You are on page 1of 10

1.

0 ELEMEN DAN PRINSIP ASAS LUKISAN


1.1 Kualiti Garisan

Kualiti garisan sangat penting dalam menghasilkan sesebuah


lukisan. Garisan dapat membentuk imej. Kualiti garisan memberi
kesan ilusi, penegasan kepada objek yang dilukis dan boleh
membentuk mod sesuatu karya. Unsur garisan amat penting dalam
karya lukisan yang merupakan kerja peringkat awal untuk
menghasilkan catan, arca, ataupun mural.

1.2 Perspektif Rajah 1.0 Garisan

Perspektif dalam bahasa latin disebut perspicere


bermaksud melihat terus, merupakan representasi visual
sesuatu objek atau imej yang dihasilkan di atas
permukaan rata dalam seni grafik seperti lukisan.
Perspektif merupakan asas kepada membentuk karya
yang sempurna. Perspektif boleh terdapat 1 titik lenyap,
2 titik lenyap, 3 titik lenyap dan perspektif pelbagai titik
lenyap dalam sesebuah karya. Perspektif adalah salah
satu lukisan berbentuk 3 dimensi. Berbeza dengan
lukisan 2 dimensi, lukisan 3D lebih mudah difahami. Di
Rajah 1.1 Gambar Perspektif
dalam lukisan persembahan senibina, lukisan perspektif
merupakan suatu kaedah kita melihat objek dalam bentuk 3 dimensi.

1.3 Kesan Pencahayaan

Karya akan lebih menarik sekiranya pengkarya dapat


memanfaatkan kesan cahaya pada karyanya. Ini dapat memberi
mood pada karya tersebut.

Rajah 1.2 Kesan Pencahayaan

1
1.4 Jalinan

Jalinan dibentuk melalui garisan dan kesan warna. Jalinan


boleh dibentuk melalui garisan silang, bintik, garisan bergoris
dan sebagainya. Selain itu, jalinan juga dapat membentuk
kedalaman intensiti ton.

Rajah 1.3 Jalinan pada klit pokok.


1.5 Ruang

Ruang dalam sesebuah lukisan perlu dibahagi dengan sempurna. Terdapat 3 jenis ruang, iaitu ruang
dalam, ruang cetek dan ruang datar. Jenis ruang yang diaplikasikan adalah bergantung kepada
susun atur objek yang akan dilukis.

1.6 Struktur

Struktur perlu ditentukan sebelum menghasilkan sesebuah lukisan. Struktur sesebuah lukisan harus
dibentuk dengan betul agar lorekan untuk membentuk imej menjadi lebih menarik. Lukisan terkini
banyak menggunakan struktur.

1.7 Bentuk

Kajian bentuk digabungkan antara perspektif, ton, jalinan dan struktur. Bentuk-bentuk asas seperti
bulat, segiempat, kon dan sebagainya.

1.8 Corak dan Reka Bentuk

Umumnya adalah menjurus kepada pengadunan pengkarya dalam


lukisannya, dominasi keseluruhannya.

Rajah 1.4 Corak pada kain.

2
2.0 KEPELBAGAIAN MEDIA
2.1 Pensel
Pensel merupakan media serba boleh dalam bidang lukisan. Ia digunakan untuk menghasilkan
pelbagai nilai di atas banyak permukaan. Pensel digolongkan mengikut nilai kekerasannya. Pensel 6H
(paling keras ) hingga H; kemudian HB; seterusnya B, 1B hingga 8B (paling lembut). Pensel lembut
seperti HB atau B adalah sesuai untuk lukisan biasa. Jika pensel HB atau B digunakan secara tajam,
ia akan menghasilkan garisan yang tajam dan jika ditekan garisan yang
terbentuk akan lebih tinggi nilai kepekatannya. Pensel HB atau pensel
yang lembut adalah lebih senang untuk dikawal berbanding pensel yang
keras. Garisan yang dihasilkan oleh pensel lembut boleh dicomotkan
dengan kaedah gosokan dengan tangan atau pemadam. Jika terlalu
banyak bahagian sesebuah lukisan itu dicomotkan, lukisan itu akan
kelihatan samar – samar
.
2.2 Pen Dakwat
Pen dakwat adalah salah satu alat melukis yang senang untuk digunakan.
Pen seperti Rapidograph, Rotring dan Faber Castle mempunyai mata pen
yang pelbagai saiz. Dakwat kalis air akan menghasilkan kesan warna
yang legap. Dakwat biasa adalah kurang legap jika digunakan dan akan
memberi beberapa nilai warna jika digunakan secara terkawal. Air boleh
dicampurkan kepada dakwat jika warna yang lebih terang diperlukan.

2.3 Pen Mata Bola


Pen mata bola sesuai digunakan untuk lakaran yang ringkas atau
contengan, tetapi sukar untuk menghasilkan lukisan yang pelbagai nilai
warna dengan menggunakan pen yang sama.

2.4 Pen Felt


Pen felt sesuai digunakan untuk lakaran atau contengan.

3
2.5 Arang
Arang merupakan bahan yang memberi kebebasan untuk
menghasilkan lukisan secara spontan. Arang yang pendek adalah lebih
senang digunakan. Comotan dengan tangan atau pemadam akan
menghasilkan pelbagai jalinan dalam lukisan menggunakan arang. Di
samping itu, kesilapan yang telah dilakukan pada lukisan senang untuk
diperbaiki kerana lukisan asal senang dipadamkan dengan
menggunakan kain. Hasil lukisan yang telah siap mestilah disemburkan
dengan bahan pemati dan seterusnya dilindungi dengan kertas tisu bagi
mengelakkan comotan

2.6 Krayon Lilin


Krayon lilin lembut tetapi sukar untuk dipadam setelah dilukis. Salah
satu ciri istimewa krayon lilin adalah gurisan boleh dibuat di atas lukisan
untuk menimbulkan kesan yang menarik.

2.7 Conte Krayon


Conte krayon mempunyai kekerasan yang berbeza. Cara menggunakan
conte krayon adalah sama seperti menggunakan arang.

2.8 Pastel
Pastel adalah lebih lembut daripada krayon lilin dan mempunyai banyak
warna.

2.9 Berus
Berus telah lama digunakan oleh pelukis – pelukis Cina dan Jepun
sebagai alatan melukis mereka. Lazimnya, berus yang besar boleh
menghasilkan garisan yang nipis jika dikawal dengan betul. Berus
yang kecil pula mampu menghasilkan garisan yang tebal daripada
garisan yang dihasilkan dengan mata pen yang lebar.

4
3.0 TEKNIK DALAM LUKISAN
3.1 Hatching

Melukis guna garisan selari.

3.2 Cross- Hatching

Melukis dengan siri garisan yang selari arah tetapi ditindan dengan siri lain
pada arah berlainan /berbagai arah.

3.3 Scraffitto
Teknik mengikis satu warna menggunakan objek keras seperti
pallete knife untuk mendedahkan warna di bawahnya. Teknik ini
sangat sesuai dengan penggunaan oil pastel yang mana
sesuatu lukisan akan dilukis dengan warna bertindan-tindan dan
berkeadaan lembab untuk dikikis dengan objek tajam.

3.4 Blending
Teknik ini akan menghasilkan lukisan yang mempunyai
perubahan ton dan warna yang lembut, bukan sapuan yang jelas
kelihatan. Teknik ini dihasilkan dengan menyatukan warna
dengan menggunakan jari atau kertas gulung.

3.5 Burnishing
Teknik ini adalah lanjutan daripada kaedah Blending. Tanda pensel
atau pastel ditekan ke dalam kertas dan menghasilkan kesan yang
pantul atau berkilat. Selalu diguna pada peringkat akhir. Pemadam
juga boleh digunakan.

3.6 Frottage
Teknik ini juga dikenali sebagai teknik gosokkan. Kertas diletakkan di
atas permukaan yang berjalinan sentuh yang rata dan digosokkan
dengan pensel untuk mendapatkan jalinan objek tersebut.

5
3.7 Blot Drawing
Teknik ini menggunakan tompokkan dakwat yang terjadi secara spontan.
Kemudian tompokan itu diolah menjadi sesuatu lukisan dengan
tambahan unsur garisan atau gubahan.

3.8 Scraperboard
Papan putih yang disapu dengan dakwat hitam yang membolehkan papan itu dikikis dengan alatan
tajam.

3.9 Vignetting
Teknik ini sering digunakan dalam melukis potret menggunakan pastel. Ia membawa maksud
gambar atau motif yang tidak mempunyai sempadan dan tidak mempunyai latar. Warna kertas
sendiri jadi latar atau support.

6
4.0 TOKOH TERKENAL DALAM BIDANG LUKISAN
4.1 Leonardo da Vinci (1452 - 1519)

Mona Lisa atau La Gioconda (1503)


Leonardo da Vinci merupakan seorang arkitek, pemuzik, penulis, pengukir, dan pelukis
Itali. Beliau telah digambarkan sebagai tokoh (archetype) kepada “lelaki Renaissanse”
dan sejagatnya sebagai pintar. Leonardo termashyur kerana lukisannya yang
mengagumkan, seperti The Last Supper dan Mona Lisa. Beliau juga dikenali kerana
ciptaan yang dibuat menjangka teknologi moden tetapi tidak pernah diterbitkan semasa
hidupnya. Tambahan lagi, beliau banyak membantu memajukan pengajian
mengenai anatomi, astronomi, dan kejuruteraan awam.
Lukisan Leonardo da Vinci yang berjudul "Mona Lisa" adalah sebuah lukisan yang
telah menjadi ikon seni di dunia dan didaftarkan dalam Guinnes Book of Records sebagai
lukisan yang mempunyai nilai yang tertinggi.

4.2 Rembrandt Harmenszoon van Rijn (1606 – 1669)

The Night Watch atau The Militia Company of


Captain Frans Banning Cocq (1642)

7
Rembrandt Harmenszoon van Rijn seorang pelukis Belanda yang merupakan salah satu
pelukis ternama dalam sejarah seni Eropah. Rembrandt dikenali atas kebolehan beliau
mengolah dedahan cahaya terhadap objek sehingga memberikan kesan tertentu di dalam
lukisan. Beliau sering juga membuat karya-karya grafik dan gambar. Sumbangannya
yang terbesar terhadap seni reka terjadi pada era keemasan Belanda (sekitar abad ke-
17).
Secara keseluruhannya, Rembrandt telah menghasilkan 600 lukisan, 300 ukiran dan
2000 gambar. Kebanyakan daripada karya-karya ini merupakan potret diri yang
memberikan gambaran sangat jelas mengenai Rembrandt yang sebenarnya, baik dari
segi emosi mahupun penampilan, Teknik yang dipakai kebanyakan adalah chiaroscuro,
yang memberikan kontras yang cukup jelas antara bayangan dan pantulan cahaya
dengan gradasi yang halus, sekaligus memberikan kesan dramatik kepada pemerhati.

4.3 Joseph Mallord William Turner (1775 – 1851)

The Fighting Temeraire (1839)


Joseph Mallord William Turner (Royal Academicians) adalah seorang pelukis landskap British
Romantik dan merupakan ahli warisan air Renaissance. Turner dianggap sebagai tokoh yang
kontroversial pada zamannya, tetapi kini dianggap sebagai dianggap sebagai seniman yang
terkenal dengan lukisan pemandangan dalam kemunculan lukisan sejarah. Beliau terkenal
dengan pencahayaan ekspresifnya, landskap imaginatif dan bergolak, sering lukisan marin
ganas. Dia meninggalkan lebih daripada 2,000 lukisan dan 19,000 lukisan dan sketsa.
Walaupun beliau terkenal dengan lukisan minyak, Turner juga merupakan salah satu guru
lukisan landskap lukisan air terkenal di Britain. Beliau dikenali sebagai "pelukis cahaya" dan
karya-karyanya dianggap sebagai pengenalan kepada Impresionisme Romantis.

8
4.4 Pablo Ruiz Picasso (1881 – 1973)

Geurnica (1937)

Pablo Ruiz y Picasso ialah seorang pelukis dan pengarca Sepanyol yang merupakan salah
satu tokoh seni abad ke-20 yang paling terkenal, khususnya sebagai pengasas kubisme,
bersama-sama dengan Georges Braque.

Karya-karya Picasso sering dikategorikan mengikut "tempoh". Sedangkan nama bagi


tempoh-tempoh yang kemudian sentiasa dipertikaikan, tempoh-tempoh karyanya yang paling
biasa diterima adalah seperti Tempoh Biru (1901–1904), Tempoh Ros (1905–1907), Tempoh
dipengaruhi Afrika (1908–1909), Kubisme Analisis (1909–1912), dan Kubisme Sintetik (1912–
1919)

4.5 Tay Hooi Keat (1910 – 1989)

Fishermen Village (1956)


Beliau lahir di Nibong Tebal, Pulau Pinang pada tahun 1910. Beliau menerima pendidikan seni
secara formal di Camberwell School of Art, England, Intermedia Art and Caft, London dan
Graphic School of Art, London. Beliau telah menubuhkan Maljis Pendidik-pendidik Seni Pulai
Pinang dan menjadi pengerusi yang pertama. Beliau digelar “Lau Hor” kerana kesungguhan
serta kegigihan beliau melaksanakan perubahan dalam pendidikan seni.
9
4.6 Abdullah Ariff (1904 – 1962)

Bumi Yang Bahagia Lombong Bijih Timah Malaya


(1940)
Beliau lahir di Pulau Pinang pada tahun 1904. Seorang seniman dan merupakan guru seni di
Anglo-Chinese School, Penang. Beliau diiktiraf sebagai pelopor seni lukis cat air di Malaysia.
Karya-karya beliau lebih “Eropah” dalam pandangan dan pendekatan, dan lukisan itu
tampaknya lebih detail. Abdullah Ariff meninggal dunia pada tahun 1962, meninggalkan
warisan cat air yang sangat baik.

10

You might also like