You are on page 1of 6

ugu Lang di Dataran Helang berhampiran jeti Kuah.

Langkawi merupakan salah satu daripada daerah dalam negeri Kedah Darul Aman,
Malaysia. Pulau Langkawi diberi status bebas cukai pada tahun 1987. Kini, pulau
yang kaya dengan keindahan semula jadi dan lagenda masa silam ini telah
menampilkan diri sebagai salah satu daripada destinasi perlancongan yang paling
popular di Malaysia. Langkawi sebenarnya merupakan suatu gugusan pulau di mana
Pulau Langkawi merupakan yang terbesar.

1 Asal-usul nama
2 Geografi
3 Mitos dan legenda
4 Pengangkutan
5 Pesawat

Asal-usul nama
Templat:Unreferencedsection Nama Langkawi ialah kombinasi antara "Lang" dan
"Kawi". "Lang" diambil daripada perkataan bahasa Melayu iaitu helang. Pada suatu
masa dahulu, ia menjadi tempat tinggal kepada sejumlah burung helang kawi. Kawi
adalah beerti merah hati, ini kerana helang mempunyai bulu merah hati dan
berkepala putih. Kawi juga beerti tulisan Kawi, tulisan yang digunakan oleh tradisi
hindu jawa.
"Kawi" dalam bahasa Sanskrit ialah guli, yang mana ia ditemui sebagai pertemuan
bahagian Malaysia. Apabila kedua-dua perkataan digabungkan, ia membentuk
perkataan "Helangkawi" yang kemudian menjadi Langkawi.
Rujukan lain dijumpai di dalam buku oleh Tun Mohamed Zahir yang bertajuk The
Legends of Langkawi yang mana nama tersebut menggabungkan dua perkataan
Sanskrit"Langka" (keindahan) dan "Wi" (tidak terkira).

Geografi
Peta Langkawi dan sekitarnya
Langkawi terletak di utara Selat Melaka di selatan Laut Andaman berhampiran
sempadan antara Malaysia dan Thailand. Beberapa kilometer jarak ke utara pulau
Thai iaitu Ko Tarutao. Bandar utama gugusan pulau terletak di pulau utama iaitu
Kuah.
Titik tertinggi Langkawi ialah Gunung Raya, yang mencapai ketinggian 890 m dari
atas paras laut di kawasan tengah-barat pulau utama.
Kepulauan ini mengandungi 99 pulau yang merangkumi jumlah kawasan darat 528
km2 (204 batu persegi). Langkawi kini dikenali sebagai Langkawi Geopark.
Kurun ke-15, nama Lung-Ya-Kiou-Yi tercatat di sebuah carta yang dipercayai
digunakan oleh Laksamana Cheng Ho ketika melawat Melaka pada tahun 1405.
Kurun ke-16, pulau terpencil ini diberi pelbagai nama dalam peta zaman itu.
Antaranya Langa, Lanka, Lansura, dan Langapura.
1621, Jeneral Augustin De Beaulieu yang berkhidmat dengan Raja Louis XIV di
Perancis, menyifatkan Langkawi sebagai Lancahui atau lada sulah. Dia
kemudiannya menulis, "Tanahnya subur dengan buah-buahan, beras dan ternakan.
Beberapa batang sungai menyediakan sumber air bersih, hutan luas dapat dilihat
dan pantainya cantik serta berjuraian dengan teluk dan pulau-pulau kecil
sekelilingnya".
Tun Dr Mahathir Mohamad, bekas Perdana Menteri Malaysia pernah bertugas di
Pulau Langkawi sebagai seorang doktor selepas lulus dari Universiti Malaya di
Singapura. Sejak itu, beliau ingin mengubah "Sumpah Mahsuri 7 Keturunan"
menjadi pulau bebas cukai dan destinasi pelancongan bertaraf dunia.

Mitos dan legenda.


Langkawi adalah sebuah nama yang sarat dengan misteri, mitos, dan legenda.
Antara kisah legenda yang berkaitan dengan nama tempat di Langkawi
termasuklah:
Gergasi Bertarung
Pulau Dayang Bunting
Mahsuri
Puteri Dayang Sari
Telani dan Telanai
Geroda dan Jentayu
Telaga Tujuh

Pengangkutan
Dari jeti Kuah, terdapat kemudahan feri berkelajuan tinggi yang menghubungkan
Satun di selatan Thailand, Pulau Payar, Pulau Pinang, Kuala Kedah, dan Kuala Perlis
di tanah besar Semenanjung Malaysia. Kapal Star Cruises berlabuh di pelabuhan
Awana Porto Malai di sebelah barat pulau ini.
Pesawat
Langkawi mempunyai lapangan terbang antarabangsa yang agak besar, iaitu
Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi. Berikut adalah penerbangan-
penerbangan ke Langkawi.
AirAsia (Kuala Lumpur)
Thai AirAsia (Bangkok) (Bermula Januari 2007)
Penerbangan Malaysia (Kuala Lumpur, Johor Bahru, Singapura)
FireFly ( Subang , Pulau Pinang )
Singapore Airlines
SilkAir (SINGAPURA)

DICATAT OLEH SITI NURUL HAJAR DI 10:42 PTG

0 ULASAN:

Catat Ulasan

Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama


Langgan: Catat Ulasan (Atom)
PENGIKUT

TEMPAT LAWATAN YANG ANDA PALING SUKAI SELAIN

BLOG ARCHIVE

2010 (1)
2009 (13)
12/27 - 01/03 (2)
LAMBANG KEMEGAHAN LANGKAWI
SEJARAH PULAU LANGKAWI
12/13 - 12/20 (4)
12/06 - 12/13 (1)
11/29 - 12/06 (1)
11/08 - 11/15 (2)
09/13 - 09/20 (1)
09/06 - 09/13 (2)
ABOUT ME

Foto saya
SITI NURUL HAJAR
SAYA BERASAL DARI KEDAH MENETAP DI PERLIS BERSAMA SUAMI, KAMI
MENJALANKAN PAKEJ PELANCONGAN KE PULAU LANGKAWIMENYEDIAKAN PELBAGAI
PERKHIDMATAN ANTARANYA 1.TEMPAT LETAK KERETA 2.TIKET FERRY 3. KERETA
SEWA 4. PENGINAPAN 5. ISLAND HOPPING DAN SEBAGAINYA
LIHAT PROFIL LENGKAP SAYA
VAN

Van

KENDERAAN MPV

Kenderaan MPV
KERETA SEWA

Kereta Sewa

CABEL CAR

Cabel Car

EAGLE FEEDING

Eagle feeding

ISLAND HOPPING
Island hopping

You might also like