You are on page 1of 3

Intro

Pada tanggal 31 Ogos 1957, LAUNGAN merdeka telah berkumandang di Dataran Merdeka
menjadi nostalgia paling manis terus terpahat dalam lipatan sejarah negara.

Di sini juga menempatkan binaan bersejarah iaitu Bangunan Sultan Abdul Samad di Jalan
Raja. Sehingga hari ini kebanyakan orang menjadikan Dataran Merdeka dan Bangunan
Sultan Abdul Samad sebagai destinasi wajib kunjung apabila mereka bertandang ke Kuala
Lumpur.

Jadi apakah itu bangunan sultan abdul samad???

Bangunan Sultan Abdul Samad merupakan salah satu bangunan bersejarah di Malaysia. Ia
terletak di hadapan Dataran Merdeka. Bangunan ini juga merupakan mercu tanda bagi bandar
raya Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia. Bangunan ini mengambil nama Sultan Abdul
Samad, sempena nama Sultan Selangor pada masa ia mula dibina 1894.

Adakah anda tahu bagaimana dan kenapa bangunan ini dinamakan sebagai Bangunan Sultan
Abdul Samad???

Pada peringkat awal, nama bangunan ini hanya dikenali sebagai Pejabat Baru Kerajaan (New
Government Offices). Apabila Persekutuan Tanah Melayu dibentuk pada 1948, bangunan ini
dinamakan Sekretariat Persekutuan (Federal Secretariat). Tahun 1974, semua pejabat
Kerajaan Negeri Selangor dipindahkan ke Shah Alam. Pejabat kerajaan persekutuan Malaysia
dipindahkan ke Jalan Duta, Damansara. Oleh itu nama bangunan ini ditukar kepada
Bangunan Sultan Abdul Samad sempena nama Sultan Selangor yang memerintah dari 1857 -
1898. Nama ini kekal hingga sekarang.

Berhenti sekejap….selilingang video

Setelah siap sepenuhnya , bangunan ini di rasmikan oleh Residen Jeneral negeri Selangor, Sir
Frank Swettenham K.C.M.G.

Pada awalnya tujuan asal bangunan ini dibina adalah kerana pentadbiran British di Selangor
memerlukan Ibu Pejabat baru bagi mentadbir negeri. Sebelum ini ibu negeri Selangor terletak
di Klang dan agak jauh dari kawasan yang maju di Kuala Lumpur. Residen Jeneral British di
Selangor pada waktu itu ialah Sir Frank Swettenham. Sultan Abdul Samad memerintah
negeri Selangor dari 1857 hingga 1898 setuju Kuala Lumpur dijadikan ibu negeri Selangor.
Antara pejabat yang akan ditempatkan di sini ialah Sekretariat Kerajaan (G.S.O); bilik
mesyuarat Majlis Negeri (Council Chamber); Pejabat Pos; Lembaga Kebersihan (Sanitary
Board); Pejabat Kehakiman (Judicial Commissioner); Public Works Department (PWD);
Audit dan Perbendaharaan; Pejabat Tanah; Jabatan Galian dan Pejabat Daerah Jabatan Kerja
Raya (P.W.D. District Office).

Fungsi bangunan ini sebenarnya telah ditukar beberapa kali. Sebagai contoh, Bangunan ini
pernah dijadikan Mahkamah Agung di bawah Kementerian Kehakiman. Oleh itu disediakan
tempat letak kereta untuk hakim - hakim dan pegawai–pegawai mahkamah.
Beralih kepada seni reka bentuk pula, Bangunan Sultan Abdul Samad mempunyai seni reka
bentuk yang sangat menarik dan unik yang membolehkan ia menjadi salah satu bangunan
bersejarah di malaysia. Bangunan dua tingkat ini mempunyai ketinggian 17.5 meter dengan
menara jam setinggi 41.5 meter dan meliputi kawasan seluas 10,200 meter persegi. Reka
bentuk dan binaannya berbentuk “Soracenic’ berasaskan seni bina Moghul dan Moor.
Tingkap dan pintunya berbentuk melengkung seperti masjid-masjid di Cardova dan Mesir.
Ciri-ciri utama bangunan ini adalah ketiga-tiga kubahnya, menara jam besar dan arked serta
lengkungannya yang luas. Menara Jam ini dijaga dan dibaiki dari semasa ke semasa kerana
menjadi waktu standard di seluruh Malaysia. Menara Jam ini menyerupai Big Ben yang
terdapat di kota London. Gerbang yang terdapat di bangunan ini adalah berbentuk ladam
yang tajam dengan jarak antara dua tiang yang berbeza-beza. Ianya diperbuat daripada batu-
bata yang dicat hitam. Menara jam besar yang terletak di tengah-tengah diimbangi oleh dua
menara kecil di sudut bangunan. Tangga pilin di menara kecil menghala ke arah menara
seolah-olah melambangkan keagungan bangunan ini.

Hari ini, bangunan sultan abdul samad masih lagi berdiri megah walaupon usia bangunan ini
telah mencecah lebih dari 1 abad. Oleh itu, bangunan indah ini telah menjadi saksi kepada
beberapa peristiwa penting yang berlaku di negara ini.

Pauseeeeeeeee*

Di sinilah tempat di mana bendera Union Jack diturunkan pada 31 Ogos 1957 dan


bendera Jalur Gemilang dikibarkan. Peristiwa ini menunjukkan berlalulah satu era dijajah
kepada era masyarakat yang merdeka.

Pada setiap tahun, Bangunan ini akan menjadi tempat Perarakan Kemerdekaan setiap 31
Ogos dan sambutan malam Tahun Baru setiap 1 Januari.

Selain itu, perlumbaan basikal Le Tour de Langkawi juga pernah menjadikan bangunan
sultan abdul samad sebagai garis penamat perlumbaan.

Disamping itu, Beberapa filem tempatan dan luar negara juga pernah mengadakan
penggambaran di sini. Salah satunya adalah filem supercop yang di bintangi oleh Jackie chan
dan pelakon tanh air kita iaitu tan sri michelle yeoh.

Video scene super cop*

Semenjak bangunan ini menjadi bangunan bersejarah, terdapat pelbagai kerosakan yang telah
berlaku disebabkan oleh beberapa faktor seperti perubahan cuaca dan bencana alam

oleh itu, Bagi memastikan bangunan ini sentiasa tersergam indah, pelbagai usaha
pemuliharaan yang dilakukan pada Bangunan Sultan Abdul Samad……………

Antara pemuliharaan yang dilakukan adalah dengan menggunakan bahan binaan yang sama
iaitu seperti batu bata tradisional bagi membaik pulih semula Bangunan Sultan Abdul Samad.
Seterusnya, pada bahagian dinding bangunan yang telah retak atau pecah juga telah dibaik
pulih dengan menggunakan kaedah mockup iaitu memasukkan dan menampalkan batu pada
bahagian yang kosong atau pecah.
Disamping itu , Usaha Pemuliharaan yang berlaku pada kubah pula, adalah dengan
menukarkan kubah kayu kepada kubah tembaga bagi mengelakkan pereputan atau dirosakkan
oleh serangga perosak. Secara tidak langsung, ia dapat memanjangkan jangka hayat struktur
kubah Bangunan Sultan Abdul Samad.

………………………………………………………………………………………………….

Sebelum mengakhiri dokumentari ini, kumpulan kami ingin menunjukkan ilustrasi


bangunan sultan abdul samad yang dihasilkan oleh kumpulan kami. Ilustrasi ini
dihasilkan dengan berpandukan kepada gambar bangunan sultan abd samad yang
terdapat di internet. Penghasilan ilustrasi ini mengambil masa 2-3 hari untuk
disiapkan. Ilustrasi ini dihasilkan mengunakan perisan computer yang dinamakan
sebagai Adobe Photoshop.

……..rehat…….

Bangunan Sultan Abdul Samad merupakan salah satu bangunan bersejarah di Malaysia. Ia
merupakan warisan peninggalan nenek moyang kita yang terdahulu. Bangunan ini
mempunyai keistimewaan dan keunikan yang perlu kita kagumi. Oleh itu, kita sebagai rakyat
Malaysia perlu memastikan kelestarian bangunan ini sentiasa terjaga dengan rapi supaya
generasi akan datang dapat melihat serta mengambil iktibar daripada sejarah serta peristiwa
penting yang berlaku pada bangunan ini.

Bunga layu di dalam taman,

Bunga ditanam di kawasan gurun

Warisan negara jangan kita lupakan

Menjadi kebanggaan turun temurun

Jalan keluar frame*

--------------------------------------tamat---------------------------------------------------------------

You might also like