You are on page 1of 22

980123095166

1.0 PENGENALAN
Rasional kajian ini adalah untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang
kelebihan perniagaan dalam talian yang dijalankan oleh golongan wanita di Taman
Jali, Kangar Perlis dengan menggunakan teknologi yang semakin canggih pada zaman
sekarang. Oleh itu, satu kajian telah dijalankan bagi mengenal pasti faktor golongan
wanita menjalankan perniagaan dalam talian untuk menambah pendapatan dan
mengkaji faedah perniagaan oleh golongan wanita di Taman Jali, Kangar Perlis.
Menurut Wikipedia, perniagaan adalah sebuah bentuk organisasi yang sah untuk
menyediakan barangan atau perkhidmatan atau kedua-duanya kepada pelanggan,
perniagaan dan entiti kerajaan. Perniagaan adalah ekonomi kapitalis yang utama.
Kebanyakkan perniagaan adalah milik persendirian. Satu perniagaan lazimnya
dibentuk untuk mencari keuntungan yang akan menambah kekayaan pemiliknya dan
membesarkan perniagaan tersebut dengan sendirinya. Pemilik dan pengendali suatu
perniagaan mempunyai satu daripada objektif utama iaitu penerimaan atau penjanaan
satu pengembalian kewangan di dalam pertukaran bagi kerja dan penerima risiko.
Pengecualian penting termasuklah perusahaan kerjasama dan perusahaan milik
negara.
Perniagaan internet pula merupakan perniagaan yang dilakukan secara dalam
talian atau online yang mana ia menggunakan internet sebagai medium perantaraan
antara penjual dan pembeli. Para pembeli akan memasukkan duit ke dalam akaun
penjual sebelum barang yang dibeli di pos kepada pembeli. Perniagaan internet juga
sama dengan perniagaan offline lain di mana ia memerlukan tapak perniagaan, modal,
barangan perniagaan dan juga promosi untuk barang di niagakan. Apa yang
membezakan hanyalah platform sahaja.
Selain itu, membeli belah dalam talian ialah proses pengguna melakukan untuk
membeli produk atau perkhidmatan dalam internet. Kedai dalam talian, e-kedai, kedai
internet, kedai sesawang atau kedai maya kesemuanya adalah padanan dalam talian.
Perniagaan dalam talian atau perniagaan online ini sudah menjadi trend rakyat
negara kita untuk membeli belah tanpa perlu menghadapi kesesakan jalan raya untuk
pergi ke pusat membeli belah dan tidak perlu berebut untuk membeli dan membayar
kerana perniagaan dalam talian ini menjual segala galanya seperti makanan, pakaian,
aksesori wanita, barang keperluan rumah, buku, alat kosmetik dan kecantikan serta
kesihatan untuk kegunaan rakyat marhaen.
Kini, dunia di hujung jari sahaja. Golongan seawal 13 tahun sehingga 50 tahun
sudah membeli belah di dalam talian seperti membeli di Lazada, Instagram, dan juga
Facebook. Mereka hanya perlu mencari barang yang ingin dibeli dan memberitahu

1
980123095166

penjual dan perlu memasukkan duit ke dalam akaun penjual sebelum barang yang
dibeli di pos kepada mereka. Oleh itu, perniagaan dalam talian ini mempunyai
kebaikan dan keburukkannya yang tersendiri.

2.0 OBJEKTIF KAJIAN


Objektif kajian ini adalah untuk :

2
980123095166

1 . Mengenal pasti faktor golongan wanita menjalankan perniagaan dalam talian untuk
menambah pendapatan.
2 . Mengkaji faedah perniagaan dalam talian oleh golongan wanita di Taman Jali
Kangar Perlis.

3.0 LOKASI KAJIAN

3
980123095166

Peta 1 : Taman Jali, Kangar, Perlis


Sumber : Laman Web Rasmi Google Maps
Peta di atas menunjukkan kawasan kajian iaitu Taman Jali, Kangar, Perlis. Taman Jali
merupakan sebuah taman perumahan yang terletak di bandar Kangar. Taman Jali ini
dibina pada tahun 90 an.Penduduknya dianggar seramai lebih kurang 2000 orang,
Dari segi komposisi kaum pula, 100% penduduk adalah Melayu .

4.0 KAEDAH KAJIAN

4
980123095166

Menurut Hornby (1985) (dalam Nor Hidayah binti Mohamed,2004),


metodologi atau dikenali sebagai kaedah kajian merupakan satu set kaedah yang
digunakan untuk menjalankan kajian ke atas subjek kajian yang tertentu. Oleh itu,
bahagian ini akan membincangkan reka bentuk kajian, prosedur kajian, sampel kajian,
instrumen kajian dan cara pengumpulan data bagi menjawab persoalan-persoalan
kajian yang telah dikemukakan lebih awal.

4.1 REKA BENTUK KAJIAN


Kajian ini berbentuk kajian tinjauan berasaskan soal selidik. Kajian tinjauan
ialah kaedah pengumpulan maklumat, iaitu dengan bertanyakan satu set soalan kepada
satu sampel individu yang telah dipilih daripada populasi yang hendak dikaji (Sabitha
Marican, 2009). Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti faktor golongan wanita
menjalankan perniagaan dalam talian untuk menambah pendapatan serta mengkaji
faedah perniagaan dalam talian oleh golongan wanita di Taman Jali Kangar Perlis.
Kajian ini merupakan kajian kuantitatif yang menggunakan statistik dan peratusan
untuk menganalisis dapatan kajian. Kaedah persampelan digunakan dengan
mengambil responden seramai 30 orang yang terdiri daripada golongan wanita yang
tinggal di Taman Jali, Kangar Perlis.

4.2 PROSEDUR KAJIAN


Sebelum kajian ini bermula, pihak sekolah telah memberi kebenaran kepada
para pelajar untuk menjalankan kajian ini. Soalan-soalan bagi soal selidik telah
disediakan dan tinjauan dibuat terlebih dahulu sebelum kajian sebenar dijalankan
untuk memastikan soal selidik tersebut adalah relevan dan bersesuaian dengan kajian
ini.

4.3 SAMPEL KAJIAN

5
980123095166

Kajian ini terdiri daripada 30 orang wanita yang tinggal di Taman Jali, Kangar
Perlis. Responden telah dipilih secara rawak yang terdiri daripada pelbagai golongan
umur, pekerjaan dan lain-lain .

4.4 INSTRUMEN KAJIAN


Instrumen kajian yang digunakan ialah borang soal selidik yang mengandungi 3
bahagian dan 21 soalan. Soal selidik ini bertujuan untuk mendapatkan data mengenai
faktor golongan wanita menjalankan perniagaan dalam talian untuk menambah
pendapatan serta faedah perniagaan dalam talian oleh golongan wanita di Taman Jali
Kangar Perlis. Dalam kajian ini, instrumen yang digunakan untuk mendapatkan data
adalah dengan menggunakan kaedah pemerhatian, borang soal selidik dan kedah
rujukan.

Kaedah Instrumen Kajian


Kuantitatif Borang soal selidik

Kualitatif Pemerhatian, Rujukan

4.5 CARA PENGUMPULAN DATA


Data dan maklumat kajian ini dikumpulkan dengan menggunakan tiga cara
iaitu dokumentasi, kepustakaan dan soal selidik.
4.5.1 DOKUMENTASI
Kajian ini dimulakan dengan melaksanakan kajian terhadap bahan-bahan
bertulis yang diterbitkan seperti buku, jurnal, novel, tesis, majalah, akhbar dan sumber
daripada internet bagi mendapatan maklumat mengenai perniagaan dalam talian.
4.5.2 KEPUSTAKAAN
Pengkaji menggunakan kaedah kepustakaan untuk mendapatkan data dan
maklumat. Pengkaji mendapatkan bahan rujukan dari Perpustakaan Awam Negeri
Perlis dan Perpustakaan Sekolah Menengah Kebangsaan Perlis.

4.5.3 SOAL SELIDIK

6
980123095166

Kaedah soal selidik adalah cara yang digunakan untuk mendapatkan data
mengenai faktor golongan wanita menjalankan perniagaan dalam talian untuk
menambah pendapatan dan faedah perniagaan dalam talian oleh golongan wanita di
Taman Jali, Kangar Perlis.
4.6 CARA ANALISIS DATA
Pada peringkar akhir kajian ini, analisis secara deskriptif telah dijalankan, iaitu
dengan menggunakan peratusan sebagai perbandingan untuk menganalisis data
daripada soal selidik bagi menghasilkan laporan kajian. Data yang diperoleh telah
dianalisis dengan menggunakan kekerapan, peratusan dan min. Data ditunjukkan
dalam bentuk jadual dan rajah (graf dan carta pai).
Bagi item yang menggunakan Skala Linkert, mata diberi seperti yang berikut:
Skala Mata
Setuju 3
Tidak setuju 2
Tidak pasti 1

Cara pengiraan min : Jumlah [(Frekuensi) x ( Kategori mata)]


Frekuensi Terkumpul
Frekuensi terkumpul = Jumlah responden
Frekuensi = Bilangan responden dalam kategori mata tertentu
Cara mengklasifikasikan nilai min :
NILAI MIN (MATA) TAHAP
2.5 3.0 Tinggi
2.0 2.5 Sederhana
1.0 2.0 Rendah

5.0 DAPATAN KAJIAN


Bahagian ini menerapkan dan membincangkan tentang keputusan analisis
data berdasarkan tindak balas responden terhadap soal selidik yang telah dilakukan.
Soal selidik tersebut terdiri daripada 3 bahagian dan mengandungi 21 soalan.

7
980123095166

5.1 BAHAGIAN 1 DEMOGRAFI RESPONDEN


Bahagian ini merangkumi 4 item iaitu maklumat tentang umur, pekerjaan,
tahap pendidikan dan pendapatan responden yang diperoleh daripada kajian profil
responden.
5.1.1 UMUR RESPONDEN
Jadual 1 dan Rajah 1 menunjukkan bilangan responden yang dipilih secara
rawak berdasarkan umur. Dapatan kajian ini mendapati bahawa responden yang
berumur 10-19 tahun merupakan majority dalam kajian ini dengan bilangan seramai
13 orang dengan kadar peratusan sebanyak 43 % daripada jumlah responden. Perkara
ini diikuti dengan responden yang berumur 20-29 tahun dengan peratusan sebanyak
26 % daripada jumlah keseluruhan. Bagi golongan umur 30-39 tahun, responden yang
diperoleh adalah seramai 7 orang dengan peratusan sebanyak 23 %. Seterusnya,
responden yang berumur melebihi 49 tahun seramai 2 orang dengan kadar peratusan 6
%. Bagi umur 40-49 tahun tiada responden dan kadar peratusan adalah 0%.

BILANGAN RESPONDEN MENGIKUT UMUR

Kategori umur Bilangan Responden Peratusan


( tahun ) ( orang ) (%)
10 19 13 43
20 29 8 27
30 39 7 23
40 49 0 0
Lebih 49 2 7
Jumlah 30 100
Jadual 1:
Sumber: Kajian Lapangan 2017

8
980123095166

BILANGAN RESPONDEN MENGIKUT UMUR


50

45

40

35

30
Kategori Umur (tahun)
25

20

15

10

0
10-19 tahun 20-29 tahun 30-39 tahun 40-49 tahun Lebih 49 tahun

Rajah 1:
Sumber: Kajian Lapangan 2017

5.1.2 PEKERJAAN RESPONDEN

9
980123095166

Jadual 2 dan Rajah 2 menunjukkan bilangan dan peratusan responden yang


dipilih secara rawak berdasarkan sektor pekerjaan . Dapatan kajian ini mendapati
bahawa pelajar merupakan majoriti dalam kajian ini dengan bilangan seramai 12
orang responden iaitu 40 % daripada jumlah responden. Bilangan responden dari
sektor kerajaan seramai 8 orang dengan 27 %. Sektor swasta seramai 5 orang
responden dengan 17 %. Seterusnya bekerja sendiri dan tidak bekerja masing- masing
4 orang responden dengan peratus 13 % dan 1 orang responden dengan 3 %.

BILANGAN RESPONDEN MENGIKUT PEKERJAAN


Pekerjaan Bilangan Responden Peratusan
( orang ) (%)
Sektor Kerajaan 8 27
Sektor Swasta 5 17
Bekerja Sendiri 4 13
Tidak Bekerja 1 3
Pelajar 12 40
Jumlah 30 100
Jadual 2:
Sumber: Kajian Lapangan 2017

PERATUSAN RESPONDEN MENGIKUT PEKERJAAN

sektor kerajaan
27% sektor swasta
Bekerja Sendiri
40%
Tidak Bekerja
Pelajar

17%
3%
13%

Rajah 2:
Sumber: Kajian Lapangan 2017

10
980123095166

5.1.3 TAHAP PENDIDIKAN RESPONDEN


Jadual 3 dan Rajah 3 menunjukkan bilangan responden yang dipilih secara
rawak berdasarkan tahap pendidikan. Dapatan kajian ini mendapati bahawa responden
yang mempunyai tahap pendidikan sehingga ke peringkat STPM merupakan majoriti
iaitu seramai 12 orang iaitu 40 %. Responden yang peringkat diploma seramai 2 orang
dengan kadar peratusan 7 %. Peringkat ijazah dan lain-lain seramai 11 orang dengan
peratusan 37 %. Pada peringkat SPM seramai 5 orang dengan peratus 16 %.

BILANGAN RESPONDEN MENGIKUT TAHAP PENDIDIKAN


Tahap Pendidikan Bilangan Responden Peratusan
(orang) (%)
UPSR 0 0
PMR 0 0
SPM 5 16
STPM 12 40
DIPLOMA 2 7
IJAZAH DAN LAIN-LAIN 11 37
JUMLAH 30 100
Jadual 3:
Sumber: Kajian Lapangan 2017

11
980123095166

BILANGAN RESPONDEN MENGIKUT TAHAP PENDIDIKAN


45
40
35
30
25
20
15
10
5
0

BILANGAN RESPONDEN MENGIKUT TAHAP PENDIDIKAN

Rajah 3:
Sumber: Kajian Lapangan 2017

5.1.4 PENDAPATAN RESPONDEN


Jadual 4 dan Rajah 4 menunjukkan bilangan responden yang dipilih secara
rawak berdasarkan pendapatan responden. Dapatan kajian ini mendapati bahawa
responden yang berpendapatan RM1000 hingga RM2000 merupakan majoriti iaitu
seramai 14 orang dengan kadar peratusan 47 %. Pendapatan RM 2001 hingga RM
3000 seramai 8 orang sebanyak 26 %. Seterusnya , RM 3001 hingga RM 4000
seramai 5 orang dengan kadar peratusan 17 %dan RM 4001 seramai 3 orang iaitu
sebanyak 10 %.

BILANGAN RESPONDEN MENGIKUT PENDAPATAN


Pendapatan Bilangan Responden Peratusan
(RM) (orang) (%)
1000-2000 14 47
2001-3000 8 26
3001-4000 5 17
4001 ke atas 3 10

12
980123095166

Jadual 4:
Sumber: Kajian Lapangan 2017

PERATUSAN RESPONDEN MENGIKUT PENDAPATAN

10%
1000-2000
2001-3000
17%
3001-400
47%
4001 KE ATAS

26%

Rajah 4:
Sumber: Kajian Lapangan 2017

5.2 Bahagian 2 Faktor Golongan Wanita Menjalankan Perniagaan Dalam


Talian Untuk Menambah Pendapatan
Bahagian ini menerangkan dan membincangkan keputusan analisis data berdasarkan
tindak balas responden terhadap bahagian 2 soal selidik.

5.2.1 Faktor Golongan Wanita Menjalankan Perniagaan Dalam Talian Untuk


Menambah Pendapatan
FAKTOR GOLONGAN WANITA MENJALANKAN PERNIAGAAN DALAM
TALIAN UNTUK MENAMBAH PENDAPATAN
BIL PERKARA TIDAK PASTI TIDAK SETUJU SETUJU MIN
BIL. % BIL. % BIL. % MATA
ORAN ORAN ORAN
G G G
1 Memberi impak 16 53 14 47 0 0 2.07
kepada ekonomi
negara.
2 Sebagai hobi. 17 57 10 33 3 10 2.23
3 Menjimatkan masa 17 57 5 17 8 26 2.4
dengan keluarga.
4 Dapat membantu 25 83 5 17 0 0 4.2

13
980123095166

suami mencari
pendapatan
tambahan
5 Menampung 3 10 4 13 23 77 0.66
perbelanjaan harian
akibat kos sara hidup
yang semakin
meningkat.
6 Tiada cukai terhadap 14 47 7 23 9 30 2.23
perniagaan dalam
talian.

7 Menyelesaikan 21 70 7 23 2 7 2.46
masalah
pengangguran
dalam
golongan wanita.
MIN KESELURUHAN 1.63
Jadual 5:
Sumber: Kajian Lapangan 2017

Jadual 5 menunjukkan tindak balas responden seramai 30 orang terhadap 7 soalan


mengenai faktor golongan wanita menjalankan perniagaan dalam talian untuk
menambah pendapatan yang terdapat dalam borang soal selidik. Min keseluruhan
yang dicatatkan ialah 1.60 mata. Ini menunjukkan bahawa responden mengetahui
serba sedikit mengenai faktor golongan wanita menjalankan perniagaan dalam talian
untuk menambah pendapatan. Item 4 mencatatkan nilai min yang tertinggi iaitu 2.67
mata dengan bilangan responden yang menandakan setuju seramai 25 orang yang
menyatakan bahawa perniagaan dalam talian ini dapat membantu suami mencari
pendapatan tambahan. Nilai min kedua tertinggi ialah 2.46 mata bagi pernyataan
menyelesaikan masalah pengangguran dalam golongan wanita. Hal ini terbukti
apabila 70% responden bersetuju dengan pernyataan ini.
Pengetahuan penduduk mengenai faktor golongan wanita menjalankan perniagaan
dalam talian untuk menambah pendapatan disokong dengan kuat apabila 57%
responden bersetuju bahawa perniagaan dalam talian ini sebagai hobi dan dapat
menjimatkan masa dengan keluarga. Seterusnya, 70% responden bersetuju bahawa

14
980123095166

perniagaan dalam talian ini dapat menyelesaikan masalah pengangguran dalam


golongan wanita. Terdapat sebilangan responden dengan kadar peratusan 53%
bersetuju bahawa ia memberi impak kepada ekonomi negara. Nilai min bagi
pernyataan ini ialah 1.7 mata.
Selain itu, seramai 9 responden dengan kadar peratusan 30% tidak bersetuju
bahawa tiada cukai terhadap perniagaan dalam talian manakala hanya 7 responden
menandakan tidak pasti dengan pernyataan tersebut. Bagi pernyataan menampung
perbelanjaan harian akibat kos sara hidup yang semakin meningkatia mempunyai
nilai min yang terendah iaitu sebanyak 1.96 mata dalam soal selidik bahagian 2.

TINDAK BALAS RESPONDEN TERHADAP ITEM-ITEM DALAM SOAL SELIDIK.


90

80

70

60

50

40

30

20

10

0
1 2 3 4 5 6 7

Setuju Tidak pasti Tidak Setuju

Rajah 5:
Sumber: Kajian Lapangan 2017

15
980123095166

5.3 Bahagian 3 Faedah Perniagaan Dalam Talian Oleh Golongan Wanita di


Taman Jali, Kangar Perlis.

FAEDAH PERNIAGAAN DALAM TALIAN OLEH GOLONGAN WANITA DI


TAMAN JALI, KANGAR PERLIS.
BIL PERKARA TIDAK PASTI TIDAK SETUJU MIN
SETUJU
BIL. % BIL. % BIL. % MATA
ORAN ORAN ORAN
G G G
1 Risiko yang lebih 10 33 10 33 10 33 2.00
rendah.
2 Mereka boleh 25 83 4 13 1 4 2.70
menguruskan
perniagaan tanpa
mengupah pekerja
yang ramai.
3 Kos memulakan 21 70 6 20 3 10 2.50
perniagaan rendah
kerana tidak perlu
menyewa kedai dan
mengupah pekerja.
4 Memberi peluang 18 60 10 33 2 7 2.26
kepada peniaga
beroperasi 24 jam
sehari.
5 Boleh berurusan 25 83 1 4 4 13 2.80
pada bila-bila
masa dan di mana
sahaja.

16
980123095166

6 Pelanggan tidak 19 63 6 20 5 17 2.43


terhad kepada
kawasan setempat
malahan mampu
mencapai
pelanggan
di seluruh dunia.
7 Tidak perlu 16 53 6 20 8 27 2.33
memantau urusan
tempahan
sepanjang
masa kerana Cuma
perlu menyediakan
sistem tempahan
automatik untuk
kemudahan
pelanggan.
8 Dapat menikmati 19 63 7 23 4 13 2.40
kebebasan dan
fleksibiliti waktu
kerja tanpa
menjejaskan
sumber
pendapatan kerana
tidak terikat
dengan waktu kerja.
9 Hanya mengawal 21 70 6 20 3 10 2.50
segala urus niaga
melalui komputer
di mana-mana
sahaja asalkan
mempunyai
internet.
10 Tidak perlu 24 80 4 13 2 7 2.66
menempuh

17
980123095166

kesesakan lalu
lintas
kerana
perkhidmatan
kurier mengambil
barang di rumah.
Min Keseluruhan 2.46
Jadual 6:
Sumber: Kajian Lapangan 2017

Jadual 6 menunjukkan tindak balas responden seramai 30 orang terhadap 10 item


mengenai faedah perniagaan dalam talian oleh golongan wanita di Taman Jali, Kangar
Perlis. Nilai min keseluruhan ialah 2.46 mata. Nilai min yang tertinggi ialah 2.80 mata
bagi pernyataan boleh berurusan pada bila-bila masa dan di mana sahaja. Hal ini
terbukti apabila 83% responden bersetuju dengan pernyataan ini.
Nilai min kedua tertinggi ialah 2.70 mata dengan kadar peratusan 83%
responden bersetuju bahawa mereka boleh menguruskan perniagaan tanpa mengupah
pekerja yang ramai. Hal ini dikatakan demikian kerana para penjual dalam talian akan
menguruskan sendiri perniagaan mereka tanpa perlu mengupah pekerja yang ramai
untuk membantunya. Nilai min yang berikutnya ialah 2.66 mata bagi item tidak perlu
menempuh kesesakan lalu lintas kerana perkhidmatan kurier mengambil barang di
rumah.Item ini mempunyai kadar peratusan 80% bagi responden yang bersetuju
dengan pernyataan tersebut.
Seterusnya, terdapat bagi pernyataan kos memulakan perniagaan rendah kerana
tidak perlu menyewa kedai dan mengupah pekerja dan hanya mengawal segala urus
niaga melalui komputer di mana-mana sahaja asalkan mempunyai internet berkongsi
nilai min yang sama iaitu 2.50 mata dengan kadar peratusan 70% bagi responden yang
bersetuju dengan pernyataan tersebut.
Terdapat 63% responden yang bersetuju bahawa pelanggan tidak terhad kepada
kawasan setempat malahan mampu mencapai pelanggan di seluruh dunia dan dapat
menikmati kebebasan dan fleksibiliti waktu kerja tanpa menjejaskan sumber
pendapatan keraan tidak terikat dengan waktu kerja dengan nilai min masing-masing
2.43 mata dan 2.40 mata. Min seterunya ialah 2.33 mata dengan kadar peratusan 53 %
yang bersetuju bahawa perniagaan dalam talian ini tidak perlu dipantau urusan

18
980123095166

sepanjang masa kerana cuma perlu menyediakan sistem tempahan automatik untuk
kemudahan pelanggan.
Seramai 18 orang responden bersetuju bahawa ia dapat memberi peluang kepada
peniaga beroperasi selama 24 jam sehari. Nilai min bagi item ini ialah 2.26 mata.
Nilai terendah ialah 2.00 mata bagi pernyataan risiko lebih rendah dan seramai 33%
responden bersetuju dengan pernyataan ini.

FAEDAH PERNIAGAAN DALAM TALIAN OLEH GOLONGAN WANITA DI TAMAN JALI, KANGAR PERLIS.
90

80

70

60

50

40

30

20

10

0
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

SETUJU TIDAK PASTI TIDAK SETUJU

Rajah 6:
Sumber: Kajian Lapangan 2017.

6.0 RUMUSAN DAN KESIMPULAN.

19
980123095166

Kajian ini telah mengemukakan data bagi memenuhi objektif kajian. Bahagian
ini akan merumuskan dapatan kajian.

6.1 FAKTOR GOLONGAN WANITA MENJALANKAN PERNIAGAAN


DALAM TALIAN UNTUK MENAMBAH PENDAPATAN.
Secara keseluruhannya, kajian ini mendapati golongan wanita mengetahui faktor
menjalankan perniagaan dalam talian untuk menambah pendapatan. Kajian ini juga
mendapati bahawa responden-responden yang mengenal pasti faktor golongan wanita
menjalankan perniagaan dalam talian untuk menambah pendapatan terdiri daripada
responden wanita yang berumur 10 19 tahun, pelajar, tahap pendidikan STPM serta
pendapatan RM1000 RM2000.

6.2 FAEDAH PERNIAGAAN DALAM TALIAN OLEH GOLONGAN WANITA


DI TAMAN JALI, KANGAR PERLIS.
Secara keseluruhannya, kajian ini mendapati bahawa golongan wanita
mengetahui faedah perniagaan dalam talian. Hal ini demikian dikatakan kerana
responden menandakan risiko lebih rendah adalah sama banyak. Selain itu, responden
juga turut menggunakan perniagaan dalam talian untuk membeli barang keperluan
mereka.

6.3 KESIMPULAN

20
980123095166

Secara keseluruhannya, kajian ini adalah untuk mengetahui faktor golongan


wanita menjalankan perniagaan secara dalam talian. Objektif kajian adalah mengenal
pasti faktor golongan wanita menjalankan perniagaan dalam talian untuk menambah
pendapatan serta mengkaji faedah perniagaan oleh golongan wanita di Taman Jali,
Kangar Perlis.
Untuk mencapai objektif kajian tersebut, seramai 30 orang responden
masyarakat daripada golongan wanita yang tinggal di Taman Jali, Kangar Perlis telah
dipilih secara rawak bagi menjalankan kajian ini. Kajian ini dikemukakan bagi
memenuhi objektif kajian ini dan bahagian ini akan merumuskan dapatan kajian.
Terdapat beberapa kaedah kajian yang saya pilih bagi melaksanakan kajian ini
seperti kaedah soal selidik, pemerhatian dan rujukan. Dalam kaedah soal selidik,
seramai 30 orang responden telah dipilih secara rawak dari populasi penduduk yang
tinggal di Taman Jali, Kangar Perlis. Bagi kaedah rujukan, saya telah mengunjungi
Perpustakaan Awam Negeri Perlis dan Perpustakaan Sekolah Menengah Kebangsaan
Perlis bagi mendapatkan maklumat tambahan mengenai faktor golongan wanita
menjalankan perniagaan dalam talian untuk menambah pendapatan.
Setelah mengumpul data daripada responden, rujukan dan pemerhatian, aspek
penganalisiandata dan pengiraan secara manual telah digunakan. Oleh itu, kekerapan
dan peratusan sahaja digunakan sebagai data untuk dianalisis.
Dapatan kajian menunjukkan seramai 30 orang wanita telah dipilih secara
rawak untuk menjawab satu set soalan soal selidik. Kebanyakkan pelajar yang
bekelulusan STPM. Selain itu hasil kajian menunjukkan bahawa majoriti responden
bersetuju dengan item dapat membantu suami mencari pendapatan tambahan.
Justeru, dengan mengenal pasti faktor golongan wanita menjalankan perniagaan
dalam talian untuk menambah pendapatan mereka dapat mengetahui dengan lebih
lanjut tentang faktor perniagaan dalam diamalkan oleh golongan wanita.
Melalui kajian ini juga, ia dapat menyelesaikan masalah pengangguran dalam
golongan wanita supaya wanita akan lebih berjaya pada masa hadapan. Oleh itu,
golongan wanita hendaklah terus berusaha untuk memajukan perniagaan dalam talian
ini.
Kesimpulannya, hasil kajian ini menunjukkan bahawa majoriti responden
sangat bersetuju bahawa perniagaan dalam talian dapat membantu golongan wanita
mencari pendapatan sampingan untuk membantu suami mereka.

21
980123095166

RUJUKAN
Wikipedia (2009), Wikipedia Search - Membeli belah dalam talian, Dicapai pada
Februari 6, 2017 daripada http://ms.wikipedia.org/wiki/membeli-belah-dalam-talian

Blogspot (2012), Definisi perniagaan internet, Dicapai pada Februari 6, 2017


daripada jurnalsem.blogspot.my/2012105/definisi-perniagaan-internet.html

Wikipedia (2013), Wikipedia Search Dicapai pada Februari 6, 2017 daripada


https://ms.wikipedia.org/wiki/Perniagaan

Google Search ( 2017 ) Map Data Dicapai pada March 15, 2017 daripada
https://www.google.com/maps/place/Kampung+Guar+Syed+Alwi,+01000+Kangar,
+Perlis,+Malaysia//

Web ( 2013 ), Bisnes Online Menurut Pandangan Akma Omar Dicapai pada March
15, 2017 daripada http://www.akmaomar.com/bisnes-online-menurut-pandangan-
saya/

22

You might also like