You are on page 1of 12

PISMP SEMESTER 1/ JUN 2014

EDU 3021 FALSAFAH


PENDIDIKAN DI MALAYSIA
Tajuk : Program Permata Pintar
Nama Pensyarah: Puan Habsah binti Yusof
Disediakan Oleh : Wong Chia Yi
Sakila
Loo Kiu Boon
Apa itu Program Permata Pintar ?
Program Permata Pintar merupakan program khas
yang pertama di Malaysia untuk sekumpulan pelajar
yang menunjukkan potensi intelek yang tinggi atau
dikategorikan sebagai pelajar pintar cerdas
akademik.
Program Permata Pintar Negara telah dinaungi oleh Yang
Amat Berbahagia Datin Paduka Seri Rosmah Mansor,
isteri Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Mohd Najib bin
Tun Abd Razak.
Program ini dijalankan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia
(UKM).
Objektif program ini ialah untuk mengenalpasti pelajar
pintar, cerdas dan berbakat seawal mungkin supaya potensi
dan kebolehan mereka dapat dibangunkan secara optimum.
Tujuan Penubuhan Program Permata Pintar
Menyediakan program pendidikan holistik dan suasana
pembelajaran kondusif.
Menyediakan dan melaksanakan kurikulum pembelajaran yang
sesuai dengan keperluan pembelajaran pelajar pintar cerdas .
Menyediakan pengalaman awal bagi pelajar pintar cerdas untuk
belajar di institusi pengajian tinggi.
Mengumpulkan pelajar Malaysia yang berpotensi intelek tinggi
untuk diberi peluang kepada mereka mendapatkan pengalaman
awal dalam projek penyelidikan bagi membangunkan potensi
minda kreatif dan berinovasi dalam kalangan pelajar berkenaan.
Objektif Pendidikan Program Permata Pintar
Untuk melahirkan pelajar yang :
A) Berkemampuan, berkemahiran serta berdaya saing untuk
mencapai kecemerlangan dalam akademik di peringkat
kebangsaan dan antarabangsa.
B) Mempunyai daya kreativiti yang tinggi dalam menjana
penyelesaian kepada masalah.
C) Sihat fizikal dan minda, berfikiran positif dan mempamerkan
kesedaran kendiri yang matang dan bijaksana.
D) Mempunyai daya kepimpinan yang cemerlang dan terpuji,
bertanggungjawab dan mengambil kira prinsip-prinsip nilai
baik dan beretika.
E) Menguasai kemahiran bahasa dan komunikasi yang mantap.
Program Yang Dijalankan
A) Program Perkhemahan Cuti Sekolah di UKM - Pelajar berumur
antara 9 hingga 15 tahun yang berjaya dalam ujian saringan
B) Akademi Permata Pintar UKM iaitu sekolah khas pintar cerdas -
untuk pelajar tingkatan 3.
- Mereka akan diberikan ujian saringan tambahan yang
menekankan kepada aspek Sains dan Matematik. Mereka yang
berjaya akan seterusnya ditawarkan ke Sekolah PERMATA Pintar
untuk tempoh dua tahun.
c) Program ASASI pintar merupakan program tambahan yang boleh
diikuti oleh pelajar pintar jika ingin meneruskan pengajian
mereka di Universiti Kebangsaan Malaysia.
Syarat Kemasukan :
A)Pelajar yang berumur 9 15 tahun.
B)Berjaya melepasi Ujian PERMATA Pintar
UKM 1 dan Ujian PERMATA Pintar UKM 2
Bidang Kursus :
Bidang kursus yang ditawarkan di Program PERMATA Pintar adalah seperti
berikut:
1) Menjadi Saintis
Kursus ini membina kemahiran pelajar untuk melakukan penyiasatan saintifik
dalam beberapa bidang seperti botani, zoologi, genetik, fizik, kejuruteraan, kaji
cuaca dan kimia.
2) Penakulan Mantik
Kursus ini melatih pelajar melakukan pembuktian secara induktif dan deduktif serta
mempelajari analogi, paradoks, sistem aksiom, corak nombor seperti nombor
Fibonacci, infiniti, pemikiran luar kotak dan pelbagai tajuk lain yang berkaitan
3) Penulisan dan Imiginasi
Kursus ini akan melatih pelajar membaca, menulis, dan membincangkan pelbagai
genre dari sajak dan cerpen, karangan dan artikel.
4) Mengarang Penulisan
Pelbagai bentuk penulisan dapat dipelajari oleh para pelajar. Antara
bentuk-bentuk penulisan yang diajar di sepanjang kursus ini adalah
penulisan deskriptif, penulisan naratif (fiksyen dan bukan fiksyen),
argumentasi dan beberapa aspek penting dalam penulisan.

5) Pengenalan Kepada Robotik
Kursus ini membantu pelajar memahami dan mengaplikasikan pelbagai
topik yang merangkumi bidang robotik, sains komputer dan kejuruteraan.

6) Kriptologi
Kursus ini membincangkan tajuk-tajuk seperti: Mono Alphabetic
Substitutions, Viginere Cipher, One Time Pad Ciphe, Play Fair Cipher,
ADFGVX Cipher, Affine Encryption, Matrix Encryption, Enigma,
Binary Code, Diffie-Helman Key, dan RSA Key.

7) Bioteknologi
Dalam kursus ini pelajar meneroka konsep asas genetik termasuklah
mitosis, meiosis dan perwarisan Mendel. Pelajar akan mempelajari
struktur dan fungsi DNA, RNA, sumber-sumber mutasi dan
bioteknologi genetik.

8) Biologi Pecutan
Kursus Biologi Pecutan direka bentuk untuk memperkenalkan pelajar
dengan kaedah dan peralatan yang digunakan dalam penyelidikan
biologi.

9) Rekacipta
Kursus ini melatih pelajar menjadi seorang pereka cipta di mana
mereka akan mempelajari sejarah pereka cipta seperti Leonardo da
Vinci, Thomas Edison dan Virginia Apgar.
10) Kristal & Polimer
Dalam kursus ini pelajar akan dipandu untuk melakukan penerokaan ke atas kristal,
polimer dan biopolimer.

11) Sains Penerbangan
Dalam kursus ini, pelajar belajar mengenai penerbangan belon, burung, kapal
terbang, helikopter dan roket

12) Kebarangkalian & Teori Permainan
Dalam kursus ini pelajar akan belajar mengenai strategi tulen, dominance,
oddments dan strategi bercampur. Pelajar juga akan diperkenalkan kepada
permainan pokok, Nash equilibria dan penyelesaian tidak koperatif.

13) Teknologi Hijau
Kursus ini memperkenalkan pelajar kepada tenaga hijau, reka bentuk hijau dan
tenaga bahan api masa hadapan.

You might also like