You are on page 1of 37

SENI BINA DI

INDIA
DISEDIAKAN OLEH: MUHAMMAD FAUZAN HAZIQ
BIN NORRIZAN
PERKEMBANGAN
SENI BINA DI INDIA
Dipengaruhi oleh budaya dan persekitaran,agama serta cuaca
Penggunaan jendela berkisi dibuat dalam seni bina di India untuk mengurangkan
pancaran cahaya matahari
Batu marmar putih digunakan untuk mengurangkan bahang
Digunakan pada binaan bangunan zaman Moghul contohnya Taj Mahal
Seni bina di India banyak menggunakan batu dan kayu sebagai sumber asas kerana
mudah diperoleh
Batu-bata dijadikan asas binaan bangunan yang terdiri daripada pelbagai saiz
Susunan bangunannya adalah selari mengikut grid-grid tertentu serta pembinaan
jalan-jalan utama yang memudahkan medium perhubungan
Perancangan ini dapat dilihat dengan corak penempatan yang dilakukan iaitu
terdapat pengkhususan bangunan-bangunan yang digunakan untuk pentadbiran,
tempat beribadat dan tempat kediaman
Berkembang dan telah mencapai zaman kegemilangan pada zaman Dinasti Maurya
di bawah pemerintahan Asoka
Seni bina zaman Asoka dipengaruhi oleh agama Buddha kerana beliau amat
mementingkan perkembangan agama Buddha
Banyak pintu gerbang dibina dan kuil-kuil dibina di dalam gua
Beribu-ribu stupa telah dibina yang diperbuat daripada batu dan berbentuk kubah
pada zaman ini
Apabila Islam mula bertapak di India, seni bina Islam telah meresap masuk seni bina
dari Parsi, Turki dan Arab digabungkan dengan seni bina tempatan yang akhirnya
menghasilkan dan mempunyai keunikan tersendiri
Monumen tersebut dapat dilihat melalui binaan seperti: Taj Mahal di Agra, Kota
Merah (Red Fort) di Delhi, Masjid Jama di Delhi dan Makam Humayun (Humayun
Tomb) di Delhi
Ciri-ciri yang paling menonjol dalam seni bina Islam di India ialah binaannya yang
berkonsepkan masjid
Antara ciri-ciri Islam yang jelas yang terdapat pada seni bina atau monumen Islam di
India ialah:
1. kubah - kebanyakkan binaan masjid atau istana di India mempunyai kubah seperti
masjid
2. ukiran dan kaligrafi ayat-ayat al-Quran - berkembang di masjid atau di istana. Jika
tiada ukiran ayat-ayat suci al-Quran, ukiran berasaskan alam semulajadi seperti
tumbuh-tumbuhan dan bunga-bungaan serta geometri dijadikan ukiran alternatif
3. unsur air - memainkan peranan penting dalam mencirikan sesuatu binaan itu adalah
hasil pengaruh tamadun Islam
4. menara - asalnya dibina sebagai tempat muazin melaungkan azan namun seni bina
India banyak mengambil pengaruh menara dalam binaannya
jendela berkisi

lantai batu marmar


TAJ MAHAL
PEMBINAAN TAJ MAHAL
Terletak di tebing Sungai Jumna (Yamuna) berhampiran Agra di negeri Uttar
Pradesh, India
Merupakan makam yang dibina oleh Maharaja Shah Jahan (pemerintah
Moghul,1614-1666 M) sebagai monumen peringatan untuk Mumtaz Mahal, isterinya
yang kelima
Dibina pada tahun 1632 dan siap dibina pada tahun 1648 (22 tahun)
Maharaja memilih tapak pembinaan di tebing kiri Sungai Jumna kerana keadaan
geografinya yang mempersonakan dan penuh keindahan
Pada mulanya, monumen ini dikenali sebagai rauza, kemudian dipanggil Taj Mahal
terbitan dari nama Mumtaz Mahal
Merupakan contoh yang terbaik seni bina Moghul yang menggabungkan seni bina
Parsi, Turki, India dan gaya seni bina Islam
Arkitek utama bagi monumen ini ialah Ustaz Ahmad Lahauri
Beliau telah mengumpulkan 20,000 orang pekerja yang terdiri daripada tukang
emas, tukang batu dan pengukir termasyhur dari seluruh dunia
Dikatakan terdapat 3 perancang utama yang ditugaskan untuk membina Taj Mahal
iaitu: Ustaz Ahmad Lahauri - jurutera dan ahli astrologi dari Parsi, Geronimo
Veroneo - rakyat Itali dan Silversmith Austin de Bordeaux - dari Perancis
Pada tahun 1983, UNESCO telah mengisytiharkan Taj Mahal sebagai Tapak Warisan
Dunia yang perlu dilindungi
Bangunan ini dikatakan "Permata Seni Bina Islam" dan merupakan satu daripada
Tujuh Benda Ajaib di dunia
STRUKTUR TAJ MAHAL
Taj Mahal merupakan sebuah kompleks bersepadu yang merangkumi bahagian
makam, dewan, taman rekreasi, masjid, menara tinjau dan lain-lain
Kubahnya berbentuk oktagon dan berkedudukan dalam paksi simetri yang dibina di
atas podium atau pentas batu marmar putih besar (186 x 186 kaki) yang diapit oleh
empat menara meruncing
Bumbung, kubah dan menara Taj Mahal diperbuat daripada marmar putih swerta
seni mozek yang indah
Menggunakan bahan dan perhiasan yang terbaik untuk struktur bagi memastikan
pertukangannya tidak ditandingi oleh monumen-monumen lain
Bahan-bahan yang dikumpulkan daripada pelbagai penjuru dunia seperti: Bukit
Markana, China, Turkistan, Tibet, Burma, Afghanistan, Mesir dan Himalaya
Sebanyak 43 jenis batu permata termasuk berlian, jed, kristal, topaz dan nilam telah
digunakan
Ayat-ayat suci al-Quran digunakan menjadi hiasan utama pada Taj Mahal
terutamanya pada dinding
Huruf khat thuluth menjadi seni huruf utama yang digunakan
Jurukhat bernama Amanat Khan telah dibawa dari Parsi yang
dipertanggungjawabkan untuk mengukirinya
Pandangan dan ekspresi apabila melihat Taj Mahal adalah berbeza kerana: Taj
Mahal akan kelihatan merah muda pada pagi hari , putih susu pada malam hari,
bersinar keemasan pada saat bulan bersinar
KOTA MERAH (KUBU
MERAH/RED FORT)
PEMBINAAN KOTA MERAH
Nama sebenarnya Lal Qil'ah atau Qila-I-Mubarak (kota yang dirahmati)
Kota ini ialah istana bagi Maharaja Moghul serta menjadi pusat pentadbiran Delhi
sehingga tahun 1857
Penggunaan warna batu-bata merah yang memperlihatkan skema warna
'monokrome' digunakan untuk membinanya
Kota atau kubu ini terletak kira-kira 2.5 KM dari Taj Mahal terletak di tepi Sungai
Jumna
Pembinaannya bermula pada 1638 dan siap pada 1648 (10 tahun) oleh pemerintah
Moghul kelima iaitu Maharaja Shah Jahan
Kota Merah ialah binaan kubu sepanjang 2 KM yang pernah berfungsi sebagai tembok
pertahanan terpenting penduduk kota Delhi dari serangan sejak zaman-berzaman
Kubu ini dibina dengan sungai menakung air di sekelilingnya sebagai benteng
pertahanan daripada dicerobohi musuh
Monumen ini memperlihatkan seni bina campuran daripada keindahan seni bina
Parsi dan bentuk-bentuk seni bina bina India
Bangunan ini juga diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO kerana ianya
merupakan bekas kediaman keluarga diraja Moghul
STRUKTUR KOTA MERAH
Mempunyai keluasan 254.76 ekar dengan ketinggian kubunya iaitu 2.4 KM
Berbentuk oktagon dengan bahagian utara-selatan lebih panjang daripada
bahagian timur-barat
Terdapat 2 pintu gerbang utama bertingkat 3, di tengah dinding barat dan selatan
Pintu gerbang tersebut dikenali dengan Lahore Gate dan Delhi Gate
Dibina dengan menggunakan batu-batu marmar, dihiasi corak-corak flora dan
terdapat 2 kubah di dalamnya yang memperlihatkan kehalusan seni bina Moghul
Terdapat banyak aliran air terjun yang dibina merentasi setiap struktur bangunan di
dalam Kota Merah dan setiap binaannya dibina dengan teliti dan indah
Terdapat 6 bahagian utama di dalam Kubu Merah iaitu:
1.Ruang Diwan-i-Aam (Dewan Umum)
pavilion yang besar atau tempat yang disediakan untuk maharaja bertemu dengan
masyarakat umum bagi mendengar masalah atau keluhan rakyat
ruang untuk menjalankan acara-acara rasmi kerajaan
dikelilingi taman yang indah
terdapat sebuah takhta yang dicat dengan warna emas dan perak bagi memisahkan
takhta maharaja daripada masyarakat umum dan dilapisi marmar putih dengan
ukiran berbunga
2. Diwan-i-Khas (Dewan Khusus)
tempat khusus yang disediakan untuk pertemuan peribadi maharaja
bangunan yang diguna pakai sebagai dewan untuk diadakan majlis-majlis khusus
(tertutup)
di bahagian ini, Maharaja menyambut ketibaan para pemimpin dari luar negara
seluruh bahan binaan bangunan ini diperbuat daripada batu marmar putih dan
dihiasi dengan corak-corak bunga
bangunan ini berbentuk segi empat dan mempunyai banyak tiang
3. Nahr-i-Behish
tempat tinggal peribadi maharaja yang terletak di belakang singgahsananya
kawasan ini terdiri daripada beberapa pavilion yang dihubungi air yang sentiasa
mengalir atau dikenali sebagai "Syurga Anak Sungai"
air dialiri dari Sungai Jumna (Yamuna) dari menara Shahi Burj yang terletak di
penjuru utara-selatan kota ini
bahagian ini direka hasil adaptasi daripada syurga yang diceritakan dan
digambarkan di dalam al-Quran
perancangan untuk membina istana ini berasaskan reka bentuk Islam namun
terdapat juga elemen-elemen Hindu yang terdapat pada dindingnya
4. Zenana
dua pavilion yang terletak paling selatan istana yang dikenali sebagai zenana
(bahagian wanita) yang merujuk kepada Mumtaz Mahal dan kawasan yang besar
dan luas iaitu Rang Mahal
5. Masjid Moti
juga dikenali sebagai Masjid Mutiara (Pearl Mosque)
dibina pada tahun 1959 oleh Maharaja Mughal Aurangzeb
berkubah tiga yang diperbuat daripada batu marmar putih
merupakan masjid peribadi untuk maharaja
terletak bersebelahan dengan Diwan-i-Khas
berukuran 12 x 9 meter dengan ketinggian 8 meter
6. Hayat Bakhsh Bag
terletak di utara Masjid Moti
dikenalikan juga sebagai 'Life-Bestowing Garden'
terdapat 2 pavilion yang terletak di utara dan si selatan
keduanya-keduanya disambungkan dengan laluan air
salah satu pavilion dibina oleh Maharaja Moghul terakhir , Bahadur Shah Zafar pada
tahun 1842
7. Bahagian lain yang terdapat dalam Kota Merah:
Hammams (tempat bersiram diraja)
Muthamman Bur (Menara Melati) - tempat Maharaja Shah Jahan dipenjarakan oleh
anaknya, Aurengzeb sehingga hari kemangkatan baginda. Menara ini menghadap ke arah
Taj Mahal
Rang Mahal - tempat tinggal bagi gundik-gundik dan isteri-isteri maharaja. Istana ini
mempunyai menara kecil yang disepuh dengan lapisan emas. Ruang ini dihiasi lukisan-
lukisan indah, jalinan mozek berkaca (cermin) dan mempunyai syiling yang diperbuat
daripada emas dan perak yang dapat memantulkan cahayanya ke kolam utama
Khas Mahal - tempat tinggal peribadi diraja
Naqqar Khana - terletak di pintu masuk Rang Mahal
Shahi Burj - ruang kerja maharaja (berbentuk oktagon) tidak jauh daripada Dewan-i-
Khas
MASJID JAMA
PEMBINAAN MASJID JAMA
Tidak jauh dari Kota Merah (Red Fort) dan dibina oleh pemerintah Moghul yang
sama iaitu Shah Jahan untuk puterinya, Jahanara Begum
Maharaja dikatakan meletakkan batu asas masjid ini di puncak sebuah bukit pada
tahun 1650
Nama asal ialah 1 Jahan Numa (Masjid Cermin Dunia dalam bahasa Parsi)
Terletak di atas sebuah bukit yang dikenali sebagai Bhojla kerana maharaja
mahukan monumen masjid ini lebih tinggi kedudukannya daripada takhtanya di
dalam Kota Merah (Red Fort) yang terletak berhadapan Masjid Jama
Merupakan masjid terbesar di India yang berusia 356 tahun dan satu-satunya
masjid yang mempunyai Imam Diraja untuk mengetuai sembahyang semenjak 13
generasi
Pembinaan Masjid Jama memakan masa selama 6 tahun dengan kerahan tenaga
seramai 5,000 hingga 6,000 penduduk Islam dan masjid ini dapat disiapkan pada
1656
Terdapat ciri-ciri unik seperti terdapat beberapa artifak di dalam masjid ini seperti:
1. naskhah kitab suci al-Quran yang berusia 1,400 tahun yang ditulis di atas kulit rusa
oleh menantu Rasullulah SAW dalam bahasa Kufi
2. tapak kaki Rasullulah SAW pada marmar, kasut Rasulullah SAW yang diperbuat
daripada kulit unta dan janggut Rasulullah SAW sendiri
Kedudukan Masjid Jama menjadi titik pertembungan antara 2 budaya iaitu
penduduk Islam dan penduduk beragama Hindu
Masjid ini dikatakan pernah dilelong sebelum dipulangkan semula oleh kerajaan
kepada penduduk Islam dengan tukaran 4 buat kampung
STRUKTUR MASJID JAMA
Keindahan masjid dapat dilihat dengan jelas melalui binaan 2 menara setinggi 40
meter dan terdapat 3 pintu gerbang utama dan pada setiapnya ada menara
Pintu gerbang ini boleh dimasuki melalui 3 arah iaitu
1. pintu utara (39 anak tangga)
2. pintu selatan (33 anak tangga)
3. pintu timur (35 anak tangga , pintu khusus untuk keluarga diraja sahaja)
Panjang Masjid Jama ialah 80 meter dan lebarnya 27 meter serta mempunyai 3
buah kubah
Berbeza dengan kebanyakkan masjid, masjid ini mempunyai ruang solat terbuka
yang luas dan boleh memuatkan ribuan jemaah pada satu-satunya masa
(sekurang-kurangnya 25,000 orang)
Monumen ibadat ini diperbuat daripada batuan merah seperti Kota Merah (Red
Fort)
Lantai masjid ini dilapisi dengan batu marmar
Batu marmar ini mempunyai hiasan bergaris menyerupai sejadah yang berukuran
95 x 45 cm telah memudahkan jemaah meluruskan saf apabila bersolat dan
terdapat sekurang-kurangnya 899 jenis hiasan yang terdapat pada lantai masjid ini
Di dataran pula, terdapat kolam takungan air yang digunakan jemaah untuk
mengambil wuduk
Hampir keseluruhan masjid ini dihiasi dengan kaligrafi al-Quran terutamanya pada
mimbar di mihrab
Pada atapnya, terdapat 3 buah kubah yang dihiasi oleh marmar hitam dan putih
serta pada bahagian atasnya pula berhiaskan emas
MAKAM HUMAYUM
PEMBINAAN MAKAM
HUMAYUN
Dibina oleh isteri Maharaja Humayun (pemerintah Moghul kedua), Hamida Banu
Begum sebagai tanda cintanya supaya Maharaja Humayun sentiasa diingati
Kompleks perkuburan atau makam yang besar ini mula dibina pada tahun 1565
selepas 9 tahun kemangkatan Maharaja Humayun dan siap sekitar tahun 1572 (7
tahun) dengan kos pembinaan sebanyak 15 Lakh Rupee (1.5 juta) pada masa tersebut
Binaan makam ini diadaptasi daripada seni bina Parsi dan Moghul yang direka oleh
Mirak Mirza Giyuath , arkitek dari Parsi
Maharaja Shah Jahan mendapat ilham untuk membina Taj Mahal melalui reka bentuk
monumen ini
Makam Humayun terletak di Jalan Murtha, di kawasan timur Nizamuddin tidak jauh
daripada Kota Delhi (disebut juga sebagai Purana Qilla) dan berdekatan dengan
Sungai Jumna (Yamuna)
Taman makan ini adalah yang pertama dibina di tanah India dan diisytiharkan oleh
UNESCO sebagai Tapak Warisan Dunia pada tahun 1993
Selain Maharaja Humayun, isterinya, Hamida Banu Begum turut dimakamkan di sini
termasuklag tokoh-tokoh penting lain seperti Dara Shiqoh iaitu anak lelaki bongsu
Shah Jahan
STRUKTUR MAKAM
HUMAYUN
Memakan masa hampir 9 tahun untuk dibina sepenuhnya dari sudut struktur atau
kompleksnya
Monumen yang bergaya hasi gabungan seni reka dan seni bina India-Persia ini
keseluruhannya dibuat daripada bata merah, bata putih dan batuan marmar putih dan
hitam dengan dihiasi taman-taman dan air pancut yang sangat indah serta dikelilingi
tembok-tembok tinggi dan kukuh
Terdapat podium (pentas kecil) yang kedudukannya mengarah ke Sungai Jumna
Di tengah-tengahnya terdapat charbagh (perkataan Turki: char yang bermaksud empat
dan bagh bermaksud taman) atau taman yang berbentuk 4 segi iaitu gaya seni taman
Parsi
Taman ini diilhamkan daripada 'taman di dalam syurga' seperti yang digambarkan
dalam al-Quran
Taman ini dibahagikan kepada 4 laluan pejalan kaki dan dibahagikan kepada dua
sumber air dimana setiap empat segi tersebut bersambung antara satu sama lain
dan dialiri oleh air yang mengalir
Walaupun sebuah makam, gaya dan seni binannya banyak diadaptasi daripada
binaan masjid kerana mempunyai unsur-unsur seni bina Islam seperti:
1. kubah - terdapat pada dewan utama dan 2 kubah pada bahagian 2 dewan kecil
yang menghubunginya
2. mihrab - terdapat kekisi berukir dengan ukiran dan kaligrafi Islam
3. ukiran ayat-ayat al-Quran pada mihrab seperti ayat 24 dalam surah an-Nur
4. kedudukannya mengarah ke kiblat
Makam Humayun terletak di dalam bangunan utama monumen namum makan yang terdapat
dalam kawasan ini tidak hanya makam untuk keluarga diraja sahaja
Ini kerana terdapat beberapa makam yang lain dibina disini seperti Nai Ka Gumbad
Selain makam-makan di bahagian utama, terdapat beberapa monumen di kompleks tersebut
seperti:
1. Nai-ka-Gumbad - makan tukar cukur raja yang letaknya tidak jauh daripada makam
Humayun
2. Makam dan Masjid Isa Khan - seorang bangsawan Afganistan yang dimakamkan di situ
sebelum terbinanya makam Humayun (20 tahun lebih awal daripada Humayun)
3. Makam dan kebun Bu Halima
4. Makam dan Masjid Afsarwala yang berada dekat dengan pintu masuk tidak jauh dari makam
Humayum
5. Arab Sarai - rumah rehat bagi pedangang-pedagang Arab atau disebut Arab Qi Sarai yang
berbetuk oktagon
SEKIAN TERIMA
KASIH

You might also like