You are on page 1of 8

Wednesday, October 14, 2015

Sejarah Senibina Islam Dalam Pembinaan Taj Mahal Di India


Oleh : Nur Hidayah Binti Isa
Pendahuluan
Permata senibina indo-islam, Taj mahal merupakan salah satu struktur daripada Tujuh
Keajaiban Dunia yang paling indah pernah dibina. Monumen ini dibina di tebing Sungai
Jumna, berhampiran Agra, India, merupakan makam yang dibina oleh Maharaja Shah
Jahan (1614-1666) sebagai monumen peringatan untuk Mumtaz Mahal, isteri kesayangan
Mughal Maharaja Shah Jahan yang kelima. Mula dibina pada 1632 dan siap pada 1648.
Semasa pemerintahan Shah Jahan, struktur ini dikenali sebagai rauza, kemudian, struktur
tersebut dipanggil Taj Mahal terbitan dari nama Mumtaz Mahal.
Taj Mahal adalah contoh terbaik Senibina Mughal yang menggabungkan senibina Parsi,
Turki, India dan dan gaya senibina Islam. Arkitek utama bangunan ini ialah Ustaz Ahmad
Lahauri. Selain itu, Taj Mahal merupakan sebuah kompleks bersepadu iaitu mempunyai
bahagian makam, dewan, taman rekreasi, masjid, menara tinjau dan lain-lain. Pada tahun
1983, UNESCO telah mengisytiharkan Taj Mahal sebagai Tapak Warisan Sedunia yang
perlu dilindungi. Bangunan ini dikatakan 'permata senibina Islam'.
Pembinaan Taj Mahal bermula pada tahun 1631, iaitu ketika Shah Jahan menjadi
Maharaja Dinasti Mughal dan setahun selepas kematian isterinya yang tersayang,
Mumtaz Mahal. Isterinya Mumtaz Mahal telah meninggal ketika melahirkan anak mereka
yang ke-14 iaitu Begum Gauhara ketika Shah Jahan berada di medan pertempuran pada
tahun 1631 ketika itu Shah Jahan dalam kempen memperluaskan tanah jajahannya.
Pengarang istana menggambarkan mengenai kesedihan Shah Jahan cerita cinta yang
secara tradisi dianggap sebagai inspirasi kepada Taj Mahal. Mausoleum utama disiapkan
pada tahun 1648 dan bangunan sekeliling dan taman disiapkan lima tahun berikutnya.
Bangunan Mughal awal biasanya dibina dari batu pasir merah. Shah Jahan telah
menganjurkan penggunaan marmar putih dihias dengan batu separa bernilai, dan
bangunan di bawah naungannya mencapai tahap kehalusan baru.
2.0 Sejarah Pembinaan Taj Mahal
Berlokasi di Agra yang merupakan bahagian utara dari Uttar Pradesh, iaitu di pinggir
sungai Yamuna, Taj Mahal di kenali sebagai contoh karya arsitektur muslim India. Selain
itu, Taj Mahal dikenang sebagai lambang cinta abadi Kaisar Shan Jahan untuk isterinya
Mumtaz Mahal. Taj Mahal merupakan simbol cinta dan hasrat.Taj Mahal dibangunkan
oleh Maharaja Mogul ke-lima iaitu antara tahun 1631 hingga 1648 yang bertujuan untuk
mengenang, Arjuman Bano Begum, atau lebih dikenal sebagai Mumtaz
Mahal.Permintaan wanita yang sangat dicintai itu dimulai setahun setelah kematiannya.
Pada awalnya, Shah Jahan hanya menyebut masjid itu sebagai makam Mumtaz Mahal,
namun akhirnya telah berkembang menjadi Taj Mahal. Taj Mahal jika diterjemahkan
bererti "Istana Mahkota", sebuah perluasan dari nama Mumtaz Mahal yang berasal dari
Persia. Mumtaz Mahal meninggal pada usia 39 tahun, ketika melahirkan anak yang ke-14

pada tahun 1631. Kematian Sang Permaisuri ini membuatkan Sang Raja begitu berduka.
Sebelum meninggal, Mumtaz Mahal telah berpesan "ingin dibuatkan makam yang tak
pernah disaksikan dunia sebelumnya untuk mengenangnya".
Permintaan tersebut telah dilaksanakan pembinaannya oleh Maharaja Shah
Jahan.Mausoleum utama disiapkan pada tahun 1648 dan bangunan sekeliling dan taman
disiapkan lima tahun berikutnya. Bangunan Mughal awal biasanya dibina dari batu pasir
merah, Shah Jahan telah menganjurkan penggunaan marmar putih yang dihias dengan
batu separa bernilai, dan bangunan di bawah naungannya telah mencapai tahap kehalusan
baru.
Pembinaan Taj Mahal didirikan di tepi Sungai Yamuna, tepat di pusat kota dari
Kesultanan Mughal di Agra, iaitu sekitar 204 km di sebelah Selatan New Delhi, India,
pembinaannya dimulakan, maka bermulalah konstruksi musoleum megah ini
didirikan.Shah Jahan telah memerintahkan Ustaz Ahmad membentuk bangunan ini. Ustaz
Ahmad mengumpulkan 20,000 orang pekerja yang terdiri daripada tukang batu, tukang
emas, dan pengukir yang termasyhur dari seluruh dunia.Arkitek yang paling termasyur,
buruh yang mahir, ahli kaligrafi, pemahat batu dan tukang batu datang dari seluruh India
dan daerah yang jauh seperti Persia dan Turki.
2.1 Bahan bahan Binaan
Pakar tukang batu dari Baghdab, adalah seorang ahli dalam membangun kubah ganda
dari Persia, dan seorang pakar tatahan dari Delhi.Dengan bumbung, kubah dan menara
yang diperbuat daripada marmar putih yang diimport dari Rajasthan, serta seni mozek
yang indah, Taj Mahal merupakan salah satu daripada Tujuh Benda Ajaib di dunia.
Sebanyak 43 jenis batu permata antaranya Firus dari Tibet, Lazuardi dari Afghanistan,
berlian, jed dan hablur dari china, kristal, topaz dan nilam dari Sri Lanka dan Kamelian
dari Arabtelah digunakan. Pembinaan Taj Mahal menelan masa selama 22 tahun. Bahan
bangunan didatangkan dari seluruh India dan Asia Tengah dengan menggunakan 1000
gajah yang membawa material dari seluruh penjuru India ke Agra, akhirnya monumen ini
selesai di tahun 1653.
Pembuatan projek megah ini juga tak terlepas dari jasa Ismail Afandi dari Turki dan
Ustad Isa dari Persia yang berperanan sebagai arkitek, Qazim Khan dari Lahore yang
mendesign emas pada atap kubah, Chiranji Lal yang membuat pola mosaik dari Delhi,
Amanat Khan dari Persia sebagai ahli kaligrafi, dan ahli pemotong batu dari Baluchistan,
Amir Ali.Kos pembinaan Taj Mahal dianggarkan lebih 32 juta rupee.Namun, kos ini
tidaklah banyak ketika itu. Makam Taj Mahal ini menggambarkan keagungan senibina
Dinasti Mughal.
Dan berdirilah kubah utama setinggi 57 meter. 28 batu-batuan indah dari berbagai
wilayah Asia telah digunakan, seperti batu pasir merah dari Fatehpur Sikri, jasper dari
Punjab, jade dan kristal dari Cina, batu pirus dari Tibet, lapis lazuli dan safir dari Sri
Lanka, batubara dan batu kornelian dari Arab, dan berlian dari Panna. Lantainya pun
terbuat dari pualam yang bercahaya dari Makrana, Rajasthan.Tidak seperti makam
Mughal yang lain, taman Taj Mahal berada di hadapan makam. Latar belakangnya adalah

langit, sehingga Taj Mahal terlihat begitu bergemerlapan dengan warna di samping,
komposisi bentuk dan garisnya yang simetridan sempurna.
2.2 Asal usul senibina
Taj Mahal menggabungkan bentuk tradisi seni Persia dan seni Mughal awal. Inspirasi
khusus ini datangnya dari Dinasti Timurid dan bangunan Mughal termasuk; Gur-e Amir
(makam Timur, pengasas dinasti Mughal, di Samarkand), makam Humayun, Makam
Itmad-Ud-Daulah (yang disebut sebagai Bayi Taj), dan Masjid Jama, Delhi binaan Shah
Jahan sendiri di Delhi. Sementara bangunan Mughal awal biasanya dibangun dari batu
pasir merah, Shah Jahan menganjurkan penggunaan marmar putih dihias dengan batu
separa bernilai, dan bangunan di bawah naungannya mencapai tahap kehalusan yang
baru.
Suatu ketika dulu Shah Jahan dan keluarga kesultanan sering memakai kapal dari
Benteng Agra jika ingin melihat pembuatan monumen ini atau menjenguk makam
isterinya, Mumtaz Mahal.Perjalanan ke Taj Mahal dimulai dari pintu gerbang yang dibuat
sekitar 275 m jauhnya dari musoleum. Pintu gerbang besar yang lebarnya sekitar 50 m ini
dibuat dari batu pasir merah dengan menara bersegi lapan di setiap sudutnya. Pada
gerbang ini terdapat pintu yang sangat berat diperbuat daripadalapan jenis logam.
3.0 Pembinaan Taj Mahal
Perkembagan tamadun islam tidak dapat lari daripada keagungan seninya termasuklah
seni ukiran, khat, bina dan sebagainya. Perkembangan seni bina islam selari dengan
pencapaian seni khat, ukir, sains dan teknologi serta seni lukis. Kesemuanya saling
melengkapi antara satu sama lain dan akhirnya menghasilkan satu binaan yang dikagumi.
Ketokohan Maharaja Shah Jahan, Shah Jahan atau nama sebenarnya ialah Shahab Uddin
Muhammad Shah Jahan I, merupakan Sultan Empayar Mughal di India dari tahun 1628
sehingga 1658.Beliau adalah pemerintah kerajaan Mughal yang kelima selepas Babur,
Humayun, Akbar, and Jahangir. Menaiki takhta kerajaan Mughal selepas kemangkatan
ayahandanya Jahangir pada tahun 1627. Seperti Akbar, beliau juga berusaha meluaskan
empayarnya.
Peristiwa penting yang berlaku pada zaman pemerintahannya ialah kemusnahan kerajaan
Ahmednagar (1636), kehilangan wilayah Kandahar kepada Empayar Parsi (1653), dan
perang yang kedua untuk menakluki wilayah Deccan (1655). Pada tahun 1658, Shah
Jahan telah jatuh sakit. Pada masa inilah puteranya Aurangzeb telah merampas kuasa dan
mengurungnya di bandar Agra sehingga kematiannya pada tahun 1666. Pada saat-saat
menjelang kematiannya pada tahun 1666, Empayar Mughal telah berkembang seluas
750,000,000 ekar (3,000,000 km2).
3.1 Zaman Keagungan Kesenian Islam
zaman pemerintahannya dikenali sebagai Zaman Keagungan Empayar Mughal Tempoh
pemerintahannya dikenali sebagai Zaman Keagungan Kesenian Islam. Shah Jahan telah
mendirikan banyak monumen. Antaranya ialah Taj Mahal di Agra yang dibina bagi
memperingati permaisurinya yang tercinta iaitu Mumtaz Mahal (nama lahir Arjumand

Banu Begum). Bangunan-bangunan lain juga dibina di Tembok Merah (Qila Mubarak) at
Agra seperti Masjid Mutiara, reka bentuk yang lengkap Delhi Tua (Shahjahanabad),
istana-istana, Tembok Merah, masjid di Delhi dan Lahore serta bangunan-bangunan di
dalam tembok Lahore (sekarang Pakistan).
Maharaja Shah Jahan telah berkahwin dengan Arjumand Banu Begum pada tahun 1607
M. (1025 H.) dan isterinya diberi gelaran "Mumtaz Mahal" iaitu (Mutiara Istana). Taj
Mahal merupakan Tujuh Benda Ajaib di dunia dan Tapak Warisan Dunia yang perlu
dilindungi. Bangunan ini dikatakan 'Permata senibina Islam.
3.2 Seni Ukiran
Al Quran menjadi hiasan utama Taj Mahal Huruf khat thuluth ialah seni huruf utamayang
terdapat pada dinding-dinding Taj Mahal.Jurukhat bernama Amanat Khan telah dibawa
dari Parsi. Antara surah yang menjadi hiasan ialah Surah 91, Surah 112, Surah 89, Surah
93, Surah 95, Surah 94, Surah 36, Surah 81, Surah 82, Surah 84, Surah 98, Surah 67,
Surah 48, Surah 77 dan Surah 39. Struktur ini terletak di tebing Sungai Jumna,
berhampiran Agra, India, merupakan makam yang dibina oleh Maharaja Shah Jahan pada
tahun 1614 hingga 1666 sebagai monumen peringatan untuk Mumtaz Mahal. Pada tahun
1983, UNESCO telah mengisytiharkan Taj Mahal sebagai Tapak Warisan Dunia yang
perlu dilindungi.
4.0 Keunikan seni bina Taj Mahal
Kota Agra terkenal di seantero dunia kerana kewujudan Taj Mahal yang dikenali Dream
in Marble iaitu bangunan dibina Maharaja Shah Jahan untuk persemadian isteri tercinta,
Arjumand Banu Begum atau Mumtaz Mahal.
Taj Mahal adalah sebuah karya arsitektur yang sempurna yang menjadi inspirasi bagi
para penyair, pelukis, dan pemusik untuk mencuba dan menyematkandalam Kata,
lukisan, dan lagu. Taj Mahal yang sering disebut-sebut sebagai salah satu tujuh keajaiban
dunia adalah sebuah makam indah yang sangat besar terbuat dari marmer putih yang
dibangun di Agra mulai tahun 1631 dan selesai tahun 1648 atas permintaan raja Mughal,
Shah Jahan sebagai peringatan untuk isteri tercintanya. Taj Mahal merupakan seni Islam
di India dan merupakan salah satu karya agung warisan dunia yang mengagumkan.
4.1 Taman Rekreasi
Taj Mahal juga mempunyai taman yang indah yang dibina seluas 300meter yang
membahagikan empat quadrant kepada 16 taman bunga. Sebuah kolam air marmar yang
ditinggikan dibina ditengah-tengah taman, diseparuh perjalanan daripada Makam dan
Pintu Gerbang. Kolam air marmar ini dipanggil sebagai al-khawd al-khawthar yang
merujuk kepada Telaga Al-Khausar atau tank of Abundance di syurga yang
dikhabarkan oleh nabi Muhammad. Di sekeliling taman dihiasi dengan pokok-pokok dan
juga pancuran air. Taman Parsi ini adalah simbolik kepada empat sungai yang mengalir di
syurga (Jannah) dan mengilustrasikan taman-taman syurga.
4.2 Warisan Dunia

Taj Mahal adalah salah satu monumen yang terkenal didunia dan di tunjuk oleh ICOMOS
Sebagai salah satu situs warisan dunia pada tahun 1983. Kriteria penetapan candi
Borobudur sebagai properti World heritage adalah kerana Taj Mahal ini merupakan harta
warisan budaya yang sangat megah dan dianggap sebagai contoh terbaik dari bangunanbangunan di Mughal. Bangunan ini juga merupakan gabungan dan pengembangan
berbagai tradisi. Khususnya Hindu, Persian, dan Mughal Arsitektur. Inspirasinya berasal
dari beberapa bangunan-bangunan Timurid dan Mughal terkenal lainnya. Ketiga kerana
properti ini juga merupakan contoh pertama dari usaha Akbar dalam mencampur hiasanhiasan gaya Hindu dengan gaya Islam.
Taj Mahal adalah monumen yang tidak dapat digantikan keindahannya. Bangunan utama
dalam Taj mahal adalah Makam-makam. Makam-makam tersebut dibuat diatas batu
marmar dengan tinggi enam meter. Terdapat empat menara pada setiap sudutnya yang
indah membingkai makam. Bangunan utama dalam Taj mahal tersebut tidak besar, namun
sangat indah dan direka dengan seimbang. Ruangan tengah berbentuk segi lapan.
4.3 Keunikan Warna yang Indah
Keunikan Taj Mahal juga kerana warnanya. Taj mahal dapat merubah suasana hati para
pengunjungnya dengan berubahnya warna pada waktu yang berbeza. Pada waktu subuh,
marmar akan berwarna merah muda, di tengah hari marmar ini akan berwarna putih
berkilat, dan pada petang hari warnanya akan berubah menjadi warna mutiara yang
lembut. Pada bulan purnama, bintang di langit akan berkerlipan.
Pada musim hujan, awan mendung akan memberikan kesan warna biru. Warna biru ini
akan muncul dan hilang seperti bayangan yang melayang di atas kabus Marmar didalam
Taj mahal boleh menjadi kuat, mudah pecah dan ringan, boleh juga menjadi putih,
kekuning-kuningan, kelabu, dan juga emas. Berbagai wajah Taj Mahal menandakan
bahawa Taj mahal dibangunkan dengan arsitektur yang hebat.
Kubah utamanya lima puluh lapan kaki diameter dan meningkat kepada ketinggian 213
kaki. Ia diapit oleh empat kamar kubah subsidiari. Empat anggun, menara langsing
adalah 162.5 kaki setiap satu. Seluruh makam (di dalam serta di luar ) dihiasi dengan reka
bentuk bertatahkan bunga dan kaligrafi menggunakan permata berharga seperti batu akik
dan yasper. The pintu gerbang utama, chiseled dengan petikan dari Al-Quran dan kerja
tatal berani corak bunga, memberikan daya tarikan untuk menawan keindahan. Dewan
kubah pusat dan empat kamar bersebelahan termasuk banyak dinding dan panel hiasan
Islam.
Makam ini adalah sebahagian daripada kompleks besar yang terdiri daripada pintu masuk
utama, taman rumit, sebuah masjid (ke kiri), sebuah rumah tetamu ( ke kanan ), dan
beberapa bangunan mewah yang lain. The Taj adalah di hujung jauh kompleks ini,
dengan sungai Jamuna di belakangnya. Taman yang besar mengandungi empat kolam
mencerminkan membahagikan di pusat itu. Setiap empat bahagian lagi dibahagikan
kepada empat bahagian dan kemudian ke dalam setiap satu lagi empat bahagian.
5.0 Sumbangan Seni Bina kepada Tamadun

Pencapaian kemuncak seni bina pada Zaman Moghul ialah zaman pemerintahan Akhbar.
Baginda ialah penaung kepada perkembangan seni bina di India yang juga
menggabungkan seni bina Hindu dan Muslim. Shah Jahan, pemerintah Zaman Moghul
yang amat meminati bidang seni bina. Bidang seni bina mencapai kemuncaknya pada
zaman pemerintahan baginda. Bangunan yang terkenal iaitu Taj Mahal dibina atas arahan
Shah Jahan untuk memperingati isteri kesayangannya, Mumtaz Mahal yang merupakan
satu keajaiban dunia.
Taj Mahal tampak amat anggun dan menarik perhatian sesiapa pun yang berada di
kompleks yang luas ini. Tinggi bangunan berkubah besar ini sekitar 55 m, sedangkan
tinggi keempat menaranya mencapai 76 m. Marmer yang digunakan sangat tinggi
mutunya, sehingga putih tampak mengilat bak kaca. Sedangkan makam Shah Jahan dan
isterinya, Mumtaz Mahal terdapat di tengah-tengah bangunan dalam ruang berbentuk
oktagonal. Kedua makam ini diletakkan bersisian dalam pagar berukir yang indah,
menunjukkan seakan-akan cinta mereka abadi dunia-akhirat.
5.1 Bentuk dan Struktur
Taj Mahal berbentuk oktagen dan dibina di atas podium (pentas) batu marmar putih.
Bangunan ini mempunyai empat menara di empat penjuru podium. Bangunan ini juga
mempunyai bilik yang terbahagi kepada lapan bahagian dengan ukiran marmar kaca pada
makam Shah Jahan dan isterinya. Proses pembinaan bangunan ini telah melibatkan
20,000 buruh yang kebanyakkan terdiri daripada orang Asia.
Seni bina bangunan ini direka oleh arkitek Parsi, Ustad Isa Khan Effendi dan anak
muridnya, Ahmad Ustad. Kubahnya direka bentuk oleh Ismail Khan. Selain bangunan Taj
Mahal, banyak bangunan seperti dewan dan pavilion didirikan di Red Fort, Delhi semasa
pemerintahan Shah Jahan. Masjid Jami merupakan masjid terbesar di India yang dibina
antara tahun 1644M. hingga 1658M.
Struktur Taj Mahal berdiri di atas yang dibangkitkan, platform persegi ( 186 x 186 kaki)
dengan empat sudutnya dipenggal, membentuk oktagon tidak sama rata. Reka bentuk
seni bina menggunakan konsep saling arabesque, di mana setiap elemen berdiri dengan
sendiri dan sempurna mengintegrasikan dengan struktur utama. Ia menggunakan prinsipprinsip geometri mereplikasi diri dan simetri unsur-unsur seni bina.
6.0 Pengaruh Tamadun Islam dalam Pembinaan Taj Mahal
Kedatangan Islam ke India telah menyebabkan munculnya satu budaya komposit natijah
interaksi antara tamadun yang mencampuradukkan budaya Islam dan Hindu dalam sosio
budaya masyarakat India terutama dalam bidang bahasa, sastera, perubatan, astronomi,
seni halus, muzik, tarian, seni bina dan lukisan.
Zaman Islam telah mempengaruhi perkembangan senibina, bahasa/sastera, astronomi,
matematik, perubatan dan lain-lain. Tamadun Islam mempunyai keunikannya tersendiri
dalam menonjolkan hasil seni binaannya, tidak hairanlah jika pernah suatu ketika tujuh
keajaiban dunia adalah hasil daripada sumbangan Tamadun Islam. Monumen tersebut
adalah Taj Mahal di India dan Istana Alhambra di Andalusia(kini Sepanyol).

Salah satu fokus utama dalam seni bina Islam adalah binaan Masjid kerana Masjid dan
Tamadun Islam seakan-akan mempunyai satu ikatan yang sangat kuat. Binaan Kubah
merupakan satu tanda yang amat jelas dalam memperlihatkan seni bina Islam kerana
secara umumnya setiap masjid tentunya mempunyai kubah.
6.1 Kesan Tamadun terhadap Senibina
Selain binaan kubah yang tersergam indah, ukiran-ukiran kaligrafi ayat-ayat suci AlQuran merupakan satu lagi motif islam yang cuba diketengahkan oleh tamadun islam
yang berkembang sama ada di masjid atau pun di istana-istana. Jika tidak ukiran ayatayat suci Al-Quran, biasanya ukiran-ukiran lain adalah berasaskan alam semula jadi
seperti unsur tumbuh-tumbuhan dan bunga-bungaan.
Unsur air juga turut memainkan peranan penting dalam mencirikan sesuatu binaan itu
adalah hasil pengaruh tamadun islam. Sebagai contoh untuk semua gambaran di atas, di
sini disediakan bukti jelas akan indahnya seni bina yang diwariskan oleh kerajaankerajaan islam yang memerintah, kerajaan Islam terakhir yang memerintah Andalus
bermula pada tahun 1238 hingga 1492M(635-897H). Pada zaman kerajaan ini, Andalus
telah mencapai era kemuncak kegemilangan tamadun kesenian Islam.
Kedatangan Islam ke India telah menimbulkan kesan kepada Tamadun India. Antara
kesannya adalah menyebabkan kemunculan satu budaya komposit natijah dari interaksi
antara tamadun di mana unsur-unsur Islam dan Hindu telah diterima pakai oleh Muslim
di India. Antara kesan lain terhadap tamadun India pula ialah kedan dari segi bahasa.
Bahasa Urdu telah diperkenalkan. Mempunyai nahu Prakit dgn perbendaharaan kata
Parsi, Arab dan Turki. Ditulis dengan skrip Arab tetapi diubah untuk mewakili bunyi
bukan Arab.
Manakala dari segi senibina pula, seni bina Turki-Islam mempengaruhi seni bina zaman
kesultanan Delhi, sementara senii bina Parsi-Islam pula mempengaruhi seni bina zaman
Monghul. Kubah, menara, penggunaan mortar dan konkrit, bentuk geometri merupakan
pengaruh Islam. Seni bina Islam berkembang pesat zaman Monghul. Kubah, menara,
penggunaan mortar dan konkrit, bentuk geometri merupakan pengaruh Islam. Seni bina
Islam berkembang pesat zaman Monghul. Taj Mahal hasil seni bina Indo-Parsi yang
teragung dan menjadi salah satu benda ajaib dunia.
7.0 Kesimpulan
Berdasarkan daripada sejarah seni bina islam dalam pembinaanTaj Mahal di India, dapat
disimpulkan bahawa pembinaan Taj Mahal adalah bertujuan untuk mengenang, Arjuman
Bano Begum, atau lebih dikenal sebagai Mumtaz Mahal iaitu isteri kepada Maharaja
Shah Jahan. Mumtaz Mahal merupakan isterinya yang ketiga.Taj Mahal mula dibina pada
tahun 1632 dan pembinaannya telah selesai pada tahun1648.
Selain itu, Taj Mahal adalah contoh terbaik senibina Mughal yang menggabungkan
senibina Parsi, Turki, India dan Islam.Struktur ini juga merupakan sebuah kompleks

bersepadu yang mempunyai bahagian makam, dewan, taman rekreasi, masjid, menara
tinjau dan lain-lain.
Setelah Shah Jahan menjadi Maharaja Dinasti Mughal pada tahun 1631. Shah Jahan
sering berada di medan pertempuran demi memperluaskan tanah jajahannya, dan pada
masa yang sama, isterinya Mumtaz Mahal telah meninggal dunia semasa melahirkan
anak mereka yang ke-14 iaitu Begum Gauhara. Shah Jahan, iaitu maharaja semasa
kemuncak keagungan Dinasti Mughal, dilanda kesedihan apabila Mumtaz Mahal
meninggal dunia.
Tamadun Islam mempunyai keunikannya tersendiri dalam menonjolkan hasil seni
binaannya, tidak hairanlah jika pernah suatu ketika tujuh keajaiban dunia adalah hasil
daripada sumbangan Tamadun Islam. Monumen tersebut adalah Taj Mahal di India dan
Al Quran telah menjadi hiasan utama Taj Mahal Huruf khat thuluth ialah seni huruf
utama yang terdapat pada dinding-dinding Taj Mahal.Binaan Kubah merupakan satu
tanda yang amat jelas dalam memperlihatkan seni bina Islam kerana secara umumnya
setiap masjid tentunya mempunyai kubah.
Selain binaan kubah yang tersergam indah, ukiran-ukiran kaligrafi ayat-ayat suci AlQuran merupakan satu lagi motif islam yang cuba diketengahkan oleh tamadun islam
yang berkembang sama ada di masjid atau pun di istana-istana. Jika tidak ukiran ayatayat suci Al-Quran, biasanya ukiran-ukiran lain adalah berasaskan alam semula jadi
seperti unsur tumbuh-tumbuhan dan bunga-bungaan Unsur air juga turut memainkan
peranan penting dalam mencirikan sesuatu binaan itu adalah hasil pengaruh tamadun
islam.
8.0 Rujukan
DuTemple, L. A. (2013). The Taj Mahal. Cousteau : Twenty-First Century Books.
Preston, D. (2009). Taj Mahal: Passion and Genius at the Heart of the Moghul Empire.
london: Bloomsbury Publishing.
Shors, J. (2006). Taj Mahal: Kisah Cinta Abadi. selangor: Mizan Pustaka.
Tillotson, G. (2010). Taj Mahal. london: Profile Books.
Zakaria, A. (2012). Taj Mahal dan indahnya seni bina. Selangor: Pustaka Minda Aktif.
Pensyarah: Abd Aziz bin Harjin
Tel: 013-400-6206, 011-1070-4212, 04-988-2701
abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
URL: abdazizharjin.blogspot.com
http://azizharjinesei2015oktober.blogspot.my/2015/10/sejarah-senibina-islamdalam-pembinaan.html

You might also like