You are on page 1of 5

NAMA

: MUH. IDRIS BIN ABDUL HAMID

KELAS

: 6 ATAS EXCELLENT

NO. IC

: 941016-12-7247

TAJUK : MENYINGKAP KEUNIKAN DAN KEISTIMEWAAN PUSAT SEJADI HUTAN


SIMPAN MADAI BATURONG KUNAK, SABAH.
Pemilihan Tajuk
Saya telah memilih tajuk Menyingkap Keunikan Dan Keistimewaan Pusat Sejadi Hutan
Simpan Madai Baturong Kunak, Sabah. Saya memilih tajuk ini kerana Hutan Simpan Madai
menjadi daya tarikan di daerah Kunak ini. Selain itu, saya juga tertarik dengan keunikan dan
keistimewaan yang terdapat di Pusat Rekreasi ini. Oleh itu, saya mengambil keputusan untuk
mengkaji kawasan ini.
Pengenalan
Pusat Sejadi Hutan Simpan Madai Baturong Kunak, Sabah adalah salah satu pusat
rekreasi yang terdapat di daerah Kunak, Sabah. Pusat Sejadi Hutan Simpan Madai Baturong
Kunak, Sabah terletak lebih kurang 15Km daripada pekan Kunak. Kawasan ini diselenggarakan
oleh Jabatan Perhutanan Sabah. Kawasan ini sangat mudah dikunjungi kerana terletak dilaluan
perjalanan yang menghubungkan Kunak dengan bandar lain seperti Lahad Datu, Sandakan,
Telupid dan Kota Kinabalu. Pusat Sejadi Hutan Simpan Madai Baturong Kunak, Sabah telah
dibuka secara rasmi kepada orang ramai pada tahun 1999 oleh pihak Jabatan Perhutanan Sabah.
Keluasan kawasan hutan simpan ini adalah seluas 3,436 hektar iaitu mulanya cuma tapak
rekreasi kakitangan Jabatan Perhutanan negeri Sabah sahaja. Namun, kawasan reakriasi ini telah
dibuka kepada orang ramai selepas ia dibangunkan dengan kos yang berjumlah RM460,000.
Kawasan rekreasi berkenaan juga menyediakan kemudahan canopy walk sepanjang 119 meter
dan setinggi 40 meter merentasi sungai yang airnya berpunca dari air terjun berkenaan. Kira-kira
45 minit berjalan kaki dari pusat rekreasi berkenaan, pengunjung berpeluang melawat gua purba,
yang mempunyai kesan pendudukan manusia lampau termasuk kubur dan keranda lama.

Objektif Kajian
Kebiasaannya dalam membuat satu kajian, para pengakaji terlebih dahulu mempunyai
tujuan dan objektif tertentu yang berkaitan dengan bidang yang dikaji. Oleh itu, objektif kajian
ini ialah :
i.
ii.
iii.
iv.
v.

Mengenal pasti bagaimana air terjun terhasil.


Mengkaji asal usul dan sejarah Hutan Simpan Madai.
Mengenal pasti Kemudahan yang disediakan.
Mengenal pasti Jenis-jenis pokok semula jadi di hutan simpan madai.
Mengenal pasti keistemewaasn dan keunikan Hutan Simpan Madai.

Permasalahan Kajian
Seperti biasa sebelum melakukan kajian, mengenal pasti persoalan yang diperlukan
semasa perlaksanaan proses pengumpulan maklumat adalah amat penting. Saya akan mengupas
mengenai bagaimana air terjun terhasil. Selain itu, saya juga akan mengkaji asal usul dan sejarah
Hutan Simpan Madai. Seterusnya, mengenal pasti kemudahan yang disediakan. Sementara itu,
mengenal pasti jenis-jenis pokok semula jadi di hutan simpan madai. Akhir sekali, saya akan
mengkaji mengenai keistemewaasn dan keunikan Hutan Simpan Madai.

Skop Kajian
Skop kajian saya hanya tertumpu di kawasan Hutan Simpan Madai, Kunak. Kajian ini
berfokuskan kepada keunikan dan keistimewaan yang terdapat di kawasan rekreasi tersebut.
Untuk mencapai objektif ini, pekerja dan pengunjung di kawasan tersebut akan saya jadikan
responden.

Kaedah Kajian

Dalam usaha untuk mendapatkan maklumat atau data yang berhubungan dengan kajian
ini, saya akan menggunakan beberapa kaedah. Antaranya ialah :
1. Kaedah Pemerhatian : Saya telah membuat pemerhatian di kawasan kajian iaitu di
Hutan Simpan Madai, Kunak.
2. Kaedah Temubual : Melalui kaedah ini, saya telah menemu ramah pekerja dan
pengunjung yang terdapat di HutanSimpan Madai, Kunak.
3. Melayari Internet : Kaedah ini merupakan salah satu kaedah yang terpantas untuk
mencari maklumat berkaitan kajian. Saya menggunakan kaedah ini untuk mencari
maklumat berkaitan Hutan Simpan Madai, Kunak.
4. Rujukan Ilmiah : Saya telah membaca beberapa karya ilmiah yang terdapat di
perpustakaan daerah Kunak dan Pusat Maklumat Hutan Simpan Madai yang banyak
menyumbangkan kepada penghasilan hasil kajian saya.

Pembahagian Struktur Esei


Bahagian 1

: Apa itu Air Terjun

Air terjun adalah jenis bentuk lahan, biasanya dalam bentuk stream yang mengalir dari
ketinggian atau bawah cerun, seperti air yang mengalir dari tebing-tebing curam atau tebing
tinggi. Sumber air terjun berbeza, berdasarkan asal. Misalnya, sumber air dapat glasier, sungai
dan anak sungai. Air terjun dapat berupa buatan yang biasa digunakan di taman. Beberapa air
terjun terbentuk di persekitaran pergunungan di mana hakisan kerap terjadi.
Bahagian 2

: Bagaimana Air Terjun Terhasil


Pembentukan Air terjun biasanya bermula dari sungai yang masih muda. Pada

saat itu, saluran sungai sering mengalami penyempitan dan hakisan. Ketika laluan sungai
mengalami pertahanan pada lapisan tanah kerasnya, hakisan pun terjadi dan bergerak secara
perlahan-lahan. Hasilnya, peningkatan kelajuan di tepi air sungai dan air terjun terbentuk.
Bahagian 3

: Sejarah Penubuhan Hutan Simpan Madai

Pusat Sejadi Hutan Simpan Madai Baturong Kunak, Sabah telah dibuka secara rasmi
kepada orang ramai pada tahun 1999 oleh pihak Jabatan Perhutanan Sabah. Keluasan kawasan
hutan simpan ini adalah seluas 3,436 hektar iaitu mulanya cuma tapak rekreasi kakitangan
Jabatan Perhutanan negeri Sabah sahaja. Namun, kawasan reakriasi ini telah dibuka kepada
orang ramai selepas ia dibangunkan dengan kos yang berjumlah RM460,000.
Bahagian 4

: Mampu Menarik Minat Para Pelancong

Air terjun setinggi 40 meter di Hutan Simpan Madai Baturong, 10 kilometer dari pekan
Kunak, kini menjadi satu daya tarikan pelancong ke daerah Kunak. Pengujung ke sini bukan
sahaja terdiri daripada orang tempatan tetapi juga dari luar negara seperti Amerika Syarikat,
Jerman, Sepanyol, Kanada, Perancis, Korea Selatan, United Kingdom, Jepun dan banyak negara
lagi, kata penyelia pusat berkenaan, Encik Souzey Saiki. Katanya selain berpeluang menikmati
keindahan air terjun, pelawat dan pelancong juga berpeluang melihat keindahan pelbagai flora
dan fauna yang terdapat di kawasan berkenaan.
Bahagian 5

: Kemudahan yang Disediakan

Antara kemudahan yang terdapat di pusat rekreasi ini ialah pusat maklumat, kantin,
tandas awam, bilik persalinan, surau, pondok istrirehat, tapak perkhemahan dan ruang letak
kenderaan. Pihak pengurusan juga menyediakan bilik-bilik penginapan untuk pengunjung yang
ingin bermalam di pusat rekreasi ini dengan dikenakan bayaran RM20 seorang untuk satu
malam.

Bahagian 6

: Keistimewaan dan Keunikan Hutan Simpan Sejadi Madai

Hutan Simpan Madai boleh menjadi tempat menhilangkan penat setelah bekerja.
Suasananya yang tenang dengan kehijauan daun dan air terjun yang memukau pandangan para
pengunjung mampu memberikan satu perasaan hening yang diperlukan oleh manusia setelah
penat bekerja. Secara umumnya, terdapat beberapa jenis pokok dan haiwan di dalam Hutan
Simpan Sejadi, Baturong, Madai, Kunak. Selain mengenai pokok-pokok semula jadi, kita juga
dapat mengenali spesies hidupan liar yang terdapat di hutan ini. Contohnya, seperti Beruk, Babi
Hutan, Gibbons, Pelanduk, Rusa, Burung Sungang, Periuk Kera, dan Siput. Terdapat juga sepsis

ikian seperti ikan gabus dan sembilang yg terdapat di sungai ini. Sementara itu, kita juga
berpeluang mengenali jenis buah-buahan seperti Durian Hutan, Mangga Hutan, Cempedak
Hutan, dan lain-lain lagi. Selain itu, Jambatan Gantung juga mampu menarik minat ramai
pelancong. Keistimewaan kawasan rekreasi ini bertambah dengan adanya

kawasan

perkhemahan. Kawasan perkhemahan ini adalah tiga hektar.

Bahagian 7

: Jenis-jenis Pokok Semula Jadi di Hutan Simpan Madai

Antara pokok semula jadi yang terdapat di kawasan rekreasi tersebut adalah seperti
Pokok Merbau, Pokok Urat Mata, Pokok Kayu Ara, Pokok Belian, Pokok Kayu Manis, Pokok
Meranti Seraya, Pokok Keladi, Pokok Mata Kucing, dan Pokok Pinang Hutan.

Bahagian 8

: Mempromosikan Daerah Kunak

Penduduk di daerak Kunak diajak untuk bersama-sama mempromosikan daerah Kunak


bagi meningkatkan pendapatan ekonomi terutamanya dari sektor pelancongan. Hutan Simpan
Madai merupakan salah satu lokasi pelancongan yang boleh dijadikan daya tarikan masyarakat
luar ke daerah ini.

Penutup
Konklusinya, Pusat Sejadi Hutan Simpan Madai Baturong Kunak memiliki keunikan dan
keistimewaan yang tersendiri yang tidak dapat dimiliki di tempat yang lain. Melalui kajian yang
dilakukan ini menemukan saya dengan pelbagai perkara yang baru dan bernilai. Ia mengajar saya
tentang tatacara penuh untuk mendapatkan bahan melalui pelbagai kaedah yang dicadangkan.
Kesannya, melalui kajian ini kita dapat menanam unsur patriotism dan cintakan alam sekitar.
Melalui kajian yang dilakukan , sangat pantas jika kita berbangga sebagai rakyat Malaysia
kerana Negara kita kaya dengan pelbagai tumbuhan. Kita harus merasa bersyukur kerana hidup
di dalam sesebuah negara yang aman damai yang pesat membangun.

You might also like