You are on page 1of 6

Dataran Helang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Tugu Lang di Dataran Helang berhampiran jeti Kuah.

Dataran Helang merupakan mercu tanda Langkawi dan juga merupakan tugu tumpuan pelancong yang terkemuka di pulauLangkawi, Malaysia. Ia merupakan patung helang setinggi 12 meter yang menggambarkan Lang yang dari mana Langkawi mendapat namanya. Kedudukan patung Lang gergasi ini terletak bersebelahan dengan pelantar jeti Kuah, dengan sayap berkepak sedia untuk menyusur keudara menjadikannya satu pemandangan yang mengkagumkan bagi para pelancong sedia untuk mendarat di pulau ini. Rakyat tempatan mencatatkan helang sebagai satu simbol di mana nama langkawi berasal Lang adalah sama atau dikata singkatan helang manakala kawi bermaksud perang merah di zaman Melayu purba. Pada malam, seluruh dataran diterangkan dengan lampu. Dari laut, panorama adalah menakjubkan. Suasana malam sungguh menggasyikkan dengan cahaya lampu daripada kapal yang berlabuh.

Makam Mahsuri
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas. Makam Mahsuri adalah merupakan tempat yang dipercayai di mana Mahsuri binti Pandak Maya dikuburkan di Pulau Langkawi, Kedah.

Ia terletak sekitar 12km dari Kuah dan terletak dalam kawasan kompleks Kota Mahsuri, Mukim Ulu Melaka. Cerita rakyat menyatakan Mahsuri dikuburkan di tempat dia melepaskan nafas terakhirnya selepas dia dihukum bunuh di Padang Mat Sirat. Makam Mahsuri telah dibina semula dan dilengkapi dengan muzium, teater traditional dan rumah Kedah yang mewakili rumah binaan Langkawi yang popular ketika itu, dikatakan dibina di bekas tapak rumah Mahsuri. Sebuah perigi yang digelar perigi Mahsuri turut terdapat dalam kompleks tersebut.

Beras terbakar Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas. Adalah disarankan bahawa rencana atau bahagian ini digabungkan dengan Padang Matsirat. (bincangkan)

Tapak beras terbakar di Langkawi, Jun 2010 Beras Terbakar merupakan tempat yang didakwa terdapatnya beras terbakar selepas tewasnya Datuk Kerma Wijayamempertahankan Pulau Langkawi daripada serangan musuh iaitu angkatan tentera Siam. Tempat ini terletak di Kampung Raja, Mukim Padang Matsirat. Kawasan ini kini terletak di dalam kawasan tanah milik perseorangan.

Isi kandungan [sorokkan]


1 Sejarah 2 Panduan perjalanan 3 Galeri 4 Rujukan Sejarah [sunting] Mengikut cerita orang terdahulu, Pemerintahan Pulau Langkawi bertempat di Kampung Raja. Selepas kejadian pembunuhanMahsuri atas perintah Datuk Kerma Wijaya, Pulau Langkawi telah diserang oleh pihak Siam[1]. Pertempuran yang dahsyat sehingga mengorbankan Datuk Kerma Wijaya dan panglima-panglima yang hebat telah berlaku di Selat Berhala Balik yang kini merupakan selat jalan masuk ke Pelabuhan Kuah sekarang. Melihat kepada keadaan yang tidak memihak kepada pihak Datuk Kerma Wijaya, beliau telah mengarahkan penduduk Langkawi supaya menanam beras simpanan yang ada agar tidak jatuh ke tangan pihak musuh. Kesan kekalahan itu telah menyebabkan beras simpanan yang ditanam itu telah terbakar. Kekalahan Datuk Kerma Wijaya dan kejadian beras terbakar dikatakan ada kaitan dengan Sumpahan Mahsuri.

Kereta kabel Langkawi Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Kereta kabel Langkawi

Kereta kabel Langkawi terletak di Gunung Mat Chinchang, barat laut pulau Langkawi, Kedah, Malaysia. Kereta kabel ini mula dibuka kepada umum pada 27 Februari 2005 untuk memudahkan pelancong tiba ke puncak gunung yang tingginya 713 meter. Panorama gunungbatu kapur zaman geologi Cambrian 500 juta tahun ini memang menarik. Panjangnya 2.2 km dan terpanjang di dunia, mengalahkan kareta kabel di Switzerland. Asalnya sistem pengurusan kereta kabel ini dikendalikan oleh Langkawi Cable Car. Namun kini, ia diselenggara dan diuruskan oleh Panorama Langkawi Sdn. Bhd. (PLSB), iaitu anak syarikat milik penuh Syarikat Prasarana Negara Berhad.[1] Sistem pengangkutan kereta kabel ini dibina dari April 2001 hingga Ogos 2004.[2] Panjang keseluruhan kabel ialah 919.5 meter dan telah mencipta rekod Malaysian Book

Pulau Dayang Bunting


Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas. Pulau Dayang Bunting merupakan pulau yang terbesar selepas Langkawi di Kedah. Ia terletak 17.6 km atau kira-kira 15 minit perjalanan dengan bot dari jeti Kuah, Langkawi. Jalan perhubungan hanya melalui bot laju yang boleh disewa di jeti pekan Kuah, pulau Langkawi dengan kadar pakej RM45.00 seorang. Pulau ini mendapat nama daripada kisah gergasi sakti yang bernama Dayang Bunting. Pulau ini seimbas lalu menyerupai gergasi hamil yang terlena. Dalam perjalanan ke Tasik Dayang Bunting, kita akan lihat bentuk gunung yang menyerupai seorang perempuan sedang terbaring dengan bentuk kepala , dada dan perut yang sedang bunting. Antara tempat yang menarik di sini ialah Tasik Dayang Bunting dan Gua Langsuir. Gua Langsuir terletak di tengah perjalanan ke Tasik Dayang Bunting. Gua ini adalah akibat kesan hakisan ombak laut jutaan tahun lampau. Terdapat bentuk-bentuk tergantung iaitu stalagtik yang mempunyai pelbagai bentuk - lalu dinamakan langsuir. Di tengah pulau Dayang Bunting pula terdapat tasik air tawar yang berkeluasan 3 padang bola sepak. Sebuah jeti telah dibina di tepian pulau Dayang Bunting untuk botbot pelancong singgah. Tangga-tangga dibina ke atas dan kemudian kemudian menurun ke bawah - jaraknya 1 km sahaja . Sebuah pelantar dibina di tepi tasik dan

disediakan jaket keselamatan dan bot berdayung dengan kaki dengan sewaan RM15.00 . air tasiknya hijau jernih dan menimbulkan panorama yang menarik. Pulau Langkawi dan Kepentingan Pulau Dayang Bunting [sunting] Pulau Langkawi merupa Pulau yang strategik di dalam pertahanan Negeri Kedah dalam pergolakan sejarah dari ancam Siam. Ia merupakan benteng awal dan pusat tinjau pergerakan musuh yang melalui jalan laut. Dari Gunung Mat Chinchang seluruh Langkawi dapan di pantau. Ia juga laut sekeliling terutama laluan ka Kuala Kedah Pengkalan kepada ibu Negeri Kedah. Oleh kerana negeri Kedah menghadapi kemarau lebih empat bulan setahun (Dis hingga April) bekalan air amat penting kepada orang Langkawi khusus nya pelaut dan nelayan. Sebab itu takungan air tawar membuat pulau itu menjadi penting. Oleh kerana zaman dulu tiada rujukan lokasi secara moden semua lokasi di beri dalam rupa bentuk supaya Nelayan mudah mencari. Jadi sifat bentuk orang mengandung sedang tidur menjadi rujukan Pulau Dayang Bunting.Kepentingannya di zaman dahulu ialah untuk mendapat bekalan air tawar. Geologi Pulau Dayang Bunting dan Kejadian Kolam Takungan atas paras laut [sunting] Pulau Dayang Bunting dan kebanyakan pulau pulau di sekitar kawasan tersebut adalah terdiri dari batu mendap jenis batu kapur.Oleh kerana batu kapur mudah lulur hawa kebanyakan bukit terbentuk dari kapur menegak. Ia terjumpa di banyak kawasan di Semenanjung seperti Bukit Temiang ,Perlis,Gunung Keriang Kedah dan Gugusan Gua Tempurung di Ipoh,Batu Cave di Kuala Lumpur. Hakisan air menyebabkan terbentuk gua dan staglatite(mengantung) dan staglatmite(membusut).Gua ini hasil hakisan air hujan asid bercarbonate. Keadaan yang sama berlaku di Pulau Bidan ia lah lulur hawa air hujan berasid bertahun menjadikan rekahan membesar menjadi gaung dan tasik.Oleh kerana air hujan yang terkumpul ia adalah air tawar berbading air laut di sekeliling.

Pantai Pasir Hitam


Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas. Pantai Pasir Hitam ialah satu tempat di Langkawi, Kedah, Malaysia.Komposisi geologi utama pulau ini ialah granit, batu kapur, syal, dan batu lanar. Pelancong sering terpesona dengan pemandangan Pantai Pasir Hitam berhampiran Air Hangat dan Kuala Teriang tetapi penerangan geologinya amat mudah. Pantai itu

terbentuk hasil paduan beberapa mineral, seperti turmalin, ilmenit, dan zirkon, dengan batuan granit menyebabkannya berwarna hitam.

You might also like