You are on page 1of 3

SKEMA JAWAPAN BAHASA MELAYU (910/3) STPM PENGGAL 3 2017

Bahagian A (Soalan Aneka Pilihan) 20 MARKAH

No. soalan Jawapan No. soalan Jawapan


1 A 11 B
2 B 12 C
3 A 13 A
4 D 14 A
5 B 15 B
6 B 16 A
7 C 17 C
8 B 18 A
9 C 19 C
10 B 20 D

Bahagian B (Soalan Struktur) 45 MARKAH

21

(a) Kohesi ialah tautan atau jalinan unsur tatabahasa [1] dan aspek leksikal dalam sesebuah
wacana.[1]

(b) Contoh kohesi: Azman dan Abu terpilih untuk mewakili pihak sekolah dalam pertandingan
puisi sempena sambutan bulan kemerdekaan peringkat daerah. Mereka giat berlatih agar berjaya
menjadi johan dalam pertandingan itu nanti. [2]

22 Contoh wacana penghubung tempoh Pasukan olahraga sekolah kami berjaya memenangi
kejohanan olahraga peringkat daerah baru-baru ini. Seterusnya, mereka akan mewakili daerah ke
pertandingan olahraga di peringkat negeri. [2]

23 (a) Retorik penceritaan.[1]

(b) (i) Bersifat kreatif dan imaginatif [1]


(ii)Mengandungi mesej tertentu / kurang menitikberatkan aspek tatabahasa [1]

24 (i) Teknik deduksi [1]

(ii) Kes merokok dalam kalangan pelajar sekolah disebabkan pengaruh persekitaran.
Sebagai bukti, di rumah biasanya bapa atau saudara sendiri merokok di depan anak-anak
mereka. Mereka juga kadang kala melibatkan anak-anak ini untuk membeli atau mengambil
rokok. Iklan rokok juga sangat ketara dalam media cetak atau media elektronik. [3]
25 (a) Dialek kelainan bahasa / variasi bahasa pertuturan masyarakat di kawasan yang
berbeza. [1]

(b) Subdialek perbezaan pertuturan penutur yang tinggal di kawasan yang berlainan
dalam lingkungan dialek yang sama. [1]

(c) Multibahasa penguasaan lebih daripada dua bahasa dalam kalangan penutur. [1]

26 Contoh ayat bahasa mesra perlu mempunyai salah satu ciri bahasa mesra, contohnya:

I tak suka you cakap macam tu.

27 Ciri bahasa dalam

(i) Ungkapan rutin ampun tuanku / daulat tuanku [1]


(ii) Kosa kata khusus gering, santap, beradu[1]
(iii) Kata ganti nama diri/sapaan beta, ayahanda, bonda[1] /
(iv) Ungkapan pemulukan ke bawah duli yang maha mulia; pendinaan patik pacal
yang hina[1]
( mesti betul kedua-dua jawapan untuk mendapat 1 markah)

28 (i) Jenis laras X laras ekonomi [1]

(ii) Contoh wacana laras X:

Isu kenaikan harga minyak kini hangat diperkatakan oleh kalangan pengguna. Kesan
kenaikan yang berlaku ini turut mempengaruhi kenaikan harga barangan keperluan harian
pengguna di pasaran. Keadaan ini turut menyebabkan kos sara hidup pengguna meningkat.
Sekiranya keadaan ini tidak dikawal, bebanan pengguna yang berpendapatan rendah akan
terus bertambah. [3]

(mesti ada sekurang-kurangnya 3 kosa kata laras ekonomi untuk mendapat 3 markah)

29 (a) (i) Meronim pemegang pisau/mata pisau/sarung pisau/hulu pisau [1]

(ii) Hiponim pisau raut/pisau lipat/pisau pemotong daging [1]

30 (a) ceria/gembira. [1]

(b) dakwat [1]

(c) Kedua-duanya bersifat dua hala [1]

31 (a) (i) Dia mewarnai rambutnya dengan warna perang. [1]


(ii) Perang antara dua negara itu sudah berlangsung selama bertahun-tahun. [1]

(ayat i dan ayat ii mesti betul untuk memperoleh 2 markah, jika perkataan yang
digunakan membawa maksud yang sama - 0 markah)

(b) Homonim ialah dua kata atau lebih yang bentuknya sama dengan perkataan lain dari
aspek sebutan dan ejaan tetapi berbeza maknanya. [1]
32 (a) (i) Makna denotatif Penjenayah itu menggunakan kuku besi untuk
mencederakan mangsanya. [1]

(ii) Makna konotatif Pemerintah yang mengamalkan kuku besi akan dibenci
dan digulingkan oleh rakyat. [1]

(b) Makna denotatif merupakan makna tersurat manakala makna konotatif merupakan
makna tersirat yang ditentukan oleh nilai rasa positif atau negatif. [1]

33 (a) Perbilangan [1]

(b) (i) Disusun berangkap-rangkap [1]

(ii) Setiap rangkap terdiri daripada dua baris atau lebih. [1] /

(iii) Memperkatakan soal adat, undang-undang atau peraturan hidup. [1]

34 (a) Bahasa melampau digunakan untuk menggambarkan sesuatu secara berlebih-lebih


dan menggunakan perkataan atau ayat-ayat yang melampau manakala bahasa naik pula
menggambarkan sesuatu peristiwa daripada tahap rendah ke tahap tinggi dan semakin tinggi.
[2]

(b) Contoh bahasa naik :

Mula-mula motosikalnya melanggar pembahagi jalan, kemudian terlanggar pula tiang


lampu isyarat. Selepas itu dia meluncur ke arah deretan kedai dan melanggar seorang tua yang
akhirnya terus tercampak ke dalam longkang. [2]
(jawapan mestilah mempunyai sekurang-kurangnya 2 unsur menaik)

35 (i) Hakim Mahkamah Syariah - Yang Arif [1]

(ii) Panglima Angkatan Tentera - Yang Berbahagia [1]

(iii) Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam - Yang Berbahagia [1]

You might also like