You are on page 1of 17

SEJARA

H
TAHUN
6

Warisan
Kebangg
aan
Negeri

Disediakan
oleh,
Ahmad
Baihaqi bin
Azlan
6 Adil 2021
Perlis

Gua Kelam dinamakan bersempena dengan suasana kelam yang sentiasa menyelubungi
gua ini. Dahulu,Gua Kelam terkenal kerana terdapat bijih timah yang bermutu tinggi.
Kedah
Gunung Jerai terletak di negeri Kedah. Kedudukan Gunung Jerai menjadi panduan kepada
pelayar pada zaman dahulu yang singgah berdagang di negeri tersebut.
Pulau Pinang

Boria merupakan persembahan yang amat popular. Persembahan boria menonjolkan


pelbagai isu sosial. Persembahan ini mempunyai dua segmen, iaitu sketsa dan nyanyian
yang diketuai oleh seorang tukang karang.
Perak

Hutan Simpan Royal Belum adalah antara hutan simpan terbesar yang belum pernah
diterokai dan menjadi tarikan utama para pelancong.Kewujudan spesies mamalia yang
besar merupakan keistimewaan kepada Hutan Simpan Royal Belum. Selain itu, hutan ini
juga kaya dengan pelbagai flora dan fauna.
Selangor
Bukit Malawati merupakan pusat pentadbiran dan kubu kuat Kesultanan Selangor pada
akhir abad ke-18 dan awal abad ke-19. Sultan Ibrahim Shah (1778-1826) telah mendirikan
sebuah kota di Bukit Malawati bagi mempertahankan Kuala Selangor daripada serangan
Belanda.
Negeri Sembilan
Istana Seri Menanti menjadi kediaman rasmi Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan sekitar
tahun 1900-an. Istana ini siap dibina pada tahun 1908 dan dirasmikan oleh Yang di-Pertuan
Besar Tuanku Muhammad ibni Almarhum Yamtuan Antah. Istana Seri Menanti menjadi
lambang pusat pemerintahan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.
Melaka

Dondang sayang dikatakan berasal daripada nyanyian istana pada zaman Kesultanan Melayu
Melaka.Nyanyian tersebut popular dalam kalangan masyarakat Melayu dan Cina Peranakan.
Johor

Tarian kuda kepang merupakan tarian warisan di negeri Johor. Tarian warisan di negeri
Johor. Tarian rakyat ini biasanya dipersembahkan dalam majlis-majlis keramaian.
Pahang
Taman Negara merupakan kawasan perlindungan alam semula jadi yang pertama dan tertua
di negara kita. Taman ini terletak di antara sempadan Pahang, Terengganu dan Kelantan.
Taman ini dinamakan sebagai Taman Negara setelah negara mencapai kemerdekaan pada
tahun 1957. Taman Negara menjadi sebuah destinasi ekopelancongan yang terkenal di
Malaysia.
Kelantan
Masjid Kampung Laut merupakan antara masjid yang tertua di Malaysia. Masjid yang dibina
daripada kayu ini dipercayai berusia melebihi 300 tahun dan digunakan bagi menyebarkan
agama Islam di Kelantan.
Terengganu
Ulik mayang merupakan tarian yang wujud pada zaman pemerintahan Sultan Omar Riayat
Shah. Tarian ini merupakan tarian tradisional di negeri Terengganu.
Sarawak
Gua Niah merupakan salah satu gua tertua di dunia dan telah diwartakan sebagai tapak bersejarah.
Gua ini menunjukkan bukti kehidupan awal masyarakat prasejarah.
Sabah
Hutan Simpan Sepilok menjadi pusat pemuliharaan Orang Utan yang dibuka pada tahun
1964. Pusat ini dikhususkan untuk memulihara dan mengkaji spesies Orang Utan yang
semakin pupus akibat daripada pembalakan dan pembersihan hutan.
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Universiti Malaya merupakan universiti pertama yang ditubuhkan di Malaysia. Canselor
pertamanya ialah Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj yang juga merupakan Perdana Menteri
Persekutuan Tanah Melayu.
Wilayah Persekutuan Putrajaya
Putrajaya merupakan pusat pentadbiran bagi kerajaan persekutuan yang menggantikan
Kuala Lumpur. Putrajaya telah diilhamkan dan dibina semasa pentadbiran Perdana Menteri
keempat, Tun Dr. Mahathir bin Mohamad.
Wilayah Persekutuan Labuan
Taman Peringatan Perang atau War Memorial Park terletak di Jalan Tanjung Batu ,Labuan.
Taman ini ialah tempat pengebumian 3908 orang tentera yang terkorban semasa Perang
Dunia Kedua.

You might also like