You are on page 1of 6

Penghargaan

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru Sejarah
saya,iaitu Cikgu Taijuddin yang telah meluangkan masanya menunjuk ajar dan memimbing saya
semasa menjalankan projek Bangunan Bersejarah ini. Ribuan terima kasih yang tidak ternilai saya
ucapkan kepada ibu dan ayah saya yang memberikan dorongan dan sokongan untuk saya menjalankan
kajian ini. Tidak lupa juga, kawan saya iaitu, Aqila, Eleeza, Sakinah, Dayana, Mazwinda, Hani,
Syahirah Rozmi, Syahirah Zakaria, dan Anis.

Pendahuluan
Folio ini bertujuan memberi peluang kepada pelajar menjalankan kerja amali untuk menghubungkaitkan
bangunan kajian ini dengan sejarah yang telah berlaku di dalam bangunan tersebut. Kawasan persekitaran
pelajar digunakan sebagai asas pengajaran dan pembelajaran untuk memahami sejarah dan konsep yang telah
dipelajari.

Saya memilih Bangunan Sultan Abdul Samad untuk Folio Sejarah saya. Masa yang diberikan untuk
menyiapkan kajian ini ialah 3 minggu.

OBJEKTIF KAJIAN
Kajian ini dijalankan unutk memenuhi objektif-objektif yang berikut:

1. Mengetahui asal-usul bangunan tersebut.


2. Mendapat pengetahuan dan teladan daripada asal-usul bangunan tersebut.

Kawasan kajian
BANGUNAN SULTAN ABDUL SAMAD

Malaysia. Bangunan ini mengambil nama Sultan Abdul Samad, sempena nama Sultan Selangor pada masa ia
mula dibina 1894.

Di hadapan bangunan indah ini beberapa peristiwa sejarah berlaku. Di sinilah tempat di mana bendera Union
Jack diturunkan pada 31 Ogos 1957 dan bendera Jalur Gemilang dikibarkan. Peristiwa ini menunjukkan
berlalulah satu era dijajah kepada era masyarakat yang merdeka.

Bangunan ini diwartakan sebagai Warisan Kebangsaan dalam kategori Tapak Warisan pada 2007 oleh Jabatan
Warisan Bangunan Sultan Abdul Samad menjadi mercu tanda bandar raya Kuala Lumpur, ibu negara Negara,
Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia di bawah Akta 645.
Kaedah kajian
Berikut adalah kaedah kajian yang saya gunakan:

a) Pemerhatian:

 Pemerhatian dibuat terhadap struktur bangunan yang dijalankan. Saya mencatatkan apa yang
diperhatikan.

 Saya juga memerhatikan ciri dan tempat sekitarnya. Saya merekodkan ciri penting yang
dijalankan di kawasan kajian tersebut.

Hasil kajian.
Pada peringkat awal, nama bangunan ini hanya dikenali sebagai Pejabat Baru Kerajaan (New Government
Offices). Apabila Persekutuan Tanah Melayu dibentuk pada 1948, bangunan ini dinamakan Sekretariat
Persekutuan (Federal Secretariat).

Tahun 1974, semua pejabat Kerajaan Negeri Selangor dipindahkan ke Shah Alam. Pejabat kerajaan persekutuan
Malaysia dipindahkan ke Jalan Duta, Damansara. Oleh itu nama bangunan ini ditukar kepada Bangunan Sultan
Abdul Samad sempena nama Sultan Selangor yang memerintah dari 1857 - 1898. Nama ini kekal hingga
sekarang. Bangunan dua tingkat ini mempunyai ketinggian 17.5 meter dengan menara jam setinggi 41.5 meter
dan meliputi kawasan seluas 10,200 meter persegi. Reka bentuk dan binaannya berbentuk “Soracenic’
berasaskan seni bina Moghul dan Moorish. Tingkap dan pintunya berbentuk melengkung seperti masjid-masjid
di Cardova dan Mesir.

Ciri-ciri utama bangunan ini adalah ketiga-tiga kubahnya, menara jam besar dan arked serta lengkungannya
yang luas. Ketiga-tiga kubah tersebut yang asalnya diperbuat daripada kayu dan batu bata dan dicat hitam, telah
digantikan dengan kubah-kubah bersalut tembaga. Kubah yang terletak di atas menara jam besar diapit oleh dua
kubah kecil dengan tangga pilin menurun. Kubah tengah agak luar biasa kerana ia adalah paduan dua ciri
tradisional kubah dan kios. .Menara Jam ini dijaga dan dibaiki dari semasa ke semasa kerana menjadi waktu
standard di seluruh Malaysia. Menara Jam ini menyerupai Big Ben yang terdapat di kota London. Arch yang
terdapat di bangunan ini adalah berbentuk ladam yang tajam dengan jarak antara dua tiang yang berbeza-beza.
Ianya diperbuat daripada batu-bata yang dicat hitam. Menara jam besar yang terletak di tengah-tengah
diimbangi oleh dua menara kecil di sudut bangunan. Tangga pilin di menara kecil menghala ke arah menara
seolah-olah melambangkan keagungan bangunan ini Pemandangan dari udara, keseluruhan bangunan ini
berbentuk F. Ia bangunan awam pertama di tapak berbentuk segi tiga di antara Jalan Raja dan Jalan Belanda
(Jalan Mahkamah Persekutuan) yang melengkari ke arah barat sepanjang Sungai Gombak dan Sungai Kelang
serta gereja St Clarke dan Jalan Mahkamah Tinggi. Beberapa bangunan pentadbiran di India dibina
menggunakan stail senibina Islam 'Moorish' atau 'Mahometan Style' terutama bangunan Taj Mahal di Agra,
India . Terdapat unsur Islam pada gerbang tingkap, bentuk separuh lengkong (arch), kubah potong bawang
(dome) dan struktur berbentuk minaret yang kebiasaannya terdapat pada senibina Masjid. Nilai estetika ini
menjadi ikutan arkitek di India, Malaysia, Singapura, Brunei, Thailand dan negara komanwel yang lain.

Bangunan Sultan Abdul Samad ini terletak di hadapan Dataran Merdeka dan Kelab Diraja Selangor. Ia berdiri
di Jalan Raja, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur, Malaysia. Jalan Raja dahulunya Gombak Road.
Di dalam peta, bangunan ini terletak di pertemuan Sungai Kelang dan Sungai Gombak. Pelbagai bangunan
dibina di pertemuan dua sungai ini seperti Masjid Jamek Kuala Lumpur, Stesen Kereta api Tanah Melayu dan
lain-lain. Di sinilah aktiviti perlombongan bijih timah bermula di Kuala Lumpur, menjadi pemangkin kejayaan
ekonomi Tanah Melayu seterusnya negara Malaysia sekarang.

Perletakan batu asas dilakukan oleh Gabenor Negeri-negeri Selat, Sir Charles B.H. Mitchell K.C.M.G. pada 6
Oktober 1894 . Residen British di Selangor waktu itu ialah W.H Treacher C.M.C. Setelah siap sepenuhnya ,
bangunan ini di rasmikan oleh Residen Jeneral negeri Selangor, Sir Frank Swettenham K.C.M.G. pada 4 April
1897.

Pentadbiran British di Selangor memerlukan ibu pejabat baru bagi mentadbir negeri . Sebelum ini ibu negeri
Selangor terletak di Klang dan agak jauh dari kawasan yang maju di Kuala Lumpur. Residen Jeneral British di
Selangor pada waktu itu ialah Sir Frank Swettenham .Sultan Abdul Samad memerintah negeri Selangor dari
1857 hingga 1898 setuju Kuala Lumpur dijadikan ibu negeri Selangor .

Antara pejabat yang akan ditempatkan di sini ialah Sekretariat Kerajaan (G.S.O); bilik mesyuarat Majlis Negeri
(Council Chamber); Pejabat Pos; Lembaga Kebersihan (Sanitary Board); Pejabat Kehakiman (Judicial
Commissioner); Public Works Department (PWD); Audit dan Perbendaharaan; Pejabat Tanah; Jabatan Galian
dan Pejabat Daerah Jabatan Kerja Raya (P.W.D. District Office).

Fungsi bangunan ini ditukar beberapa kali. Bangunan ini pernah dijadikan Mahkamah Agung di bawah
Kementerian Kehakiman. Oleh itu disediakan tempat letak kereta untuk hakim - hakim dan pegawai–pegawai
mahkamah.

Kerja-kerja pembinaan dilakukan oleh Jabatan Kerja Raya (PWD). Bangunan ini direkabentuk oleh arkitek
Inggeris bernama Arthur Charles Alfred Norman sekitar tahun 1893-1897. Norman menghabiskan masa di
benua Afrika dan mendapat ilham daripada masjid di India seperti Taj Mahal yang membawa kepada ciri
senibina Moor dalam arkitektur Bangunan Sultan Abdul Samad. Charles Edwin Spooner bertindak sebagai
perancang dan Jurutera Negeri . Pengarah PWD ialah R.A.J. Bidwell .A.B. Hubback menyediakan pelan dan
lukisan rekabentuk.

Idea dan rekabentuk bermula seawal tahun 1889, setelah W. E. Maxwell mengambil alih tugas sebagai Residen
British di Selangor. Kuala Lumpur sebagai ibu negeri Selangor hanya mempunyai bangunan-bangunan rumah
kedai dan beberapa bangunan kerajaan yang tidak berapa menonjol. Maxwell telah membawa C. E. Spooner
dari Ceylon sebagai State Engineer dan dibantu oleh Bellamy dan A.C. Norman sebagai arkitek.

Reka bentuk asal yang dikemukakan oleh Norman adalah hanya sebuah bangunan yang berkonsep Inggeris
Classical Rennaisance. Bidwell, seorang arkitek muda, adalah orang yang bertanggungjawab mengadaptasi seni
bina Islam (Mahometan style) sebagai tonggak reka bentuk tampak bangunan tersebut di atas pelan asal
Norman selepas Spooner kurang berpuashati dengan reka bentuk tampak yang dikemukakan oleh A.C. Norman.

Kos binaan setelah siap pada April 1897 ialah $152,824. Anggaran awal hanyalah $152,000.Tempoh masa
pembinaan ialah 2 tahun 7 bulan. Sebuah kilang batu-batu di bina di Brickfield bagi membekalkan bahan binaan
seperti 4 juta batu bata, 2,500 tong simen, 18,000 pikul kapur, 5,000 lb tembaga, 50 tan besi keluli dan 30,000
kaki padu kayu.

Batu-bata yang berkualiti berwarna merah dibawa dari India. Para pekerja terdiri daripada kaum India . Antara
kontraktor kecil yang membawa batu-bata ini ialah Ghouse, yang berasal dari Chittagong, India (sekarang
Bangladesh).Batu-bata ini dibawa terus melalui Sungai Kelang dan ada sebuah pangkalan berhampiran Masjid
Jamek sekarang. Bangunan dua tingkat ini mempunyai ketinggian 17.5 meter dengan menara jam setinggi 41.5
meter dan meliputi kawasan seluas 10,200 meter persegi. Reka bentuk dan binaannya berbentuk “Soracenic’
berasaskan seni bina Moghul dan Moorish. Tingkap dan pintunya berbentuk melengkung seperti masjid-masjid
di Cardova dan Mesir.

Ciri-ciri utama bangunan ini adalah ketiga-tiga kubahnya, menara jam besar dan arked serta lengkungannya
yang luas. Ketiga-tiga kubah tersebut yang asalnya diperbuat daripada kayu dan batu bata dan dicat hitam, telah
digantikan dengan kubah-kubah bersalut tembaga. Kubah yang terletak di atas menara jam besar diapit oleh dua
kubah kecil dengan tangga pilin menurun. Kubah tengah agak luar biasa kerana ia adalah paduan dua ciri
tradisional kubah dan kios.

Menara Jam ini dijaga dan dibaiki dari semasa ke semasa kerana menjadi waktu standard di seluruh Malaysia.
Menara Jam ini menyerupai Big Ben yang terdapat di kota London.

Arch yang terdapat di bangunan ini adalah berbentuk ladam yang tajam dengan jarak antara dua tiang yang
berbeza-beza. Ianya diperbuat daripada batu-bata yang dicat hitam. Menara jam besar yang terletak di tengah-
tengah diimbangi oleh dua menara kecil di sudut bangunan. Tangga pilin di menara kecil menghala ke arah
menara seolah-olah melambangkan keagungan bangunan ini

Pemandangan dari udara, keseluruhan bangunan ini berbentuk F. Ia bangunan awam pertama di tapak berbentuk
segi tiga di antara Jalan Raja dan Jalan Belanda (Jalan Mahkamah Persekutuan) yang melengkari ke arah barat
sepanjang Sungai Gombak dan Sungai Kelang serta gereja St Clarke dan Jalan Mahkamah Tinggi.

Beberapa bangunan pentadbiran di India dibina menggunakan stail senibina Islam 'Moorish' atau 'Mahometan
Style' terutama bangunan Taj Mahal di Agra, India . Terdapat unsur Islam pada gerbang tingkap, bentuk
separuh lengkong (arch), kubah potong bawang (dome) dan struktur berbentuk minaret yang kebiasaannya
terdapat pada senibina Masjid. Nilai estetika ini menjadi ikutan arkitek di India, Malaysia, Singapura, Brunei,
Thailand dan negara komanwel yang lain.

RUMUSAN
Bangunan ini amat penting untuk pelbagai guna. Ia juga perlu dipelihara dan pulihara sebagai tanda sejarah
yang telah berlaku pada beberapa tahun dulu. Walaupun ia direkabentuk oleh arkitek dari British bernama AC
Norman tapi kita perlu menghayati senireka bentuk tersebut.

Rujukan
 http://ms.wikipedia.org/wiki/Bangunan_Sultan_Abdul_Samad

 www.google.com

 http://www.google.com.my/imglanding?q=pelan%20bangunan%20sultan%20abdul
%20samad&imgurl=http://malaysiana.pnm.my/senibina/Seni%2520Bina%2520Web
%2520v2/images/bsultanabdsamad/pelan/tingkat2.jpg&imgrefurl=http://malaysiana.pnm.
my/senibina/Seni%2520Bina%2520Web
%2520v2/b_bersejarah/bsultanabdsamad/pelan.html&h=560&w=805&sz=150&tbnid=Z
4djVSevtWWXGM:&tbnh=99&tbnw=143&prev=/images%3Fq%3Dpelan%2Bbangunan
%2Bsultan%2Babdul
%2Bsamad&hl=en&usg=__eKHuSCO9wIs7iWrfqqJAGWeo6kM=&sa=X&ei=LVlETIP
bCoe1rAfKyJW4DQ&ved=0CBwQ9QEwAQ&start=0#tbnid=Z4djVSevtWWXGM&sta
rt=1

 http://www.google.com.my/imglanding?q=pelan%20bangunan%20sultan%20abdul
%20samad&imgurl=http://malaysiana.pnm.my/senibina/Seni%2520Bina%2520Web
%2520v2/images/bsultanabdsamad/pelan/tingkat2.jpg&imgrefurl=http://malaysiana.pnm.
my/senibina/Seni%2520Bina%2520Web
%2520v2/b_bersejarah/bsultanabdsamad/pelan.html&h=560&w=805&sz=150&tbnid=Z
4djVSevtWWXGM:&tbnh=99&tbnw=143&prev=/images%3Fq%3Dpelan%2Bbangunan
%2Bsultan%2Babdul
%2Bsamad&hl=en&usg=__eKHuSCO9wIs7iWrfqqJAGWeo6kM=&sa=X&ei=LVlETIP
bCoe1rAfKyJW4DQ&ved=0CBwQ9QEwAQ&start=0#tbnid=N8oE1GZpnFvILM&start
=2
Folio Sejarah
Nama: Yasmin Binti Abd. Rahim
Kelas: 2 Cekal
Tajuk: Bangunan Sultan Abdul Samad
Guru: Taijuddin

You might also like