You are on page 1of 25

Rekabentuk Masjid Sebagai Pusat Pembangunan Komuniti Dari Perspektif:

As- Sunnah dan Senibina Organik Wright



Oleh Prof Madya. Dr Mohd Tajuddin Mohammad Rasdi
J abatan Senibina, Fakulti Alam Bina,
Universiti Teknologi Malaysia.

Pengenalan
Matlamat utama penulisan ini adalah untuk mengupas mengenai pendekatan
alternatif terhadap rekabentuk institusi masjid dengan merujuk kepada perkembangan
konteks Malaysia dan juga dunia Melayu Nusantara. Intipati mesej penyampaian kajian
ini ialah untuk mempelajari tentang pegangan dan falsafah Frank Llyod Wright dengan
merujuk kepada prinsip senibina organik yang telah beliau terapkan di dalam
kebanyakan rekabentuk bangunannya terutamanya yang berkaitan dengan rekabentuk
berciri keagamaan.
Penulisan ini terbahagi kepada empat bahagian utama. Bahagian yang pertama
akan mengkaji pemasaalahan senibina masjid yang diinterpretasikan dari prespektif
histiografi senibina dunia Barat. Penekanan akan diberikan kepada aspek aspek yang
berhubungkait dengan fahaman senibina, senibina bercorak keagaaman, serta
pengetahuan yang releven dan sejajar dengannya merujuk kepada Al Hadis. Akhir
sekali, menspesifikasikannya kepada agenda sejarah politik yang terdapat dalam
beberapa rekabentuk masjid tradisional.
Bahagian yang kedua pula akan dihuraikan secara ikhtisar mengenai interpretasi
Al Hadis yang mendalilkan peranan masjid lebih berfungsi sebagai kompleks
pembangunan komuniti daripada hanya bergelar sebagai sebuah rumah ibadat. Dua
bahagian pertama daripada penulisan ini boleh didapati dengan huraian yang lebih
terperinci dalam karya buku The Mosque As A Community Development Centre (1998,
English) and the Role, Curriculum and Design of Mosques as a Community Development
Center (1999, Malay) yang telah diterbitkan oleh Universiti Teknologi Malaysia.
Bahagian ketiga pula akan menyelidik secara khusus mengenai senibina organik
Wright dengan merujuk kepada hasil rekabentuk beliau iaitu Unity Church serta
beberapa buah bangunan lain yang mempunyai nilai dan elemen penting dimana ia boleh
diterap dan disesuaikan dalam konsep rekabentuk masjid menurut perspektif As-Sunnah.
Bahagian terakhir pula menyingkap mengenai prinsip-prinsip yang telah dihuraikan
diatas untuk mengkritik hasil rekabentuk yang terdapat di Malaysia kini amnya seperti
Masjid Putra dan juga Masjid Negara.

Pemasaalahan histiografi senibina
Kebanyakan daripada tanggapan dan fahaman mengenai institusi masjid
seringkali diluahkan oleh ahli sejarah senibina dalam hasil kerja mereka. Namun begitu,
ideologi dan pandangan mereka terhadap interpretasi institusi masjid hanyalah tertakluk
kepada pengertian senibina sahaja serta bercanggah dengan keperluan sebenar
rekabentuk institusi ibadah tersebut. Ia hanyalah tertakluk sebagai sebuah bangunan
ibadat sahaja dan fungsinya tidak lebih dari itu.
Secara keseluruhannya, fahaman mengenai keagamaan sebenarnya
melambangkan cara hidup dan ia diperkukuhkan lagi oleh upacara-upacara tertentu
untuk menghormati tuhan . Aktiviti ini pula bergantung kepada kepercayaan keagamaan
setiap individu yang berlainan pegangan.
Penulisan awal pada kurun yang lampau hingga ke pertengahan abad ke-20
kebanyakannya dipelopori oleh ideologi yang menyatakan perbezaan diantara pengertian
sebenar bahasa senibina dan juga frasa bangunan. Senibina diertikan sebagai
penghasilan rekabentuk seni yang berkemampuan untuk menggerakkan jiwa setiap insan
yang menghuninya manakala definisi bangunan pula lebih bercorak kepada ciri-ciri
utilitarian iaitu yang tertakluk kepada fungsi semata-mata dan tidak menitikberatkan
nilai estetika atau unsur keindahan. Pemilihan institusi masjid ini sebagaimana yang telah
didokumentasikan oleh ahli sejarah terdiri hanya daripada monumen monumen agung
yang kebanyakan dinaungi oleh golongan elit monarki, para aristokarat dan ahli tertinggi
agama. Institusi masjid yang agak sederhana dari segi rekabentuknya walaupun
berperanan secara aktif tidak pula direkodkan ahli sejarah kerana pada pendapat mereka
ia tidak berupaya untuk memenuhi fungsi dan kehendak penghuninya. Pemilihan
golongan elit ini sering menimbulkan pelbagai masalah dan membuahkan tanggapan
negatif dalam pembentukan sosio-budaya masyarakat umum kerana hasil kerja mereka
kebanyakan dipengaruhi oleh nilai egoistik dan kehendak peribadi sahaja. Malahan
terdapat juga beberapa penulis yang cuba untuk menghapuskan bukti bukti kewujudan
Masjid Rasullah yang berperanan sebagai sebuah institusi masjid yang sebenar.
Kenyataan ini boleh dipetik dari pernyataan yang dikemukakan oleh K.A.C Creswell :
Arabia, at the rise of Islam, does not appear to have possessed anything worthy of
the name of architecture. Only a small portion of the population was settled, and
these lived in dwellings which were scarcely more than hovels.[1]

Such was the house of the leader of the community at Medina . Nor did
Muhammad wish to alter these conditions; he was entirely without architectural
ambitions , and Ibn Sa'd records the following saying of his:" The most
unprofitable thing that eateth up the wealth of a Believer is building."[2]

Pada zaman kelahiran islam , Jazirah Arab tidak mempunyai apa-apa jenis
bangunan yang boleh disifatkan sebagai senibina .Hnaya segelintir penduduknya
yang menetap disesuatu kawasan dan mereka tinggal dalam bangunan yang
boleh disifatkan sebagai pondok pondok buruk. .[1]

Begitu jugalah dengan rumah pemimpin agungnya yang mengepalai komuniti
masyarakat di Medinah. Tidak sekali-kali Rasullah S.A.W terlintas untuk
merobah keadaan ini, kerana beliau langsung tidak mempunyai visi untuk
pembangunan dari segi senibina, Ibn Saad merakamkan pernyataan yang pernah
diungkapkan oleh beliau perkara yang paling membazirkan ialah menggunakan
kekayaan untuk membina bangunan. [2]

Pernyataan ini merujuk kepada Rasullah S.A.W sebagai orang Arab yang kurang
pengetahuan mengenai ketamadunan serta sebagai seorang pemimpin yang tiada lansung
keprihatinan terhadap perkembangan dunia senibina .Tanggapan ini telah mewujudkan
suatu perspektif yang mengakibatkan para sejarawan lain memandang remeh terhadap
Sunnah Rasullah S.A.W sebaliknya tertumpu kepada bangunan yang hanya dimiliki oleh
golongan kaya dan pihak bangsawan. Kini, perkara tersebut sering menjadi pokok
pertelagahan pendapat diantara pihak klien dan para pereka , dimana klien lebih
memberikan keutamaan untuk mewujudkan monumen agung yang besar dan gagah
kerana telah dipengaruhi oleh fahaman Islam yang menyeleweng.
Kebanyakan karya penulisan sejarawan ini juga dicemari oleh ideologi stereotaip
mengenai keagamaan dan perlakuan ibadat dalam keagaamaan. Ramai daripada mereka
tidak boleh menerima fahaman Islam sebagai Ad-din atau cara hidup .Ini ditokok tambah
pula oleh fakta yang menyatakan bahawa institusi masjid hanya berfungsi untuk
memenuhi segala fungsi duniawi.
Creswell juga mendangkal fungsi masjid semasa zaman Rasullah S.A.W yang
digunakan untuk pelbagai aktiviti tetapi sebaliknya Creswell menyatakan yang baginda
telah memecahkan fungsi tersebut kepada beberapa buah bahagian lain seperti rumah
dan juga pejabat sebagaimana yang telah dinyatakan di bawah:
No further change had taken place in Muhammad's house at the time of his death
on 8 J une 632. He was buried in the room which he had occupied in his lifetime.
His house has not yet become a mosque and its transformation to such was by no
means a rapid process. It apparently remained a house long after his death, for
Abu Bakr, on being elected Khalif or Successor, made use of it in the same way
as Muhammad himself. It was still a house in A.D. 655, when the Khalif Uthman
was murdered there in the room next to that in which the Prophet lay buried.
Caetani considers that the fundamental change took place when Ali transferred
the seat of government to Kufa in 657 and Medina sank back to the status of a
provincial town. It was then that the memories of the Prophet, with which it was
so intimately associated, raised it to the grade of sanctuary, as the place where
more than half of the Qur'an was revealed, the place which had been his home for
ten years, and finally his grave.[3]


Tiada perubahan yang berlaku pada rumah Nabi Muhammamad S.AW ketika
kewafatannya pada 8 Jun 632 Masihi .Dia telah dikebumikan di dalam bilik yang
didiaminya semasa hayatnya.Rumahnya belum lagi menjadi masjid dan
transformasinya kearah itu memkana masa agak lewat.Rumah Muhammad itu
nampaknya masih digunakan sebagai rumah pada zaman Khlaifah Abu Bakar
yang menggunakan is seperti apa yang telah diperlakuakan oleh Muhammad.Ia
masih sebuah rumah sewaktu Khlaifah Uthman dibunuh di Dalam kamar
bersebelahan makam Muhammad.Caetani mencadangkan bahwa perubahan
status rumah Muhhamad kepada status masjid mula berlaku apabila Ali
mengubah ibu kota negara Islam ke Kufa, dan Madinah menjadi sebagai wilayah
jajahan .Pada waktu inilah rumah Muhammad dianggap sebagai masjid kerana
ingatan penduduknya kepada Muhammad meningkatkan status rumah itu kepada
bangunan suci dimana ia menjadi tempat separuuh dari isi Al Quran diterima ,
sebagi rumahnya selama 10 tahun dan akhir sekali sebagai makamnya. .[3]

Kebanyakan para sejarawan menggunakan andaian ini untuk menghuraikan mengenai
senibina institusi masjid selepas kewafatan Rasullah S. A .W dan para sahabat.Titik
permulaan bagi senibina Islam seringkali hanya dilihat pada bermulanya pengaruh orang
Islam dalam membina bangunan berbentuk monumen agung seperti di Syria dibawah
pengaruh khalifah-khalifah Islam terkenal contohnya seperti Khalifah Al Walid.
Struktur pembinaan bagi gereja, kuil, dan juga rumah ibadat yang lain juga telah
mempengaruhi model rekabentuk pembinaan institusi ibadat dalam Islam.
Oleh kerana fahaman ini telah tersebar maka wujudlah sumber-sumber
keagamaan yang menginterpretasikan idea pembinaan institusi masjid ini diluar daripada
landasan Islam.Perkara ini telah menimbulkan pelbagai reaksi terhadap pembelajaran
As-Sunnah terutamanya dikalangan ahli sejarawan .Mereka berpendapat ia adalah suatu
perkara yang membazirkan masa kerana dimana pada tanggapan mereka, Rasullah
SA.W sendiri pun tidak mengendahkan mengenai perkembangan senibina ataupun beliau
terlalu daif untuk memahami konsep tersebut.Kita telah melihat tanggapan Creswell yang
telah melabelkan masyarakat Arab, termasuk Rasullah S.A.W sendiri sebagai tidak
bertamadun.
Namun begitu pada hakikatnya, terdapat banyak agenda politik yang
menyelubungi pembangunan institusi masjid tidak kira pada zaman lampau ataupun
kini.Rekabentuk institusi masjid secara besar-besaran sebenarnya adalah untuk
memainkan sentimen simbolik agar tiada sesiapa yang akan mengendahkan pembinaan
masjid secara sederhana.Creswell merekodkan lagi mengenai gabenor Ziyad Ibn Abihi
yang membina masjid besar dan mewah untuk mendapatkan pengaruh politik daripada
puak puak yang terdapat dalam daerah beliau seperti yang dinyatakan di bawah:

Ziyad, who was well acquainted with the turbulent spirit of the cities of Iraq,
thoroughly realized the political importance of the mosque, that dominating
position in which was concentrated at that time the political and social life of the
Arab Empire. At the same time he felt that the masjids of the tribes were a danger
to him, hence his anxiety to embellish and enlarge the Great Mosque, so that by
its splendor and proportions it would eclipse the tribal masjids and attract all to
it.[4]




Ziyadh, yang cukup berpengalaman dengan perkembangan bandar Iraq,
menyedari kepentingan politik dalam institusi Masjid , dimana ia menjadi
tumpuan bagi segala pergolakan politik dan sosio- budaya bagi seluruh jajahan
takluk Arab.Pada masa yang sama, beliau merasakan masjid yang dibina oleh
puak puak yang lain menjadi ancaman terhadap pemerintahannya, oleh itu untuk
menghadapi rasa tergugat ini maka timbul kesedaran untuk membina dan
membesarkan lagi masjid yang telah didirikan, agar menarik minat dari kaum
dan puak yang lain untuk bertumpu disatu kawasan sahaja. .[4]

Pada masa dahulu, masjid sebenarnya berfungsi sebagai media utama bagi
komunikasi.Menyedari hakikat ini, para pemimpin menggunakan taktik ini untuk
meneyebarkan pengaruh meereka.Oleh itu , lebih besar dan berdiri megahnya sesebuah
masjid itu maka lebih ramai jemaah akan mengunjunginya dan ini akan lebih
menambahkan ahli-ahli yang menyokong sesiapa sahaja yang berjaya menguasai masjid
tersebut. Secara kesimpulannya, disini kita dapat melihat pemasalahan yang sebenarnya
berlaku kerana kita terlalu alpa untuk menyedari dan mempelajari intipati sebenar
konteks struktur sejarah lampau.


Ideologi pembinaan masjid dari pandangan Al Hadis

Al Hadith mengandungi pelbagai rujukan mengenai kegunaan dan fungsi
pembinaan masjid semasa zaman Rasullah S.A.W. Baginda juga ada memberikan
beberapa teguran terhadap perkara yang berkaitan dengan pembinaan masjid.Ia meliputi
aspek aspek yang mengambil kira fungsi dan peranan Masjid al Haram di Mekah serta
masjid nabi sendiri di Medinah.
Teradapat beberapa rujukan tentang keadaan sosial kawasan persekitaran Kaabah
[15] ketika itu .Masjid tersebut digunakan sebagai tempat pertemuan bagi semua
golongan masyarakat dalam komuniti Arab. Ia juga merakamkan tentang pertukaran
diplomatik dan juga agenda politik yang berlaku berdekatan dengan Kaabah .Rasullah
S.A.W juga mengadakan pelbagai aktiviti berbentuk perbahasan, perbincangan dan
pendakwahan di masjid suci tersebut.Kesemua perkara yang dinyatakan ini menunjukkan
bahawa fahaman keagamaan ini bukan sahaja tertakluk kepada struktur ibadat malahan
mencakupi bidang ilmiah lain. Berkemungkinan besar, ramai para sejarawan akan
menyangkal dan bertelagah pendapat bahawa masyarakat Arab pada zaman tersebut tidak
tahu membezakan di antara dewan bandaran dan institusi keagamaan, ditokok tambah
lagi dengan tanggapan yang menyatakan bahawa komuniti Arab terlalu daif untuk
membezakan antara bangunan bercorak sekular dan untuk fungsi keagamaan.
Perbalahan tanggapan ini sebenarnya mewujudkan kecacatan serta menimbulkan
pandangan stereotaip pada setiap golongan masyarakat agar berpandu terus kepada
fahaman bercorak universal dan undang-undang politik sahaja.
Hakikinya, Masjid Nabi di Medinah juga digunakan untuk tujuan yang sama
sebagai pusat sosial, politik dan keagamaan. Terdapat Hadis yang mendalilkan fungsi
tersebut iaitu sebagai tempat perlindungan, institusi pendidikan, pusat kesihatan dan juga
penjara. Setiap upacara keramaian dan aktiviti rekreasi di adakan di kawasan masjid.
Selain itu, ia berupaya menjadi tempat untuk menjatuhkan hukuman dan menjalankan
hukum .
Rasullah S. A. W juga menegur para muslimah agar tidak membazir dalam
mendirikan dan membina monumen masjid sebagaimana yang terkandung dalam hadis
berikut:


'I was not commanded to build high mosques' [8]
'One of the portents of the Day of J udgment is that you will vie with one another
in building mosques.' [9]

Saya tidak diperintahkan untuk membina masjid yang besar dan bermegah[8]
Antara salah satu petanda hari Kiamat ialah terdapat di antara kamu yang
bertelagah antara satu sama lain hanya untuk mendirikan masjid[9]

Pembinaan institusi masjid yang disabdakan oleh Rasullah S.A.W ialah jangan
sekali-kali mendirikannya secara membazir tetapi mendirikan keseluruhan masjid
tersebut dalam keadaan kesederhanaaan.
Oleh itu , dari petikan hadis ini kita boleh memahami konsep sebenar pembinaan
masjid bukanlah hanya sebagai pendekatan untuk membina sebuah monumen yang gagah
mewah dan besar tetapi ia adalah sebagai pusat ibadat bercorak sederhana .Mencukupi
dengan hanya untuk memenuhi pelbagai fungsi yang berkaitan dengannya , iaitu sebagai
tempat para jemaah berinteraksi dan menjalankan segala tanggungjawab yang telah
diwajibkan serta untuk berbakti kearah perkembangan Islam sejagat. Dalam bahagian
berikutnya , kita akan mendalami setiap aktiviti yang dinyatakan diatas dimana yang
telah dianggap sebagai aktiviti sekular oleh sesetengah ahli sejarah , iaitu yang
tergolong dalam kategori pemujaan dan ibadah . J usteru itu , pada hakikatnya masjid
dalam Islam bukan sahaja sebagai tempat untuk beribadah bahkan untuk kegunaan
aktiviti lain dan ini amat berbeza dengan konsep rumah ibadat pada kepercayaan agama
lain.

Definisi penyembahan dan falsafah disebalik pembinaan masjid
Takrif penyembahan dalam frasa kata Inggeris membawa erti suatu perlakuan
yang berkaitan dengan konteks keagaaman dan adat- istiadat. Namun begitu ,dalam
Islam pemujaan ini bermaksud ibadat. Abul Ala Maudidi dan Abu Urwah menerangkan
bahawa frasa ibadat sebenaranya berasal dari perkataan abd atau abdi iaitu menyeru
agar umat Islam menjadi hamba kepada penciptanya iaitu Allah S.W .[10]Penganut Islam
yang sejati akan menurut segala perintah serta meninggalkan perkara terkutuk yang
dilarang olehnya.
"It is not righteousness that ye turn your faces to the East or the West, but it is
righteousness to believe in God and the Last Day and the Angels, and the Book,
and the Messengers; to spend of your substance out of love for Him, for your kin,
for orphans, for the needy, for the wayfarer, for those who ask, and for the ransom
of slaves; to be steadfast in prayer, and practice regular charity, to fulfill the
contracts which ye have made; and to be firm and patient, in pain or suffering and
adversity and throughout all periods of panic; such are the people of truth, the
God-fearing."[11]

Bukanlah menghadapkan wajahmu ke Timur dan Barat itu anatra kebaktian ,
akan tetapi sesungguhnya kebaktian itu ialah kebaktian orang-orang yang
beriman kepada Allah , hari kemudian, malaikat-mlaaikat , kitab-kitab, nabi-nabi
dan memberi harta yang dicintainya kepada kerabatnya, anak-anak yatim, orang-
orang miskin, orang-orang musafir, ( yang memerlukan pertolongan) dan orang-
orang yang meinta-minta, dan memerdekakan hamba sahaya , mendirikan solat
dan menunaikan zakat, dan orang orang yang menepati janjinya, apabila ia
berjanji, dan orang ornag yang bara dalam kesempitan, penderitaan dan dalam
peperangan, Mereka itulah orang-orang yang benar ( imannya) dan mereka
itulah orang-orang yang bertakwa. [11]

Selain daripada mendirikan solat , umat Islam juga mempunyai pelbagai obligasi
sosial yang dituntut dan harus dipatuhi. .Memenuhi segala tanggungjawab ibadah ini
untuk mewujudkan keadaan hidup yang lebih tenang, aman dan tenteram serta secara
konsisten menyembah , taat dan patuh kepada perintah Allah S.W dengan hanya
melakukan perkara yang baik dan meninggalkan segala larangannya . Umat Islam yang
sebenar tidak sekali-kali akan menghindar dan mengabaikan tanggungjawab dirinya
terhadap masyarakat sebagaimana yang terkandung dalam al-Hadis:
Narrated Ab Sa'id Al-Khudri: Somebody asked, "O Allah's Apostle! Who is the
best among the people?" Allah's Apostle replied, "A believer who strives his
utmost in Allah's Cause with his life and property." They asked, "Who is next?"
He replied, "A believer who stays in one of the mountain paths worshipping Allah
and leaving the people secure from his mischief."[12]


Diriwayatkan oleh Ab .Said Al- Khudri: Seorang sahabah bertanyakepada
Rasulullah , Siapakah orang yang terbaik dikalangan manusia?Nabi
menjawab, Seorang Muslim yang berushaa dan berjuang dengan nyawa dan
hartanya kejalan Allah .'Mereka bertanya ,Siapa yang lebih baik selepas itu? ,
baginda menjawab, Seorang Muslim yang tinggal dipergunungan yang
terpencil sambil menyembah Allah dan meninggalkan masyarakat agar mereka
tidak diganggu oleh kejahatannya, [12]


Oleh itu, jika kita memahami definisi dan konsep penyembahan ini, tidakkah
mungkin kita boleh melihat perbezaan peranan antara tanggungjawab masjid serta
fungsinya semasa zaman keagungan Rasullah S.A.W .Kita harus bersetuju dengan
pendapat yang menyatakan bahwa institusi masjid tidaklah tergolong untuk suatu aktiviti
ibadah sahaja , malahan sebagai pusat kemasyarakatan sosial.

Solat atau sembahyang serta implikasinya terhadap peranan masjid
Solat secara umumnya diterima sebagai alasan yang kukuh untuk membina masjid
agar terdapat ruang yang khas untuk mendirikan ibadat. Kebanyakan institusi masjid
didirikan untuk menyediakan tempat beribadah yang terbaik dan teratur. Dalam bahagian
yang berikutnya akan menerangkan tentang kesemua tanggapan terhadap rekabentuk
masjid yang berdasarkan kepada persepsi jiwa Islam. Sebenarnya pendekatan dan
peranan masjid ini bukanlah sebagai tempat beribadah atau untuk upacara adat
keagamaan sahaja tetapi rekabentuk masjid sebenarnya harus didirikan dan berfungsi
sebagai tempat meditasi tertinggi .Namun begitu ,kita harus mengetahui konsep
kegunaan dan implikasinya terhadap sembahyang berjemaah dan juga yang dilakukan
secara individu. Kebanyakan daripada kita sering menyatakan bahawa institusi masjid
hanya berfungsi sebagai tempat untuk menjalankan semua jenis ibadat secara
berkumpulan manakala mendirikan solat secara individu lebih bersesuaian jika dijalankan
di rumah secara peribadi.
Sebenarnya terdapat perbezaan antara mendirikan solat di rumah dan juga di
masjid secara berjemaah . J ika ditinjau dari pandangan Al-Hadith setiap solat adalah
lebih bermanafaat jika didirikan secara beramai-ramai di masjid dan ini terkandung
dalam Sahih Muslim:
Abu Huraira reported Allah's Messenger(peace be upon him) as saying: Prayer
said in a congregation is equivalent to twenty five (prayers) as compared with
prayer performed by a single person.
[13]

Menurut Abu Hurairah: Rasulllullah bersabda .Sembahyang fardu berjemaah
adalah 25 kali ganda lebih baik daripada sembahyang fardhu bersendirian. .
[13]


Ini menunjukkan bahawa pahala yang dikurniakan oleh Allah S W adalah lebih jika
umatnya tawaduq mendirikan ibadat tersebut di masjid secara berjemaah ,tetapi jika
seseorang muslim itu mendirikan solat secara bersendirian di masjid pahalanya tidak
akan berganda kecuali ia melakukan solat secara beramai-ramai. Pernyataan ini
dikecualikan jika umat Islam tersebut mendirikan solat di tiga buah masjid suci seperti
Masjidil Haram, Masjid Nabi di Medinah dan Masjid Al-Aqsa.[14]
Namun begitu, Rasullah S. A. W menggalakan juga umatnya untuk menjalankan
solat sunat tetapi ia boleh memadai jika dilakukan di rumah seperti yang termaktub dalam
Hadis berikut:
Ka'b b. Ujrah said: The Prophet(may peace be upon him) came to the mosque of
Ban Abd al-Ashhal. He prayed the Maghrib prayer there. When they finished the
prayer, he saw them praying the supererogatory (Sunat Rawatib) prayer after it.
He said: This is the prayer to be offered in the houses.[15]

Rasulullah telah berkunjung ke masjid bani Abd Al Ashl Baginda bersolat
Maghrib disana dan apabila baginda selesai sembhayang baginda melihat ramai
para jemaah menunaikan solat Rawatib .Baginda bersabda , Solat-solat itu
sepatutnya dibuat di rumah kalian. [15]


Ibn Umar reported Allah's Apostle (May peace be upon him) as saying: Observe
some of your prayers in your houses and do not make them graves.[16]



Ibn Umar meriwayatkan Rasullah pernah bersabda : Lakukanlah sembahyang
kamu dirumah dan jangan jadikan rumah kamu sebagai kubur [16]

Daripada pernyataan di atas kita boleh melihat tentang kepentingan mendirikan
masjid sebagai tempat meditasi tidak kira tempat dan kawasan untuk membinannya.
Namun begitu , solat sebenarnya di tuntut dalam Islam dan perlakuannya boleh
dijalankan dimana-mana sahaja walaupun di ruang bilik kecil, asalkan tempat tersebut
bersih dan suci dari kekotoran dan perkara haram yang dilarang Allah SW .
Pembinaan masjid ini digunakan bukan sahaja sebagai tempat ibadat tetapi adalah
untuk pusat ahli komuniti berinteraksi , berkomunikasi serta bertukar tukar pendapat
dan buah fikiran. Secara umumnya, fungsi masjid adalah tempat tumpuan bagi obligasi
sosial manakala rumah kediaman bersesuaian untuk ibadat secara peribadi .

Ringkasan terhadap senibina masjid di Malaysia
Semenjak kemasukan Islam ke Malaysia lebih kurang 7 abad yang lampau,
terrdapat pelbagai bahasa senibina yang diterapkan dalam institusi masjid.Tipologi awal
rekabentuk masjid ini di percayai mula dibina daripada kayu dan mempunyai karektor
bumbung piramid yang berlapis lapis dalam dua atau tiga tingkat serta mengunakan
bumbung tebar layar. Masjid Kampung Laut ( lebih kurang 300 tahun) dan Masjid
Kampung Tuan adalah dua contoh rekabentuk yang mengggunakan bumbung piramid
bertingkat ini dengan lantai yang ditinggikan serta di gabungkan dengan menara.
Kesemua institusi masjid ini berbentuk empat segi dari segi pelan rekabentuknya dan
mempunyai skala proporsi yang berkadaran dengan dimensi berbentuk kotak. Masjid
Langgar pula menunjukkan rekabentuk yang agak biasa seperti rumah kediaman dimana
ia menggunakan bumbung tebar layar. Setelah penggunaan batu bata di perkenalkan di
Asia Tenggara, penggunaan bumbung piramid bertingkat ini di adaptasikan sekali lagi
tetapi ia mula membina dinding dan lantai daripada batu-bata menggantikan elemen kayu
.Masjid Tengkera juga menonjolkan tipologi ini dengan membina bumbung bercorak
pagoda serta menggunakan elemen melengkung pada setiap sudut bumbung piramidnya.
Pada masa tersebut , skala pembinaan masjid dianggarkan boleh menampung kapasiti
berjumlah 500 orang dalam satu jemaah. Secara keseluruhannya setiap masjid yang
dinyatakan di atas mengimplikasikan pendekatan regionalisme yang mengambil kira
terhadap perubahan klimatik dari segi pembinaan bumbungnya yang dikhaskan untuk
sistem pengudaraan ,mendirikan lantai yang pada paras yang tinggi serta menonjolkan
penggunaan serambi. Namun begitu, menara hanya mula dibina semasa zaman
penggunaan bahan dari bata di perkenalkan.
Penjajahan pihak British di Tanah Melayu lebih kurang dua abad yang lamapu
telah membawa masuk pelbagai pengaruh asing .Ia bukan sahaja tertumpu dari segi
kebudayaan malahan juga meliputi elemen- elemen lain seperti bahasa senibina dari
Moghul dan Moorish dalam setiap penerapan rekabentuk bangunannya seperti masjid.
Masjid J amek di Kuala Lumpur adalah contoh yang terbaik melambangkan pendekatan
eklektik ini yang menggunakan kedua-dua bahasa senibina tersebut pada kekubahnya,
menara serta gerbang gerbang yang berbentuk ladam kuda yang ada ciri ciri kesamaan
dengan senibina dari Cordoba. Pihak British juga memperkenalkan sintak senibina
Klasik Barat pada rekabentuk Masjid Abu Bakar di J ohor. Sewaktu era kegemilangan
penjajahan British inilah, bermulanya zaman yang digelar pembinaan bangunan secara
besar-besaran dan penerapan elemen bercirikan kemegahan terutamanya pada senibina
institusi masjid . Walhal, sebelum ini masjid hanyalah didirikan secara persendirian dan
ia dibina dikawasan perkampungan agar memudahkan orang ramai menggunakannya .
Berkemungkinan besar dengan pertambahan populasi kependudukan yang agak
mendadak maka resolusi yang paling mudah dan simplistik ialah dengan membina
masjid yang lebih besar ruangnya agar dapat menampung para jemaah yang semakin
bertambah. Namun begitu , fenomena sebegini masih mengaburi ramai pemikiran pereka
masjid dan persoalan mengenai fungsi masjid yang sebenarnya sebagai sebuah pusat
pembangunan komuniti diabaikan. Mereka terlalu taksub dan ghairah serta ingin
berlumba-lumba dalam menonjolkan lambang kemegahan Islam. Pergerakan dunia
moden antarabangsa yang melanda Malaysia kemudiannya juga telah membawa kepada
penggunaan struktur dan mesin secara drastik kepada rekabentuk masjid. Perkara
sebegini boleh dilihat pada Masjid Negeri Sembilan serta kebanyakan rumah ibadah lain
di Pulau Pinang. .Era senibina Pos Moden pula telah mendedahkan mengenai bahasa
senibina dari negara negara timur tengah seperti Egypt, Iran serta Turki yang berbentuk
revival ekleltik. Masjid Wilayah dan Masjid Putra adalah simbol terkini yang
menggunakan konsep pembinaan yang sama dengan konsep tersebut iaitu menerapkan
nilai elemen senibina dari Timur Tengah yang hanya bercirikan kepada kemegahan dan
mementingkan bentuk monumen agung. Ciri-ciri inilah yang sering digunakan oleh para
pemerintah kita dalam menunjukkan rasa komited serta rasa kesyukuran mereka
terhadap fahaman Islam. Ideologi sebegini berkemungkinan juga akan lebih banyak
mempengaruhi rekabentuk senibina masjid bukan sahaja di Malaysia malahan juga
negara Islam lain bak kata pepatah bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan untuk
meniru konsep yang sama tanpa usul periksa.

Prinsip senibina organik Wright ; Satu pengajaran bagi rekabentuk senibina
masjid
Wright sering digelar sebagai pelajar alam semulajadi. Kaedah penyampaian
beliau yang mementingkan dan menghargai alam , serta merendah diri terhadapnya sering
mengingatkan kita kepada pencapaian beliau dalam perkembangan dunia senibina di
Amerika. Corak rekabentuknya yang bermotifkan kesederhanaan sering mempengaruhi
rekabnetuk bangunan yang berdasarkan kepada kelahiran alam semulajadi dengan
penggunaan bahan- bahan asli serta organisasi pelannya yang bersifat organik .Walaupun
beliau adalah seorang penganut Kristian sejati , namun begitu prinsip Unitarian yang
dipegang oleh beliau adalah lebih mirip kepada pendekatan tauhid dalam Islam
terutamanya dari segi rekabentuk senibinanya .Dalam bahagian ini, kita akan meyelidik
dna mengkaji empat hasil senibina beliau agar dapat dijadikan iktibar .
Pertama,mengenai penggunaan prinsip serta elemen rekabentuknya sebagai panduan
dalam merekabentuk institusi masjid serta kegunaanya bagi pembangunan senibina Islam
sejagat.
Kita juga akan meninjau Gereja Unitarian yang diilhamkan oleh Wright dimana
ia mengandungi beberapa elemen penting untuk digunakan sebagai panduan dalam
merekabentuk institusi masjid.. Semasa zaman kegemilangan Islam yang berjaya
melahirkan ramai pereka agung dalam pembinaan monumen masjid yang mewah dan
gagah adalah amat mengharukan jika melihat rumah ibadat lain dibina menggunakan
hanya skala yang kecil pada pandangan mata tetapi fungsi kegunaannya adalah sama iaitu
untuk menyerah diri kepada penciptanya .Dalam dua buah karya penulisan yang telah di
nyatakan pada peringkat awal, kita telah menerangkan bahawa hanya pembinaan masjid
yang kecil sahaja boleh menguatkan lagi hubungan antara penghuninya serta
mengeratkan lagi perhubungan persaudaraan sesama Islam . Namun begitu, masjid yang
bercorak monumen pula seperti yang dibina kini, hanyalah menonjolkan sifat
kebongkakkan dan agak menyendiri kedudukannya, dikelilingi pula oleh pagar yang
tinggi dan kukuh menjarakkanya ia dari keadaan sekeliling. J ika ditinjau pada rekabentuk
Gereja Unitarian oleh Wright ini pula penampilannya agak sederhana dari segi skala dan
proporsinya.Ia dikelilingi oleh tumbuh-tumbuhan serta keadaannya sebati dengan
persekitaran yang menghijau melambangkan ekspresi merendah diri serta lebih
tawaduqnya terhadap ciptaan Allah , ia tidak berdiri megah dan kelihatan seperti
monumen agung tetapi dari fasad dan rupanya hanyalah sebuah bangunan biasa yang
boleh berfungsi dengan baik . Setiap pereka masjid seharusnya mengadapatsikan konsep
sebegini agar tidak terdapat pertentangan antara pencipta dengan ciptaannya .Ini akan
lebih menyedarkan setiap insan di muka bumi ini agar lebih wujud perasaan saling
menghargai dan menghayati ciptaan Allah yang maha agung dan maha kaya .Dalam
surah Ar Rad:
And it is He Who spread out the earth, and set thereon mountains standing firm,
and rivers and fruit of every kind He made in pairs, two and two. He draweth the
night as a veil over the day. Behold, verily in these things there are Signs for those
who consider.

And in the earth are tracts neighbouring, and gardens of vines and fields sown
with corn, and palm trees, growing out of single roots or otherwise: watered with
the same water, yet some of them We make more excellent than others to eat.
Behold, verily in these things there are Signs for those who understand![17]
( Surah 13 Verse 3 and 4)
Dan dialah tuhan yang membentangkan bumi dan menjadikan gunung ganang
dan sungai-sungai padanya.Dan menjadikan padanya semua buah-buahan
berpasang-pasangan .Allah menutupkan malam kepada siang .Sesungguhnya
pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang
memikirkan.

Dan dibumi ini terdapat bagian bagian yang berdamping dan kebun-kebun
anggur , tanam-tanaman dan pohon kurma yang bercabang dan yang tidak
bercabang , disirami dnegan air yang sama .Kami melebihkan sebahgaian
tanaman itu atas sebahgaian yang lain tentang rasanya.Sesungguhnya pada yang
demikian teradpat tanda-tanda ( kebesaran Allah) bagi kaum yang berfikir.[17]


Bahagian yang berikutnya pula akan mengkaji mengenai kepentingan penggunaan
bahan secara asli . Kebanyakan daripada setiap rekabentuk masjid kini, menggunakan
batu marmar yang digilap serta dipenuhi dengan jubin yang berkilau-kilauan. Namun
begitu , menurut persepsi Wright adalah lebih mulia menggunakan bahan yang asli
seperti batu dan kayu tanpa memalsukannya. Tidak pernah terlintas dalam fikiran Wright
untuk mengaplikasikan plaster ataupun untuk mengecat dinding yang dibuat daripada
kayu sebaliknya berasa bangga jika menonjolkan keaslian elemen dan bahan tersebut
agar dihargai oleh semua yang melihatnya. Disini kita kita dapat mempelajari salah satu
prinsip Wright yang utama iaitu menjiwai prinsip organik untuk diterapkan dalam
merekabentuk institusi masjid .Pengunaan bahan -bahan secara asli dengan tanpa
memalsukannya akan lebih menyedarkan penghuninya mengenai asal usul kejadiannya
iaitu daripada tanah .Batu dan kayu telah wujud lama sebelum manusia dicipta dan
dilahirkan kedunia ini. Perhubungan simbiotik antara manusia dan alam inilah yang
boleh menyedarkan manusia agar sentiasa bersifat merendah diri .Namun begitu setelah
wujudnya alatan teknikal moden yang serba canggih telah mengalpakan manusia yang
mereka sebenarnya adalah khalifah Allah di muka bumi . Setiap insan yang dilahirkan
dibekalkan dengan tugas agar mentadbir alam ini dengan sempurna serta menjalankan
tanggungjawabnya sebagai hamba Allah di muka bumi ini dengan sebaik mungkin.
Menurut Wright, setiap bahan tersebut melambangkan kualiti yang tersendiri serta
berkekalan sepanjang zaman tak lekang dek panas dan tak lapuk dek hujan .J ika
kehidupan manusia hanya di kelilingi oleh batu bata yang telah diplaster dan dibaluti
dengan pengadang besi yang gagah dan megah berdiri kita hanya akan dikaburi dan
dilindungi oleh bayangan sendiri. Fenomena ini boleh menimbulkan rasa riak dan timbul
sifat ketakburan serta lupa untuk menghargai bahawa alam ini adalah ciptaan Allah SW
yang maha tinggi dan maha agung.
Wright juga menggemari penggunaan ekspresi mendatar pada setiap rekabentuk
beliau.Di dalam setiap penulisannya, beliau sering mengaitkan garisan mendatar sebagai
simbol kawasan prarie yang terbentang luas dari garis horizon .Garisan tersebut adalah
elemen yang mengingatkan kita kepada asal usul ciptaan alam serta bertindak sebagai
pengikat kepada rekabentuk bangunan agar sentiasa merendah diri , iaitu mendirikan
bangunan dalam keadaan berskala rendah dan separas dengan ketinggian skala manusia
agar lebih mudah dihayati dan dihargai sebagai sebuah tempat perlindungan yang selamat
.Kebanyakan daripada hasil rekabentuk masjid kini pula dibina sebaliknya.Ia hanyalah
berdiri menegak , vertikal dan megah tanpa menitikberatkan aspek tawaduq atau
merendah diri . Prinsip Wright jika dilihat adalah lebih mirip kepada ciri-ciri keislaman
dan merendah diri.Ia adalah kunci kepada hidup secara addin atau menyerah diri
sepenuhnya kepada Allah .
Wright tidak pernah mempertahankan revivalisme ataupun beliau mengutuk
eklektisme dalam apa jua bentuk sekalipun. Dari peringkat sekolah Prarie, sehinggalah ke
zaman Kubisme dan akhir sekali menempuh alam strukturlisme.Wright sentiasa
mempercayai tentang ideologi jiwa sezaman. Fahaman terhadap jiwa sezaman inilah
yang sering diadaptasikan oleh Wright dalam setiap rekabentuknya .Revivalisme bagi
Wright, hanyalah kaedah untuk memlasukan tentang keadaan sebenar dan menonjolkan
aspek kepentingan individu terhadap perkembangan dunia- sosio politik. Oleh itu Wright
menentang peggunaan tipologi model gereja yang sedia ada yang telah diamalkan sejak
zaman berzaman sebaliknya menerapkan elemen organik dalam kedua dua
rekabentuknya seperti Unity Temple dan juga Unitarian Church.Beliau mempercayai
bahaewa keagamaan adalah sesuatu yang membangun dan dipraktikkan secara dogma.
Penolakan idea inilah yang membawa Wright untuk merujuk kepada tipologi senibina
keagamaan. Wright telah menyimpulkan bahawa idea sebenar mempraktikkan
keagaamaan adalah secara hubungan yang bersendiri antara penyembah dengan
penciptanya tanpa ada sebarang perantaraan.Ini adalah pengajaran penting bagi
rekabentuk masjid kini kerana kebanyakan draipada rekaan terkini menonjolkan bahasa
senibina yang terlalu taksub dengan bahasa sintak merujuk kepada senibina timur tengah,
Afrika, dan Mediteranean dari segi kekubah, gerbang, menara, ruang laman terbuka dan
juga ornamentasi bagi mengekspresikan sesuatu yang berlainan sedangkan adalah lebih
mulia jika dibina secara sederhana.
Perletakan gereja Wright juga tidak menonjol dan melebihi daripada lanskap
sekeliling ia menghormati gunung ganang serta pemandangan di kawasan sekitarnya
yang sekali lagi melambangkan rasa rendah diri.Pembinaan yang sebegini rupa pasti akan
mengelirukan kewujudannya dengan konteks sekitaran iaitu apabila ia diekspresikan
seumpama didiami oleh golongan monarki yang mengawasi rakyat miskin disekitarnya ,
sedangkan pengertian senibina adalah suatu pengalaman yang harus dihayati dan
diharagai oleh setiap individu.
Rekabentuk ruang yang digunakan oleh Wright sering tidak bersimetri agar
mewujudkan kefahaman bahawa keagamaan bukanlah bersifat totalitarian tetapi pada
Allah semua manusia ciptaannya adalah sama tidak terdapat perbezaan dari segi
kekayaan, pangkat dan keturunan. Walaupun disisi masyarakat mereka adalah golongan
pemerintah, para ulamak dan sebagainya. Pada kurun yang lampau , pembinaan pusat
ibadah memang dibina secara bersimetri agar kelihatan kukuh dalam melambangkan
kehidupan secara feudal dimana hanya raja dan golongan bangsawan seperti paderi
memegang tampuk kekuasaan dalam pentadbiran kerana pada tanggapan mereka,
golongan tersebut lebih berpengetahuan dan ditugaskan untuk memelihara kemuliaan
kitab suci , tetapi prinsip sebegini tidak boleh dipegang lagi kerana secara demokrasinya
setiap insan berhak untuk menjalani kehidupan masing masing dan mempunyai hak untuk
bersuara serta menuntut ilmu .Disinilah timbulnya peranan demokrasi yang membawa
kepada pengagihan kuasa secara samarata dan liberal.Namun begitu jika dilihat pada
prinsip gereja yang digunakan oleh Wright dalam rekabentuknya ia lebih
menggambarkan ciri- ciri keislaman yang demokratik jika hendak dibandingkan dengan
rekabentuk senibina masjid di Malaysia kini.
Selain daripada Gereja Unitarian, , rumah Martin juga menunjukkan pengajaran
penting dalam integrasi rekabentuk ruang dengan elemen lanskap disekelilingnya. Beliau
tidak membina suatu ruang secara berkelompok sebaliknya mengagihkan kepada tiga
bahgaian yang dihubungkan dengan laluan koridor. Laluan tersebut memberi peluang
kepada penghuninya untuk merasai keindahan ruang dalaman rumah yang di kelilingi
oleh laman terbuka , ditumbuhi oleh pokok menghijau dan pemandangan indah.
Sebagaimana yang termaktub dalam Surah Ar Rad: konsep sebegini boleh diterapkan
dalam pembinaan rekabentuk masjid kerana ia mendekatkan jiwa seseorang itu untuk
menghargai dan memuji penciptanya selain dari menjadi salah satu kaedah untuk
menyejukkan bangunan dengan berkebolehan untuk menyerap pancaran cahaya matahari.
Wright amat prihatin terhadap senibina sustainable dimana ia boleh dilihat
dalam pemilihan bahan yang digunakan serta penggunaan strategi dalam menjimatkan
tenaga.Dalam rekabentuk rumah Friedman, Wright meletakkan separuh daripada rumah
tersebut dalam tanah agar terdapat penebatan haba secara semulajadi daripada sinaran
matahari serta mengorientasikan bangunan tersebut pada arah yang sesuai untuk
mendapatkan pancaran matahari semasa musim sejuk bagi memanaskan rumah tersebut.
Dalam negara tropikal seperti Malaysia amnya, adalah satu kemestian untuk
membina lebih banyak bukaan serta penggunaan elemen air dalam menyejukkan
pengudaraan dalam bangunan .Namun begitu banyak rekabentuk masjid kini
mengabaikan prinsip tersebut dan lebih menggemari pengudaran secara mekanikal
dengan memasang pendingin hawa untuk mendapatkan efek yang lebih moden dan
kemas seperti tipologi masjid di Timur Tengah. Namun begitu ia telah bercanggah
dengan etika prinsip Islam yang melarang keras pembaziran serta lebih menggalakan
umatnya untuk hidup sederhana agar lebih menghargai dan bersyukur dengan apa yang
dikecapi dan di berikan oleh Allah SW. Rasullah SAW sendiri juga melarang
pengikutnya untuk tidak mebazir ketika mengambil wuduk walaupun di sungai yang
mengalir.
Penggunaan elemen ornamentasi yang diintegrasikan oleh Wright juga adalah
salah satu elemen yang sering ditekankan oleh beliau dalam setiap rekabentuknya. Setiap
pernyataan yang diberikan di atas adalah releven dan sejajar dengan ciri -ciri Islam sejati
seperti yang terkandung di dalam penulisan Islam dimana sering menggunakan motif
tumbuh-tumbuhan dan corak geometri. Wright tidak pernah mmepertahankan
penggunaan revivalisme secara terus tetapi sebaliknya menggunakan corak ornamentsai
tradisional untuk membuat komposisi rekaan gubahan beliau sendiri. Pereka Islam
seharusnya mempelajari dan memahami kaedah terbaik agar setiap elemen dekorasi dan
ornamentasi yang digunakan lebih di buat untuk dihargai bukan untuk dipandang remeh
sahaja .Ia juga harus bersesuaian dengan konteks budaya tempatan.Dalam Unity Temple ,
Wright menonjolkan kepandaian beliau dalam mengintegrasikan ornamentasi pada fasad
luaran bangunan manakala bahagian dalaman pula digabungkan dengan elemen DeStijl
ataupun perspektif Kubisme sebagai sebahagian daripada siling, kelengkapan dan panel
dinding. Dalam kebanyakan rekabentuk Wright yang lain, beliau juga menggabungkan
pemanas rumah dengan kelengkapan perabot sebagai satu entiti yang sama agar tidak
janggal .Kesinambungan antara elemen kelengkapan, perabot, serta kemasan dan
ornamentasi inilah sebenarnya melambangkan pendekatan tauhid yang lebih mantap
dan jitu.
J usteru itu setelah kita mengkaji mengenai prinsip Wright ,ia sebenarnya adalah
sumber pengajaran dan ilmu yang boleh membantu setiap pereka Islam untuk lebih
prihatin dan mempertimbangkan aspek rekabentuk dalam mendiri dan membina institusi
masjid yang lebih bercorak keislaman.Rekabentuk masjid bukanlah hanya berfungsi
sebagai topeng indah berbentuk monumen dan bersimbolkan kekayaan tetapi harus
mementingkan keadaan persekitaran serta elemen ciptaan Allah dalam membina peribadi
umat Islam sejagat yang lebih khusyuk , tawaduq dan merendah diri .

Kritikan terhadap Masjid Putra dan Masjid Negara dari prinsip organik Wright
Dalam bahagian ini kita akan cuba membuat perbandingan serta mengkritik dua
buah rekabentuk masjid di Malaysia dari perspektif Wright serta melihat
keberkesanannya dalam menerapkan nilai dan budaya fahaman Islam dikalangan
penggunanya.
Setelah mengkaji dan mendalami bahasa senibina , secara terang-terangan kita
telah dapat melihat kelemahan yang tertera pada rekabentuk Masjid Putra. Pergantungan
ciri-ciri rekabentuknya yang terlalu ghairah dengan rekabentuk eklektisme dan
revivalisme dari budaya asing menunjukkan bahawa umat Islam di Malaysia kini dibaluti
dengan perasaan inferiority complex iaitu cuba mendapatkan perhatian dari masyarakat
luar dengan bersifat megah .Sedangkan di dalam Al Quran dan Assunnah Rasullullah
tidak pernah bermegah dengan menekankan penggunaan elemen yang bercorak
kepalsuan secara belebihan seperti kekubah yang besar , menara yang tinggi melangit dan
gerbang yang tersergam indah? Namun begitu jika dilihat pada rekabentuk tipologi
masjid awal di Nusantara elemen ini tidak pernah wujud dan bahan buatan yang
digunakan ialah daripada kayu .Penggunaan kekubah dan gerbang sebenarnya dalah
ideologi atau fahaman yang ketinggalan zaman akibat daripada pengenalan terhadap
pembinaan menggunakan batu bata dan struktur keluli. Pemasaalahan ini amat berbeza
sekali jika dilihat pada pembinaan Masjid Negara dimana rekabentuknya yang unik
melambangkan identitinya yang tersendiri.Ia tidak dilengkapi dengan kekubah yang
meniru bulat bulat dari senibina Timur Tengah sebaliknya dalah hasil rekabentuk yang
mensimbolkan identiti kemalaysiaan.Walaupun pada dasarnya bahasa senibina Timur
Tengah cuba untuk mewujudkan corak Pan Islam antarabangsa kita haruslah sedar
bahawa agama Islam tidak pernah mementingkan pembentukan imej yang berlebihan
tetapi lebih menekankan kepada 5 rukun Islam yang wajib.
Masjid Negara adalah contoh yang terbaik menggunakan pendekatan
regionalisme ( bahasa kedaerahan) terhadap cuaca , mengaplikasikan penggunaan
serambi dan verandah , lubang udara , kolam air ,ruang laluan yang luas serta proporsi
ketinggian yang menggalakan perolakan udara melalui struktur bangunan tersebut.
Sebaliknya Masjid Putra pula, mempunyai ruang laluan yang sempit , penggunaan bahan
bata yang berlebihan dan dipaksa bergantung kepada peredaran udara secara mekanikal
untuk penyejukkan yang membazirkan tenaga. Ini amat bercanggah dengan konsep
pembinaan Putrajaya yang inginkan taman kehijauan alam , dilengkapi dengan tasik yang
luas tetapi tidak berjaya diaplikasikan sepenuhnya.
Dari aspek komposisi pelan rekabentuk Masjid Negara pula ia berbentuk tidak
simetri seolah-olah mengalu-alukan setiap kedatangan para pelawat .Ini berlawanan
dengan pelan bagi Masjid Putra yang berbentuk simetri tepat melambangkan pembinaan
rekabentuk yang kaku dan keras tidak organik.Lokasi perletakkannya pula agak jauh dari
laluan masuk utama dan memerlukan kemudahan kenderaan untuk
mengunjunginya.Mungkin pada suatu hari nanti, ahli cendikiawan akan menulis tentang
keadaan kesesakan lalu lintas serta pencemaran udara yang dikeluarkan oleh asap
kenderaan pelawat yang membanjiri sekitaran Masjid Putra hanya untuk melihat
keindahan struktur pembinaannya.
Lokasi perletakan Masjid Negara pula terletak di tengah tengah bandaraya Kuala
Lumpur .Ia mempunyai laluan akses yang mudah dari pelbsgai penjuru arah seperti
berdekatan dengan stesen keretapi dan kebanyakan kemudahan pengangkutan asas yang
lain. Masjid Putra sebaliknya dikelilingi oleh pagar besi yang melambangkan
imperialisme dan seolah-olah tidak menggalakan orang untuk mengunjunginya manakala
Masjid Negara pula berdiri tanpa sebarang sekatan menonjolkan sifat kemesraan .
Elemen mendatar pada senibina Masjid Negara menunjukkan rasa rendah diri
tetapi ini berlainan dengan fasad luaran pada Masjid Putra yang mementingkan
penggunaan garis vertikal agar menunjukkan sifat megah dan gagah.
Daripada analisa yang dijalankan , Masjid Negara ternyata lebih menonjolkan
pendekatan regionalisme yang boleh menjadi sebagai asas kepada pembentukan ideologi
senibina Islam di Nusantara , ini bertentangan dengan pembinaan Masjid Putra yang
hanya bersifat palsu semata-mata dari segi penampilannya yang indah dengan dilengkapi
oleh ornamentasi mewah tetapi tidak bermakna dari segi bahasa dan pembentukan identiti
senibina.
Sebagai para arkitek yang prihatin terhadap rekabentuk institusi masjid , kita
seharusnya mengambil iktibar dari sejarah lampau agar dapat melahirkan pelbagai
rekabentuk yang bukan sahaja efisyen tetapi mampu untuk melambangkan identiti kita
sendiri.

Kesimpulan
Revivalisme yang simplistik dalam rekabentuk masjid boleh diinterpretasikan
dalam fahaman Islam sebagai suatu budaya yang merosot dan tidak kreatif, perasaan
dogma yang diselubungi oleh rasa kaku dan kejung, kelahiran sebuah rekabentuk yang
bersifat megah, gagah dan besar seringkali dipuji tetapi tidak berupaya untuk di
manafaatkan sepenuhnya .J usteru itu , sebagai pereka bentuk masjid, kita haruslah
mengkaji dan melihat sejarah lampau serta sering bertanyakan tentang arah tuju kita.
Seperti tokoh senibina moden lampau iaitu Frank Llyod Wright dan Le Corbusier ,
mereka sering menyedarkan masyarakat tentang setiap kebenaran yang terkandung dalam
senibina serta idea pembentukan asal- usul kehidupan manusia . Sudah tiba masanya bagi
kita untuk melupakan zaman kegemilangan yang digelar Sinans sebaliknya berpatah
balik untuk mencari kebenaran yang berlandaskan kepada Sunnah Nabi Muhammad
SAW serta mengambil intipati pengajaran beliau untuk diterapkan dalam pembangunan
sosio ekonomi dan konteks regional kerana ia boleh disintesiskan sebagai suatu perkara
yang amat berguna. Segala ilmu pengajaran yang terkandung boleh diadaptasi serta
diinterpretasikan dalam bentuk bahasa senibina tradisonal dan moden . Setiap usaha gigih
yang dilakukan ini pasti akan membuahkan hasil dan usaha itulah sebenarnya suatu tahap
pencapaian yang tertinggi dalam Islam .Inilah jihad sebenarnya.



Rujukan
[1]
K.A.C. Creswell, A Short Account of Muslim Architecture Beirut, Librairie du
Liban, 1958 p.1
[2] (1, p. 4)
[3] (1, pp. 5-6)
[4] (1, pp. 12-13)
[5] A. Guillaume, The Life Of Muhammad: A Translation Of Ibn Ishaq's Sirat Rasul
Oxford, Oxford University Press, 1982
[6] All hadiths taken from the following sources:
Muhammad Muhsin Khan, The Translation Of The Meanings Of Sahih Al-
Bukhari 9 vols. Beirut, Dar al-Arabia
Abdul Hamid Siddiqi, Sahih Muslim 4 vols. Lahore, Sh. Muhammad Ashraf,
1976 Ahmad Hasan, Sunan Abu Dawud 3 vols. New Delhi, Al-Madina
Publications (P) Limited, 1985
[7] (6)
[8] J ames Robson, Mishkat Al-Masabih Lahore, Pakistan: SH. Mohammad Ashraf,
1973, Vol. 1, page 148.
[9] (8)
[10] Abul A'la Maududi, Let Us Be Muslims edited by Kuram Murrad, Leceister, The
Islamic Foundation, 1992
Abu Urwah, Risalah Usrah: J ilid 1 Kuala Lumpur, Pustaka Salam, 1988
[11] (7, Sura 2 , Verse 177, pp.69-70)
[12] (18, Vol. 4, hadith no. 45, p. 37)
[13] Abdul Hamid Siddiqi, Sahih Muslim 4 vols. Lahore, Sh. Muhammad Ashraf,
1976, Vol. I, hadith no.1363, p. 315
[14] (28, Vol.2, hadith no. 3218, p.699 and hadith no.3209, p. 697)
[15] (21, Vol. I, hadith no. 1295, p. 342
1990, Vol. 2, p.9
[16] (28, Vol. I, hadith no. 1703, p. 376)
[17] Abdullah Yusof Ali, The Holy Qur'an: Translation And Commentary Maryland,
Amana Corporation, 1983, p.735


Bibliografi

Mohamad Tajuddin Mohamad Rasdi, The Mosque As A Community Development Center
(1998), J ohor: Universti Teknologi Malaysia

Mohamad Tajuddin Mohamad Rasdi, Peranan, Kurikulum dan Reka Bentuk Masjid
Sebagai Pusat Pembangunan Masyarakat (1999), J ohor:Universti Teknologi
Malaysia

Mohamad Tajuddin Mohamad Rasdi, The Architectural Heritage of the Malay World:
The Traditional Mosques (2000), J ohor: Universti Teknologi Malaysia

Mohamad Tajuddin Mohamad Rasdi, Seni Bina di Malaysia: Kritikan terhadap Seni Bina
Islam, Identiti Nasional dan Pendidikan, (1999) (compilation of writings from the
Dewan Budaya magazine) Sungai Buloh: Design Modulor

Blake, Peter Master Builder (1960) New York: W.W. Norton and Company

Blake, Peter Form Follows Fiasco (1974) Toronto: Little, Brown and Company

Curtis, William J .R. Modern Architecture Since 1900 (1982) New J ersey: Prentice
Hall, Incorporated (1982)

Hitchcock, H.R. Architecture: Nineteenth and Twentieth Centuries (1982) Middlesex:
Penguin Books Limited (1958) 4th Edition 1982

J encks, Charles The Language Of Post-Modern Architecture (1977) New York: Rizzoli
International Publications Inc. (1977) Reprint 1984

You might also like