You are on page 1of 18

Halaman Kandungan

Penghargaan i

1.0 Pengenalan

1.1 Latar Belakang

1.2 Definisi Konsep

2.0 Objektif Kajian

3.0 Kepentingan Kajian

4.0 Skop Kajian

5.0 Batasan Kajian

6.0 Kaedah Kajian

6.1 Pengumpulan Data

6.2 Penganalisisan Data


7.0 Dapatan Kajian

7.1 Penggunaan Bahasa Istana dalam Filem Hang Jebat

7.2 Pengkelasan Bahasa Istana mengikut aspek penggunaannya

8.0 Rumusan Kajian

9.0 Penutup

Bibliografi

Lampiran
PENGHARGAAN

Penyelidik ingin memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah


kurnia-Nya dapatlah penyelidik menyiapkan tugasan yang telah diberikan pada masa
yang telah ditetapkan. Penyelidik ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada guru
bahasa Melayu tingkatan 6 Atas Kemanusiaan, iaitu Puan Hayati binti Arshad kerana
telah banyak memberi bimbingan dan tunjuk ajar hingga penyelidik dapat
melengkapkan kajian ini dalam tempoh masa yang ditetapkan.

Penyelidik juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah
terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam membantu menjalankan kajian ini.
Di samping itu, tidak lupa juga kepada kedua-dua ibu bapa penyelidik kerana turut
membantu sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam usaha penyelidik
menyiapkan tugasan ini.

Sekian, terima kasih.

Muhamad Syazwan Syazan

Ahmad Mustaqim

Muhammad Aiman

Muhamad Bisyrul
1.0 PENGENALAN

Dalam bahagian ini akan menghuraikan aspek latar belakang kajian dan definisi
konsep.

1.1 Latar Belakang Kajian

Bahasa yang kita gunakan setiap hari tidak sama seratus peratus. Terdapat
kelainan tanpa kita sedari terutamanya apabila digunakan secara spontan.
Misalnya, ada kalanya kita menggunakan bentuk tidak dan ada kalanya bentuk
yang lebih ringkas iaitu tak. Perbezaan ini disebut sebagai variasi bahasa atau
kelainan bahasa. Variasi atau kelainan bahasa ini bermaksud bentuk bahasa yang
berlainan bagi maksud yang sama. Aspek variasi dalam bahasa mungkin timbul
disebabkan oleh perbezaan daerah atau kawasan, ataupun faktor-faktor sosial
seperti kedwibahasaan, gaya serta konteks.

Salah satu ciri daripada variasi bahasa ialah bahasa istana. Ciri-ciri penting
bahasa istana ialah bahasa ini mematuhi nahu bahasa Melayu yang terdapat
kecenderungan pada bentuk tertentu. Bahasa Istana juga mempunyai ciri
pengulangan, pemulukan dan pendinaan. Ungkapan di raja ini dapat dibahagikan
kepada dua kategori iaitu ungkapan rutin bahasa dan ungkapan leksis.

Penggunaan bahasa istana sangat unik dan memainkan peranan yang penting
dalam filem Hang Jebat. Kajian penggunaan bahasa istana dalam filem Hang
Jebat jarang dilakukan oleh pengkaji-pengkaji sebelum ini. Oleh itu, pengkaji
tertarik untuk membuat kajian seumpama ini bagi mengenal pasti keunikan dan
fungsi penggunaannya sekali gus memberi laluan kepada pengkaji-pengkaji yang
seterusnya bagi melakukan kajian dalam aspek yang berbeza.
1.2 Definisi konsep

1.2.1 Variasi Bahasa

Dalam pandangan sosiolinguistik, bahasa tidak saja dipandang


sebagai gejala individu, tetapi merupakan gejala sosial. Sebagai
gejala sosial, bahasa dan pemakaian bahasa tidak hanya ditentukan
oleh faktor-faktor linguistik, tetapi juga oleh faktor-faktor
nonlinguistik. Faktor-faktor nonlinguistik yang mempengaruhi
pemakaian bahasa, melibatkan faktor-faktor sosial seperti status
sosial, tingkat pendidikan umur dan tingkat ekonomi. Faktor-faktor
situasi ketika berbicara dengan bahasa apa, kepada siapa, bila, dan di
mana. Kerana faktor-faktor di atas, maka timbul lah keseragaman
bahasa yang dimiliki oleh seluruh umat manusia, atau biasa kita
sebut variasi bahasa. Berikut ini pendapat tokoh mengenai variasi
bahasa.

Aslindgf (2011) menyatakan bahwa variasi bahasa ialah


bentuk-bentuk bahagian atau varian dalam bahasa yang
masing-masing memiliki pola yang menyerupai pola umum bahasa
induksinya. Variasi bahasa wujud disebabkan adanya kegiatan
interaksi sosial yang dilakukan oleh masyarakat atau kelompok yang
sangat beragam dan oleh para penuturannya yang tidak bersifat
homogen. Sedangkan menurut Chaer (2004) variasi bahasa
merupakan keseragaman bahasa yang disebabkan oleh adanya
kegiatan interaksi sosial yang dilakukan oleh masyarakat atau
kelompok yang sangat beragam dan para penuturnya yang tidak
homogen.

Jadi, dari pendapat di atas dapat disimpulkan bahwa variasi bahasa


adalah sejenis ragam bahasa yang pemakaiannya disesuaikan
dengan fungsi dan situasinya, tanpa mengabaikan kaedah-kaedah
yang berlaku dalam bahasa yang bersangkutan. Hal ini dikatakan
demikian kerana, variasi bahasa itu terjadi akibat dari adanya
keseragaman sosial dan keseragaman fungsi bahasa. Misalnya,
seseorang yang mempunyai tingkat ekonomi yang tinggi akan
mempunyai variasi bahasa yang berbeza dengan orang yang
mempunyai tingkat ekonomi rendah.

1.2.2 Bahasa Istana

Menurut Asmah Haji Omar ( 1940) bahasa istana merupakan variasi


bahasa halus yang digunakan dalam kalangan kerabat diraja, apabila
berhubung dengan kerabat diraja, dan apabila menyebut hal-ehwal
berkenaan raja dalam sesetengah bahasa, baik masih digunakan hari ini
mahupun tinggal sejarah. Bahasa istana mungkin berasal daripada bahasa
yang sama tetapi mempunyai kosa kata yang berlainan, atau bahasa yang
sama tetapi mempunyai kosa kata yang berlainan, atau bahasa yang
berbeza sama sekali. Sebagai contoh, bangsa Seuna yang pernah
memerintah negeri Karnataka menggunakan bahasa Kannada dan
bukannya bahasa Sanskrit sebagai bahasa istana, atau bahasa Arab yang
menjadi bahasa istana di Parsi apabila negara tersebut ditakluki oleh
orang Arab. Sementara bahasa yang sama dengan kosa kata yang
berlainan wujud dalam kalangan bahasa Melayu, Nyobo kotoba bagi
bahasa Jepun, Jawa, dan banyak lagi termasuk bahasa Inggeris.

Dalam penulisan esei ilmiah ini, persoalan yang dinyatakan di atas akan
dibincangkan berdasarkan penggunaan bahasa istana yang terdapat di
dalam filem Hang Jebat. Bahasa istana yang digunakan di dalam filem
ini terbahagi kepada beberapa aspek yang sememangnya merupakan
pecahan kepada bahasa istana. Aspek-aspek yang dibincangkan ialah
aspek penggunaan kata dan ungkapan khusus, aspek kata ganti nama diri
orang dan aspek penggunaan unsur pemulukan dan pendinaan.
2.0 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian ini adalah seperti yang berikut:

(a) Mengenal pasti dan menyenaraikan penggunaan kosa kata bahasa istana
dalam filem Hang Jebat.

(b) Mengelaskan penggunaan bahasa istana mengikut aspek penggunaannya

3.0 KEPENTINGAN KAJIAN

Hasil kajian ini adalah untuk

(a) Memberi pendedahan dan pengetahuan kepada pengguna bahasa tentang


penggunaan bahasa istana.

(b) Menambah bahan kajian dan dokumentasi tentang penggunaan bahasa istana.

(c) Dijadikan panduan dan sumber rujukan tambahan kepada pengkaji akan
datang yang ingin melakukan kajian tentang penggunaan bahasa istana dalam
konteks yang berbeza.

4.0 SKOP KAJIAN

Fokus kajian ini adalah pada aspek penggunaan bahasa istana, iaitu salah satu
daripada variasi bahasa yang wujud berdasarkan perkembangan semasa.
Aspek yang diberikan tumpuan ialah bahasa istana yang digunakan dalam
Filem Hang Jebat, aspek penggunaan bahasa Istana, dan perbandingan antara
bahasa istana dan bahasa biasa. Hasil daripada pemerhatian dan penelitian
yang telah dilakukan, terdapat sebanyak 30 perkataan berunsur bahasa istana
telah digunakan di dalam filem Hang Jebat.

5.0 BATASAN KAJIAN

Kajian ini hanya berfokuskan tentang penggunaan bahasa Istana dalam filem
Hang Jebat arahan Hussein Haniff yang diterbitkan pada tahun 1961.
Pengkaji membuat kajian pada keseluruhan cerita bagi filem tersebut yang
mengambil masa selama 1 jam 57 minit.
6.0 KAEDAH KAJIAN

Dalam bahagian ini, kaedah pengumpulan data dan kaedah penganalisisan


data akan dihuraikan.

Kaedah Kepustakaan

Bagi mendapatkan maklumat berkaitan dengan filem Hang Jebat, pelbagai


rujukan telah dibuat termasuklah membaca dan meneliti buku yang ditulis
oleh pengkaji-pengkaji sebelum ini dan kajian lapangan yang dihasilkan oleh
sarjana tempatan di institusi pengajian tinggi awam. Selain itu, laman web
dan internet menjadi sumber rujukan bagi menambahkan bahan dan
maklumat yang berkaitan dengan tajuk kajian.

6.1 Pengumpulan Data

A. Kaedah Analisis Teks

Filem

Filem yang digunakan ialah Hang Jebat. Hasil penganalisian, kami telah
mengeluarkan bahasa Istana yang terdapat dalam filem tersebut.
6.2 Penganalisisan Data

Data yang dikumpulkan daripada filem Hang Jebat disusun mengikut


jenisnya. Seterusnya data berkenaan dipersembahkan dalam bentuk
jadual berdasarkan jenis-jenisnya.

7.0 DAPATAN KAJIAN

Dalam bahagian ini akan dihuraikan dapatan kajian.

Bahagian ini membincangkan analisis maklumat yang telah diperoleh dan


memaparkan hasil penemuan kajian yang telah dilakukan. Hasil kajian kami
terbahagi kepada dua bahagian iaitu, senarai bahasa Istana yang digunakan dalam
filem dan aspek penggunaan bahasa istana.
7.1 Penggunaan Bahasa Istana dalam filem Hang Jebat

Hasil penilaian dan penelitian yang telah dilakukan terhadap filem Hang Jebat,
penyelidik mendapati sebanyak 18 penggunaan bahasa Istana yang terdapat
dalam filem berkenaan, iaitu:

Bil Kosa kata dan ungkapan bahasa istana

1. Beta

2. Raja

3. Tuanku

4. Titah

5. Hamba

6. Berangkat

7. Murka

8. Sembah

9. Daulat

10. Patik

11. Ampun tuanku sembah patik harap diampun

12. Menjunjung perintah tuanku

13. Ke bawah duli yang menitahkan patik

14. Ampun tuanku, sembah derhaka patik sembahkan

15. Ampunkan dosa melalui titah ke bawah duli

16. Silalah tuanku berundur ke teratak patik

17. Sebab itulah patik sembahkan kepetahaan tuanku

18. Sebab itulah patik sembahkan kepetahaan tuanku

Jadual 1 : Kosa dan Ungkapan Bahasa Istana


Jadual 1 menunjukkan daripada tempoh 1 jam 57 minit filem ini ditayangkan,
dapat dirumuskan bahawa terdapat 18 penggunaan bahasa Istana yang dituturkan oleh
pemegang watak di dalam filem Hang Jebat. Daripada jumlah tersebut, perkataan
patik dan tuan hamba paling banyak diulang. Hal ini membuktikan bahawa latar
belakang masyarakat yang menuturkan perkataan tersebut ialah golongan masyarakat
istana yang menggunakan bahasa dalam.

7.2 Pengkelasan Bahasa Istana Mengikut Aspek Penggunaannya

Hasil daripada penelitian terhadap kesemua 12 bahasa istana yang digunakan


di dalam filem Hang Jebat, pengelasan mengikut aspek penggunaannya
dijalankan. Hasilnya adalah seperti berikut:

7.2.1 Aspek Penggunaan dan Gelaran Keturunan

Aspek ini melibatkan penggunaan gelaran, setiap ahli keluarga


diraja mengikut negeri masing-masing. Dari segi rujukan terhormat
pula, kerabat diraja disapa dengan rujukan kehormat tertentu
bergantung kepada status mereka.

Contoh daripada filem

Bil Gelaran Keturunan

1. (a) Raja

2. (b) Tuanku

Jadual 2 : Aspek penggunaan dan gelaran keturunan


Jadual 2 menunjukkan penggunaan gelaran keturunan yang digunakan dalam
filem Hang Jebat iaitu gelaran raja dan tuanku.

7.2.2 Aspek Penggunaan Kosa Kata dan Ungkapan Khusus

Terdapat atau kosa kata dan ungkapan khusus yang merujuk golongan diraja
dan perbezaan dengan ungkapan masyarakat biasa.

Bil Ungkapan khusus/ rutin

1. Ampun tuanku sembah patik harap diampun

2. Ampun tuanku

Jadual 3 : Aspek penggunaan kosa kata dan ungkapan khusus

Jadual 3 menunjukkan ungkapan khusus atau rutin yang digunakan dalam filem
Hang Jebat iaitu ungkapan angpun tuanku sembah patik harap diampun dan
ampun tuanku.

Bil Kosa Kata Khusus

1. Hulubalang

2. Laksamana

3. Murka

4. Sembah

5. Daulat

Jadual 4 : Kosa kata khusus

Jadual 4 menunjukkan kosa kata khusus yang digunakan dalam filem Hang Jebat
iaitu hulubalang, berangkat, murka, sembah dan daulat.
7.2.3 Aspek Kata Ganti Nama Diri Yang Khusus

Penggunaan kata ganti nama diri ini penting untuk membezakan status dalam
golongan diraja. Kata ganti nama diri ini terbahagi kepada tiga iaitu, kata
ganti nama diri pertama, kedua dan ketiga.

Contoh daripada filem:

Bil Kata Ganti Nama Diri yang Khusus

1. Beta

2. Patik

3. Tuanku

4. Baginda

Jadual 5 : Kata ganti nama diri yang khusus

Dalam situasi ini, beta merupakan kata ganti nama diri orang pertama yang
digunakan oleh raja. Manakala istilah patik merupakan kata ganti nama diri orang
pertama yang digunakan oleh rakyat biasa apabila berhubung dengan golongan
diraja. Istilah tuanku pula, kata ganti nama diri orang kedua yang bermaksud
tuan yang mulia dan akhir sekali istilah baginda merujuk kepada kata ganti nama
diri orang ketiga bagi raja.
7.2.4 Rujukan Kehormat

Bil Rujukan Kehormat

1. Yang Amat Mulia

2. Yang Amat Berhormat Dato Bentara

Jadual 6 : Rujukan Kehormat

7.2.5 Aspek Penggunaan Unsur Pemulukan dan Pendinaan

Unsur pemulukan bermaksud perbuatan menyanggung yang ditujukan


kepada raja untuk meletakkan baginda pada satu taraf yang lebih tinggi.
Manakala unsur pendinaan pula bermaksud merendah-rendahkan diri apabila
bertutur dengan raja.

Contoh daripada filem:

Unsur Pemulukan Unsur Pendinaan

Ke bawah duli yang menitahkan patik Ampun tuanku, sembah derhaka patik
sembahkan
8.0 RUMUSAN KAJIAN

Bahasa istana merupakan salah satu daripada variasi bahasa yang


penggunaanya khusus untuk golongan tertentu sahaja, iaitu golongan diraja.
Bahasa istana atau dikenali juga sebagai bahasa dalam merujuk variasi bahasa
yang digunakan khusus untuk golongan diraja. Bahasa istana tergolong dalam
variasi bahasa halus dan digunakan oleh orang kebanyakan apabila berhubung
dengan kerabat diraja. Bahasa ini mempunyai perkataan dan ungkapan yang
khusus serta gaya pengungkapan tersendiri.

Berdasarkan hasil kajian kami, kami telah memperoleh 18 perkataan bahasa


istana melalui filem Hang Jebat. Antaranya ialah menghadap, bertitah, mangkat
dan sebagainya. Perkataan-perkataan ini merupakan perkataan bahasa istana yang
sering digunakan dalam filem ini. Walaupun bahasa istana hanya digunakan oleh
kerabat diraja, kita perlu menghormati bahasa ini dan tidak menggunakannya
sesuka hati dalam kehidupan seharian kita sebagai tanda kesetiaan kepada raja
dan negara. Hal ini demikian kerana untuk membezakan antara golongan diraja
dan golongan rakyat biasa, kita perlu mengetahui perkataan bahasa istana kerana
ia merupakan salah satu daripada variasi bahasa.

Dalam filem Hang Jebat ini juga kami lebih mendalami bahasa istana dengan
lebih terperinci berdasarkan situasi dalam babak-babak yang terdapat dalam filem
itu. Impak keseluruhan yang dapat kami ambil daripada filem ini adalah kami
dapat mengetahui nilai keunikan bahasa istana dan juga penggunaannya mengikut
situasi yang sesuai. Akhir sekali, terdapat tiga aspek penggunaan bahasa istana
iaitu kata ganti nama diri, gelaran bagi golongan di raja dan perkataan atau
ungkapan khusus dan pendirian. Kita haruslah memelihara ketinggian dan
keunikan bahasa Istana ini.
9.0 PENUTUP

Kajian ini telah memenuhi objektif kajian dan menjawab persoalan kajian.
Dapatan kajian ini menunjukkan terdapat perbezaan antara setiap aspek dalam
penggunaan bahasa istana. Hasil kajian yang dijalankan turut membolehkan kami
mengenalpasti dengan lebih mendalam kesesuaian dalam menggunakan bahasa istana
terutamanya dalam pembikinan fielm. Kajian ini berkepentingan bukan sahaja kepada
kami sebagai penuntut malah diharapkan mampu memberikan manfaat yang berguna
kepada orang lain. Kajian ini dilakukan bertujuan untuk mendedahkan kepada
masyarakat tentang penggunaan bahasa istana walaupun mereka sebenarnya tidak
menggunakan bahasa tersebut dalam pertuturan harian. Perbandingan bahasa istana
dengan bahasa masyarakat biasa yang diperoleh dalam hasil dapatan membolehkan
masyarakat mengetahui sendiri perbezaan istilah yang wujud antara kedua-duanya.
Kajian ini amat penting sebagai usaha untuk memelihara keunikan bahasa istana agar
tidak hilang daripada pengetahuan masyarakat.
BIBLIOGRAFI

Buku

Asmah Haji Omar, 1940. Bahasa di raja: Siri pedoman bahasa. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Raminah Bt Hj Sabran et al., 2013. Bahasa Melayu Topikal Penggal 3 STPM.

Kuala Lumpur: Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia.

Internet

http://ms.wikipedia.org/wiki/Bahasa_istana

http://ms.wikipedia.org/wiki/Hang_Jebat(filem)

You might also like