You are on page 1of 12

Sejarah Tingkatan 3 Bab 3 Pentadbiran Negeri-Negeri Melayu Bersekutu

Kekayaan Hasil Bumi di Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang

1) Kekayaan Bijih Timah

a) Perlombongan abad 15

– perlombongon bijih timah diusahakan orang Melayu di lembah sungai

– orang Melayu melombong bijih timah untuk kegunaan tempatan dan diperdagangkan

– perdagangan bijih timah dijalankan di bawah pengawasan pembesar Melayu sebagai


pemilik lombong yang membekalkan semua keperluan perbelanjaan

– Pembesar Melayu memperoleh kawasan pegangan melalui surat tauliah daripada sultan

– Sultan menerima bahagiannya daripada hasil pedagangan bijih timah

b) Perlombongan abad 16 hingga 17

Lokasi

– Perak terkenal dengan hasil bijih timah sejak zaman Kesultanan Perak

– tertumpu di sepanjanga Sungai Perak dan anak sungai di daerah sekitar Kuala Kangsar
dan Kelian Intan

– Tahun 1616: bijih timah dilombong di Manjung dan Beruas


– Perak merupakan pelabuhan utama menghasilkan bijih timah dan sering dikunjungi
pedagang

– Kekayaan dan kemakmurah Perak menyebabkan Achen meletakkan Perak sebagai


negeri naungannya

– Perak menggunakan bijih timah sebagai bahan bernilai untuk mendapatkan pelindungan
Portugis di Melaka bagi membebaskan Perak dari naungan Achen

c) Perlombongan abad 18

Perak

– pertengahan abad 18 bijih timah dikeluarkan oleh pelombong kecil Melayu di kawasan
Larut

– Sultan Perak, Paduka Seri Sultan Muzaffar Shah memeterai perjanjian menjual bijih
timbah dengan Belanda di Melaka

– akhir abad 18, pengeluaran bijih timah merosot akibat aktiviti penyeludupan kepada
pedagang British di Pulau Pinang melalui Sungai Kurau

Selangor

– kekayaan bijih timah di Kuala Selangor menarik ramai pedagang luar ke Kuala Selangor

– Tahun 1790. Sultan Ibrahim dan Belanda menandatangani perjanjian penjualan hasil timah
antara Selangor dengan Belanda

d) Perlombongan abad 19
Larut

– perlombongan bijih timah di Perak mencapai tahap penting pada tahun 1840, hasil
penemuan bijih timah di Larut

– Pembesar Melayu Long Jaafar dan anaknya Ngah Ibrahim telah memajukan
perlombongan bijih timah di Kliar Paun dan Klian Baru dengan membawa masuk
pelombong Cina

– Ngah Ibrahim menjadikan Kuala Sepetang sebagai pelabuhan untuk mengangkut bijih
timah dari Perak ke Pulau Pinang

Lembah Kinta

– pada akhir abad 19, Lembah Kinta muncul sebagai pengeluar utama bijih timah dunia

– perkembangan kegiatan pelrombongan bijih timah menyebabkan kemunculan bandar


Gopeng, Ipoh, Batu Gajah dan Kampar

– Pada 1870, Sultan Ismail mengusaha dan memajukan kawasan perlombongan baru di
Lembah Kinta yang menyebabkan kemunculan bandar Papan dan Pangkalah Peguh.
Jugra

– Sultan Abdul Samad (1857-1898) menajadikan Jugra di daerah Langat sebagai pusat
pentadbiran Kesultanan Selangor

– Jugra memainkan peranan penting sebelum pusat pentadbiran kerajaan berpindah ke

Klang

– menjadi pusat pengutipan cukai bijih timah yang dibawa keluar melalui Sungai Langat
untuk di bawa ke pelabuhan Melaka

Kuala Lumpur

– Tahun 1860, Kuala Lumpur menjadi pusat pengeluaran bijih timah yang penting d Selangor

– bijih timah berjaya dilombong di Ampang, Kuala sungai yang menjadi pertemuan di
antara Sungai Klang dan Sungai Lumpur dijadikan pangkalan untuk mengangkut bijih timah

– kejayaan tersebut mendorong ramai orang Melayu dan Cina mendirikan petempatan di
situ lalu membentuk bandar Kuala Lumpur

Lukut

– wilayah Kesultanan Selangor. Perlombongan bijih timah mula diusahakan oleh Raja Busu
dengan membawa masuk pelombong Cina

– Tahun 1830: selepas kemangkatan Raja Busu, Raja Jumaat berjaya menjadikan Lukut
sebagai pusat perdagangan bijih timah yag terkenal

– Tahun 1880: Lukut diserahkan kepada daerah Sungai Ujong, Negei Sembilan melalui
rundingan antara Sultan Selangor dan pemerintah Sungai Ujong

– Kajang, Semenyih dan Beranang yang sebelumnya di dalam kawasan Sungai Ujong
menjadi sebahagian daripada wilayan Kesultanan Selangor

Kekayaan Hasil Emas


Lokasi perlombongan Emas di Pahang

– perlombongan emas telah dilakukan di Hulu Pahang

– kawasan penting perlombongan ialah Raub, Tui, Tersang, Selinsing, Penjom, Kechau dan
Hulu Dong

a) Abad 16 dan 17

– dijalankan oleh orang Melayu, orang Asli dan orang Minangkabau

– menggunakan kaeadh mendulang dan melampan

b) Abad 18

– kekayaan emas menarik kehadiran orang Cina dari Kelantan, Perak dan Negeri
Sembilan

– menggunakan kaedah melampan

c) Abad 19

– Sultan Ahmad memberikan konsesi kepada orang Eropah untuk memajukan kegiatan
perlombongan di Pahang

– Pelombongan Eropah menggunakan kaedah lombong dedah dan bawah tanah


Peluasan Kuasa British

Strategi British meluaskan kuasa

1) Manipulasi

Perak

a) Perang Larut 1861-1874

– Tengku Menteri Ngah Ibrahim membawa masuk ramai pelombong Cina memajukan
pelombongan bijih timah di Larut

– pergaduhan pelombong Cina antara Ghee Hin dengan Hai San untuk mempertahankan
hak dan kepentingan masing-masing menyebabkan tercetusnya Perang Larut

– Peperangan ini berlarutan di Larut sehingga menjejaskan pedagangan bijih timah di


Negeri Selat

– Golongan pelabur Eropah dan pedagang Negeri Selat memintah British campur tangan
untuk melindungi pelaburan mereka dalam pelrombongan bijih timah

b) Perebutan Takhtan Kesultanan Perak

– Perak mengamalkan sistem penggiliran dalam pewarisan takhta Kesultanan Perak yang
diasaskan pada awal tahun 1820

– mengikut sistem ini, bakal raja harus melalui 3 jawatan (Raja Di Hilir, Raja Bendahara,
Raja Muda), sebelum berhak ditabalkan sebagai Sultan

– akhir abad 19 berlaku krisis dalam kalangan kerabat diraja Perak berkaitan sistem
pewarisan takhta dalam Kesultanan Perak.

i) Pertabalan Sultan Ismail – selepas mangkat Sultan Ali, Raja Ismail dilantik sebagai sultan

ii) Bantahan Raja Yusuf – menuntut haknya sebagai Sultan setelah sekian lama diketepikan

iii) Tuntutan Raja Abdullah – menuntut kembali haknya sebagai sultan akibat masalah
kewangan dan desakan golongan pelabur Eropah dan Cina

Selangor

– Ketika pemerintahan Sultan Abdul Samad (1857-1898), tercetus petelingkahan dalam


kalangan kerabat diraja Selangor yang menyebabkan berlakunya Perang Klang

– British campur tangan dalam pertelingkahan untuk meluaskan pengaruh di Selangor


i) Raja Abdullah bin Raja Jaafar

– memperoleh hak mentadbir daerah Klang daripada Sultan Abdul Samad

– berjaya memajukan daerah Klang sebagai pusat pengeluaran bijih timah dengan
pembukaan lombong di sekitar Ampang dan Kuala Lumpur

– disokong oleh kumpulan Hai San

ii) Raja Mahadi bin Raja Sulaiman

– Putera Raja Sulaiman yang mentadbir Klang sebelum diserahkan kepada Raja Abdullah

– kemajuan pelrombongan bijih timah di daerah Klang mendorong Raja Mahadi menuntut
hak ke atas daerah tersebut yang penah diletakkan di bawah kekuasaan ayahnya

– disokong oleh kumpulan Ghee Hin

Sungai Ujong, Negeri Sembilan

i) kepentingan Sungai Linggi

– laluan penting menghubungkan daerah Sungai Ujong dengan kawasan sekitarnya

– penguasaan ke atas Sungai Linggi membolehkan pembesar mendapat hak memungut


cukai terhadap pedagang yang membawa keluar bijih timah melalui sungai tersebut
untuk dibawa ke pelabuhan Melaka

ii) Persaingan pembesar memungut cukai di Sungai Linggi

– Dato Kelana, Dato Syahbandar dan Dato Muda Linggi bersaing mengawal pungutan cukai
di Sungai Linggi

– Namun persengketan mereka dimanipulasi oleh British

– melalui bantuan ketenteraan kepada Dato Kelana untuk mengalahkan Dato Syahbandar,
British memperoleh hak memungut cukai di Sungai Linggi

– akibat perbalahan tersebut telah menjejaskan kegiatan perdagangan di Negeri Selat


2) Desakan dan paksaan kepada Raja-raja Melayu menerima perlindungan British

Selangor

– British tidak berjaya memujuk Sultan Abdul Samad menerima pelindungan British, maka
mereka terus mencari alasan untuk meletakkan Selangor di bawah pengaruhnya bagi
menguasai kekayaan bijih timah di Selangor

– British mendapat alasan untuk mendesak Sultan Selangor menerima pelindungan British
apabila berlaku peristiwa menggugat aktiviti perdagangan.

i) Rompakan Kapal Dagang British

– Tahun 1873: kapal dagang British dalam pelayaran dari Pulau Pinang ke Melaka dirompak
bedekatan perairan Kuala Langat

ii) Serangan Rumah Api

– Tahun 1874: berlaku serangan terhadap rumah api di Tanjung Rachad

Pahang

– Tahun 1887: British mendapatkan bantuan Sultan Abu Bakar dari Johor untuk memujuk
Sultan Pahang menerima seorang wakil British di Pahang

– Tahun 1888: British memperoleh peluang untuk mendesak dan memaksa Sultan Pahang
menerima perlindungan British apabila berlaku kematian seorang lelaki berbangsa Cina
Goh Hui yang ditikam di pekarangan istanan

– British mendakwa bahawa Goh Hui ialah rakyat British dan Sultan diminta
bertanggungjawab atas kematian rakyat tersebut

– Sultan Pahang dipaksa menerima perlindungan British edngan alasan Sultan tidak mampu
mewujudkan keadilan dan ketenteraman awam.

3) Menandatangani perjanjian dengan pemerintah tempatan

a) Perjanjian Pangkor 1874

– Andrew Clark Gabenor Negeri Selat bertindak memanggil ketua kumpulah Ghee Hin dan
Hai San untuk menamatkan perselisihan faham antara mereka

– Pembesar Melayu dipanggil untuk berunding di Pulau Pangkor bagi menamatkan


perselisihan di Perak
Syarat:

i) Raja Abdullah diiktiraf sebagai Sultan Perak

ii) Raja Ismail dibenarkan memakai gelaran Sultan Muda dan diberikan sebuah jajahan
kecil untuk ditadbir

iii) Sultan menerima seorang Residen British. Nasihatnya mesti diminta dan dipatuhi dalam
semua urusan pentadbiran kecuali berkaitan agama Islam dan adat Melayu

iv) Ngah Ibrahim diakui sebagai Orang Kaya Menteri Larut dan menerima seorang
Penolong Residen

v) British berkuasa penuh ke atas pungutan cukai di Perak

b) Perjanjian British-Sungai Ujong 1874

Syarat:

i) Dato Kelana diiktiraf sebagai pemerintah Sungai Ujong

ii) British mempunyai kuasa penuh memungut cukai di Sungai Linggi

c) Perjanjian British-Selangor 1875

Syarat:

i) British membantu Sultan memerintah negeri

ii) British menghantar J.G. Davidson menetap di KLang dan Frank Swettenham menetap di
Langat untuk membantu pentadbiran Selangor

d) Perjanjian British-Pahang 1887

Syarat:

i) British menempatkan seorang wakil yang mempunyai kuasa seperti pegawai konsul di
Pahang

ii) British betanggungjawab menjaga keamanan Pahang

iii) Pahang tidak membenarkan membuat perjanjian dengan kerajaan asing tanpa
kebenaran British
e) Perjanjian British-Negeri Sembilan 1895

– Yam Tuan Besar Sri Menanti bersama dengan Undang Johol, Sungai Ujong, Jelebu, Rembau
dan Tampin dengan ini secara berasingan meletakkan diri mereka dan Luak mereka di
bawah naungan Kerajaan British

Sistem Residen

Peranan

i) menasihati Raja-raja Melayu dalam semua hal ehwal pentadbiran kecuali berkaitan
agama Islam dan adat Melayu

ii) Semua nasihat hendaklah diikuti dan dipatuhi

Pelaksanaan Sistem Residen

Ciri-ciri

i) kedudukan sultan dan pembesar negeri dikekalkan

ii) nasihat British mesti diterima dan Sultan tidak lagi boleh membuat undang-undang
seperti sebelumnya

iii) Sultan dan pembesar kehilangan kuasa dalam pentadbiran dan pungutan cukai

iv) Residen mengambil alih pentadbiran pada peringkat pembesar-pembesar dan negeri.
Peranan pembesar digantikan oleh pegawai-pegawai British

v) Jabatan dan sistem bercorak Barat digunakan bagi menggantikan sistem pentadbiran
tradisional

Pembentukan Negeri Melayu Bersekutu

Ciri-ciri

i) Gabungan Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang yang membentuk sebuah
persekutuan

ii) Residen Jeneral sebagai ketua pentadbiran kerajaan persekutuan

iii) Raja-raja Melayu menerima nasihat Residen Jeneral dalam semua perkara kecuali
yang berkaitan agama Islam dan adat Melayu

iv) Kuala Lumpur menjadi pusat pentadbiran Negeri-negeri Melayu Bersekutu

v) Negeri-negeri Melayu Bersekutu juga dikenali sebagai Persekutuan 1896


Faktor Pembentukan

i) Mengatasi kelemahan sistem Residen

– Residen tidak diberikan garis panduan yang jelas untuk melaksanakan tugas

– Residen menjadi semakin berkuasa dalam Majlis Mesyuarat Negeri

– Raja dan pembesar Melayu tidak berpuas hati kerana kehilangan kuasa dalam
pentadbiran dan pungutan cukai

ii) Menyeragamkan Pentadbiran

– Pantadbiran di Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang tidak seragam kerana
mempunyai undang-undang sendiri

– Kemajuan ekonomi antara negeri tidak seimbang

– British memerlukan pentadbiran yang cekap dan seragam bagi memudahkan eksploitasi
ekonomi

iii) Menjamin keselamatan negeri

– Penggabungan membolehkan Negeri-negeri Melayu Bersekutu mempunyai pasukan


keselamatan sendiri

– menjaga keamanan tanpa mengharapkan bantuan luar

iv) Menangani masalah kewangan Pahang

– gabungan negeri-negeri Melayu yang kaya

– Perak, Selangor, Negeri Sembilan dapat membantu mengurangkan beban kewangan


negeri Pahang

Pentadbiran Negeri Melayu Bersekutu

Majlis Mesyuarat Negeri

– ditubuhkan selepas British berjaya campur tangan dalam pentadbiran negeri Melayu

– Majlis ini dipengerusikan oleh Raja Melayu dan berperanan menggubal undang-undang
serta membantu pentadbiran negeri.
Struktur Pentadbiran

i) Pesuruhjaya Tinggi British

ii) Residen Jeneral

iii) Majlis mesyuarat

– Negeri Perak

– Negeri Selangor

– Negeri Sembilan

– Negeri Pahang

Majlis Mesyuarat Persekutuan

i) Pesuruhjaya Tinggi British

ii) Residen Jeneral

iii) 4 orang Raja Melayu, 4 orang Residen, 4 ahli tidak rasmi (3 Eropah, 1 Cina)

Pembentukan Durbar

– untuk mendapatkan sokongan Raja-raja Melayu terhadap Negeri-negeri Melayu


Bersekutu.

Ahli-ahli Durbar

i) Pesuruhjaya Tinggi British

ii) Raja-raja Melayu

iii) Residen Jeneral

iv) Residen British

Credit : https://banksoalan.online/sejarah-tingkatan-3-bab-3/

You might also like