You are on page 1of 5

Pending ialah pengancing tali pinggang atau kepala tali pinggang yang direka dan dihias indah dengan

berbagai-bagai motif. Pending biasanya dipakai oleh kaum lelaki dan wanita Melayu sebagai pakaian istiadat. Kaum lelaki menggunakannya untuk mengikat kain dan samping manakala kaum wanita pula, terutamanya di Kelantan, memakai pakaian yang popular Cik Siti Wan Kembang, seorang pemerintah wanita yang terkenal dalam kurun ke-15 yang turut memakai pending. Boleh dikatakan kebanyakan daripada pending yang ditemui pada masa ini adalah yang berbentuk bujur seperti mata manusia, bulat, segi empat dan sebagainya. Pending yang dipakai oleh pembesar-pembesar Melayu dan raja yang memerintah dibentuk dengan menggunakan emas atau suasa. Namun demikian ada juga yang diperbuat daripada perak sahaja atau tembaga yang bercutam.

Pending perak Dipercayai bahawa pending berasal daripada pakaian wanita Siam yang telah dibawa masuk ke Malaysia melalui orang Melayu Patani di utara Semenanjung Malaysia. Kini telah tersebar luas dan digemari oleh ramai penduduk tempatan. Kedatangan seumpama ini biasanya mencerminkan keperibadian, kematangan dan kehalusan pertukangan tangan sesuatu bangsa pada ketika itu.

Pending permata

Pending diraja yang dipakai oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong sekarang diperbuat daripada emas tulen dan dihiasi dengan sebelas biji batu permata berwarna merah dan di tengah-tengahnya diukir lambang Persekutuan. Tali pinggang baginda diperbuat daripada kain sutera serta disulam dengan benang emas bermotif bunga-bungaan. Reka corak yang diilhamkan oleh tukang-tukang emas di pantai timur memperlihatkan keindahan alam semula jadi yang begitu gemilang serta sempurna pembuatannya. Ada di antaranya yang telah dibentuk dengan bertatah berbagai-bagai ragam hias permata manikam yang bermutu tinggi. Keindahan permata ini lebih terserlah apabila dipancari oleh sinaran matahari atau cahaya lampu. Walau bagaimanapun ada juga pending yang diperbuat tanpa sebarang hiasan atau ragam hias yang tertentu.

Pending permata

Pending

Pending

Pending-pending yang dipopularkan oleh suku kaum India dan Cina di Melaka juga menerapkan rekabentuk yang hampir serupa kecuali reka coraknya telah diubah dengan menunjukkan unsun-unsur kepercayaan agama dan simbol-simbol tertentu semenjak berkurun-kurun lamanya. Bentuk-bentuk motif yang digunakan ini boleh membezakan di antara pending Melayu dengan yang bukan Melayu. Pending juga digunakan oleh wanita Iban di Sarawak sebagai pakaian istiadat tradisional mereka. Rekabentuknya mirip rekabentuk pending Cina dengan menggunakan perak untuk membentuk keseluruhan pending dan talinya. Sehingga kini belum lagi ditemui pending yang diperbuat daripada emas di Sarawak atau di Sabah. Namun demikian pending

moden telah dicipta dan digunakan oleh penari-penari tradisional ternpatan untuk menyerikan lagi pakaian mereka. Ini juga dapat rnenggambarkan bingkisan lama yang lazimnya dihayati oleh masyarakat silam.

Jenis-Jenis Pending

Pending Permata

Reka corak yang diilhamkan oleh tukang-tukang emas di pantai timur memperlihatkan keindahan alam semula jadi yang begitu gemilang serta sempurna pembuatannya. Ada di antaranya yang telah dibentuk dengan bertatah berbagai-bagai ragam hias permata manikam yang bermutu tinggi. Keindahan permata ini lebih terserlah apabila dipancari oleh sinaran matahari atau cahaya lampu. Walau bagaimanapun ada juga pending yang diperbuat tanpa sebarang hiasan atau ragam hias yang tertentu.

Pending-pending yang dipopularkan oleh suku kaum India dan Cina di Melaka juga menerapkan rekabentuk yang hampir serupa kecuali reka coraknya telah diubah dengan menunjukkan unsun-unsur kepercayaan agama dan simbol-simbol tertentu semenjak berkurun-kurun lamanya. Bentuk-bentuk motif yang digunakan ini boleh membezakan di antara pending Melayu dengan yang bukan Melayu. Pending juga digunakan oleh wanita Iban di Sarawak sebagai pakaian istiadat tradisional mereka. Rekabentuknya mirip rekabentuk pending Cina dengan menggunakan perak untuk

membentuk keseluruhan pending dan talinya. Sehingga kini belum lagi ditemui pending yang diperbuat daripada emas di Sarawak atau di Sabah. Namun demikian pending moden telah dicipta dan digunakan oleh penari-penari tradisional ternpatan untuk menyerikan lagi pakaian mereka. Ini juga dapat rnenggambarkan bingkisan lama yang lazimnya dihayati oleh masyarakat silam.

You might also like