You are on page 1of 2

Latar belakang

Nama : Bangunan Sultan Abdul Samad


Alamat : Jalan Raja Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
No.Lot : Tiada
Hakmilik Bangunan
/Tanah : Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan /
                                      Kerajaan Persekutuan
Tahun dibina : 1894
Status : Warisan Kebangsaan

Latar Belakang Sejarah :

Bangunan Sultan Abdul Samad ini siap dibina pada tahun 1897. Pembinaan bangunan ini

adalah kemuncak pembangunan yang didirikan di Kuala Lumpur pada akhir abad ke-19

malah berupa kejayaan program Bangunan Tersergam ( Massive Building Program ), di

bawah pengendalian Maxweel Spooner sebagai perancang dan arkitek Bangunan

Kerajaan di Kuala Lumpur ketika itu. Kos binaan setelah siap april 1897 berjumlah $152

824, memakan masa pembinaan selama 2 tahun 7 bulan selepas perletakan batu asas

yang dilakukan oleh H.E. Sir Charles B.H. Mitchell K.C.M.G ( Gabenor Negeri-Negeri

Selat ) pada 6 Oktober 1894. Antara factor menarik disebalik sejarah pembinaan

Bangunan Awam Kerajaan yang pertama di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri-Negeri

Melayu Bersekutu ini melibatkan penubuhan sebuah kilang bertempat di Brickfield bagi

membekalkan bahan binaan seperti 4 juta batu bata, 2 500 tong simen, 18 000 pikul

kapur, 5 000 lb tembaga, 50 tan besi keluli dan 30 000 kaki padu kayu.
Tujuan pembinaan awal adalah sebagai Bangunan Kerajaan Baru untuk menempatkan

semua Jabatan Pentadbiran Negeri-Negeri Melayu dibawah satu Bangunan Pentadbiran

berpusat; menempatkan Sekretariat Kerajaan; bilik mesyuarat Majlis Negeri ( Council

Chamber ); Pejabat Pos; Lembaga Kebersihan ( Sanitary Board ); Pejabat Kehakiman

( Judicial Commisioner ); Public Works Development ( PWD); Audit dan

Perbendaharaan; Pejabat Tanah; Jabatan Galian dan Pejabat Daerah Jabatan Kerja Raya

( P.W.D. District Office).

Bangunan ini pernah menempatkan beberapa buah Kementerian dan Jabatan Kerajaan

Persekutuan dan Jabatan Kerajaan Negeri Selangor. Seterusnya, bangunan ini telah

menempatkan Mahkamah Persekutuan Malaysia dan sebahagian daripadanya

menempatkan Mahkamah Tinggi Malaya dan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Antara pegawai-pegawai yang bertanggungjawab terdiri dari Arthur Charles Alfred

Norman selaku Arkitek Kerajaan, Charles Edwin Spooner selaku Jurutera Negeri dan

Pengarah PWD, R.A.J. Bidwell dan A.B. Hubback yang menyediakan pelan dan lukisan

sehingga membolehkan Bangunan ini dirasmikan oleh Sir Frank Swettenham K.C.M.G

( Residen Jeneral ) pada 4 April 1897.

You might also like