You are on page 1of 10

Kolej Vokasional Sandakan

Peti Surat 1162,


90713 Sandakan,Sabah

TUGASAN INDIVIDU

PROGRAM PELANCONGAN

KOD KURSUS DHC 2113

TAJUK KURSUS TOURISM ATTRACTION IN MALAYSIA

SUBTOPIK YANG TERLIBAT 1. MAN-MADE ATTRACTION


DENGAN TUGASAN 2. NATURAL ATTRACTION

TAJUK TUGASAN FOLIO TEMPAT TARIKAN DI SABAH

DISEDIAKAN UNTUK EN MAXWELL GURIANA

DISEDIAKAN OLEH MOHAMAD HAIDIL AIZAT BIN OMARSAH


MUHAMMAD ERIAN
SHARMAN A/L SANDARASEKERAN

NO MATRIX K771HHPC009
K771HHPC014
K771HHPC029

TARIKH PENGHANTARAN 09 MAC 2022


ISI KANDUNGAN

BIL ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

1 3 Tarikan Pelancongan buatan manusia 1-3


2 3 Tarikan Pelancongan semula jadi 4-6
3 Statistic kedatangan pelancong 7
4 Kesimpulan 8
3 TARIKAN BUATAN MANUSIA

Berikut adalah senarai-senarai tempat tarikan buatan manusia di sabah:-

1. LOK KAWI WILDLIFE PARK

Antara tempat tarikan yang dibuat oleh manusia ialah Lok Kawi Wildlife Park, Sabah.
Dengan melihat nama tempat ini sahaja kita sudah tahu bahwa tempat ini adalah sebuah
taman yang mempunyai hidupan liar atau dikenali sebagai zoo. Lok Kawi Wildlife Park
dibuka secara rasmi pada 17 Februari 2007 dan ianya juga dibangunkan sepenuhnya oleh
Jabatan Hidupan Liar Sabah. Bagaimana untuk pergi ke sana? Zoo ini terletak di Lok kawi
Putatan, 88200 Kota Kinabalu, Sabah dan cara untuk kesana tidaklah susah, hanya
menempah teksi atau kereta sewa. Selain itu, Zoo ini dibuka setiap hari iaitu pada jam
9:30AM hingga 5:30PM. Yuran masuk ke Lok Kawi Wildlife Park bagi warganegara ialah
RM10 manakala untuk bukan warganegara ialah RM20. Terdapat banyak haiwan yang ada di
Lok Kawi Wildlife Park ini. Antaranya ialah Gajah Pygmy Borneo, Monyet proboscis,
Harimau Malaya serta beberapa spesis rusa yang berbeza.

1
2. MUZIUM SABAH

Seterusnya, tempat tarikan manusia yang lain ialah Muzium Sabah. Ianya merupakan
salah satu tarikan buatan manusia yang selalunya diminati oleh pelancong yang suka kepada
sejarah. Muzium Sabah telah dibina pada tahun 15 Julai 1965 dan sebelum penubuhan
Muzium Sabah ini tempat tersebut merupakan Istana Gabenor Borneo Utara British yang
telah wujud sejak zaman penjajahan lagi. Selain itu, Muzium ini terdiri daripada Bangunan
Utama, Pusat Sains dan Pendidikan serta Kampung Warisan. Terdapat pelbagai galeri yang
menempatkan sejarah alam, seramik, etnografi dan arkeologi. Bukan itu sahaja, terdapat juga
kampung Warisan di kawasan Muzium di mana anda boleh memasuki dan merasai pelbagai
jenis rumah tradisional pelbagai kumpulan orang asli Sabah. Aktiviti kebudayaan diadakan di
sini dari semasa ke semasa. Banyak sejarah dan budaya yang dapat dipejari dari Muzium
Sabah. Sebagai contoh, pakaian tradisional kaum-kaum di sabah, peralatan tradisional, jenis
haiwan yang ada di Sabah dan banyak lagi. Muzium Sabah dibuka setiap dari jam 9 pagi
hingga 5 petang dan terletak di Jalan Muzium, 88300 Kota Kinabalu, Sabah.

2
3. KOLAM AIR PANAS PORING

Ranau antara daerah atau kawasan yang sangat terkenal dengan bentuk muka buminya yang
berbukit-bakau. Ranau juga dikenali sebagai pengeluar sayur-sayuran tanah tinggi yang
terbesar di sekitar Sabah. Salah satu daya tarikan di daerah Ranau ialah Kolam Air Panas
Poring. Kolam Air Panas Poring ini terletak kira-kira 13 kilometer dari pecan Ranau. Tempat
tersebut pertama kali telah dibangunkan sebagai tempat istirehat oleh tentera jepun ketika
menakluk Sabah pada zaman Perang Dunia Kedua. Memandangkan kawasan ini berpotensi
menarik ramai pengunjung ke Ranau khasnya dan Sabah amnya,kerajaan Sabah telah
mengambil insentif membangunkannya dengan lebih sistematik pada awal tahun 60 an dan
telah dibuka secara rasmi kepada orang ramai pada tahun 1966. Telaga air panas yang
terdapat di situ merupakan mata air semulajadi yang terbentuk oleh aktiviti gunung berapi
yang kurang aktif jauh di dalam perut bumi. Air panas yang mengandungi sulphur ini
dikatakan mempunyai khasiat kesihatan dan mampu menyegarkan badan dan sendi-sendi
yang lenguh. Apatah lagi bagi para pendaki yang baru turun dari puncak kinabalu.
Kemudahan yang disediakan untuk pengunjung ialah mandi air panas dengan selesa pada
tempat mandi yang disediakan.Air di dalam kolam tersebut boleh diimbangi suhunya
mengikut kesesuain dengan mencampur air sejuk dari gunung. Jika pelanggan mahu ruang
privasi,terdapat tempat mandi tertutup tetapi dikenakan bayaran yang lain.

3
3 TARIKAN SEMULAJADI

Berikut adalah senarai-senarai terikan semula jadi yang terdapat di sabah:-

1. TAMAN LAUT TUNGKU ABDUL RAHMAN

Taman negara Tunku Abdul Rahman merupakan kawasan-kawasan perlindungan


hidupan liar. Taman Negara Tunku Abduk Rahman ini telah diistiharkan oleh kerajaan
Malaysia. Taman ini terletak kira-kira 20 minit perjalanan di perairan Kota Kinabalu,ibu
negeri Sabah. Taman negara ini terdiri daripada sekumpulan lima pulau yang terletak di
antara 3 hingga 8 kilometer di luar Kota Kinabalu. Taman ini terbentangsejauh 4,959 hektar
serta dua oertiganya meliputi laut. Sebelum munculnya zaman ais, ia membentuk sebahagian
daripada jisim batu pasir dan batu endapan tanah besar Banjaran Crocker.Walau
bagaimanapun, kira-kira satu juta tahun dahulu,pencairan ais telah membawa kepada
perubahan paras air laut dan bahagian tanah besar telah dipotong oleh laut untuk membentuk
pulau-pulau yang menghasilkan Pulau Gaya,Pulau Sapi,Pulau Manukan,Pulau Mamutik dan
Pulau Sulug.Bukti ini boleh dilihat daripada dedahan batu pasir di pinggir laut yang
menghasilkan tebing,gua,lubang-lubang dan rekahan yang dalam. Taman ini dinamakan
sempena Tunku Abdul Rahman,Perdana Menteri Malaysia yang pertama. Semua pelancong
yang ingin melawati pulau-pulau ini boleh menaiki kapal yang sedia ada di titik
berlepasannya iaitu di Terminal Feri Jesselton Point di pusat Bandar Kota Kinabalu.

4
2. MALIAU BASIN CONSERVATION AREA

Maliau Basin merupakan destinasi riadah yang ideal namun terletak di kawasan yang
terpencil. Lokasi ini sangat sesuai dikunjungi oleh pelancong yang gemar akan air terjun dan
kawasan hutan. Terdapat pelbagai aktiviti menarik yang boleh dilakukan oleh para
pengunjung sekiranya datang ke sini. Anataranya ialah menerokai hutan, melihat burung liar,
mandi air terjun dan banyak lagi. Kawasan hutan ini terbahagi kepada 12 jenis hutan yang
berbeza dan mempunyai pelbagai spesis pokok hutang yang jarang ditemui di tempat lain.
Maliau Basin juga dikenali dengan gelarannaya iaitu Sabah’s Lost World. Mengikut
maklumat yang diberikan, hutan Maliau basin ini belum 100 Peratus diterokai, hanya
beberapa bahagian sahaja. Hal ini kerana, kawasannya yang terlalu luas dan tidak mempunyai
akses untuk ke lokasi-lokasi tersebut. Walaupun begitu, sudah banyak spesis flora dan fauna
yang baru di temui telah direkodkan. Antara tarikan yang menjadi tumpuan di Maliau Basin
ini ialah mempunyai air terjun bertingkat 7 dan pastinya menawarkan pengalaman yang
berbeza kepada setiap pengunjung yang datang ke sini. Kawasan ini boleh diakses melalui
darat samaada dari Tawau atau Kota kinabalu yang memakan masa sekitar 3-4 jam memandu.
Para pengunjung dicadangkan untuk menggunakan kereta yang tahan lasak kerana keadaan
jalannya yang tidak begitu baik. Namun, sekiranya berjaya untuk sampai ke Maliau basin,
rasa penat pengunjung akan terbayar dengan keindahan alam yang disajikan. Pungunjung
perlu mendapatkan permit terlebih dahulu daripada Yayasan Sabah untuk memasuki Maliau
Basin dan melakukan aktiviti di sana. Tidak ada bayaran untuk memasuki dan melaksanakan
aktiviti di sini, namun sebaliknya jika anda membeli pakej dengan agensi pelancongan.

5
3. PULAU MABUL

Pulau Mabul merupakan sebuah pulau yang terletak di daerah Semporna, Sabah.
Pulau Mabul terkenal dengan keindahan hidupan marinnya. Pulau Mabul sinonim dengan
lokasi berbulan madu disebabkan di pulau ini mempunyai sebuah resort yang ideal untuk
pasangan yang ingin berbulan madu yang dikenali sebagai Mabul Water Bungalow.
Walaupun pulau ini tidak mempunyai keluasan yang besar, namun ianya tidak menghalang
daripada pulau ini menjadi pilihan utama kepada para pelancong lebih-lebih lagi pelancong
yang menjadikan lokasi ini sebagai lokasi pilihan untuk berbulan. Pulau Mabul merupakan
salah satu pulau yang mempunyai banyak jenis terumbu karang yang cantik dan indah.
Dengan wujudnya batu karang yang banyak disekitarnya, maka bukan sahaja menjadi tarikan
pelancong malah kehidupan marin lainnya. Perairan Pulau Mabul juga tidaklah begitu dalam
dan sangat sesuai untuk dijadikan lokasi menyelam. Alatan menyelam boleh disewa di
Kawasan sekitar dengan harga yang berpatutan. Kadar harga yang diberikan untuk ke Pulau
Mabul adalah mengikut Pakej yang dibeli. Harga yang ditawarkan adalah bermula RM700
sehinggalah RM1000 bergantung pakej yang diambil.

6
STASTISTIK KEDATANGAN PELANCONG

Peningkatan ataupun penurunan kuantiti kehadiran pelancong ke sesebuah lokasi


tarikan pelancongan dipengaruhi oleh beberapa aspek seperti infrastruktur, persekitaran,
keselamatan dan banyak lagi. Pembangunan di sesebuah lokasi tarikan pelancongan juga
sangat membantu dalam meningkatkan bilangan pelancong untuk datang. Antara manfaat
meningkatnya kedatangan pelancong di sesebuah lokasi tarikan pelancongan sudah pasti
berkait rapat dengan keuntungan yang diperolehi bukan sahaja oleh pengusaha malah
ekonomi negara. Walaubagaimanapun, masih akan wujudnya impak negatif disebalik
meningkatnya kedatangan para pelancong di sesebuah lokasi tarikan pelancongan seperti
kerosakan sumber alam semulajadi dan meningkatnya sampah yang dihasilkan oleh
pelancong. Statistik menunjukkan dari tahun 1998 sehingga tahun 2008 ketibaan pelancong
ke dalam negara meningkat dari saban tahun. Peningkatan sebanyak 2% hingga 5% terjadi
sepanjang tempoh tahun tersebut. Keuntungan yang dicatat juga bermula RM8580.5 (juta)
pada tahun 1998 dan sebanyak RM49561.2 (juta) pada tahun 2008. Peningkatan ini terjadi
disebabkan pembangunan industri pelancongan yang diselarikan dengan kemajuan zaman.
Peningkatan kualiti dibuat dari masa ke semasa agar pelancong lebih tertarik dan mudah
untuk melancong ke dalam negara.

Walaubagaimanapun, pada 1 mac 2022 Berita Sinar Harian memaparkan statistik


baharu yang diperolehi daripada Kementerian pelancongan Malaysia. Statistik itu
menyatakan bahawa kedatangan pelancong ke Malaysia merosot sebanyak 78.6 peratus.
Perkara ini disebabkan oleh isu kesihatan iaitu wabak penyakit berjangkit Covid-19 yang
mana menghadkan kepada semua negara untuk meneruskan aktiviti pelancongan bagi
mengelakkan penularan wabak penyakit. Menurut Kementerian Pelancongan Malaysia,
sebanyak 20.1 juta pelancong dicatatkan sebelum wujudnya Covid-19 dan menurun kepada
4.29 juta pada akhir tahun 2019 yang mana bermulanya wabak penyakit ini ke seluruh dunia
termasuk Malaysia. Namun, sebaik sahaja wabak penyakit dapat diatasi dengan mewujudkan
skop panduan kesihatan yang perlu diikuti oleh setiap pelancong yang ingin melancong,
industri pelancongan semakin pulih dari masa ke semasa. Kerajaan juga telah mewujudkan
banyak inisiatif agar industri pelancongan ini dapat diteruskan dan menjadi penjana ekonomi
negara seperti sedia kala.

7
KESIMPULAN

Intihannya, alam semulajadi yang dikurniakan dan telah dijaga sejak dulu ini perlulah
sentiasa dipeliharan mahupun dipulihara. Peluang yang ada untuk mengembangkan sesebuah
potensi bedasarkan alam semulajadi yang ada perlulah sentiasa dimanfaatkan dan tidak
dibazirkan. Keaslian alam semulajadi yang dijadikan sebagai lokasi tarikan pelancongan
haruslah sentiasa dijaga agar dapat diwarisi oleh generasi yang akan datang.

Melalui maklumat di yang kami perolehi juga kami dapat menambah ilmu
pengetahuan mengenai tempat tarikan pelancongan buatan manusia serta mengetahui
keistimewaan tempat tersebut yang menjadi tumpuan pelancong. Selain itu, kita juga dapat
mengenalpasti statistik kedatangan pelancong ke tempat tarikan di negara kita dan
mengenalkan pasti punca penurunan kadar kedatangan pelancong yang disebabkan oleh
beberapa faktor. Namun pihak yang bertanggungjawab telah membentung masalah tersebut
agar industri pelancongan di negara kita dapat diteruskan serta ekonomi negara dapat
distabilkan seperti sebelumnya. Oleh itu, sebagai masyarakat kita mestilah menjaga
kebersihan tempat-tempat tarikan yang ada di negara kita untuk kebaikan bersama

You might also like