yang diselimuti kain kuning. Dalam peti tersebut dikatakan Sultan Sir Abdul Samad menyimpan hartanya
yang berharga termasuk beberapa bilah keris kerajaan negeri Selangor. Peti besi ini pernah menimbulkan
pelbagai reaksi daripada orang ramai dan ada yang mengatakan peti besi ini berpuaka atau mempunyai
penunggu.

Istana Jugra, Kuala Langat.


4) Bangunan Tan Boon Chia

Bangunan ini terletak di Rasa, Kuala Kubu Bharu di daerah Hulu Selangor, kepunyaan
seorang berbangsa Cina bernama Tan Boon Chia. Bangunan ini telah siap dibina sepenuhnya
pada tahun 1918. Ketika perang dunia kedua, bangunan yang mempunyai 51 buah bilik ini
telah dijadikan markas tentera Jepun.

Bangunan Tan Boon Chia, Kuala Kubu Bharu

5) Bangunan Standard Chartered Bank

Dahulunya dinamakan Chartered Bank dan merupakan salah satu daripada tiga buah bank
yang beroperasi pada waktu itu disamping Overseas Chinese Bank dan Oriental Bank. Bank
ini dibina oleh pihak Inggeris dan pernah dijadikan markas tentera Jepun dan juga pernah
dijadikan sebagai tempat pemancungan kepala tahanan perang.

Bangunan Standard Chartered Bank yang kini telah diambil alih menjadi kedai Sari 'Chennai Silk'
6) Kota Raja Mahadi

Kota Raja Mahadi terletak berdekatan dengan bangunan Majlis Perbandaran Klang. Ia dibina
oleh Raja Mahadi bin Raja Sulaiman pada tahun 1866 sewaktu berlakunya perang Klang. Kota
ini dijadikan kota pertahanan beliau semasa menentang Raja Abdullah selama 7 tahun.
Perang Klang akhirnya tamat pada tahun 1874 dengan campur tangan pihak Inggeris.

Kota Raja Mahadi, Klang

7) Bangunan Sultan Suleiman Shah

Bangunan ini dibina pada tahun 1909 oleh Sultan Sir Alaeddin Suleiman Shah. Pada mulanya
ia dijadikan Pejabat Daerah Klang (1909-1942 dan 1945-1973). Sewaktu pemerintahan Jepun,
bangunan ini dijadikan markas Jepun. Setelah itu ia digunakan oleh Kontinjen Polis Selangor
sebagai ibu pejabatnya sebelum berpindah ke Shah Alam (1973-1985). keunikan rekabentuk
dan warnanya menyebabkan ia digelar 'Rumah Putih'. Bangunan ini telah diisytiharkan oleh
DYMM Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pada 22 Februari 1989 sebagai Bangunan Sultan
Suleiman Shah.
Bangunan Sultan Suleiman Shah masa ini

8) Bukit Raja

Bukit Raja terletak berhampiran dengan Bukit Malawati, Kuala Selangor. Ia merupakan Kubu
pertahanan Raja Muda Nala Ibni Almarhum Sultan Salehuddin (1784-1795) sewaktu
berlakunya peperangan pada tahun 1785 dengan pihak Belanda. Peperangan tersebut
berkesudahan dengan Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Salehuddin dan pengikutnya dari
negeri Selangor dan Pahang berjaya menawan semula Bukit Malawati daripada pihak
Belanda. Di Bukit ini juga terdapat beberapa makam yang dipercayai makam kerabat Diraja
Selangor.

Bukit Raja, Kuala Selangor

9) Perigi Beracun

Perigi ini terletak di pinggir jalan Bukit Malawati. ia digunakan untuk menghukum sesiapa yang
menderhaka atau melakukan kesalahan besar dengan cara merendamkan sebahagian badan
mereka ke dalam telaga tersebut. Berbentuk bulat dan telah dikambus pada pertengahan
tahun 1977 untuk dijadikan tempat meletak kenderaan. Pada tahun 1985 Almarhum Sultan
Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj telah mengisytiharkan Bukit Malawati sebagai tempat
bersejarah kerajaan awal Selangor. Maka Majlis Daerah Kuala Selangor telah membaik pulih
kesan-kesan tinggalan sejarah termasuklah perigi beracun tersebut.

Perigi Beracun atau dikenali sebagai 'the poisoned well'

10) Rumah Api Bukit Malawati

Rumah api ini terletak di atas Bukit Malawati, Kuala Selangor. Ia telah dibina pada tahun 1907
oleh pihak British semasa penjajahannya di Tanah Melayu. Rumah Api ini kira-kira 83 kaki
tinggi dari dasar laut dan 27 kaki tinggi dari darat. Sinaran lampu yang dipancarkan dari rumah
api ini boleh memancar sejauh 25 hingga 35 batu.
Rumah Api, Kuala Selangor

11) Kota Malawati

Kota Malawati terletak di atas Bukit Malawati, Kuala Selangor. Berkeluasan kira-kira 500x300
ela. Kota ini dibina dengan batu pejal yang tersusun rapat dan diletakkan beberapa meriam.
Pokok jati dan sena ditanam berselang 10 kaki untuk mengelakkan Kota Malawati dari runtuh.
Semasa Belanda menduduki Kuala Selangor, kota ini telah diubahsuai dengan menambah
beberapa meriam dan dinamakan 'Fort Altingburg'.

Kota Malawati, Kuala Selangor

12) Masjid Sultan Alaeddin

Masjid ini telah dibina di Kampung Bandar, Kuala Langat sekitar tahun 1924. Ia didirikan oleh
Almarhum Sultan Sir Alaeddin Suleiman Shah di mana rekaan bangunan telah dibuat oleh
Baginda sendiri. Tiang seri dan ukiran dinding serta mimbarnya yang unik diperbuat daripada
kayu cengal yang tahan lama dan bermutu tinggi. Almarhum Sultan Sir Alaeddin Suleiman
Shah dikatakan sering memberi khutbah Jumaat di masjid ini. Masjid ini dirasmikan pada
tahun 1926 dan dijadikan sebagai masjid negeri Selangor pada ketika itu.
Masjid Bandar, Kuala Langat

You might also like